fbpx

9 Resepi Kek Lapis Horlick Yang Paling Sedap 2022!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kek lapis horlick yang paling sedap. Resipi ini cukup sedap dan mudah untuk disediakan. Nak buat versi kukus boleh, versi bakar pun boleh ye. Nak hasil yang cantik, kena sabar ye. Bakar lapisan demi lapisan ya. Rasanya paling penting, jadi jika anda masih berjinak-jinak untuk cuba buat kek lapis, jangan risau ye. Ikut je cara-cara penyediaan yang telah dikongsikan. Mudah je, confirm jadi!

Resepi Kek Lapis Horlick Puteri Oven

Kek Lapis Horlick Puteri Oven

Kek Lapis Horlick: Sumber Puteri Oven

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam
  • 1 packet kecil horlicks
  • 1 tin sederhana susu pekat manis
  • 16oz @ 450 gram mentega (akak guna buttercup je)
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sudu makan ovallette
  • 1 tin besar seri kaya
  • Coklat ganache/kaya/blueberry

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula, ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang.
  3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi seperti mentega bersama gula serta telur. Pukul hingga kembang.
  4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence serta ovalette.
  5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10 minit.
  6. Guna senduk, ambil adunan dan letak dalam loyang 4 segi, then kukus. Bila dah masak. Bila dah masak letak ganache, pastu layerkan dengan adunan. Pastu kukus sampai masak. Kalau ada penekan tekan bagi dia rata. (lepas lapisan tu dah masak yee).
    7. Buat sampai habis.

Resepi Kek Lapis Horlicks – Milo Mat Gebu

Kek Lapis Horlicks - Milo Mat Gebu

Kek Lapis Horlicks – Milo: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur gred A
  • 460 gram mentega
  • 200 gram gula halus (castor sugar)
  • 390 gram susu pekat manis
  • 240 gram tepung halus (Hong Kong Flour), diayak
  • 100 gram Horlicks
  • 100 gram Milo

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Masukkan susu pekat manis, pukul hingga rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagain sama banyak, satu di campur dengan horlicks dan lagi satu dicampur dengan milo. Gaul rata setiap adunan hingga sebati dan mesra.
  3. Letak 4 camca besar adunan horlicks ke dalam tin berukuran 9 x 9 x 3 inci yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Ratakan dan bakar menggunakan api grill pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C…selama 3 – 5 minit.
  4. Bila masak keluar tin. Cucuk dengan lidi sate jika lapisan ada gelembung udara dan tekan dengan penekan kek supaya rata. Masukkan 4 camca besar adunan milo, ratakan dan bakar 3 – 5 minit. Buat kaedah sama untuk lapisan horlick, kemudian milo dan seterusnya hingga siap. Yang penting setiap lapisan mesti ditekan biar rata dan jika terdapat gelembung udara, harus dibocorkan.
  5. Untuk lapisan terakhir, bakar dengan api atas dan bawah selama 5 minit. Sejukkan kek 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Resepi Kek Lapis Holicks Che Nom

Resepi Kek Lapis Holicks Che Nom

Kek Lapis Holicks: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam size A
  • 150 gram holicks
  • 100 gram gula halus
  • 200 gram tepung gandum atau tepung Hong Kong
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • sedikit perwarna kuning
  • 1 Tin kecil susu pekat manis
  • 16 ozs / 454 gram Mentega

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur ayam satu persatu sampai habis.
  3. Kemudian masukkan holicks, susu pekat manis dan tepung gandum.
  4. Kacau adunan sehingga sebati akhir sekali masuk kan essen vanilla dan pewarna kuning.
  5. Sedia kan loyang 8×8 sapu kan sedikit mentega agak kek tidak melekat.
  6. Ambil satu sudu besar adunan dan bakar pada suhu 180 C dengan menggunakan api atas dan bawah.
  7. Setelah adunan masak tekan-tekan kek agar rata kemudian masuk kan satu sudu besar adunan lagi.
  8. Bakar menggunakan api atas sahaja buat lah begitu seterus nya sampai habis.

Resepi Kek Lapis Koko Horlicks Citarasawan

Kek Lapis Koko Horlicks Citarasawan

Kek Lapis Koko Horlicks: Sumber Citarasawan

Bahan A:

  • 400 gram mentega
  • 13 biji kuning telur
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 150 gram gula perang
  • 100 gram serbuk horlicks

Bahan B:

  • 5 putih telur
  • 80 gram gula kaster
  • 1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C – Ayak:

  • 130 gram tepung Hong kong
  • 20 gram susu tepung / coffeemate
  • 1/2 sudu teh baking powder

Bahan D:

  • 25 gram serbuk koko – ayak
  • 1 sudu kecil coklat emulco
  • Loyang 8 x 8 x 3 di alas dan di gris mentega cair secukupnya untuk di sapuan.

