fbpx

9 Resepi Nasi Briyani Viral (Cara Masak Nasi Briyani Mudah Dan Sedap)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi Nasi Briyani Viral. Saya kongsikan cara masak nasi briyani mudah dan sedap yang gerenti menjadi! Suri rumah yang pertama kali nak masak nasi briyani ini, boleh cuba masakan ini. Pasti menyelerakan dengan aroma nasi yang dicampur rempah. Biasanya menggunakan beras basmathi dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran. Bila teringin nak makan nasi briyani, anda boleh buat ikut resepi yang anda suka seperti resepi di bawah. Nak masak sempoi je, ikut je cara masakan dan tips masakan nasi briyani ini.

Resepi Nasi Briyani Ayam Yogurt Mat Gebu

Nasi Briyani Ayam Yogurt Mat Gebu

Nasi Briyani Ayam Yogurt: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
  • 1/2 ekor ayam, potong 8 atau 10, cuci bersih dan toskan
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3/4 cawan yogurt plain
  • 5 cawan air
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 1 inci halia*
  • 1 biji lada hijau*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 biji tomato*
  • 1/3 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • Garam secukup rasa dan secubit gula

Bahan Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Hiasan:

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Kismis
  • Kacang pis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis dan daun pandan, tumis maska hingga wangi. Masukkan bahan kisar halus dan rempah beriani, kacau rata dan masak hingga rempah garing, gunakan api kecil. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air secukupnya (anggaran 1 cawan) dan masak hingga ayam empuk dan kuah pekat.
  2. Masukkan beras basmathi dan gaul rata-rata. Goreng sekejap. Alih beras tadi bersama-sama ayam ke dalam rice cooker. Bancuh yogurt dan 5 cawan air, kacau dan tuang dalam rice cooker, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak seperti biasa.
  3. Bila nasi tanak,masukkan daun pudina dan kisimi. Biar hingga nasi betul2 masak. Gemburkan nasi dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan kacang pis. Hidangkan bersama acar dan lauk-lauk pilihan anda.

Resepi Nasi Briyani Pakistan Che Nom

Nasi Briyani Pakistan Che Nom

Nasi Briyani Pakistan: Sumber Che Nom

Bahan Kisar Halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato (kisar asing tomato)

Bahan Perapan:

  • 1/2 ekor ayam (7 ketul)
  • 3 sudu besar rempah briyani
  • 3-4 sudu besar yoghurt asli
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan Digoreng:

  • 1 cawan gajus
  • 8-10 biji bawang merah kecil

Bahan Masakan Ayam:

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji kentang
  • 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
  • 1/2 mangkuk kismis/prune kering
  • 1 ikat daun ketumbar
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Bahan-bahan Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
  • 2 liter air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • garam (cukup sehingga air rasa masin)
  • sedikit minyak
  • 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air
  • pewarna kuning untuk hiasan

Bahan-bahan Salad:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 1 batang timun
  • jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
  • sedikit gula
  • secubit garam

Cara-cara untuk Ayam:

  1. Cincang kasar bawang putih dan halia.
  2. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang holland.
  3. Potong kentang dan tomato kepada ketulan besar.
  4. Hiris kasar daun ketumbar dan daun pudina.
  5. Sediakan kismis atau prune kering, potong kecil-kecil kalau prunee kering.
  6. Bland bawang putih, halia dan air.
  7. Kisar halus tomato.
  8. Perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah dikisar, rempah briyani, yoghurt asli, garam, lada hitam dan gaul sebati.
  9. Perap ayam selama 1/2 jam.
  10. Panaskan kuali dan goreng gajus sehingga keperanggan kemudian angkat.
  11. Goreng pula kentang sehingga keperanggan dan kemudian angkat.
  12. Goreng bawang merah sehingga kekuniggan dan kemudian terus angkat.
  13. Keluarkan sedikit minyak dan mula menumis bawang holland.
  14. Masukkan minyak sapi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam (daun bay).
  15. Bila bawang dah lembut dan semua bahan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap.
  16. Tambah sedikit bawang goreng (jangan habiskan, simpan utk taburan).
  17. Masukkan tomato yang dikisar halus.
  18. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
  19. Masukkan cili padi hijau (dibuang tangkai dan belah hujung) , kentang, kismis atau prune kering, garam, sedikit hirisan daun ketumbar dan sedikit yogurt.
  20. Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, masukkan gula dan tambah air kalau kuah kering sangat.

