fbpx

9 Resepi Kek Red Velvet, Si Cantik Merah Baldu Viral

Hari ini saya nak kongsi resepi kek red velvet, si merah baldu! Warna merah terang digabungkan dengan warna putih krim dari frosting menaikkan pesona warnanya! Kek red velvet juga mempunyai tekstur yang padat, lembut, lembab dan gebu. Istimewa kek ini, krim yang selalu digunakan adalah krim keju yang manis. Ada dua cara untuk buat kek red velvet sama ada kukus atau bakar. Caranya mudah dan rasanya sedap, rasa yang unik dan tidak menghampakan deria rasa anda. Jom cuba resepi red velvet si merah baldu viral ini.

Resepi Kek Red Velvet Sangat Moist Che Nom

Resepi Kek Red Velvet Sangat Moist

Kek Red Velvet Sangat Moist: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk Kek:

  • 2/3 cawan (150 gram) unsalted butter
  • 1 1/2 cawan (337 gram) gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan (375 gram) tepung gandum
  • 1/4 cawan (32 gram)serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 1/2 cawan sudu full cream*
  • 2 1/2 sudu besar cuka makan atau jus lemon*
  • 2 sudu kecil perwarna merah
  • 1 ½ sudu besar cuka makan

Nota: boleh ganti bahan bertanda (*) dengan buttermilk ready made

Bahan untuk krim frosting:

  • 1 cawan (225 gram) unsalted butter
  • 340 gram cream cheese
  • 2 1/2 cawan (312 gram) gula icing 

Cara-cara untuk kek:

  1. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam kedalam satu bekas yang sama.
  2. Sediakan buttermilk (boleh gunakan yang ready pack), sukat susu full cream kemuadian tambah sedikit cuka dan kacau sebati.
  3. Pukul butter sehingga lincin dan tak berketul kemudian masukan gula kastor dan putar sehingga warna burtukar menjadi putih dan kembang.
  4. Masukan telur sebiji demi sebiji.
  5. Tambah sedikit esen vanila.
  6. Kemudian masukan sedikit demi sedikit bahan ayak dan buttermilk berserselang-seli.
  7. Sediakan pewarna merah dan sedikit cuka.
  8. Tuang masuk pewarna dan cuka ke dalam adunan dan kacau sebati.
  9. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  10. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  11. Masukan dalam oven yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bakar kek.

Cara-cara Krim Frosting:

  1. Putarkan unsalted butter sehingga lembut dan lincin.
  2. Masukkan creamcheese dan sambung putar.
  3. Tambahkan gula icing dan esen vanila

Cara-cara untuk susunan kek:

  1. Keluarkan kek dari loyang.
  2. Potong bahagian atas kek supaya permukaan kek rata.
  3. Kemudian belah dua kek sama tinggi.
  4. Susun kek dan sapu creamcheese frosting ikut kreativiti.
  5. Akhir sekali, taburkan serbuk kek diatas kek sebagai hiasan.

Tips:

  • Kalau nak tau kek dah masak, cucuk lidi ditengah, kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah ready.
  • Sapu creamcheese frosting bila kek dah sejuk, kalau tak nanti creamcheese frosting cair.

Resepi Red Velvet Cake Azlita Aziz

Red Velvet Cake Azlita Aziz

Red Velvet Cake:  Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan tepung yang telah diayak
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko – saya menggunakan berry callebaut
  • 1 sudu besar pewarna merah – Saya menggunakan 1 1/2 sudu kecil pes merah wilton (tiada rasa)
  • 1/4 cawan mentega tanpa garam lembut – 57 gram
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 cawan buttermilk – Saya menggunakan 1/2 cawan susu penuh ditambah 1/2 sudu besar cuka/lemon
  • 1/2 sudu kecil cuka – saya menggunakan cuka putih suling heinz 5%
  • 1/2 sudu kecil baking soda

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar hingga 175 darjah Celsius.
  2. Dalam satu bekas, ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Mengetepikan.
  3. Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata sehingga menjadi pes (saya tambah sedikit air).
  4. Dengan menggunakan stand mixer, pukul mentega bersama gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan ekstrak vanila dan bancuhan serbuk koko, pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk yang telah diayak secara berselang-seli. Bermula dan berakhir dengan tepung. (F-M-F-M-F).
  6. Dalam mangkuk kecil, satukan cuka dan baking soda dan masukkan ke dalam adunan anda. Kacau rata dengan spatula. Tuang ke dalam loyang 6″ dan bakar selama 50 min atau sehingga masak.
  7. Biarkan sejuk di atas rak dawai.
  8. Setelah sejuk, potong kek kepada dua dan sapukan filling cream cheese, letakkan dengan baki cream cheese juga. Sejukkan beberapa jam.

