fbpx

5 Resepi Rojak Mee Viral Dan Sedap, Hidangan Mudah Yang Mengenyangkan!

 Hari ini saya nak kongsi resepi Rojak Mee yang viral dan sedap!  Kalau Rojak Mee, mee yang dicampur dengan bahan lain dan dimakan dengan kuah. Kuah Rojak Mee yang pekat lagi memikat ini sesuai dimakan pada waktu petang. Resepi Rojak Mee ini sangat mudah untuk disediakan dan semestinya lebih sihat dan seimbang. Di sebelah Utara, resepi rojak mee ini popular dengan nama pasemboq, sebab bahan dan rasa lebih kurang sama je. Memang mengenyangkan sebab semua bahan yang digunakan kaya karbohidrat dan protein dari telur.

Resepi Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!

Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!

Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!: Sumber Aynorablogs

Bahan untuk Kuah:

  • 1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
  • 1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
  • 6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
  • 1 labu bawang merah besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
  • 3 sudu besar gula (secukup rasa)
  • 2 sudu garam (secukup rasa)
  • 1 sudu gula merah (secukup rasa)
  • 500 ml air (secukupnya)
  • Air asam jawa
  • ** kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat, tak pekat sangat

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan. Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Selepas itu masukkan kacang yang dikisar, biskut marie yang dikisar. Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.
  3. Lepas tu, biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.
  4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah cukup boleh tutup api.

Resepi Rojak Mee Kak Tie

Resepi Rojak Mee Kak Tie

Rojak Mee: Sumber Kak Tie

Bahan-bahan:

  • 500 gram Kacang tanah – sangai/ goreng
  • 2 bawang merah (pilih hat besar sikit)
  • 3 bawang putih
  • 10 cili kering-basuh, buang biji ( rebus )
  • 20 keping biskut marie ( kisar dengan air )
  • gula melaka / gula pasir
  • garam
  • Asam Keping

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan.
  2. Kisar kacang tanah bersama sedikit air. Kisar biskut juga dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau.
  4. Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata.
  5. Masukkan biskut marie yang dah dikisar, kacau.
  6. Masukkan gula. Kacau.
  7. Perasakan dengan garam.

Bahan-bahan Rojak Mee:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 batang timun – potong halus memanjang
  • Sengkuang – potong halus memanjang
  • 3 biji ubi kentang- rebus dan potong memanjang
  • 2 biji telur – rebus dan belah dua
  • 1 Tauhu – goreng dan potong kecil
  • Tepung gandum – untuk buat cucur. Lepas tu potong cucur tu memanjang.
  • Taugeh
  • Tempe kalau suka – Goreng dan potong kecil
  • Salad untuk efek kehijauan

Bahan Cucur Bersarang:

  • Tepung gandum
  • Mauripan + air sikit

Cara-cara:

  1. Bila campuran Mauripan + air dah nampak naik dan sebati.
  2. Masukkan dalam tepung. Jangan lupa letak garam.
  3. Letak air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
  4. Biarkan seketika dalam 15 minit sebelum menggoreng.

Cara-cara Makan:

  1. Ambil sedikit mee kuning. Letak dalam pinggan.
  2. Campurkan timun , sengkuang, ubi kentang, telur rebus, tauhu, dan cucur. Kalau nak tambah tempe goreng pun boleh. Salad untuk efek kehijauan.
  3. Tuangkan kuah kacang.
  4. Sedia di makan! 

Resepi Rojak Mee Ajinomoto

Rojak Mee Ajinomoto

Rojak Mee: Sumber Ajinomoto

Bahan Kuah:

  • 1 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering, direbus
  • 3/4 minyak masak
  • 1 sudu besar udang kering, direndam
  • 150 gram kacang tanah – digoreng dan dikisar
  • 1 sudu besar asam jawa, digaul dengan dua cawan air dan ditapis
  • 2 biji kentang dikisar denggan 1 cawan air
  • 3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 100 gram Gula melaka

Cara-cara:

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan udang kering bersama minyak masak.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang kisar, kacau sehingga kering.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
  5. Masukkan kentang kisar.
  6. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula Melaka.
  7. Kacau sehingga pecah minyak.
  8. Letakkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, masukkan bahan-bahan iringan yang lain dan tuangkan kuah. Sedia untuk dihidang.

Resepi Rojak Mee Ayam Azah Zara

Rojak Mee Ayam Azah Zara

Rojak Mee Ayam: Sumber Azah Zara

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 genggam cili kering
  • Sesudu udang kering
  • 7 keping biskut marie
  • Segenggam kacang tanah
  • Air secukupnya
  • Sesudu pes asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka

Bahan Cucur:

  • Bawang hiris
  • Kucai
  • Taugeh
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk penaik
  • Serbuk yis
  • Air

Bahan-bahan lain:

  • Mee kuning
  • Ayam goreng
  • Taugeh
  • Timun
  • Sengkuang
  • Cili besar hijau
  • Kentang goreng
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, udang kering, tumis sampai pecah minyak.

  2. Masukkan biskut marie yg dikisar dan kacang tanah juga dikisar.
  3. Tambahkan air secukupnya, perasakan dengan air asam jawa, gula, garam dan gula melaka.
  4. Dah mendidih kasar, siap, kuah tidak cair dan tidak terlalu pekat dan kuah mesti sedikit manis.
  5. Masukkan bawang besar hiris, taugeh dan kucai ke dalam bekas.
  6. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam, gula, serbuk kunyit, serbuk penaik dan serbuk yis.. biarkan sejam.
  7. Boleh goreng hingga masak, hiris halus-halus sebelum dihidang.

Resepi Rojak Mee Kuah Kacang Maria Firdz

Rojak Mee Kuah Kacang Maria Firdz

Rojak Mee Kuah Kacang: Sumber Maria Firdz

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo keledek ( seeloknya keledek kuning)*
  • 125 gram udang ( lagi sedap udang geragau)*
  • 125 gram kacang tanah digoreng tanpa minyak*
  • 10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar( jika guna bawang merah kecil dalam 15~20 biji)*
  • 2 sudu besar asam jawa yang telah diperah dengan 1/2 air tapis
  • 1/2 cawan gula ( jika tak suka manis boleh kurangkan)
  • sedikit gara
  • 5~ 8 keping biskur marie direndam dengan sedikit air kosong

Cara-cara:

  1. Goreng cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak . Bila dah layu, angkat dan ketepikan.  
  2. Rebus keledek sehingga empuk. Dan kisar bahan bertanda (*) keledek, udang, bawang putih, bawang besar, cili kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengiku tahap kecairan yang dikehendaki )
  4. Bila dah mendidih masukkan air asam jawa tadi. Masukkan juga gula dan garam. Kacau rata sehingga ke dasar periuk.  
  5. Bila dah seimbang kesemua rasanya tambahkan biskut marie yang telah direndam tadi. Masak lagi sehingga 35~45 minit. Sentiasa kacau kuahnya ke dasar periuk. Jika menggunakan keledek yang berwarna putih dan kuahnya agak pucat boleh tambahkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata. (macam kuah mamak tu ade kaler oren).
  6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.

Bahan Sampingan:

  • Mee kuning dicelur sedikit
  • Tauhu digoreng
  • taugeh dicelur sedikit
  • timun dihiris
  • sengkuang dihiris
  • sedikit cucur udang

Penutup

Walaupun bahan – bahannya banyak, namun ianya semua mudah untuk didapati!

Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.