fbpx

19 Resepi Masakan Kampung Yang Sedap Giler!

0

Siapa je yang tak suka masakan kampung ? Masakan kampung ini adalah makanan paling nikmat  dan sedap di atas muka bumi ini lebih-lebih kita melayu yang mempunyai pelbagai jenis masakan kampung yang sedap dan enak. 

Mari lihat resepi masakan thai : Klik sini 

1. Ayam Percik

Ayam Percik

Bahan-bahan :

  • 2 Ketul Paha Ayam
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 bawang merah (dihiris)
  • 1 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 1 cawan santan (1/2 bIji kelapa)
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Bersihkan ayam dan toskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih
  3. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak
  4. Angkat ayam dna bakar secara berasingan sehingga nampak garing sambil percikkan
  5. Sedia dihidangkan. 

2. Daging  Gulai

Daging  Gulai

sumber : http://intaidapur.blogspot.com

Bahan-Bahan :

  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 1 cawan Santan sawit
  • 1 bungkus rempah daging (siap dibancuh dengan air)
  • 2 keping asam gelugor
  • kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji Kentang (belah 4) 

Bahan Tumis : 

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Bawang putih, bawang merah (kisar)
  • 2 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh tambah) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili hijau besar (kisar)
  • Bawang putih dan bawang merah (hiris)

Cara Penyediaan : 

  1. Tumis empat sekawan bersama daun kari dan bahan yang dihiris hingga wangi dan kuning. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan diikuti rempah kari. Biar sampai pecah minyak baru masukkan daging dengan air.
  3. Rebus daging (anggaran 30-40minit) dengan api kecil. Kalau tak cukup empuk, masukkan lagi air.
  4. Bila dah cukup empuk, bolehla masukkan santan dan bahan-bahan lain seperti asam keping, garam, kerisik dan gula. Kacau biar sebati.
  5. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang yang dipotong. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil.
  6. Masak lagi hingga kentang empuk dan rasakan kuah. Siap !

3. Udang Sambal Terung 

Udang Sambal Terung

sumber : http://salamisimon1.blogspot.com

Bahan-Bahan : 

  • 250gm udang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 5 sudu makan cili kering  ( dikisar)
  • 5 biji bawang kecil (ditumbuk lumat)
  • 3 ulas bawang putih  (ditumbuk lumat)
  • 2 sudu makan asam jawa ( diperah bersama setengah cawan air)
  • 1 biji bawang besar  (dihiris nipis)
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan : 

  1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
  2. Goreng terung pipit sebentar.
  3. Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
  4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
  5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
  6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
  7. Angkat dan sedia untuk dimakan.

Resepi Kek : Klik sini

4. Ikan Pari Air Asam 

Ikan Pari Air Asam

Bahan-Bahan : 

  • 1 ekor ikan pari ( direbus dengan asam keping dan sedikit garam)

Air Asam :

  • 1 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 1 biji tomato segar | dipotong dadu
  • 10 biji cili api | dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah
  • 2.5cm belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos cili
  • 500ml bancuhan air asam jawa

Cara Memasak : 

  1. Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
  2. Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
  4. Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
  5. Sedia dihidangkan.

5. Asam Pedas Ikan Kembung 

 Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-Bahan : 

  • 3 ekor ikan kembung
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1sm kunyit hidup (dikisar)
  • 1sm halia (dikisar)
  • 1sm lengkuas (dikisar)
  • 1 sudu makan pati asam jawa
  • 3 biji kacang bendi
  • 500ml air
  • Daun kesum secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak : 

  1. Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
  2. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
  4. Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
  5. Angkat dan hidangkan.

6. Daging Hitam Manis 

Daging Hitam Manis

Bahan-Bahan : 

  • 1kg daging (dipotong dadu)
  • 5 sudu makan kerisik
  • Minyak untuk menumis

Bahan Perap : 

  • 2 biji bawang besar | saiz sederhana } dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih } dikisar halus
  • 3 batang serai } dikisar halus
  • 2 sudu makan ketumbar }dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan putih } disangai dan ditumbuk halus
  • ½ sudu makan jintan manis } disangai dan ditumbuk halus
  • 1 sudu makan biji lada hitam
  • Sos tiram secukupnya
  • Kicap manis secukupnya
  • Gula secukup rasa

Bahan Tumis : 

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang

Cara Penyediaan : 

  1. Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan selama sejam.
  2. Kemudian panaskan minyak , tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan dikacau rata.
  4. Tambahkan air jika daging masih belum empuk.  Biarkan mendidih.
  5. Apabila daging sudah empuk, masukkan kerisik untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan tutup api.
  6. Hiaskan dengan hirisan cili padi dan sedia dihidangkan.