Cara-cara:

  1. Pukul bahan B dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Bahan A : Pukul mentega dan gula perang hingga putih dan gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga berkrim. Masukkan susu pekat manis dan serbuk horlick, pukul hingga rata. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk lebih besar, kemudian kaup balikkan dengan bahan B hingga rata. Masukkan bahan C, gaul hingga rata.
  3.  Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian lagi di campur dengan bahan D, gaul hingga rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 170C. Ambil 5 sudu besar adunan koko dan ratakan di dalam loyang. Bakar selama 8 minit api atas dan bawah hingga permukaan keperangan.
  5. Angkat dan tekan dengan penekan kek, sapu dengan sedikit mentega cair dan cucuk dengan garpu. Ambil 5 sudu besar adunan asal dan ratakan. Bakar dengan api atas saja (grill) selama 8 minit hingga permukaan keperangan.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 berselang seli hingga semua lapisan habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar selama 15 minit dengan api atas dan bawah.

Resepi Kek Kukus Lapis Horlicks Keju

Kek Kukus Lapis Horlicks Keju

Kek Kukus Lapis Horlicks Keju: Sumber Melley Mey’s  Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur
  • 300 gram mentega berkualiti tinggi _ ( Diana biasa guna Anchor, SCS atau Golden Churn )
  • 120 gram minyak sapi
  • 200 gram cream cheese
  • 190 gram gula kastor _ ( kurangkan sukatan gula jika tidak suka manis dan bubuh 220 gram jika suka manis )
  • 1 tin kecil susu pekat manis ( 390 gram )
  • 170 gram Nestle cream
  • 1 tin sederhana seri kaya Yeo’s ( 300 gram )
  • 1 botol kecil jem strawberry ( 170 gram )
  • 130 gram Nestle cerelac bijirin bayi ( gandum & madu )
  • 220 gram biskut Hup Seng cream crackers yang telah dikisar halus
  • 200 gram horlicks
  • 50 gram haw flakes kisar

Cara-cara:

  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Asingkan putih dan kuning telur. 
  3. Pukul putih telur bersama gula kastor sehingga kembang. Ketepikan.
  4. Kemudian pukul mentega bersama minyak sapi dan cram cheese sehingga sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan pukul hingga kembang.
  6. Setelah itu, campurkan adunan putih telur dan gula halus tadi. Pukul rata.
  7. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi hingga sebati.
  8. Masukkan susu pekat manis, seri kaya, jem strawberry, cerelac, biskut cream crackers kisar, haw flakes kisar serta horlicks. Pukul lagi hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan adunan dengan warna pilihan pada setiap bahagian.
  10. Tuangkan satu adunan dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8″ yang telah dialas dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  11. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi halus / cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan satu adunan warna berlainan dan kukus sehingga adunan kek masak.
  12. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  13. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi halus / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  14. Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya.
  15. Sejukkan dan simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong dan dihidang.
  16. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 1/2 – 4 jam lamanya menggunakan api sederhana.

Nota:

  • Kita boleh mengurangkan masa mengukus dengan melapis adunan kek ini nipis-nipis.
  • Sukatan gulanya tu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing. 

Resepi Kek Lapis Horlick Cheese Iswatonie

Kek Lapis Horlick Cheese Iswatonie

Kek Lapis Horlick Cheese: Sumber Iswatonie

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus (nak manis boleh tambah)
  • 250 gram cream cheese
  • 250 gram butter
  • 1 cawan horlick
  • 1 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu pukul hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan susu pekat gaul lagi sampai adunan betul-betul sebati baru masukkan horlicks, susu tepung, tepung gandum dan akhir sekali masukkan esen vanilla.

