fbpx

7 Resepi Kek Span Coklat Paling Sedap! (Lembut & Gebu)

Hari ini saya nak kongsi resepi kek span coklat. Teksturnya lembut seperti span, jadi tidak hairan dinamakan begitu. Cukup lembut dan moist je.. Pengemar kek span mesti cuba resepi ini. Hasilnya mestilah gebu dan lembut, ya! Cantik je kejadiaannnya jika anda ikut cara-cara penyediaanya. Bahan nak buat kek span coklat ini pun cukup mudah nak sediakan. Gebu sangat dan sedap dimakan begitu sahaja, nak letak topping pun boleh. Ikut selera anda nak hias macam mana. Rasanya cukup sedap ye, sekeping tak cukup. Apalagi bahan utamanya ialah coklat, pasti menjadikan ia kaya rasa coklat, lembut & gebu.

Resepi Kek Span Coklat Akubai

Kek Span Coklat Akubai

Kek Span Coklat: Sumber Akubai

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 180 gm gula halus
  • 150 gm tepung kek
  • 20 gm serbuk koko
  • 70 gm air
  • 5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
  • 15 gm ovellete
  • 50 gm minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara-cara:

  1. Tepung kek, baking powder dan serbuk koko disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 x kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung

  3. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.

  4. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.

  5. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.

  6. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata.
  7. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje.
  8. Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  9. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit.

Resepi Kek Span Coklat Mousse

Kek Span Coklat Mousse Ilham Dapur

Kek Span Coklat Mousse: Sumber Ilham Dapur 

Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci):

  • 130 gram tepung serbaguna @ superfine
  • * 20 gram serbuk koko
  • * 1 sudu kecil serbuk penaik
  • * 1/4 sudu kecil garam
  • * 150 gram gula kastor 
  • 1 sudu kecil coklat emulco
  • 5 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air
  • 80 ml  minyak sunflower/minyak sayur

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 160 C dan alas loyang dengan keras serap minyak.
  2. Dalam mangkuk besar, ayak bahan bertanda, masukkan gula, telur, coklat emulco dan putar dengan kelajuan tinggi selama 4-5 minit hingga adunan jadi ringan. 
  3. Masukkan air dan putar biar sebati, kemudian masukkan minyak sayur dan kaup balik guna spatula.
  4. Tuang dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau bergantung pada oven masing (boleh cucuk kat tengah kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi, kek masak).
  5. Keluarkan dari oven, telengkupkan atas redai kek selama 5 minit agar kek tidak mengecut @ boleh rujuk resipi asal kat sini, sejukkan sepenuhnya.
  6. Belah 3-4 bahagian, sapu coklat mousse secukupnya setiap lapis dan atas permukaan serta keliling kek, sejukkan sekejap dalam peti sebelum sapu coklat ganache.
  7. Sapu atau tuang coklat ganache dan boleh la dihias ikut citarasa.

Bahan Coklat Mousse:

  • 500 ml whipping cream Non Diary – yang dah manis tu
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil coklat emulco @ secukupnya
  • 1 sudu besar gelatin 

Bahan Coklat Ganache:

  • 100 ml whipping cream – maz guna Non Diary juga
  • 200 gram coklat masakan

Cara-cara:

  1. Untuk coklat mousse, larutkan gelatin dalam 2 sudu besar air mendidih , maz masuk dalam microwave je dalam 5-6 saat, kemudian biar sejuk sikit.
  2. Putar baki bahan coklat mousse hingga kental, masukkan larutan gelatin dan sebatikan., simpan dalam peti sekejap jika perlu (kalau nampak macam cair gitu) atau boleh terus sapu pada kek. 3.
  3. Untuk coklat ganache, panaskan sekejap whip cream secara double boiler (mangkuk whip cream atas periuk air panas), masukkan coklat masakan dan sebatikan biar coklat larut sepenunya, biar sejuk sikit sebelum tuang atas kek.

Resepi Kek Span Coklat Suzie’s Kitchen

Kek Span Coklat Suzie's Kitchen

Kek Span Coklat: Sumber Suzie’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred B
  • 170 gram gula kaster
  • 1 camt ovalette – kalau tak de pun tak pe..
  • 100 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder – kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40 gram serbuk koko
  • 70 gram minyak jagung atau minyak masak atau butter yang di cairkan

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula, ovallate dengan kelajuan maksimum hingga kembang. Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yang telah di ayak ke dalam adunan.
  2. Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik, kacau rata-rata.
  3. Isikan ke dalam loyang 8″ dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170’c.
  4. Bila kek dah masak, keluar je dari oven, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan agar kek tak susut.

Resepi Kek Span Coklat Azlita Aziz

Kek Span Coklat Azlita Aziz

Kek Span Coklat: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 180 gram gula halus
  • 150 gram tepung kek
  • 20 gram serbuk koko
  • 70 graam air
  • 5 gram baking powder ( 1 sudu teh)
  • 15 gram ovellete
  • 50 gram minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara-cara:

  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 x kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
    Kemudian putar dengan speed perlahan dulu. Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..? Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
    Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
    Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
    Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun.
  3. Bila dah gebu, tutup mixer. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  4. Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
    Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit.