7. Bendi Goreng Berlada 

Bendi Goreng Berlada

Bahan A : 

  • 10 biji sayur bendi
  • 5 biji cili merah | ditumbuk
  • 3 biji bawang merah | ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 2 sudu besar udang kering
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan : 

  1. Bersihkan bendi dan potong serong.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi  bersama udang kering sehingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
  4. Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

8. Ikan Cencaru Sumbat 

Ikan Cencaru Sumbat
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Bahan-Bahan :  
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 2 biji cili merah – ditumbuk
  • 8 biji cili api – ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • Sedikit belacan
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan : 

1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
5. Goreng sehingga masak

Resepi Biskut Raya : Klik Sini

9. Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh 

Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  3. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.
  4. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.Setelah menggelegak, masukkan daun kesum.
  5. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

10. Ayam Masak Lemak Cili Api 

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
  • 1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan Tumbuk :

  • 5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
  • 5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
  • 2 saiz ibu jari kunyit hidup
  • 1 ulas bawang merah

Cara Penyediaan :

  1. Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
  2. Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain.
  3. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
  4. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.
  5. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
  6. Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
  7. Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja.
  8. Tutup api dan terus dikacau.Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.

11. Masak Lemak Pucuk Paku 

Masak Lemak Pucuk Paku

Bahan-Bahan :

  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 biji keledek oren- dipotong sederhana
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2 ulas bawang merah- dikisar
  • 5 tangkai cili padi hijau- dikisar
  • 1 inci kunyit hidup- dikisar
  • sedikit garam, gula, ajinomoto

​Cara Penyediaan :

  1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih
  2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
  3. seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar..
  4. akhir sekali masukkan pucuk paku
  5. masak sehingga pucuk paku empuk
  6. Sedia dihidang

12. Kerutup Ayam Kelantan 

Kerutup Ayam Kelantan

Bahan-Bahan :

  • ayam
  • 2 sudu rempah kerutup
  • kerisik
  • air asam jawa
  • santan pekat
  • 10-15 tangkai cili kering-dikisar
  • 7 biji bawang merah-dikisar
  • 3 ulas bawang putih -dikisar
  • 1 inci halia-dikisar
  • 1 inci lengkuas-dikisar
  • 5 batang serai- diketuk/dititik
  • 2 sudu besar ketumbar-dikisar
  • gula melaka/nisan
  • empat sekawan
  • perasa- garam, gula, ajinomoto

Cara Penyediaan :

  1. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak
  2. Masukkan ayam, air dan masak sehingga ayam empuk
  3. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, perasa dan gula melaka
  4. Tambahkan santan pekat dan kerisik
  5. gaul dan masak sehingga kuah pekat dan sedikit kering.
  6. Sedia dihidang

13. Ayam Kurma

Ayam Kurma

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2cm halia (ditumbuk)
  • 1 biji santan kelapa
  • 3 sudu rempah kurma
  • 1 sudu rempah kari
  • 4 biji kentang (di potong 4)
  • 1 biji bawang merah (di potong 4)
  • 3 biji cili hijau / cili merah
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 camca gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara​ Penyediaan : 

  1. Satukan rempah kurma & rempah kari kedalam mangkuk kecil. Masukkan sedikit air, kacau sedikit Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Tumis biar naik bau.
    Masukkan rempah yang telah disatukan tadi. Tumis biar sampai garing & wangi.
  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar
  4. Masukkan pula santan, sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian masukkan kentang yg telah dipotong 4 tadi.
  5. Biarkan kira-kira 15minit / hingga ayam empuk & kentang lembut.
  6. Masukkan garam secukup rasa & gula.
  7. Masukkan bawang merah yang telah di potong 4, cili hijau & cili merah.
  8. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api & bole la di hidang.

14. Sambal Hitam Pahang 

Sambal Hitam Pahang

Bahan-Bahan :

  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa 
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak

Cara Penyediaan : 

  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. 
  2. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  
  3. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  
  4. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  
  5. PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
  6. Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  
  7. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  8. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  
  9. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa.
  10. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

15.  Ikan Singgang

Sumber: https://myresepi.com

Bahan-Bahan :

  • Seekor ikan aya (ikan tongkol) saiz yang sedang-sedang je
  • Air 4 cawan
  • Bawang putih 3 ulas (dipotong halus)
  • Garam secukup rasa
  • Lengkuas (sikit je)
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit sikit
  • Lada kecil 4 biji

Cara Penyediaan : 

  1. Panas kan periuk, isi air 4 cawan.
  2. Masukkan terus ikan, lengkuas, bawang putih, asam keping, lada kecil, dan kunyit.
  3. Tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.
  4. Apabila masakan kurang panas, masukkan garam secukup rasa.

