fbpx

5 Resepi Puding Sagu Gula Melaka Sedap 2022 (Manis Lemak Berkrim!)

Hari ini saya nak kongsi resepi Puding Sagu Gula Melaka yang sedap. Resepi sagu gula melaka ini merupakan dessert yang mudah dan simple je nak buat. Kalau korang nak lagi rasa berlemak, boleh campur susu cair ataupun guna santan yang dimasak dengan daun pandan dan sedikit garam. Memang padu dengan gabungan gula melaka, rasa lemak manisnya! Rasanya kenyal, dan teksurnya cukup cantik. Ikut sahaja cara yang dikongsikan kali ini. Confirm jadi!

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Che Nom

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Che Nom

Puding Sagu Gula Melaka: Sumber Che Nom

Bahan untuk sagu:

  • 1 1/2 cawan sagu
  • air secukupnya

Bahan untuk kuah santan:

  • 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Bahan untuk sirap gula melaka:

  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara:

  1. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  2. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
  3. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  4. Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  5. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.

Cara untuk kuah santan:

  1. Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  2. Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.

Cara untuk sirap gula melaka:

  1. Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  3. Tapis dan sejukkan.

Tips:

  • Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
  • Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Azie Kitchen

Puding Sagu Gula Melaka Azie Kitchen

Puding Sagu Gula Melaka: Sumber Azie Kitchen

Bahan Sagu:

  • 1 cawan biji sagu 
  • 1 liter air atau lebih
  • Pewarna kegemaran

Cara-cara:

  1. Rendam biji sagu seketika dan tos. 
  2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih.
  3. Sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup air. Tutup api dan masukkan air ke dalam periuk sagu dan kacau rata.
  4. Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambil dikacau untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau rata menggunakan garfu.
  5. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.  

Nota:

  • Boleh juga terus dimasukkan sagu ke dalam air gula Melaka dan kacau rata. Masukkan dalam bekas sesuai dan sejukkan. Bila hendak makan, tuang susu cair atau santan yang telah dimasak. 

Bahan untuk manisan:

  • 1 keping gula melaka – 100 gram
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ½ cawan air
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • ½ sudu besar tepung jagung – bancuh dengan air

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali tepung jagung, masak hingga gula larut dan mendidih. 
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah tutup api.

Bahan Santan:

  • 1 cawan santan atau Susu cair
  • ¼ sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Santan dimasak dengan sedikit garam. Sedia untuk digunakan. 

Cara Menghidang:

  1. Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair.
  2. Letak 1 sudu jagung manis.
  3. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Sagu Gula Melaka Nazatul Fairuz

Sagu Gula Melaka Nazatul Fairuz

Sagu Gula Melaka: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan:

  • 250 gram biji sagu
  • 4 cawan air
  • Sirap atau pewarna (apa2 warna pun boleh.kalau takde pun takpe)
  • 80 gram gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • *optional: boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan

Cara-cara:

  1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam. Supaya biji sagu lebih cepat masak. Tak rendam pun takpe. Cume proses untuk masak tu lama sikit.
  2. Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  3. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik)
  4. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (Kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan)
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

Cara untuk sediakan air gula:

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak hingga gula larut dan pekat.
  3. Sejukkan air gula.
  4. Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan.
  5. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan @ susu cair.

Resepi Sago Gula Melaka Mat Gebu

Sago Gula Melaka Mat Gebu

Sago Gula Melaka: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
  • 60 gram gula Melaka, potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Cara-cara:

  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Bella Jamal

Puding Sagu Gula Melaka Bella Jamal

Puding Sagu Gula Melaka: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 1 pek sagu
  • Santan kotak
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan
  • Pewarna kesukaan
  • * kak bell guna pewarna sirap ros

Nota:

  • Untuk sagu ni kalau korang guna sagu putih bolehlah pilih apa-apa pewarna kesukaan korang. Guna sagu yang dah ada warna pun lagi senang. Terpulang kepada kesukaan masing-masing untuk memeriahkan lagi Puding Sagu Gula Melaka korang!

Cara-cara:

  1. Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
  2. Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan. 
  3. Masak hingga gula melaka hancur dan kacau.
  4. Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan.

Cara Penyediaan Sagu:

  1.  Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
  2. Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata.
  3. Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering.
  4. Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
  5. Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais.

Cara Penyediaan Kuah Santan Untuk Puding Sagu Gula Melaka

  1. Untuk kuah santan, Kak Bell guna santan kotak je.
  2. Panaskan santan dalam periuk, masukkan daun pandan dan sedikit garam.

Cara Guna Santan Fresh:

  1. Masak santan, daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam dengan api perlahan (bancuh dulu tepung jagung).
  2. Kacau rata supaya santan tak berketul.
  3. Apabila santan dah pekat, angkat dan sejukkan. * untuk kuah santan biarlah sedikit masin untuk balancekan rasa manis gula melaka.

Nota:

  • Untuk hidangan ikut suka korang nak letak banyak mana gula melaka. Kemudian tuangkan susu cair atau kuah santan ke atas sagu. Dah pun siap senang ya rabbi nak sediakan Resepi Puding Sagu Gula Melaka! Selamat mencuba!

Penutup

Anda juga boleh hidangkan pencuci mulut ini kepada tetamu anda. 

Anda juga boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.