Resepi Sponge Milky Chocolate Cake, Lembut dan Gebu! Maisarah Sidi

Sponge Milky Chocolate Cake, Lembut dan Gebu! Maisarah Sidi

Sponge Milky Chocolate Cake: Sumber Maisarah Sidi

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur Gred  A
  • 1 sudu besar ovalette – beli ovalette secara online di sini
  • 1 cawan gula kastor – beli gula kastor secara online di sini
  • 2 cawan tepung naik sendiri – beli tepung naik sendiri secara online di sini
  • 4 sudu besar serbuk koko – beli serbuk koko secara online di sini
  • 1 sudu besar emulco coklat – beli emulco coklat secara online di sini
  • 1 suku kecik esen vanila –  beli esen vanila secara online di sini
  • 1/4 cawan susu kotak coklat (apa-apa jenama)
  • 1/2 cawan mentega cair atau marjerin cair atau minyak jagung
  • Chocolate coin secukupnya sebagai hiasan (nak guna cip coklat juga boleh) – beli
  • chocolate coin di sini

Cara-cara:

  1. Putar telur, ovalette, gula kastor, tepung naik sendiri, serbuk koko, emulco coklat, esen vanila dan susu kotak coklat dengan mixer menggunakan low speed. Apabila sudah sebati gunakan high speed. Warna adunan akan bertukar dari warna dark brown kepada warna soft brown. Apabila sudah selesai, matikan mixer.

  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan. Putar sekejap atau kaup balik sahaja sehingga sebati.

  3. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang yang dialas baking paper atau loyang yang telah disapu mentega.

  4. Susun chocolate coin secukupnya pada permukaan adunan sebagai hiasan. Jika mahu kosong permukaannya, tidak perlu letak.

  5. Sebelum bakar di dalam ketuhar, panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C selama 5 minit.

  6. Hentak sedikit loyang yang berisi adunan supaya tidak terjadi gelembung pada permukaan kek. Bakar pada suhu 150⁰C selama 50 minit dengan menggunakan api atas bawah (suhu dan masa sila laraskan mengikut ketuhar masing-masing ya, janji kek masak dan tidak hangit). Mai letak pada rak tengah.

  7. Setelah ketuhar berbunyi, periksa kek menggunakan lidi. Jika lidi yang dicucuk pada kek dan keluar dalam keadaan bersih, bermakna sudah masak.

  8. Apabila sudah masak, keluarkan loyang dari ketuhar. Terbalikkan kek atas redai atau jika tiada, guna baking paper.

  9. Kek Sponge Milky Chocolate Cake siap!

Resepi Kek Span Coklat Lapis Cream Ruzita’s Kitchen

Kek Span Coklat Lapis Cream Ruzita's Kitchen

Kek Span Coklat Lapis Cream: Sumber Ruzita’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 180 gram gula halus
  • 150 gram tepung kek
  • 20 gram serbuk koko
  • 70 gram air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 15 gram ovelette
  • 50 gram minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Satukan tepung kek, baking powder, serbuk koko dan ayak.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung ke dalam pemutar kek, dan putar hingga gebu.
  3. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  4. Alaskan loyang 8 inci dengan alas dan sapu minyak jagung.
  5. Tuangkan adunan dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170C.
  6. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit.
  7. Bila masak, angkat dan sejukkan diatas redai kek.
  8. Bila sejuk potong kek sebanyak 3 lapis.

Bahan Coklat:

  • 3 biji kuning telur
  • 120 gram mentega
  • 4 gram gelatin
  • 50 ml air
  • 150 gram coklat masakan
  • 300 gram krim bukan tenusu

Cara-cara:

  1. Larutkan gelatin.
  2. Cairkan coklat masakan.
  3. Putar kuning telur dan kemudian putar sambil kaedah kukusan.
  4. Masukkan gelatin. Putar lagi.
  5. Dalam bekas lain putar mentega hingga kembang dan masukkan adunan telur tadi. Kemudian kacau sebati.
  6. Masukkan coklat cair dan kacau lagi hingga sebati.
  7. Dalam mangkuk lain, putar krim bukan tenusu hingga kembang. 
  8. Masukkan adunan telur dan coklat tadi kedalam adunan krim bukan tenusu dan kacau kaedah kaup balik hingga rata.
  9. Bolehlah disapukan ke atas kek tadi dengan tiga lapisan dan sekeliling kek.
  10. Simpan kek didalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.

Resepi Kek Span Coklat Mimie Zuraimi

Kek Span Coklat Mimie Zuraimi

Kek Span Coklat: Sumber Mimie Zuraimi

Bahan A:

  • 4 biji telur (Gred B)
  • 120g gula kastor
  • 1 camca besar ovallate
  • 1 camca besar mayonis (original) 

Bahan B (satukan dan diayak sebanyak 5 kali):

  • 80 gram tepung gandum
  • 20 gram serbuk koko
  • 20 gram tepung jagung
  • 1 camca teh baking powder

Bahan C:

  • 65 gram butter – dicairkan dan sejukkan 

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A di dalam 1 mangkuk dan mixer sampai jadi putih gebu (soft peak).
  2. Kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi. Pukul selama 2-3 minit. 
  3. Dan masukkan bahan C, pukul selama 2-3 minit.
  4. Lenser loyang (22 cm) atau alas dengan kertas kek dan masukkan adunan. Bakar selama 45 minit pada suhu 170⁰C.

Penutup

Resepi ini menjanjikan rasa yang sama sedapnya seperti yang anda beli kedai kek. Cukup mudah dan simple je! Siapa yang pertama kali nak cuba buat kek span coklat ini, boleh cuba mana-mana resepi yang anda berkenan diatas. Lagi puas hati bila buat sendiri.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.