fbpx

7 Resepi Puding Laici Yang Mudah Dan Sedap 2022

Hari ini saya nak kongsi resepi puding laici yang mudah dan sedap! Memang betul sedap, rasa pun tak manis sangat, manis-manis manja gitu. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Rasanya yang manis dan teksturnya cukup lembut. Resepi pencuci mulut ini cukup mudah ya. Anda harus mencubanya, jika buat puding ni, mesti satu family suka sangat.  

Resepi Puding Laici Mat Gebu 

Resepi Puding Laici Mat Gebu 

Puding Laici: Sumber Mat Gebu 

Bahan-bahan:

  • 5 gram serbuk jelly “konnyaku”
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat “IDEAL”
  • 1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
  • 1 helai daun pandan
  • Strawberry sebagai hiasan (optional)

Cara-cara:

  1. Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut. Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.
  2. Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.
  3. Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.

Resepi Puding Laici Mudah Dan Sedap Azie Kitchen

Puding Laici Mudah Dan Sedap Azie Kitchen

Puding Laici Mudah Dan Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 gram serbuk agar agar 
  • 5 cawan air – boleh kurangkan
  • ¾ cawan gula 
  • 15-20 gram gula batu 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 tin buah laici – kisar kasar dgn 1 cawan air laici dalam tin 

Cara-cara:

  1. Kisar kasar buah laici dengan 1 cawan air laici dalam tin. 
  2. Masak air, gula dan gula batu sehingga hancur. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata. 
  3. Masukkan susu cair dan laici yang dikisar. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

Nota:

  • Jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan airnya. Mungkin guna 4 – 4.5 cawan sahaja.
  • Lebihan air laici disejukkan dan boleh jadikan kuah masa makan puding tu. 

Resepi Agar-agar Laici Che Nom

Resepi Agar-agar Laici Che Nom

Agar-agar Laici: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar kering, 28g
  • 1 1/2 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici

Cara-cara:

  1. Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
  2. Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
  3. Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
  4. Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
  5. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.

Resepi Puding Laici Azlita Aziz

Puding Laici Azlita Aziz

Puding Laici: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar biasa [28 gram]
  • 6 gelas air
  • 11/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici dlam tin… [mesin sikit]
  • 1 tin laici [untuk hiasan]

Cara-cara:

  1. Masakkan agar-agar serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
  3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
  4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
  5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

Nota:

  • Puding laici ni agak lembut sedikit…so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.

Resepi Puding Laici Dangdut Lina Pg

Puding Laici Dangdut Lina Pg

Puding Laici Dangdut Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula (LiNa Pg kurangkn siket gula)
  • 2 tin laici (asingkan air dan buah)
  • 1 tin susu cair

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama gula hingga gula hancur
  2. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  3. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  4. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  5. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Resepi Puding Laici Berkuah Aznie Khasri

Puding Laici Berkuah Aznie Khasri

Puding Laici Berkuah: Sumber Aznie Khasri

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici(asing kuah)
  • 1 tin susu cair (2 cawan)
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 500 ml air (2 cawan)
  • 7 sudu makan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masuk kan air ke dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan larutkan, tuang kan susu cair.. masukkan gula…buka api…kacau perlahan hingga mendidih.
  2. Tuang kan air laici 5sudu makan ke dalam puding yang di masak…dan masukkan esen vanilla.. kalau Sudah sedikit pekat mati kan api.

  3. Tuang adunan puding ke dalam bekas sesuai…sejuk kan seketika…sudah agak-agak suam-suam kuku bolehlah masuk kan buah laici ke atas puding dan curahkan sekali air laici tadi… siap.

Resepi Agar-Agar Laici Yang Menyegarkan Buat Orang Lapo

Agar-Agar Laici Yang Menyegarkan Buat Orang Lapo

Agar-Agar Laici Yang Menyegarkan: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
  • 3 cawan air (750 ml)
  • 1 tin laici (565 ml) (kisar kasar)
  • 3/4 cawan gula (150 gram) *boleh adjust ikut selera
  • 1 tin susu cair (400 ml)

Cara-cara:

  1. Kisar laici bersama airnya sebentar. Jangan terlalu hancur. Ketepikan.
  2. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga serbuk agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur dan biarkan air mendidih.
  4. Tambahkan pula susu cair dan air laici yang telah dikisar tadi. Sentiasa kacau sehingga sedikit pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
  6. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sedia untuk dihidangkan.

Penutup

Kalau nak agar-agar yang lebih lembut seperti dadih, boleh lebihkan sukatan air. Puding laici ini boleh juga dihidangkan dengan susu cair kalau nak lebih sedap.

Anda juga boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.