fbpx

10 Resepi Kek Batik Yang Lembut, Sedap dan Enak

1

Terbaru! 10 Resepi Kek Batik Sedap dan Lembut. Tahukah anda, menurut kajian, dengan menikmati sepotong kek dapat mengurangkan rasa stress manusia. Dan juga meningkatkan kalori! Hehe.

Kali ini saya ingin berkongsi resepi-resepi kek batik yang lembut dan enak.

1. Kek Batik Lembut

kek batik lembut

sumber ; http://mommycookin.blogspot.com

Bahan-bahan :

  • Biskut Marie
  • 3/4 susu tin pekat manis
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 200g buttercup
  • 4 sudu besar milo

Cara Penyediaan :

  • Panaskan kuali. Cairkan 200g butter. Guna api perlahan.
  • Butter cair , masukkan susu pekat dan kacau adunan. 
  • Masukkan serbuk milo dan serbuk koko dan kacau adunan sehingga sebati.
  • Tutup api. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi. 
  • Gaul sehingga sebati dengan biskut.
  • Masukkan dalam loyang yang sudah dilapik dengan plastik. 

2. Kek Batik Moist

 Kek Batik Moist

sumber : https://www.pinterest.com

IklanIklan
Iklan

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1½ cawan mentega @ marjerin
  • 1½ cawan serbuk koko
  • 2 biji telur jika suka
  • 1 botol mineral air 500ml
  • 1 paket biskut marie yg besar 700g

​Cara Penyediaan :

  • Pukul telur dan tuang atas kuali bersama marjerin sehingga cair
  • kemudian masukkn serbuk koko, gula ,susu pekat bersama air sehingga semua sebati
  • kemudian gaul hingga masak dan agak² dah likat licin berkilat masukkan biskut yg dah dipatah-patahkn kemudian gaul atas api perlahan.
  • Tutupkan api dapur dan kacau semua bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  • Sediakan loyang dan sapukan dengan marjerin atau letak pelastik
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikacau tadi ke dalam loyang tadi .
  • Tekan dan padatkan adunan
  • biarkan ia sejuk dalam peti sejuk selama 10-20 minit bila dah keras potong untuk dihidangkan.

3. Kek Batik Milo

kek batik milo

sumber: https://www.bidadari.my

Bahan-bahan:

  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut marie

Cara Penyediaan :

  • Masukkan butter yang telah dicairkan dan susu pekat ke dalam periuk.
  • Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
  • Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
  • Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
  • Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
  • Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
  • Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastic dan padatkan kek.
    Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras.

4. Kek Batik Hijau Rasa Berkrim Horlicks

Kek Batik Hijau Rasa Berkrim Horlicks

sumber : https://www.rasa.my

Bahan-bahan:

  • 4 Biji Telur
  • 125 unsalted butter
  • 2 cawan horlicks
  • 3/4 susu pekat
  • 1/2 cawan tepong
  • esen vanila
  • pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

Cara Penyediaan :

  • Cairkan butter dalam kuali. Bila sudah cair , masukkan susu pekat dan gaul sehingga sebati. Gunakan api sederhana.
  • Kemudian masukkan tepong dan horlicks ke dalam kuali. Gaul sebati dan pastikan tidak berketul.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali sambil kacau supaya telur tidak masak.
  • Masukkan esen vanila dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  • Tutup api. 
  • Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan ke dalam kuali tadi dan gaul sehingga semua biskut bersalut. 
  • Masukkan ke dalam bekas/loyang yang telah lapik kertas minyak.  

5. Kek Batik Cheese

kek batik cheese

Bahan-bahan:

  • Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
  • 250g mentega
  • 200g  Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan  jika mahu manis)
  • 1/4 cawan susu cair (tiada dalam gambar)
  • 2 biji telur

Topping Cheese :

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit perahan lemon (tiada dalam gambar)

Cara Penyediaan :

  • Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
  • Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati.
  • Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
  • Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
  • Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan  tadi kedalam loyang
  • Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang.
  •  Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula
  • Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
  • Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi
  • Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam

6. Kek Batik Nestum

 Kek Batik Nestum

Bahan-Bahan :

  • 300gm coklat compound
  • 400gm biskut marie
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar butter 
  • 3 x 1/2 cawan nestum

Cara Penyediaan :

  • Biskut Marie dipatahkan 
  • Satukan coklat , serbuk koko , gula pasir , susu cair dalam satu kuali dan buka api perlahan-lahan.
  • Kacau sehingga sebati
  • Adunan coklat mendidih kemudian masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
  • Adunan coklat biarkan pekat sedikit dan baru masukkan biskut marie.
  • Tutup api dan masukkan nestum sedikit demi sedikit.
  •  Sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusny .tak nak nestum  digaul di tempat yang sama. nestum kan cepat melekat.
  • Masukkan dalam loyang dan padatkan. Letak dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. 

