RC Planet
Bagi penggemar kereta kawalan , anda boleh melakukan aktiviti anda kegemaran anda di RC Planet. RC planet menyediakan circuit untuk anda namun anda perlu membawa kereta kawalan anda sendiri. Bawa rakan-rakan anda untuk mencabar mereka dilitar ini pasti akan menyeronokkan.
Taman Subang Ria
Warga Subang yang nak beriadah, anda boleh melakukan nya di taman Subang Ria dimana disini suasana sekeliling sangat menyamankan, ditepi tasik dan udara yang segar. Anda dibenarkan berbasikal, jogging dan sebagainya untuk aktiviti riadah.
TT Sport Park
Kilang Coklat Beryl’s
Ingin tahu bagaimana coklat kegemaran anda dibuat ? Anda bokeh melihat proses nya dengan melawat di kilang coklat Beryls. Anda boleh mengetahui bahan yang digunakan dan jangan risau, anda juga boleh membeli belah di sini. Coklat yang digunakan pastinya yang berkualiti tinggi. Best kan ?
Sim Flight KL
SIM filght KL menawarkan anda pengalaman menjadi pilot. Simulator yang sama sebiji dengan yang betul malah anda juga boleh menerbangkan kapal terbang anda. Eh betul ke ? Ya betul tapi hanya lah menggunakan skrin 4D yang kelihatan seakan sama dengan realiti. Jadi anda yang sanagt berminat untuk merealisasikan impian anak anda, boleh datang ke sini untuk mengetahui pelbagai lagi ilmu tentang penerbangan.
Subang Avenue
Speedway Plus Go Kart
Anda yang sukakan berlumba ? Carilah port yang halal buat anda. Speedway Plus Go Kart menawarkan permainan go kart buat anda yang membuatkan anda tidak lupa tentang pengalaman yang menyeronokkan ini. Trek yang agak mencabar pasti dapat mengasah skill memandu anda bukan.
Asean Water Sports Village Puchong
Bagi penggemar sukan air pula, disini adalah tempat yang tepat untuk anda kerana terdapat pelbagai permainan air yang ditawarkan seperti banana boat, water ski dan macam macam lagi. Jangan risau jika tidak pandai berenang kerana setiap peserta akan diberikan jaket keselamatan. Keselamatan memang harus diutamakan.
Clay Expression
Anda tertanya-tanya bagaimana cara pasu tanaj liat dibuat ? Datang ke Clay Expression bagi menjawab segala oertanyaan dalam minda anda. Bahkan disini memberi peluang untuk anda membuat sendiri pasu tanah liat anda. Menarik bukan.
Core Design Gallery
Core Design Gallery ini merupakan butik seni esklusif di Malaysia kerana mereka menengahkan idea kontemporari untuk tatapan pengunjung. Jika anda orang yang berseni, maka ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Semoga 10 Tempat Menarik di Subang Jaya ini dapat memberi manfaat buat anda. Have a good day !