fbpx

9 Tempat Eco-Tourism Di Malaysia

Di Malaysia ini sebenarnya banyak 9 Tempat Eco-Tourism yang Menarik menjadi kunjungan rakyat Malaysia yang sukakan alam flora dan fauna. Melihat tumbuhan kehijauan sungguh menenangkan daripada kesibukan kota raya. Apa kata hujung minggu ini bawa keluarga anda untuk beriadah. Tapi dimana ? Jom kita lihat. 

1. Kuala Selangor Nature Park

Kuala Selangor Nature Park

Bagi orang Kuala Lumpur dan Selangor, tmepat yang dekat untuk anda melihat keindahan tumbuhan hijau dan alam semulajadi, anda bleh singgah ke Kuala Selangor Nature Park. Dengan keluasan 200 hektar dimana disini kebanyakannya adalah hutan paya bakau dan terdapat 150 spesis burung yang anda boleh lihat disini. 

2. Taman Eco Rimba Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba Kuala Lumpur

Anda ingin melihat hutan semulajadi dalam kota Kuala Lumpur ?  Anda akan dipayungi pokok-pokok hijau yang rimbun meninggi dalam Taman Eco Rimba Kuala Lumpur. Kebanyakan warga kota memang tidak akan melepaskan peluang ke sini apabila hari cuti atau pun hari hujung minggu. 

Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak menikmati keindahan alam dari sudut yang tinggi. Taman Eco Rimba ini juga mempunyai tarikan lain seperti taman herba, taman orkid dan denai hutan yang menarik untuk dikunjungi.

3. Taman Rekreasi Gunung Lang (Perak)

Taman Rekreasi Gunung Lang (Perak)

Salah satu tarikan pelancong di Perak adalah taman rekreasi Gunung Lang dimana disini terdapat tasik dan tempat beriadah yang lain. Tasik yang dikelilingi bukit dan gua batu kapur. Terdapat pelbagai aktiviti ditawarkan disini seperti berkayak, menaiki bot mengelilingi tasik dan memancing. Ramai juga yang kelihatan pada waktu pagi dan petang sedang berjogging disini. Rugi jika anda sudah berada di Perak tapi tidak singgah untuk melihat keindahan tasik disini. 

4. Kilim Geoforest Park Langkawi

Kilim Geoforest Park Langkawi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kilim Geoforest Park ini meliputi kawasan 100 kilometer persegi di Langkawi adalah rizab alam semula jadi dan penuh flora dan fauna yang menakjubkan, dan pembentukan geologi seperti raksasa batuan batu kapur, fosil, gua, lagun, pantai dan pemandangan laut.

Antara lokasi yang menjadi tarikan adalah Gua Kelawar, Gua Buaya, Rumah Terapung dan kawasan Eagle Feeding.

5. Taman Negara Kuala Koh (Kelantan)

Taman Negara Kuala Koh (Kelantan)

Taman Negara Kuala Koh terletak di Gua Musang, Kelantan bersempadan tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang, dan Terengganu.

Keunikan dan keindahan flora dan faunanya menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan serta penyelidikan.

Terdapat lebih 300 spesis burung di sini. Anda juga boleh mencuba aktiviti merentas hutan, berkayak, menaiki titian kanopi, dan perkhemahan.

6. Taman Negara Similajau (Sarawak)

Taman Negara Similajau (Sarawak)

Taman Negara yang snagat popular di Malaysia dan mempunyai hutan hujan tropika tertua didunia. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, ini adalah taman negara yang paling besar. Kebanyakan disini terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan bersama penginapan yang dianjurkan seperti melawat taman negara ini menaiki bot, canopy walkway (terpanjang dan tertinggi di dunia), jungle trekking, rapi shooting, melawat perkampungan Orang Asli dan melawati gua sekitar. Pelbagai pengalaman yang anda boleh dapati yang tiada di kota. 

7. Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang ynag berdekatan dengan Jerantut, dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Jerantut. Dari Jeti Kuala Tembeling, pelawat akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Tambang bot ialah RM 55.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 1.00 petang setiap hari.

Pelawat juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut. Pelawat yang menaiki kereta api akan berhenti di Stesen Kereta Api Jerantut. Bagi pengunjung yang mahu menginap di Taman Negara Pahang boleh menginap di Mutiara Taman Negara Resort dengan harga yang sangat berpatutatn. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai anda boleh melihat keindahan taman negara Pahang yang sangat luasa dan indah dengan alam flora dan fauna. 

8. Taman Negara Bako (Sarawak)

Taman Negara Bako (Sarawak)

Merupakan taman negara yang paling tua di Sarawak dan berkeluasan 2000 hektar persegi. Anda boleh menikmati pemandangan yang nyaman disini dan menariknya taman negara terkecil di Sarawak ini kerana ia terletak di pesisiran pantai. Menambah lagi keindahan taman negara ini. 

Yang menariknya di sini terdapat haiwan eksotik iaitu proboscis monkey (monyet berhidung besar). Anda tidak perlu risau tentang penginapan disini kerana ia terletak hanya 35km dari bandar Kuching. 

9. Taman Kinabalu ( Sabah)

Taman Kinabalu ( Sabah)

Taman Negara Kinabalu diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Negara dan ia merupakan yang pertama di Malaysia. Siapa tidak terpukau dengan keindahan Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya yang hijau dan damai. Tambah pula dengan cuaca sejuk yang sangat menyamankan. Taman Kinabalu mempunyai kawasan berhutan dan pergunungan seluas 750 km persegi. Mempunyai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Para pelancong boleh mendaki di Gunung Kinabalu sambil menikmati alam flora i sekitar seperti bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia, tumbuhan Borneo yang unik dan burung burung liar yang menarik perhatian. Selain itu, Pleancong juga boleh menginap disini Mount Kinabalu Heritage Resort& Spa,Kinabalu Pine Resort Taman Negara Kinabalu dan Celyn Resort Kinabalu. 

Dengan 9 Tempat Eco-Tourism di Malaysia ini, anda boleh mengatur percutian anda bersama keluarga. Jadi tidak lah jika setiap hujung minggu asyik ke pusat membeli belah. Pergi ke tempat tumbuhan hijau juga akan memberi pengalaman berbeza buat anak-anak anda. 


Leave A Reply

Your email address will not be published.