fbpx

10 Tempat Menarik di Sabak Bernam

0

Mari kita lihat pula 10 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor. Katanya tempat ini seperti kampung kerana berada di hujung Selangor. Siapa kata Sabak Bernam tiada tempat menarik untuk dilawati. Nak tahu kat mana jom kita lihat. 

Masjid Jin

Masjid Jin

Masjid Jin dinamakan sedemikian kerana kata nya masjid ini bukan sahaja pernah dikunjungi manusia malahan jin yang turut bersembahyang. Pelbagai kejadian misteri yang oernah berlaku pada penduduk sekitar namun ia adalah perkata biasa. Tempat beribadat juga adalah milih makhluk yang ghaib. Dengan struktur masjid ini yang kekal dengan warisan melayu, menjadikan ia kelihatan klasik dan seperti di zaman dahulu. 

Restoran Lembah Bernam

Restoran Lembah Bernam

Nak makan makanan power ? aAnda boleh singgah ke Restoran Lembah Bernam. Semua makanan nya enak enak belaka lebih lebih lagi gulai kuning udang. Harga yang murah membuatkan restoran ini sering dikunjungi orang malah ada juga yang sanggup memandu jauh untuk datang makan di restoran ini. 

Pantai Batu 23 Sungai Nibong

Pantai Batu 23 Sungai Nibong

Antara tarikan di Sabak Bernam ini juga adalah ia mempunyai pantai yang cantik. Malah jika anda berjalan melalui pesisir pantai, sudah pasti anda akan merasa tenang dan hilang stress. Disini juga dijadikan tempat bagi pemancibg untuk mengail. Jadi boleh lah anda datang ke sini untuk berkelah dan mandi manda bersama anak anak anda. 

Ladang Mangga Sungai Limau

Ladang Mangga Sungai Limau

Jika mahukan buah buahan tempatan yang segar, anda patut datang Ladang Mangga Sungai Limau di mana disini terdapar ladang limau dan mangga. Makan on the spot memang terasa manis buah buahan ini. Nak lagi best pergi petik sendiri di ladang. Sokonglah perniagaan penduduk tempatan kita. Dari tepi jalan, kita boleh lihat betapa luas nya ladang mangga mereka. 

Restoran Mee Udang BNO

Mee Udang

Siapa yang tinggal di Sabak Bernam tapi tidak pernah mencuba mee udang BNo ni memang rugi. Yelah yang pernah cuba sekali pasti akan datang berkali kali untuk makan mee udang ini. Rasa yang cukup malah manis udang yang segar memang membangkitkan selera. Dengan harga RM6 sepinggan, memang sangat murah. 

Pusat Pemerhatian Enggang

d

Credit : Door To Hunt

Anda juga berpekuang untuk melihat burung Enggang di Sabak Bernam.  Siapa saja yang tidak terpesona dengan kecantikan burung ini kan. Malah jika anda bertuah, anda boleh mendengar bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan sesama sendiri. 

Muzium Daerah Sabak Bernam

Muzium Daerah Sabak Bernam

Bahkan di Sabak Bernam juga mempunyai muzium yang berkaitan denagn pertanian dan perikanan. Jadi anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang alatan orang zaman dahulu untuk memukat ikan, membajak sawah dan sebagai nya. Bolehlah menambah ilmu pengetahuan. 

Pantai Bagan Nakhoda Omar

Pantai Bagan Nakhoda Omar

Pantai Nakhoda Omar ini adalah salah satu tarikan di Sabak Bernam ini sendiri kerana disini terdapat deretan kedai makan dan sebagai nya di pesisi pantai. Terdapat juga kemudahan seperti tandas, surau dan bilik mandi. Disini juga la Mee Udang BNO terletak. Makan pula dengan air kelapa fresh. Wah bestnya. Disinu juga anda boleh melihat bot nelayan keluar masuk dan berdekatan dengan pokok paya bakau. 

Kelong Paradise Waterfront Resort

Kelong Paradise Waterfront Resort

Kelong Paradise Waterfront Resort merupakan resort di atas laut yang terletak 15 batu nautika dari Sabak Bernam. Disini juga menjadi tumpuan pemancibg dan nelayan. Jika anda menginap disini , anda boleh melohat kecantikan matahari terbit dan terbenam. Menarik bukan ?

Restoran Kuala Kurau

Restoran Kuala Kurau

Jika tadi kita telah menikmati mee udang, kali ini kita makan ketam fresh pula di Restoran Kuala Kurau. Menu yang popular disinu adalah maggi ketam yang fresh dari laut. Tidak hairan lah disini sering dipenuhi pengunjung. Lihat sajalah dengan menu nya yang menggugat iman itu. 

Semoga 10 Tempat Menarik di Sabak Bernam ini memberi manfaat buat anda. Selamat berisitirehat !

Leave A Reply

Your email address will not be published.