Cara-cara untuk Nasi:

  1. Rendam beras basmathi selama 10 minit dan tapis.
  2. Panaskan air, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih), daun salam, lada hitam dan garam.
  3. Masukkan beras dan masak sehingga mendidih (dalam 70 % masak).
  4. Tapis air.
  5. Tuang sedikit minyak ke atas beras (supaya tak melekat) dan ratakan.
  6. Bahagi nasi kepada 3 bahagian dan ayam dua bahagian.
  7. Susun mengikut urutan beriku:
  8. Pertama masukkan nasi kedalam kuali @ rice cooker dan ratakan.
  9. Kedua masukkan ayam dan kuahnya sekali.
  10. Ketiga masukkan nasi dan ratakan.
  11. Keempat masukkan ayam beserta kuahnya, bawang goreng hirisan daun ketumbar.
  12. Dan lapisan terakhir tuang kesemua nasi dan tabur lagi bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
  13. Tuang sedikit minyak.
  14. Titik sedikit pewarna kuning @ saffron.
  15. Tuang susu cair yang telah dicampur dengan air.
  16. Tutup denga penutup yang telah dibalut dengan towel atau kain.
  17. Masak sehingga 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
  18. Bila nasi dah masak, tutup api dan rehatkan 1/2 jam dengan penutup (jangan kacau lagi waktu ni).
  19. Kalau nasi masih keras sikit, boleh tambah sikit lagi air dan sambung masak.
  20. Geburkan nasi dan taburkan dengan kacang gajus dan hirisan daun ketumbar.

Cara-cara untuk Salad:

  1. Potong dadu kecil bawang holland, tomato (buang bahagian biji tengah), timun (buang bahagian biji tengah).
  2. Perah jus lemon dan tuang kedalam salad.
  3. Masukkan juga gula, serbuk lada hitam dan garam.
  4. Kalau nak tambah minyak zaitun pon boleh.
  5. Gaul sebati dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidang.

Nota:

  • Tip nak tau nasi dah masak ke belum, bila nasi lembut dan kembang dan wap keluar banyak.

Resepi Nasi Beriani Johor Yang Sedap Azie Kitchen

Nasi Beriani Johor Yang Sedap Azie Kitchen

Nasi Beriani Johor Yang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5 pot beras Basmathi
  • 1-2 biji buah tomato – direbus
  • 1 helai daun pandan
  • 1 ikat batang ketumbar
  • 4-5 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
  • Sedikit garam
  • Sedikit susu cair

Bahan Kisar Basah:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Kisar Kering:

  • 1-2 sudu besar rempah ketumbar, jintan manis & jintan putih 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan daun ketumbar. 
  2. Masukkan bahan kisar basah dan kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering dan buah tomato yang direbus tadi.
  3. Masukkan beras dan goreng seketika. Tuang air secukupnya dan sedikit garam.
  4. Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila air telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.
  5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning telur dan tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru dikacau rata. 
  6. Boleh tabur bawang goreng, sebelum dihidangkan. 

Resepi Nasi Beriani Azlita Aziz

Nasi Beriani Azlita Aziz

Nasi Beriani: Sumber Azlita Aziz

Bahan A:
  • 1 kg beras basmati – dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap)
  • 2 sudu makan rempah beriani – dibancuh dgn sedikit air
  • 4 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 biji cili merah – dibelah 2
  • 3 biji cili hijau – dibelah 2
  • 1 tangkai daun pudina – dimayang kasar2
  • 1 tangkai daun ketumbar – dimayang kasar
  • 2 cawan air (ita letak 3 cwn air)
  • 1 cawan susu cair (ita guna 1 tin susu cair)
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan gajus
  • garam secukup rasa
  • pewarna kuning dan oren
Bahan B:
  • 5 biji bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • rempah tumis (4 sekawan)
  • sedikit daun kari
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan bahan B sehingga garing dan harum.
  2. Masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar. Rasakan masinnya. Kemudian masukkan hasil tumisan ke dalam periuk nasi yang telah tersedia beras di dalamnya dan masak seperti biasa.
  5. Apabila nasi telah kering titiskan pewarna dan biarkan kering.
  6. Apabila nasi masak gemburkan nasi perlahan-lahan supaya nasi tidak patah-patah. Boleh lah dihidangkan bersana Daging Prun dan Ayam Madu.