Bahan Cream Cheese frosting:

  • 125 gram krim keju
  • 50 gram mentega tanpa garam
  • 110 gram gula tepung – saya kurangkan kepada 80 gram
  • 1 cawan krim segar (whipped until stiff – used double cream)

Cara-cara:

  1. Pukul keju krim dengan mentega sehingga lembut.
  2. Putar mixer pada kelajuan rendah, masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan krim putar, kacau dengan spatula.

Resepi Kek Red Velvet Lebih Gebu dan Sedap! Eny Abdullah

Red Velvet Lebih Gebu dan Sedap!: Sumber Eny Abdullah

Bahan A

  • 170 gram mentega
  • 150 gram gula castor – saya pakai 120 gram untuk kurang manis
  • 3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan

  • 1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  3. Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering.
  4. Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak.

Bahan frosting cream cheese:

  • 350 gram cream cheese
  • 70 gram mentega
  • 200 gram gula aising
  • 1 sudu kecil ekstrak vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair.

Resepi Kek Red Velvet Istimewa Dari Juita

Kek Red Velvet Istimewa Dari Juita

Kek Red Velvet Istimewa Dari Juita: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan all-purpose flour
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cocoa powder
  • 1 1/3 cawan vegetable oil
  • 1 cawan buttermilk – suhu bilik (atau 1 sudu besar jus lemon + 1 cawan susu)
  • 2 sudu besar red food colouring
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 2 biji telur gred A – suhu bilik
  • 1 1/4 cawan gula kaster
  • 1 sudu kecil white distilled vinegar
  • 1 sudu kecil baking soda 

Cara-cara:

  1. Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
  3. Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
  4. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
  6. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  7. Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:

  • Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170’C.

Bahan-bahan cream cheese frosting:

  • 8 oz cream cheese – sejuk
  • 5 sudu besar butter – lembut (70.8 gm/2.5 oz)
  • 2 sudu kecil vanilla extract
  • 2 cawan gula ising – ayak

Cara-cara:

  1. Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
  2. Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

Resepi Kek Red Velvet Moist Hana’s Family

Kek Red Velvet Moist Hana's Family

Kek Red Velvet Moist: Sumber Hana’s Family

Bahan-bahan:

  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk – resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas – hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Bahan Topping:

  • 250 gram cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula – hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara:

  1. Sediakan buttermilk – Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  2. Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  5. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Resepi Red Velvet Cream Cheese

RED VELVET CREAM CHEESe

Red Velvet Cream Cheese: Sumber Bake With Yen

Bahan-bahan:

  • 250 gram Adunan Kek Velvet Merah BWY
  • 200 gram telur
  • 65 ml air
  • 65 gram Mentega Echte Boter (cairkan)
  • 1 ketul Krim Keju Cottura (suhu bilik)
  • 130 gram gula aising
  • 1 gulung cawan mufin

Cara-cara:

  1. Putar dengan laju adunan kek, telur, dan air selama 5-6 minit.
  2. Masukkan mentega cair dan putar perlahan-lahan selama setengah minit.
  3. Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.
  5. Putar krim keju dan gula aising dengan kelajuan maksimum sehingga krim menjadi pekat. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan hiaskan di atas kek red velvet merah.
  6. Kemudian simpan mufin ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan.

