fbpx

5 Resepi Kek Lapis Oreo Yang Mudah & Sedap 2022

Hari ini saya nak kongsi resepi kek lapis oreo yang cukup mudah untuk disediakan. Resepi kek lapis yang dikongsikan kali ini sedap-sedap ye, pasti hasilnya tidak mengecewakan. Penggemar biskut oreo pasti suka akan kerangupan dan rasa coklat dari biskut oreo ini. Apalagi ia mempunyai krim yang manis di antaranya kepingannya. Biskut oreo memang sering digunakan sebagai ramuan biskut, kek dan puding. Memang padu rasanya, jadi kali ini jom kita cuba resepi kek lapis oreo yang mudah dan sedap ini. Simple je cara penyediaanya. 

Resepi Kek Lapis Cheese Oreo Cheddar Cheese 

Kek Lapis Cheese Oreo Cheddar Cheese

Kek Lapis Cheese Oreo Cheddar Cheese: Sumber Resepi Viral

Bahan-bahan:

  • 450 gram Mentega
  • 250 gram Cream Cheese (Philipedia)
  • 180 gram Gula Halus
  • 10 Biji Telur (Gred A)
  • 1 sudu besar Ovalate
  • 6 Sudu makan Susu Pekat
  • 300 gram Tepung Hong Kong
  • 100 gram Tepung Aiskrim Vanila
  • *100 gram serbuk oreo
  • *Cheddar Cheese
  • Loyang: 8 x 8 x 3.5

Cara-cara:

  1. Pukul mentega & gula sampai kembang
  2. Masukan ovalatte kemudian masukan cream cheese sampai sebati.
  3. Masukan telur satu persatu
  4. Masukan susu pekat, tepung aiskrim vanila putar sampai sebati.
  5. Masukan tepung hong kong putar sampai sebati.
  6. Panaskan oven 10 minit 150C.
  7. Lapisan pertama guna api atas bawah.
  8. Lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja.
  9. Taburkan cheddar cheese dan serbuk oreo di setiap lapisan.

Nota:

  • Suhu Oven 150C (ikut kesesuaian oven masing-masing)
  • 1 Lapisan 8 minit (150C)
  • 1 Lapisan 7 Sudu Makan
  • Pastikan lapisan dibakar jangan terlalu kuning. Asalkan masak dah boleh dilapis dengan lapisan seterusnya.

Resepi Kek Lapis Oreo Marliana Shamsuddin

Kek Lapis Oreo Marliana Shamsuddin

Kek Lapis Oreo: Sumber Marliana Shamsuddin

Bahan-bahan:

  • Butter 2 ketul – 500 gram
  • Gula 1 1/2 gelas
  • Telur 12 biji
  • Tepung biskut marie – 2 gelas
  • Tepung Hong Kong – 2 gelas
  • Ovalette – 1 sudu makan
  • Susu manis – 1/2 tin
  • Creame cheese – 250 gram
  • Susu tepung – 1 gelas
  • Vico 3 in 1 – 3 paket
  • Pewarna putih dan coklat
  • Oreo 2 paket…ambil biskutnya sahaja dan di patah-patahkan

Cara-cara:

  1. Masukkann butter, gula dan cheese. Adun sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan ovalette dan gaul sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu – adun sebati.
  4. Masukkan susu manis.
  5. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong – adun sebati.
  6. Adunan bahagi 3- adunan putih 2/3 dan tambahkan susu tepung, pewarna putih dan oreo.
  7. Adunan 1/3 – masukkan vico dan pewarna coklat.
  8. Panaskan kukusan. Siapkan pan 9 x 9, lengserkan butter dan tepung.
  9. Letakkan adunan coklat 2 sudu meja dan kukus selama 10 minit, lapis 5x proses yang sama.
  10. Selepas tu baru lapiskan adunan oreo sehingga habis.