Resepi Nasi Briyani Dengan Ayam Masala

Resepi Nasi Briyani Dengan Ayam Masala

Nasi Briyani Dengan Ayam Masala: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan Nasi Briyani:

  • 3 cawan beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin planta (atau apa-apa marjerin pun boleh)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji bawang besar, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia(dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar (optional)
  • Segenggam bawang goreng
  • Sedikit gajus
  • Sedikit kismis
  • Pewarna oren/saffron
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam secukup rasa
  • 2 s/b rempah beriani saya guna brand (Gemini) bancuh dengan sedikit air
  • Air mengikut sukatan beras basmathi yang anda guna – Biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
  • 4 bji telur rebus (lepas nasi masak letak je dalam nasi)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang. Masukkan kismis dan kacau rata. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa), biarkan mendidih.
  3. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa, masak hingga nasi kering.

  4. Dengan menggunakan batang sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron atau pewarna kuning. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.

  5. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron atau pewarna oren. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah. Seeloknya gunakan chop stick atau garfu. Siap, boleh letak telur rebus dalam nasi.

Bahan Ayam Masala:

  • 1/2 ekor ayam

Perap dengan:

  • 1 sudu garam masala
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu lada putih
  • 1 sudu serbuk cili
  • 3 sudu rempah kari daging (babas)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu Bawang putih yang ditumbuk

+ Gaul sebati dan perap selama 30 minit.

Bahan Tumis:

  • 1 bawang besar (dadukan)
  • 1 biji tomato (dadukan)
  • 2 tangkai Daun kari *
  • 1 sudu bwg putih blend *
  • 1/2 sudu kecil Jintan manis *
  • 1/2 sudu kecil jintan manis *
  • Kulit kayu manis*
  • Bunga lawang *
  • Bunga cengkih *
  • Garam
  • Gula
  • Kiub ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Tumis bahan bertanda kemudian tambah bawang dan tomato yang didadukan, biar sebati dan masukkan ayam serta air sikit.
  2. Gaul semua bahan hingga sebati, tambah susu cair, garam, gula. Kemudian, tutup periuk dan biarkan ayam masak atau empuk dalam 15-20 minit.
  3. Kacau sebati, buat agak berkuah sikit dah siap boleh tabur daun ketumbar. Siap resepi ayam masala dan sedia untuk dihidang dengan nasi briyani tadi.

Resepi Nasi Beriani Gam Mudah Tengku Butang

Nasi Beriani Gam Mudah Tengku Butang

Nasi Beriani Gam Mudah: Sumber Tengku Butang

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras moghul faiza
  • Ayam separuh potong sedang-sedang
  • 1 senduk rempah beriani mak siti
  • 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras
  • Hiris bawang merah dan putih agak-agak
  • Rempah 4 sekawan : kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih
  • Sedikit daun pudina1 biji tomato di potong 4
  • 1 sudu minyak sapi
  • Setengah senduk minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air.
  2. Tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air.
  3. Bila dah nak didih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak.
  4. Agak-agak ayam dah masak masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam tak perlu kacau.
  5. Terus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.
  6. Bila dah kering kecilkan api, titikkan pewarna kuning diatas.
  7. Nasi jangan kacau terus tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaulkan
Nota:
  • Kalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk, @ rebus dulu daging.
  • Rempah Beriani Mak Siti boleh taruk lebih kalau nakkan nasi tu rasa rempah.

Bahan Salad:

  • Timun, tomato, lemon (dipotong dadu), garam & secukup rasa.