16.  Bendi Goreng Telur

Sumber : http://www.aziekitchen.com

Bahan-Bahan :

  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur - dipukul
  • Sedikit garam
  • 3 cili merah - dibuang biji
  • 1 ulas bawang putih

Cara Penyediaan : 

  1. Hiris bawang putih dan tumiskan.
  2. Masukkan bendi dan kacau.
  3. Apabila bendi sudah separuh masak, curahkan telur di sekelilingnya
  4. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. 
  5. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api.
  6. Setelah masakan kurang panas, masukkan garam secukup rasa

17.  Kerabu Sotong

Sumber: Facebook Profile DrRizal Abu Bakar

Bahan-Bahan :

  • Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)
  • Karot potong halus
  • Bawang besar - dihiris
  • Kacang panjang - potong kecil
  • Bunga kantan - dihiris halus
  • Tomato - dihiris halus. Kalau nak potong besar pun ok. Ikut suka.
  • Limau nipis atau lemon untuk perahan akhir nanti.

Bahan Untuk Ditumbuk:

  • Cili
  • Garam
  • Gula Kelapa OCOC
  • Belacan (optional)
  • Sos ikan (optional  sebab resepi ni ala ala siam)

Cara Penyediaan : 

  1. Tumbuk bahan untuk ditumbuk hingga sebati
  2. Campur semua bahan yang dipotong. Satukan dengan bahan yang ditumbuk. Perah limau atau lemon.
  3. Sedia untuk dihidangkan

18.  Goreng Berlada Pucuk Keledek

Sumber: Facebook Page Resepi Permulaan KeDapur

Bahan-Bahan :

  • 1 ikat pucuk keledek (300 g) 
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
    (Ikan bilis, cili merah, cili api, bawang putih dikisar kasar)
  • 3 sudu makan minyak kelapa 
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan : 

  1. Asingkan pucuk keledek daripada tangkainya. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar kasar sehingga wangi.
  3. Masukkan pucuk keledek. Kacau rata sehingga layu.
  4. Tutup api. Masukkan garam secukup rasa setelah makanan tidak terlalu panas.
  5. Sedia dihidangkan.

19.  Ayam Panggang Black Pepper

Sumber: Facebook Profile DrRizal Abu Bakar

Bahan-Bahan Untuk Ayam Panggang Black Pepper OCOC:

  • Ayam bahagian maryland (bakar dalam kuali sahaja - boleh balut dengan daun pisang kalau mahu)
  • Jagung (steam)
  • Bawang besar (bakar separuh masak)
  • Karot (bakar separuh masak)
  • Bijan untuk tabur tabur. Bagi nampak mahal sikit bila tabur last sekali.

Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

  • Lada hitam 4 sudu (Bagi hancur ye. Guna lesung batu jer. Biar kasar kasar)
  • Minyak kelapa 2 sudu
  • Gula kelapa (saya pakai gula kelapa organic ococ). Guna 5-6 sudu. Nak manis boleh tambah. Ikut suka.
  • Bawang putih (dihiris nipis dan kecil)
  • Bawang merah (sama kena hiris juga)
  • Butter (nak sapu atas kuali jer)

Cara Penyediaan Sos Lada Hitam : 

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu. Bab bergantung kepada berapa orang nak hadap benda ni nanti.
  3. Biar minyak panas. Masukkan bawang putih dan temannya. Kacau seminit dua dalam api sederhana.
  4. Masukkan lada hitam. Kacau bagi sebati.
  5. Kacau 2-3 minit
  6. Masukkan gula kelapa 5-6 sudu. Boleh tambah kalau nak.
  7. Kacau sampai gula larut.
  8. Matikan api.
    *Kalau nak guna madu pun boleh ganti gula kelapa. Boleh juga campurkan dua sudu sos black pepper komersil.

Cara Penyediaan Ayam Panggang : 

  1. Bersihkan ayam
  2. Toreh toreh sikit isi ayam biar sos black pepper boleh masuk
  3. Lumurkan sos black pepper. Nipis nipis jer.
  4. Sapu kuali dengan sedikit butter
  5. Masukkan ayam. Tutup dengan tudung.
  6. Sebelum terbalikkan ayam sapu lagi sos black pepper. Nipis nipis jer
  7. Bila dah masak angkat dan sapu lagi sos. Kali ni banyakkan sikit. Biar nampak tebal

Selamat mencuba dengan resepi-resepi ini untuk memikat yang tersayang. Goodluck. 

Resepi Masakan Thai : Klik Sini 

Leave A Reply

Your email address will not be published.