Resepi Kek Lapis Oreo Cheese Atikah Puteh

Kek Lapis Oreo Cheese Atikah Puteh

Kek Lapis Oreo Cheese: Sumber Atikah Puteh

Bahan-bahan:

  • 450 gram butter
  • 10 biji telur
  • 280 gram gula halus(blh kurangkan)
  • 280 gram tepung hongkong/ tepung pau
  • 1/2 tin susu manis
  • 250 gram cream cheese
  • 2 sudu makan ovalette
  • 1/2 cawan horlick
  • 2 sudu makan koko
  • 4 sudu makan sri kaya
  • 1 paket vico 3 in 1
  • 3 paket oreo(asingkan inti oreo tu,masukkn inti oreo dalam bhgian 1)
  • 2 paket blender halus
  • 1 paket oreo dipecah kecil dan di tabur di setiap lapisan putih

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukan telur satu persatu,  pukul sampai kembang dan sbati.
  3. Masukkn cream cheese dan kacau rata.
  4. Masukkan susu manis, tepung, ovellate, sri kayo dan esen vanilla sampai sebati.
  5. Bahagikanaduan kepada 2 bahagian.
  6. * Bahagian 1 – masukkan horlick & pewarna putih gaul hingga sebati.
  7. * Bahagian 2 – masukkan oreo yang di blender halus, koko, vico @pewarna hitam gaul hingga sebati.
  8. Bakar mnggunakan api 150c selama 10 min setiap lapisan atau mengikut suhu oven masing-masing… first lapisan guna api atas bawah..second dan last guna api atas. Tabur oreo pada setiap lapisan putih.

Resepi Kek Lapis Oreo Aznie Khasri

Kek Lapis Oreo Aznie Khasri

Kek Lapis Oreo: Sumber Aznie Khasri

Bahan-bahan:

  • 500 gram mentega
  • 10 biji telur(A)
  • 200 gram gula kastor
  • 200 gram tepung hong Kong
  • 1 cawan susu tepung
  • 1 cawan Horlick
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovalatte
  • 4 bungkus Oreo
  • pewarna kuning, hijau, pink

Cara-cara:

  1. Pukul mentega & gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovalatte, pukul lagi hingga gebu.
  3. Masuk telur sebiji demi sebiji. Sambil terus memukul.
  4. Kemudian masukkan tepung, susu, horlick dan baking powder sedikit demi sedikit hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (1) Kuning (2) hijau (3) pink.
  6. Setiap satu bahagian dibahagikan kepada 4 bahagian lagi.
  7. Loyang digris dan dilapik dengan kertas kek.
  8. Panaskan oven dengan api atas bawah pada suhu 180C.
  9. Masukkan adunan kuning satu bahagian ke dalam loyang. Ratakan dan bakar hingga masak.
  10. Masukkan lagi adunan kuning tadi dan bakar lagi hingga masak..(untuk lapisan kedua dan seterusnya bakar guna api atas aje je.)
  11. Kemudian bubuh adunan hijau ratakan dan susun oreo, dan bakar lagi.
  12. Masukkkan adunan pink ratakan dan masukkan oreo, bakar lagi.
  13. Masukkan lagi adunan pink…Bakar lagi ye.
  14. Ulang proses melapis ni hingga habis ye.
  15. Untuk lapisan akhir bubuh adunan kuning.
  16. Siap… Selamat mencuba.

Resepi Kek Lapis Oreo Bonda UmEm

Kek Lapis Oreo Bonda UmEm

Kek Lapis Oreo: Sumber Bonda UmEm

Bahan-bahan:

  • 454 gram butter
  • 180 gram gula halus (saya kurangkan ke 100 gram)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 10 biji telur gred AA
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 gram susu pekat (saya kurangkan ke 100 gram)
  • 170 gram kaya(saya kurangkan ke 160 gram)
  • 100 gram horlick (diayak)
  • 350 gram tepung gandum(diayak)
  • 3 bungkus biskut oreo

Cara-cara:

  1. Putar mentega gula halu dan ovalette kelajub tinggi sehingga kembang dan pucat.
  2. Masukkan telur satu persatu diikuti esen vanila, susu pekat dan kaya. Putar sehingga kembang.

  3. Horlick di ayak sekali dengan tepung, masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit sambil adunan diputar dalam kelajuan perlahan. Kemudian matikan mixer dan kaup balik sehingga sebati.

  4. Ratakan adunan dalam acuan, hentak loyang beberapa kali. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 170 selama 7 minit untuk setiap lapis. Ulang kaedah yang sama sehingga habis. Anda boleh letak kan biskut oreo pada lapisan ketiga atau keempat.

Penutup

Resepi kek lapis oreo ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Jom cuba.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.