fbpx

5 Resepi Puding Susu Pandan Yang Sedap Dan Simple 2022

Hari ini saya nak kongsi resepi puding susu pandan. Puding ialah jenis makanan pencuci mulut yang manis. Resepi puding susu pandan ini cukup sedap dan simple je cara penyediaanya. Puding susu dengan aroma pandan yang wangi ini pasti sedap dihidangkan sejuk-sejuk. Rasanya creamy kerana antara bahan yang digunakan ialah susu dan santan.

Resepi Puding Susu Pandan Bonda

Resepi Puding Susu Pandan

Puding Susu Pandan: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 600 ml air
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk agar-agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.

  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan-lahan.

  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

  4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki sebanyak separuh bekas.

  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.

Tips: 

  • Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati. Setelah adunan hijau beku, bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.

Puding Susu Pandan Yatie Memories

Puding Susu Pandan Yatie Memories

Puding Susu Pandan: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk agar-agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan-lahan.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Agar-Agar Susu Pandan Hanekoma

Agar-Agar Susu Pandan

Agar-Agar Susu Pandan: Sumber Hanekoma

Bahan-bahan:

  • Serbuk agar-agar plain 10 gram
  • 500 ml air / air secukupnya
  • Gula pasir 5-6 sudu makan atau semanis rasa
  • 1/2 tin susu cair…kalo nak guna 1 tin pun tak ada hal
  • 1/2 kotak santan (beli santan express dalam kotak kecil jak…)
  • Esen pandan 1 sudu kecil 
  • 2-3 titik pewarna hijau epal

Cara-cara:

  1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar plain ke dalam air dan masak menggunakan api kecil saja.
  2. Tambahkan gula pasir, kacau sehingga larut dalam air tadi kemudian tambahkan susu cair. Selepas 1-2 minit masukkan santan tadi dan kacau perlahan-lahan hingga campuran sebati sehingga mendidih.
  3. Setelah itu tapis dan asingkan 1/2 adunan masakan yang berwarna putih susu.
  4. 1/2 adunan masakan yang berbaki tadi akan ditambah esen pandan dan pewarna hijau epal. Masak dalam lebih kurang 1 minit untuk memastikan gaulan sebati.
  5. Tapis dan tuangkan adunan berwarna hijau epal ke dalam bekas yang digemari dan bekukan sebentar ke dalam peti ais lebih kurang 5-10 minit. Setelah itu keluarkan dari peti ais dan cakarkan permukaan adunan menggunakan garpu…sikit saja tau. Akhir sekali baru letak adunan yang berperisa susu atas adunan yang telah beku tadi. Sejukkan semula dalam peti ais untuk dinikmati sejuk dalam tempoh 1-2 jam.

Resepi Agar-agar Susu Pandan Dielacraft

Resepi Agar-agar Susu Pandan Dielacraft

Agar-agar Susu Pandan: Sumber Dielacraft

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 800 ml air
  • 1/2 tin susu
  • 3/4 cawan gula ( boleh tambah lagi kalau kurang manis)
  • 1 helai daun pandan diikat
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit pes pandan

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama air sehingga ianya cair. Masukkan gula dan biarkan ia
       larut.
  2. Masukkan susu, daun pandan. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna serta pes pandan.
  3. Masukkan kedalam loyang atau acuan yang disukai. Biarkan sehingga sejuk, barulah dipotong. 

Resepi Agar-Agar Susu Pandan Chomchom

Agar-Agar Susu Pandan Chomchom

Agar-Agar Susu Pandan: Sumber Chomchom

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus agar-agar hijau
  • 7 gelas air
  • 1/4 gula (atau secukup rasa)
  • 1/2 tin susu
  • 1 genggam daun pandan (tumbuk ambil ± 1 cawan air)

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan sehingga larut, masak dengan api sederhana, kacau semasa masak, bila mendidih tutup api dan tuang ke dalam acuan, tunggu sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais, mudah je.* Semoga berjaya *

Penutup

Cukup mudah je nak buat, confirm menjadi! Jom cuba resepi puding susu pandan ini.

Anda juga boleh cuba resepi INI:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.