Resepi Kek Lapis Horlicks Coklat Kukus Sukatan Cawan

Kek Lapis Horlicks Coklat Kukus Sukatan Cawan

Kek Lapis Horlicks Coklat Kukus: Sumber Roslyn Kitchen

Bahan-bahan: loyang cake pan size 8×8

  • 250 gram butter cup (mentega lain pun boleh) | 250 gram butter
  • 1/2 cawan gula halus | 1/2 cup refined sugar
  • 1/2 cawan susu pekat | 1/2 cup condensed milk
  • 5 biji telur gred A | 5 eggs A gred
  • 1/2 cawan tepung hongkong/ gandum | 1/2 cup all purpose flour
  • 1/2 cawan horlick |1/2 cup horlick
  • 3 sudu besar serbuk koko |3 tbsp cocoa powder
  • 1 sudu teh esen vanila | 1 tsp vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.|Preheat the steamer first. Grease the pan with butter and coat the oil paper.

  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim.|Beat butter and refined sugar until creamy.

  3. Masukkan telur satu per satu. (Masuk sebiji, pukul sebati, baru tambah sebiji lagi)|Put eggs one at a time. (Enter one, one beat, one add another).

  4. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata. (Jika menggunakan mixer, pastikan speed paling perlahan)|Add vanilla essence and mix well. Then add the condensed milk and the flour slowly and mix well. (If using a mixer, make sure the speed is slow).

  5. Gaul sebati menggunakan senduk, kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.|Mix well using a spoon, then divide into 2 parts.

  6. Bahagian 1 masukkan horlick dan gaul sebati, warnakan kuning. (Kalau takde, jangan stress. I lebih suka guna color ori.)|Part 1 insert horlick and mix well, color in yellow. (If not, don’t stress. I prefer the original color.)

  7. Bahagian 2 masukkan serbuk koko dan gaul sebati.|Part 2 add cocoa powder and mix well.

  8. Pastikan pengukus telah mendidih sebelum mula mengukus. Kukuslah berselang seli hingga masak. (Setiap layer mengambil masa 5-10 minit, bergantung pada kuatnya api. Layer terakhir kukus lama sedikit.)|Make sure the steamer has boiled before starting to steam. Steam alternately until cooked. (Each layer takes 5-10 minutes, depending on the flame. The last layer is steamed longer.)

Tips:

  • Untuk kukusan terakhir, lagi lama mengukus, kek lebih tahan lama.|For the last layer, longer steaming, more durable cake.

  • Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan air kukus jatuh atas kek.|Cover the pan with aluminum foil to prevent steam from falling over the cake.

  • Kalau kukus kek lapis, kekuatan api tiada had. Kalau api slow lagi lambat kek masak.|When steaming the layered cake, the firepower is unlimited. If the fire is slow, cake cook slowly.

Resepi Kek Lapis Horlicks Rozzan

Kek Lapis Horlicks Rozzan

Kek Lapis Horlicks: Sumber Rozzan

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur
  • 16 oz mentega
  • 220 gram gula kaster
  • 240 gram tepung gandum (saya gunakan tpg HK)
  • 200 gram Horlicks
  • 1 tin susu pekat (397gm)

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata.
  2. Kemudian masukkan tepung dan horlicks. Kacau/gaul rata-rata. Bakar dengan suhu 200 darjah Celsius (api grill je) selapis-selapis hingga selesai.

Resepi Kek Lapis Horlicks Milo Azizah Mansor

Kek Lapis Horlicks Milo Azizah Mansor

Kek Lapis Horlicks Milo: Sumber Azizah Mansor

Bahan-bahan:

  • 454 gram mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 220 gram gula kastor
  • 250 gram susu pekat manis
  • 240 gram tepung gandum/ hongkong/ pau
  • 200 gram horlicks
  • 200 gram milo
  • 2 sudu besar liquid browning (tak letak pun tak apa)
  • Pewarna hijau (boleh jer guna warna yang lain)

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan.

  2. Putar mentega dan gula hingga kembang.

  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan susu pekat. Kacau rata. Kemudian masukkan tepung. Sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan horlicks dan pewarna yang disukai. 1 bahagian lagi masukkan milo dan liquid browning.
  6. Setiap adunan bagi kepada 8 lapisan. Panaskan oven pada suhu 160°© api atas sahaja.

  7. Ratakan 1 bahagian adunan milo terlebih dahulu. Hentak²kan loyang. Bakar sekitar 7 minit atau hingga masak. Tekan permukaan kek dengan penekan kek. Ulang langkah sama untuk satu lagi lapisan milo.
  8. Kemudian lapis pula adunan horlicks untuk dua lapisan. Bakar berlapis-lapis dua lapisan milo dan dua lapisan horlicks sehingga adunan habis.

  9. Sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum dipotong.

Penutup

Jom cuba resepi kek lapis horlick ini. Sedap tau!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.