fbpx

7 Resepi Kek Carrot Sedap & Mudah (Moist, Creamy Topping!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kek carrot yang sedap. Rasanya sangat lemak berkrim, gebu dan moist. Memang sedap dengan rasa creamy toppingnya! Teksturnya padat, rasa sedikit rempah tapi.. jangan risau, rasanya sangat sedap, apalagi bila diletakkan topping cream cheese. Memang recommended! Rugilah tak cuba  resepi kek carrot kali ini. Ramai yang sukakan rasa kek carrot ini. Nak dibuat untuk makan sendiri boleh, nak mulakan perniagaan kecil-kecilan pun boleh. Jadi, bolehlah deco comel-comel ya, ikut kreativiti anda!

Resepi Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream Che Nom

Resepi Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream Che Nom

Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk kek lobak merah:

  • 5 biji telur saiz A atau B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 300 gram gula kastor
  • 250 gram minyak jagung
  • 280 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • atau sudu kecil serbuk mixed spice
  • 100 gram walnut
  • 400 gram parutan lobak merah
  • sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk lapisan krim keju:

  • 250 gram krim keju
  • 140 gram mentega
  • 140 gram gula aising
  • sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara untuk kek lobak merah:

  1. Parut halus lobak merah, timbang dan keluarkan air.
  2. Panggang walnut selama 10 minit dan kemudian cincang kasar.
  3. Masukkan telur, esen vanilla, gula dan kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
  5. Ayak bahan kering seperti, tepung naik sendiri, baking powder, baking soda, serbuk mixed spice dan garam.
  6. Masukkan bahan kering dalam adunan basah dan gaul sehingga sebati
  7. Masukkan parutan lobak merah dan walnut cincang kemudian gaul sebati.
  8. Masukkan adunan dalam loyang 10 inci x 10 inci atau 6 bekas aluminium 7 inci x 3 inci.
  9. Panaskan dulu oven kemudian bakar dalam suhu 160 c selama 25-30 minit.

Cara-cara untuk lapisan krim keju:

  1. Perah jus lemon.
  2. Ayak gula aising (jika berketul).
  3. Pukul cream cheese sehingga halus.
  4. Masukkan mentega dan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan esen vanilla dan jus lemon kemudian pukul sehingga lincin dan tidak berketul.
  7. Ambil sikit adunan cream cheese, warnakan dengan pewarna oren dan hijau untuk deko kemudian masukkan dalam pipping beg.
  8. Pipe adunan cream cheese putih atas kek (boleh ratakan cream cheese dengan spatula).
  9. Deko kek dengan corak karot comel. Cara pertama pipe memanjang (v) cara kedua pipe zig zag. Dan pipe adunan hijau sebagai corak daun.

Nota:

  • Untuk pastikan gula larut , sentuh sikit adunan, kalau tiada ketulan halus gula jadi gula dah larut.
  • Kalau cream cheese cair, masukkan dulu dalam peti sejuk sebelum pipe atas kek.

Resepi Kek Karot Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Kek Karot Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Kek Karot Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram gula perang
  • 100 gram walnut
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 1/2 cawan karot parut
  • 1 cawan kismis

Bahan Cream Cheese:

  • 120 gram gula
  • 250 gram cream cheese
  • 120 gram unsalted butter
  • Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara-cara:

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
  2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
  3. Masukkan karot, walnut dan kismis.
  4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
  5. Sapukan cream cheese apabila telah sejuk. 

Resepi Moist Carrot Cake Azie Kitchen

Moist Carrot Cake Azie Kitchen

Moist Carrot Cake: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 ¼ cawan vegetable oil
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu kecil vanilla extract
  • 2 cawan all purpose flour
  • 2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 3 cawan carrot – parut
  • 1 cawan walnut – cincang
  • Sedikit kismis 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
  2. Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract. 
  3. Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
  4. Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
  5. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
  6. Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
  7. Bolehlah dihiaskan dengan frosting sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota:

  • Untuk rujukan sendiri di masa depan, saya menggunakan 2 loyang saiz 9″ dibakar pada suhu 160C selama 20 minit sahaja.

Bahan-bahan Frosting:

  • ½ cawan butter – suhu bilik
  • 8 oz cream cheese – suhu bilik (1 kotak Philadelphia atau 1 tube Tatura)
  • 2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil vanilla extract

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk sederhana, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla. Putar sehingga sebati dan berkrim.
  2. Sapu pada permukaan kek yang telah disejukkan sepenuhnya. Tabur dengan kepingan badam, jika suka.

Nota:

  • Bagi memastikan kek moist adalah dengan membakar hanya secukupnya tanpa perlu menunggu masa ditetapkan. Bila aroma wangi keluar dari oven, menunjukkan kek telah masak, boleh buka oven dan check dengan cake tester.
  • Jika belum masak, tutup oven dan bakar lagi beberapa minit. Lagi lama masa membakar, lagi hilang kelembapan. Jadi membakar seadanya kerana ianya bergantung kepada oven yang digunakan dan saiz loyang.
  • Kek boleh disimpan di dalam freezer selama 3 bulan dengan cara membalut dengan cling plastic wrap dan dibungkus pula dengan aluminium foil.
  • Jika kek diletak frosting, masukkan dulu kek di dalam freezer selama 1-2 jam sehingga frosting mengeras sebelum dibalut dengan cling wrap dan aluminium foil.

