9 Resepi Ikan Cencaru Sumbat Padu Dengan Isi Sambal Penuh (Rasa Pedas Membangkitkan Deria Rasa)
Hari ini saya nak kongsi resepi ikan cencaru sumbat yang padu dengan isi sambal penuh. Rasa pedasnya pasti membangkitkan deria rasa. Rasanya pedas, masin, masam, dan manis secukup rasa. Tahap kepedasan boleh disesuaikan mengikut citarasa yang anda suka. Ikan cencaru adalah spesis ikan yang kulitnya agak tebal. Biasanya ikan ni sedap kalau di bakar, nak goreng pun boleh. Yang asalnya tak gemar ikan pun boleh jatuh cinta dengan rasa ikan cencaru sumbat ini, pasti ratah hingga ke tulang ikan kerana sambalnya yang padu disumbat ke dalam ikan yang dibelah dua. Jom cuba resepi ikan cencaru sumbat ini.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Che Nom

- 4 ekor ikan cencaru
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- minyak untuk menggoreng
- 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
Bahan Kisar Ditumbuk Halus:
- 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 inci belacan bakar
- 1 inci halia
- 1 sudu besar jus pekat asam jawa
- 1 batang serai, optional
- 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
- garam secukupnya
Cara-cara untuk memasak:
- Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
- Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
- Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejukkan.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Azie Kitchen
- 2 ekor ikan Cencaru – belah kedua dua
- 1/2 sudu kecil pes asam jawa
- Garam
- 2-3 sudu besar cili kering kisar
- 1 biji bawang besar
- 1-2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Kisar bahan bahan di atas dengan sedikit air. Satukan bahan kisar dengan pes asam jawa dan garam. Kacau rata.
- Masukkan sambal ke dalam badan ikan dan juga bahagian perutnya sekali. Kalau sambal terkeluar pun tak apa. Itu yang menjadikannya lebih sedap.
- Panaskan kuali leper. Masukkan minyak ke dalam kuali. Minyak sedikit sahaja. Dibalikkan.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- minyak untuk mengoreng
Bahan dikisar atau tumbuk:
- 5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 inci belacan bakar
- 1 inci halia
- 1 sudu besar jus asam jawa
- 1 batang serai
- 1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan. - Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum.
- Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
- Angkat dan sejukkan.
- Sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi.
- Sumbat di kedua-dua bahagian belahan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak balik kan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan.
- Sedia di hidangkan.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bidadari
Ikan Cencaru Sumbat: Sumber Bidadari
Bahan-bahan:
- *Cili kering 10-15tangkai
- *1 bawang besar
- *2 biji bawang putih
- 2 biji bawang besar (di potong dadu)
- 2 sudu serbuk cili babas
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- Garam,gula dan minyak masak.
Cara-cara:
- Blender halus semua bahan yang bertanda*.
- Panaskan 3 sudu besar minyak masak.
- Masukkan semua bahan blender dan letakkan sedikit air.
- Kemudian masukkan serbuk cili babas (wajib pakai cap babas baru warnanya akan merah menarik), sos cili, sos tomato dan bawang yang didadu.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Masak hingga kekeringan. Siap
- Kemudian, bolehlah di sumbat kan ke dalam ikan yang dah di goreng/dibakar. Kalau nak lagi sedap, sumbat dulu inti dalam ikan pastu goreng bersama.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak
Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak: Sumber Kit pramenulis
Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan cencaru
- 1 sudu tempoyak
- 3 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit garam
Cara-cara:
Tumbuk bawang dan cili. Letak tempoyak.
Tambahkan garam. Kemudian, gaul bagi sebati.
Belah ikan cencaru dari atas. Masukkan bahan tadi ke dalam perut ikan.
Balut dengan daun pisang kalau suka. Aroma daun pisang menjadikan ikan bakar lagi sedap untuk dinikmati.
Bakar ikan seperti biasa. Guna pembakar ajaib je.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Qaseh Honey
Ikan Cencaru Sumbat Sambal: Sumber Qaseh Honey
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan cencaru saiz besar – bersihkan, belah belakang, cuci dan toskan
Bahan Sambal:
- 7 biji lada merah
- 7 biji cili padi
- 2 cm belacan
- 4 ulas bawang putih – belah 2 dan goreng
- 5 biji bawang merah – belah 2 dan goreng
- 1 labu bawang besar – belah 4 dan goreng
- 1 cawan udang kering – rendam
- 1 sudu teh pati asam jawa
- garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Cara-cara:
- Panggang ikan hingga masak – Amie masukkan dalam oven.
- Campurkan kesemua bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.
- Masukkan bahan di atas ke dalam perut ikan.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Tomyam
Ikan Cencaru Sumbat Tomyam: Sumber Mingguan Wanita
Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan cencaru
- 1 peket pes tomyam adabi
- 1 batang serai
- 1 biji bawang merah
- 2 helai daun limau purut
- 2 biji cili padi
- sedikit garam
Cara-cara:
- Tumbuk serai dan bawang hingga lumat.
- Kemudian masukkan cili serta daun limau purut.
- Selepas tambah pes tomyam.
- Kemudian letakkan sedikit garam.
- Kacau mesra sebati.
- Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.
- Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit, ataupun sehingga masak dan garing.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Lada
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Lada: Sumber Durian Cheese
Bahan-bahan:
- Bawang merah 4 ulas
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Tomato 2 biji
- Nissan Kabung
- Halia sedikit
- Asam Jawa
- Lada kering besar yang dikisar sebanyak 2 sudu besar
- Cili padi (ikut pada yang suka pedas lagi)
- Garam dan gula secukup rasa
- Ikan cencaru 2 ekor
Cara-cara:
- Sebelum mula, bersihkan ikan dan hiris ikan dibahagian atasnya.
- Kemudia sapukan sikit garam dan kunyit. Dan ketepikan dulu.
- Tumbuk bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat. Kalau nak kisar dengan blender pun boleh.
- Potong tomato secara dadu dan gaulkan dengan bahan yang dikisar.
- Kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar dan gaulkan kesemuanyalagi sehingga sebati.
- Masukkan nisan kabung, asam jawa, garam dan gula.
- Gaulkan sehingga sebati dan boleh rasa. Boleh adjust untuk dapatkan rasa masin, masam, dan manis secukup rasa.
- Setelah sebati rasa dia, sumbat sambal ke dalam ikan dan biarkan sekejap. Pecah telur dalam mangkuk lain, dan ketuk. Sapukan telur pada bahagian sambalyang disumbat supaya ianya tak terkeluar semasa menggoreng.
- Selepas itu, terus goreng atau bakar.
- Dah masak sambal dan garing ikannya, bolehlah diangkat.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa: Sumber Mstar
Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan cencaru – bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit
Bahan Inti:
- 1 cawan kelapa parut
- 2 biji cili merah – dibuang biji dan ditumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 labu bawang besar- tumbuk
- 2 sudu pati asam jawa
- gula
- belacan
- garam
Cara-cara:
- Kelapa parut, cili dan bawang perlu ditumbuk.
- Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati.
- Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru.
- Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Penutup:
Ikan Cencaru Sumbat kalau dicicah dengan Air Asam lagi sedap! Boleh cuba resepi Air Asam ini. Sedap dimakan panas-panas. Digoreng garing mahupun dibakar, rasa isinya pasti lembut. Sesuai disajikan sebagai lauk tengah hari mahupun makan malam. Jom cuba!
Anda juga boleh cuba resepi berasaskan ikan: