fbpx

5 Resepi Sate Udang Paling Sedap Dan Confirm Menjadi!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi sate udang yang paling sedap! Sate makanan laut mempunyai citarasa tersendiri yang enak dan lazat. Cukup mudah nak sediakan sate udang ini. Udang merupakan salah satu makanan laut yang mempunyai kandungan nutrisi yang cukup tinggi, seperti omega-3, protein  vitamin D, kalsium, kalium, fosfor, vitamin A dan E. Tips nak simpan udang tahan lama & fresh isinya, anda boleh taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais.

Resepi Sate Udang Amie’s Little Kitchen

Sate Udang Amie's Little Kitchen

Sate Udang: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang kertas saiz besar – bersihkan, cuci dan toskan hingga kering
    lidi secukupnya
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili padi
  • 2 sudu makan kicap manis ABC
  • 2 sudu makan minyak

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Cara-cara:

  1. Perap udang bersama bahan kisar, serai, sos lada hitam, sos tiram, sos cili padi, kicap manis dan minyak. Biarkan selama 20 minit.
  2. Cucuk udang dengan lidi sate.
  3. Panggang / bakar udang hingga masak.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sate Udang / Udang Bakar Cik TK

Resepi Sate Udang

Sate Udang / Udang Bakar: Sumber Cik TK

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang saiz agak besar

  • 1 biji limau nipis – perah airnya

  • Garam secukupnya

Bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 5 batang cili merah

  • 1 inci halia

  • 1 batang serai

  • Sedikit serbuk kunyit

  • 2 helai daun limau purut

  • Garam dan gula secukupnya

  • 2 sudu makan sos tomat

Lain-lain:

  •  Lidi sate – pastikan bersih

Cara-cara:

  1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis dan garam selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  2. Kemudian cucuk udang dengan lidi. Kalau panjang sangat boleh potong lebihan lidi tu. 
  3. Semua bahan kisar itu ditumis hingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan udang bersama lidi. Masak sehingga berubah warna. Ketepikan.
  5. Udang itu kemudiannya dibakar sehingga betul-betul masak. Ketika membakar boleh merenjis lebihan tumisan pada udang. 
  6. Sedia dihidang.

Resipi Satay Udang Sos Magic yang Sangat Sedap

Resipi Satay Udang Sos Magic yang Sangat Sedap

Satay Udang Sos Magic yang Sangat Sedap: Sumber Springroll

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang segar
  • 6 Sudu besar Sos Magic
  • Lidi kayu satay

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang bersama sos magic sehingga sebati. Perap selama 1 jam..
  2. Cucuk bersama lidi satay. Grill diatas kuali. Siap!

Resepi Skewer Udang / Satay Udang

Skewer Udang Satay Udang

Skewer Udang Satay Udang: Sumber Watties Delight

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • Bijan dan biji sawi secukupnya (digaul rata)
  • Lidi satay
  • Sedikit serbuk paprika, lada sulah dan garam

Cara-cara:

  1. Udang dibuang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya sahaja.
  2. Taburkan serbuk paprika, lada putih, garam dan gaul rata.
  3. Cucuk pada lidi satay secara memanjang.
  4. Celup udang ke dalam tepung, kemudian ke dalam telur dan terakhir ke dalam bijan dan biji sawi yang telah digaul rata.
  5. Goreng di dalam minyak terendam hingga warna kuning keemasan.
  6. Sedia dimakan bersama sos.

Sos Cicah Skewer Udang:

  • 1 batang bunga kantan
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos cili thai
  • 1 1/2 sudu besar minyak bijan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masak semua bahan. Jika pekat boleh ditambahkan air.

Resepi Satay Udang Goreng Pedas

Satay Udang Goreng Pedas

Satay Udang Goreng Pedas: Sumber Rasa Pizza

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang dibersihkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur dipukul
  • 3 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum, telur, garam, cili, bawang putih & air secukupnya hingga mendapat bancuhan yang sederhana pekat. Celup udang & goreng hingga kekuningan. Angkat. Cucuk udang pada lidi satay. Hidangkan bersama sos cili.

Penutup

Sedapnnya sate udang ini kan? Mudah je nak buat.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.