7. Kek Batik Oreo

Kek Batik Oreo

Bahan-bahan :

  • 2 cawan Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat - lebih kurang
  • 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)


Cara Penyediaan : 
  • Dengan api kecil, cairkan mentega
  •  Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati
  • Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan
  • Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul
  • Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
  • Tabur kepingan Oreo ke atas adunan
  • Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
  •  Hias dengan kepingan Oreo
  • Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
  •  Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

8. Kek Batik Tanpa Telur

Kek Batik Tanpa Telur

Bahan-bahan :

  • 2 roll biskut marrie (satu paket)
  • 240 gram planta
  • 3/4 tin susu pekat manis 
  • 2 1/2 senduk kecil serbuk chocolate (seelok2nya van houten)
  • 1 sudu milo

Cara Penyediaan

  • Pth biskut marrie jadi setengah letak ke tepi dlu.
  • Bukak api perlahan dan cairkan planta
  • Masukkan susu pekat kacau sampai sebati.
  • Masukkan serbuk chocolate dan milo kacau sampai likat.
  • Tutup api dan masukkan biskut marrie dan gaul secukupnya.
  • Masukkan dalam loyang atau bekas kaca.
  • Kalau nak rasa mcm KEK msukkan peti ais atas(sejuk beku) but kalau nk rasa mcm BISKUT/ranggup msukkan kt peti ais bawah.

9. Kek Batik Kukus

kek batik kukus

sumber : http://fizalgk.blogspot.com

Bahan-Bahan:

  • 200g butter
  • 1/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 1/4 cawan kaya perisa asli
  • 1/4 cawansusu pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan horlicks perisa asli
  • 1/2 serbuk coklat
  • Biskut marie (patahkan 4 bahagian)
  • Pewarna Hijau

Cara Penyediaan :

  • Pukul mentega bersama gula halus sehingga warna putih pucat dengan sederhana laju.
  • Kemudian pukul sedkit laju berbanding tadi
  • Masukkan telur satu persatu. Slowkan balik speed ketika ini. Bila telur sudah sedikit sebati , lajukan balik kelajuan. 
  • Pukul sehingga telur kembang.
  • Masukkan 1 sudu kecil esen vanila , kaya , 1/4 cawan susu pekat. Kacau sehingga sebati menggunakan mixer. Apabila sudah sebati perlahan mixer.
  • Masukkan tepung gandum dan serbuk horlicks. Sebatikan dan agih kepada dua bahagian adunan tadi
  • Bahagian 1 : Masukkan serbuk koko dan 2 sudu besar serbuk coklat. Kacau sebati.
  • Bahagian 2 : Masukkan biskut marie dan pewarna hijau. Kacau sebati.
  • Masukkan dan padatkan bahagian 2 tadi ke dalam loyang. Pastikan sudah disapu marjerin atau tepung supaya kek tidak melekat. 
  • Kukus selama 20 minit. 
  • Kemudian masukkan bahagian 1 pula kedalam loyang yang sama dan kukuskan selama 25 minit atau hingga kek masak. 
  • Cek sama ada kek sudah masak atau belum. Cucuk kek menggunakan lidi dan jika ditarik tiada yang melekat bermaksud kek sudah masak. 
  • Siap. 

10. Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan Milo
  • 1 sudu teh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat
  • 250g mentega
  • 1 1/2 peket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum

Cara Penyediaan :

  • Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
  • Masukkan serbuk koko, Milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
  • Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
  • Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut Marie menjadi kepingan besar.
  • Masukkan biskut Marie ke dalam campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
  • Lapik tin dengan plastik (clingfilm) dan masukkan campuran tadi ke dalamnya. Mampatkan dengan sudu.
  • Letakkan dalam peti sejuk (bukan pembeku) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan.

Topping kek batik sebenarnya anda boleh pelbagaikan seperti sapu nutell , kinder bueno dan macam-macam lagi mengikut kreativiti anda.

Selamat mencuba ya =)

5/5 - (1 vote)
1 Comment
  1. Azie says

    berbaloi saya membaca dan mencuba resepi tuan ni . worth sharing..best gile 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.