Resepi Red Velvet Cake Versi Kukus Amie’s Little Kitchen

Red Velvet Cake Versi Kukus

Red Velvet Cake Versi Kukus: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk – resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas – hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping:

  • 250 gram cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula – hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara:

  1. Sediakan buttermilk – Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar. Amie gunakan yogurt plain.
  2. Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. Amie kukus.
  5. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Resepi Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar)

Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar)

Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah (Versi Bakar): Sumber Cik Jari Manis

Bahan A (Buttermilk): 

  • 240 ml susu segar
  • 2 sudu kecil cuka
  • 4 sudu kecil pewarna merah

(satukan semua bahan A)

Bahan B:

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powde

(ayakkan semua bahan B)

Bahan C:

  • 150 gram butter
  • 250 gram gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred 

Bahan D:

  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbona

Cara-cara:

  1. Campurkan butter & gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan esen vanilla & telur satu persatu. Mix hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan A & bahan B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. (contoh; tepung, buttermilk, tepung, buttermilk kemudian last sekali tepung) Mix lagi hingga sebati.
  3. Satukan bahan D ke dealam bekas, ia akan berbuih & berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kacau sebati.
  4. Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Adunan ni sesuai untuk loyang 8 inci.
  5. Bakar pada suhu 160’C selama 50 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. (Yang ni bergantung pada suhu oven masing-masing, kena pandai set suhu oven masing-masing sebab ada sesetengah oven, suhu dia berlainan.)

Nota:

  • Korang jangan hairan, kek red velvet ni bila dah siap masak dia memang tak naik tinggi @ kembang sangat. Red Velvet adalah sejenis kek yang berat dan padat. Paling sesuai dengan frosting cream cheese. Kalau customer order request nak frosting lain pun aku lebih suggest kan customer ambil frosting cream cheese. Takut nanti bila tukar frosting lain, customer rasa pelik pulak. Hehe. Cuma nak yang terbaik untuk customer.

Bahan Krim Keju

  •  200 gram cream cheese
  • 1 sudu teh lemon paste
  • 90 gram coklat masakan putih
  • 150 gram krim bukan tenusu (Non Dairy Whipping cream)
  • 8 gram gelatin
  • 30 gram air

Cara-cara:

  1. Cairkan gelatin.
  2. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boil.
  3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih.
  4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut.
  5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih.
  6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental.
  7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata.

Resepi Red Velvet I’m in Love

Red Velvet I’m in Love

Red Velvet I’m in Love: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan A:

  • Butter 125 gram (1/2 buku)
  • Gula kaster 200 gram (1 cawan)

Bahan B:

  • Tepung kek 160 gram (1 1/4 cawan)
  • Sebuk koko 12 gram (2 sudu besar)
  • Garam 1/2 sudu kecil

Bahan C:

  • Cuka Apple 2 sudu kecil (Boleh juga guna cuka biasa)
  • Baking soda 1 sudu kecil

*campur kedua-dua bahan ni. Kacau laju sehingga sebati

Bahan D:

  • Sour cream 125 gram
    (Boleh ganti dengan yougurt. Saya beli yougurt bekas 135 gram. Lebihan 10 gram boleh campur dlm topping)
  • Telur gred A 2 biji
  • Pewarna merah 2 1/2 sudu kecil
  • Esen vanilla 1/2 sudu kecil

Cara-cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang di dalam mesin pemutar.
  2. Masukkan telur satu demi satu dalam mesin pemutar. Pukul sebentar.
  3. Masukkan bahan B yang telah di ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  4. Setelah adunan sebati, masukkan esen vanilla & pewarna merah.
  5. Masukkan pula sour cream. Putar lagi.

Bahan-bahan topping:

  • Cream cheese 250 gram (1 cawan)
  • Butter 125 gram (1/2 cawan)
  • Gula icing 150 gram (3/4 cawan)
  • Serbuk limau nipis 1 sudu kecil/yogurt 10 gram (optional-kalau takde pun takpe)

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese & butter sehingga sebati. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Masukkan serbuk limau nipis/yogurt.
  2. Sapukan topping apabila kek telah sejuk. Hiaskan kek dengan ceri / strawberi / bahan-bahan lain mengikut kegemaran masing.

Penutup

Resepi ini menjanjikan rasa yang sama sedapnya seperti yang anda beli kedai kek. Untuk menghasilkan kek red velvet yang sempurna , kek ini mestilah mempunyai 4 ciri utama seperti:

  • kek mestilah memberi rasa mentega sebenar
  • rasa coklat yang ringan – tidak terlalu rasa seperti kek coklat
  • rasa susu metega yang kuat
  • terasa ekstrak vanilla

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.