Bahan dan Cara Masak Sambal Masak Merah:

  1. Cili kering direbus, bawang putih, bawang merah, serai, gula melaka & air asam jawa dikisar.
  2. Kemudian tumiskan bawang Holland dengan bahan yang dikisar & sos tomato @ tomato puree. Masukkan ayam goreng (yang telah digaram, kunyit & rempah kari) , tomato & sedia dihidang.

Resepi Nasi Briyani Ayam Tandoori Zahirah Dzahir

Nasi Briyani Ayam Tandoori Zahirah Dzahir

Nasi Briyani Ayam Tandoori: Sumber Zahirah Dzahir

Bahan untuk Ayam:

  • Ayam kampung 1 ekor (belah 4)
  • Serbuk Cili 5 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • Gula perang 1sudu besar
  • Garam 1 sudu besar

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 2 inci

Cara-cara:

  1. Satukan bahan kisar dan semua bahan, gaul-gaul dengan ayam.
  2. Perap 1 jam. Bakar.

Bahan Untuk Nasi:

  • Beras 2 cawan
  • Rempah Briyani 2 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • Gula perang 1 sudu besae
  • Garam
  • Kismis 3 sudu besar
  • Minyak sapi 2 sudu besar
  • Minyak zaitun 3 sudu besar

Rempah Tumis:

  • Kayu manis 1 batang
  • Bunga lawang 3 kuntum
  • Bunga cengkih 4 kuntum
  • Buah pelaga 5 biji

Bahan Cincang:

  • Daun ketumbar 1 pokok
  • Buah tomato 1 biji
  • Lada merah 1 tangkai

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 1 inci

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun, masukkan bahan kisar dan rempah tumis. Masak hingga wangi.
  2. Masukkan bahan cincang, rempah briyani dan serbuk kunyit. Kacau-kacau kejap.
  3. Masukkan beras, gula, garam secukup rasa.
  4. Biarkan sampai masak. Masukkan kismis. Siap!

Resepi Nasi Beriani dan Daging Beriani Sedap Ala Kenduri 

Beriani dan Daging Beriani Sedap Ala Kenduri Surianti Ramli

Beriani dan Daging Beriani Sedap Ala Kenduri: Sumber Surianti Ramli

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)
  • 2 sudu besar rempah beriani (dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air, saya biasa pakai rempah Faiza & Maggi)
  • 1 kiub pati ayam
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam Pewarna kuning & oren

Bahan Tumis:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 inci halia dimayang
  • 2 helai daun pandan 

Cara-cara:

  1. Cairkan minyak sapi.
  2. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum.
  3. Masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam.
  4. Masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. 
  5. Masukkan air bersama susu cair.
  6. Kacau rata, masak seperti nasi biasa.
  7. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli.
  8. Biar 10 minit & gembur perlahan.
  9. Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng di atas nasi.

Bahan Daging Beriani: 

  • 1/2 kg daging – dipotong kiub , rebus separuh empuk 

Bahan Perapan (dikisar halus):

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau 

Bahan Tumis:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
  • 1 labu bawang besar

Bahan Lain:

  • 2 sudu besar rempah beriani dibancuh dengan sedikit air (saya biasa pakai rempah beriani Faiza & Maggi)
  • 1 biji buah tomato didadu
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2 sudu besar badam serbuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • Air secukupnya 
  • 3 helai daun pudina atau daun ketumbar
  • Garam/gula secukup rasa 

Cara-cara:

  1. 1. Perap daging yang telah direbus separuh empuk dengan bahan perapan selama 1 jam.
  2. Cairkan (panaskan) minyak sapi, tumis bahan tumis hingga harum.
  3. Masukkan rempah beriani dan buah tomato, masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan perapan daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan bawang goreng, daun pudina, gula serta garam secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan serbuk badam dan susu cair. Masak hingga kuah pekat, matikan api.