Resepi Cheezy Crunchy Carrot Cake Azlita Aziz

Cheezy Crunchy Carrot Cake Azlita Aziz

Cheezy Crunchy Carrot Cake: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 200 gram tepung gandum atau tepung kek
  • 1/2 sudu besar soda
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
    ~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak.  Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.
  • 250 gram lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
     ~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gram tadi
  • 150 gram nenas dalam tin
    ~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.
  • 100 gram almond nibs
    ~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C
  • 40 gram kelapa kering
  • 80 ml jus nenas dalam tin
  • 240 gram gula halus
  • 180 gram minyak jagung
  • 2 biji telur A saiz

Cara-cara:

  1. Putar gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
    Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering.
  4. Gaul sebati. Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati. Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna.
  5. Sediakan loyang ukuran 8 inc. Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang. Tuangkan adunan. Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. Bakar kek selama 1 1/2 jam.
  6. Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai.
  7. Sementara kita tunggu kek kita masak, bolehlah kita sediakan krimnya dan crocount.

Bahan Krim Keju:

  • 150 gram *cheese / keju (philadelphia / tatura atau apa2 brand yang halal)
  • 30 gram mentega tanpa garam
  • 60 gram gula icing
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh lemon paste
  • *Cedar Cheese untuk hiasan ~ diparut halus( yang ini blh guna kraft, embrog sekadar memberikan beberapa brand, boleh cari di pasaran yang halal)

Cara-cara:

  1. Pukul *cheese ( philadelphia / tatura)  dan gula aising hingga kembang.
  2. Tambahkan mentega, vanilla dan pes lemon. Pukul adunan sebati.

Bahan Croqant:

  • 100 gram badam cincang
  • 100 gram gula
  • 20 gram butter

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan.
  2. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga rata dan berderai.
  3. Bila kek kita dah masak, potong bahagian atas yang keras.
  4. Kemudian kita potong kek kepada 2 bahagian.
  5. Letak kek atas lapik kek atau pinggan.
  6. Letakkan 1 keping kek, letak krim keju dan ratakan.
  7. Tutup selapis kek lagi dan salutkan keseluruhan kek dengan krim keju.
  8. Salutkan kek dengan parutan keju* cedar (kraft, embrog).
  9. Akhir sekali hiaskan dengan taburan croqant.

Resepi Heavenly Carrot Cake Mat Gebu..

Heavenly Carrot Cake Mat Gebu

Heavenly Carrot Cake: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred “A”
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Topping:

  • 70 gram mentega tanpa garam
  • 125 gram cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 – 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit – 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan…
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana…Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Resepi Kek Lobak Kukus Yang Sedap Aynora

Resepi Kek Lobak Kukus Yang Sedap Aynora

Kek Lobak Kukus Yang Sedap: Sumber Aynora

Bahan-bahan:

  • 2 bji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung/minyak masak
    ~ (campurkan bahan-bahan di atas dan pukul hingga kembang)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat – diayak
  • 1 cawan lobak merah/ carrot – diparut
  • 1/8 cawan badam halus – (seperti yang orang tabur kat biskut almond london)

Cara-cara:

  1. Campur bahan-bahan campuran tepung (tepung + baking powder + soda bikarbonat) ke dalam bahan adunan yang dipukul/ diblend tadi. Kacau rata. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
  2. Masukkan lobak merah. Gaul rata.
  3. Panaskan kukus terlebih dahulu hingga air mendidih, dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek.
  4. Kukus dalam 1/2 jam hingga 45 minit.

Resepi Carrot Cake (Kek Lobak Merah) Tanpa Mixer

Carrot Cake (Kek Lobak Merah) tanpa mixer

Carrot Cake (Kek Lobak Merah) tanpa mixer: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Carrot Cake:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 Biji Telur
  • 1 1/4 Gula
  • 1 Cawan Lobak Merah (parut)
  • 1/2 Cawan Nenas (Cincang)
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung@Minyak Masak
  • 1 Cawan Walnut

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, kacau telur sehingga hancur (tak perlu kembang). Kemudian masukkan gula, lobak merah, nenas dan juga minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan yang di ayak tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Tambahkan kacang walnut dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°c mengikut oven masing-masing.

Bahan Topping:

  • 250 gram Krim Keju
  • 5-6 Sudu besar Susu Pekat

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju bersama susu pekat sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Sapukan pada keseluruhan kek yang telah sejuk.

Nota:

  • Boleh tambah sedikit jus lemon untuk mengimbangkan rasa manis pada topping kek.

Penutup

Sedapnya alahai kek carrot ni. Buat sendiri lebih puas hati lah! Nak makan banyak-banyak pun boleh. Hehe. Lebih jimat buat sendiri, apalagi untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu yang datang. Pasti ramai yang puji, ikut je cara-cara penyediaan, hasilnnya pasti menjadi!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.