fbpx

Pulau-Pulau Cantik di Johor

0

Siapa suka pergi pulau ? Jom kita lugat 10 Pulau yang Menarik di Johor. Mesti seronok dapat menikmati keindahan pulau bersama keluarga dan rakan rakan. 

Pulau Besar (Pulau Babi Besar)

Pulau Besar (Pulau Babi Besar)

Pulau Babi dinamakan sedemikian kerana zaman dahulu terdapat banyak babi berkeliaran disini namun sekarang sudah tiada. Dengan laut yang cantik dan air jernih ini, anda boleh melakukan aktiviti snorkelling dan scuba. Melihat hidupan marin dan jika bertuah anda boleh melihat penyu berenang di sekitar. 

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi

Dari Jeti Tanjung Leman nak sampai ke Pulau tinggi memakan masa sehingga 30 minit. Dinamakan sedemikian kerana pulau ini agak tinggi dan jika anda berada di puncak, anda akan terpegun dengan kecantikan pulau ini. Laut yabg membiru membuatkan pulau ini terkenal di kalangan penyelam dan pelancong. Jangan taktahu di sini juga terdapat air terjun. Anda perlu menjelajahi hutan untuk sampai ke destinasi tersebut. 

Pulau Dayang

Pulau Dayang

SAMSUNG CSC

Pulau ini agak jauh dari daratan kerana nak sampai ke sini agak lama. Namun berbaloi dengan perjalanan setelag melihat betapa cantik nya pulau ini. Cukup memberi privasi untuk anda dan dsini juga menawarkan kursus menyelam buat anda. Anda boleh melihat ikan nemo, batu karang  kuda laut dab pelbagai hidupan laut yang lain. Sungguh mengujakan. 

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau adalah salah satu pulaubyang terkenal di Johor. Rata rata pengunjung bercakap tentang kecantikan pulau ini. Anda boleh hiking di tepi pulau dan melihat sendiri kecantikan pulau ini dari atas. Sesungguhnya ciptaan Tuhan memang tiada tandingan. Sedih rasa nya untuk tinggalkan pulau yang cantik ini. 

Pulau Mensirip

Pulau Mensirip

Menjadi impian semua orang untuk memiliki kediaman di dalam pulau sendiri bukan ? Namun di Pulau Mensirip ini tidak terdapat pebginapan yang anda boleh menginap jadi anda hanya dibenarkan untuk menyelam dan snorkelling sahaja. Namun iti sudah cukup memuaskan hati apabila melihat hidupan marin di bawah laut yang jernih ini. 

Pulau Rawa

Pulau Rawa

Pulau Rawa adalah pulau yang paling terknenal di Johor. Terdapat kediaman di pesisir pantai yang membolehkan anda menginap disini. Bahkan terdapat juga gelongsor yang terus ke dalam laut. Namun penginapan disini agak mahal sedikit , selain itu terdalat juga trek hiking disini. Mereka sudah menyediakan tangga untuk memudahkan anda menaiki bukit. Jadi rebutlah peluang ini untuk melihat matahari terbenam. 

Pulau Sibu

Pulau-Sibu

Pulau Sibu merupakan Pulau yang berdekatan dengan Pulau Tinggi. Disini anda boleh melakukan aktiviti seperti banana boat, jet ski, snorkelling dan scuba. Lihat sahajalah air jernih pulau ini , udara yang segar dan air laut yang tidak deras kerana terlindung dengan tiupan angin. 

Pulau Tengah

pulau tengah

Terletak 15km dari jeti Mersing , pulau Tengah ini pernah menjadi lokasi penggambaran kerana pulaunya yang cantik dan bersih ini. Jadi anda boleh selfie sepuas hati disini. Degmngan terumbu karang, tapak sulaiman , kuda laut, ikan ikan comel memberikan anda yang sukar untuk anda lupakan. Bahkan jika datang sekali, pasti akan datang lagi. 

Pulau Aur

Pulau Aur

Sama cabtik dengan pulau pulau lain, bahkan mungkin lebih cantik. Anda boleh menikmati pemandangan yang menyamankan disini kerana anda boleh melakukan aktiviti menyelam dan snorkelling. Anda disarankan untuk datang antara bulan April sehingga Oktober kerana air yang cantik dan mengelakkan musim tengkujuh. 

Pulau Pemanggil

Pulau pemanggil

Pulau Pemanggil juga antara yabng tersohor di Mersing Johor. Terdapat deretan kedai di tepian pulau ini sambil anda menikmati keiindahan pulau ini. Terasa seperti berada di oversea. Sangat cantik malah resort mereka juga terletak di tepi pulau. 

Selepas melihat 10 Pulau Cantik di Johor itu pasti membuatkan anda teruja merancang percutian anda bukan. Siapa yang tak sukakan pulau yang cantik kan. Selamat bercuti !

Leave A Reply

Your email address will not be published.