Resepi Nasi Beriani Kambing Ibunda

Nasi Beriani Kambing

Nasi Beriani Kambing Ibunda: Sumber MRidzuanIsmail

Bahan-bahan:

  • 1 kg Beras Basmathi
  • 2 sudu besar Minyak Sapi
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • 2 ulas bawang labu sederhana besar – dihiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis yang besar
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis
  • 2 helai daun pandan – disimpulkan
  • Daun ketumbar dan bawang goreng untuk ditaburkan di atas nasi
  • 2 cili merah hidup – dibelah dua memanjang
  • 1/2 tin sup tomato (saya guna jenama kimball)
  • 2  sudu besar tomato puree
  • 1 tin susu sejat/cair

Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang labu sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih + 1 inci halia* sila rujuk posting cara penyediaan pes halia bawang putih. Gunakan 1 sudu besar pes ini
  • 1 sudu besar gula pasir. Terbaik adalah gula batu* kerana gula batu tidak mudah hanguskan nasi dibawah
  • 2 sudu besar REMPAH BERIANI
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Sukat beras dengan menggunakan cawan. Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras. Sekira sukatan beras adalah lapan cawan  aka air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga. Ingatlah sukatan masak nasi nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
  2. Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja. Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah. Beras ini perlu rendam 1-2 jam dalam air. Tetapi mamak suka  rendam beras yang telah dibasuh ini 5-7 minit dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik. Jangan lupa toskan dengan menggunakan penapis.
  3. Hidupkan api dapur atau rice cooker. Apabila mula panas, masukan minyak masak diikuti dengan Minyak sapi. Ia bertujuan minyak sapi tidak terbakar (Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan masak beriyani ini tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu dengan  minyak masak.
  4. Bila minyak mula panas masukan rempah kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang, cengkih, daun dan serai. Masukan bawang dihiris dan goreng sehingga warna keemasan, masukkan biji jangus dan kismis, diikuti dengan, pes halia bawang putih dan cili merah. Bila semua bahan ini mula pecah minyak, masukkan air bawang yang telah kisar. Biarkan air bawang ini sejat sedikit. Akhir sekali masukkan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini. Jangan sampai rempah ini hangus. Beri perhatian kawalan api dapur.
  5. Apabila gorengan mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukan air yang telah disukat awal kedalam adunan rempah ini. Diikuti oleh susu cair, tomato puri, tomoto sup. Masukkan gula dan garam secukup. Tutup  tudung periuk dan perlu tunggu untuk air mendidih. Bila air mendidih, masukan beras yang telah tos kedalamnya. Kacau rata-rata  dengan cermat supaya butiran beras tidak hancur. Tutup tudung periuk rapat supaya wap nasi dapat disekat.
  6. Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap mula keluar akan menandakan nasi dah mula sejat. Buka tudung dan titiskan perwarna (serbuk) oren merah di tempat yang mengeluarkan gelumbung wap (supaya warna akan menyerap ke permukaan bawah nasi). Titiskan pewarna tiga atau empat tempat sudah memadai untuk mendapatkan butir nasi yang berwarna. Dengan menggunakan sudip terbalikan nasi permukaan diatas kebawah supaya nasi masak sama rata.
  7. Ini adalah peringkat terakhir nasi beriani anda masak, maka api dapur perlu dikawal dengan baik (kecilkan) untuk mengelak dari nasi akan hangus. Tutup tudung periok rapat atau gunakan daun pisang untuk menutup bahagian atas permukaan nasi supaya keharuman dan wap disekat untuk nasi itu masak sempurna. Nasi yang hangus dipermukaan bawah menghilangkan keharuman rempah. Biar lamabat asal selamat nasi beriyani anda. Hidangkan dengan taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.

Nota:

  • Beras 1 kg ini – anggaran untuk 8-10 orang dewasa. 
  • Masa masakan 45 minit.  Sekiranya anda ingin nasi beriyani anda rasa ayam, masukkan 2 atau tiga ketul ayam kedalam periuk semasa air dimasukkan. Ia akan memberi kelazatan kepada rasa nasi tersebut. In shaa Allah. 

Penutup

Mudah je nak sediakan nasi briyani ini. Rasanya pasti sedap, ikut sahaja langkah demi langkah yang dikongsi. Nak cuba resepi nasi briyani versi yang mana? Tepuk dada, tanya selera. Sesuai dibuat jika anda rindu masakan kenduri. Masak untuk sahur atau berbuka untuk Puasa Muharram pada 9 Muharram dan 10 Muharram pun sesuai. Mudah je nak sediakan, pasti cukup rasa dan menyelerakan.

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.