Anda sukakan aktiviti outdoor ? Disini terdapat 8 Tempat Aktiviti Outdoor/Ekstrem di Selangor. Hujung minggu dihiasi dengan aktiviti yang kita suka sedikit sebanyak boleh menghilang sedikit tekanan di tempat kerja kan. Di Malaysia sebenarnya banyak tempat yang anda boleh terokai.
1. Gua Damai Exreme Park
Bagi anda penggemar sukan lasak, ini ada trek yang sesuai untuk menguji stamina anda dimana anda boleh melakukan rock climbing,flying fox, caving, abseiling dan macam macam lagi di Gua Damai Extreme Park ini. Jika anda baru ingin mencuba, jangan risau kerana disitu terdapat jurulatih yang akan memberi tunjuk ajar kepada anda. Kebiasaannya mereka akan membahagikan mengikut kemampuan anda.
- Waktu Operasi: 9 am – 6 pm
- Alamat: No 15 blok 2, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor
2. Jump Street Trampoline Park
Kali ini jika anda peminat aktiviti outdoor yang berbumbung anda boleh cuba ke Jump Street Trampoline ini. Jangan tidak tahu kerana disini adalah taman Trampoline terbesar di Asia. Bahkan disini terdapat ratusan trampoline yang anda boleh cuba mengikut kesesuaian perikngkat umur. Jadi anda boleh bawa anak-anak anda mahupun keluarga ke sini.
- Harga Tiket: RM 27
- Waktu Operasi: 11 am – 9 pm Isnin – Jumaat / 10 am – 9 pm Sabtu dan Ahad
- Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya
3. Skytrex Shah Alam
Ini baru betul aktiviti yang sihat ! Skytrex Shah Alam dikenali bagi penggemar aktiviti outdoor yang menjanjikan anda pengalaman yang anda tidak boleh lupakan. Pelagai aktiviti yang menarik yang ditawarkan seperti spider web, cable walk, flying fox dan sebagainya. Sama seperti tempat lain, mereka mengatur megikut stamina dan kemampuan anda jadi jika anda baru hendak berjinak dengan aktivti ekstrem tidak perlu risau kerana disini terdapat jurulatih yang akan guide anda.
- Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm / Setiap hari
- Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
4. Sepang International Kart Circuit
Bagi penggemar aktiviti permotoran pula, anda boleh cuba menjadi seorang pelumba go kart profesional. Berlatih dari muda lagi akan memberi pelajaran dan pengalaman buat anda. Anda tidak perlu risau tentang keselamatan kerana disini terjamin dan anda berlumba secara sah. Peringkat umur yang dibenarkan adalah 13 tahun keatas. Bagus sebenanrnya ada tempat sebegini untuk mengelakkan anak muda membuat perkara yang tidak berfaedah dan tidak selamat.
- Waktu Operasi: 10 am – 7pm / Selasa – Ahad
- Alamat: Sepang International Kart Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor
5. Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah merupakan salah satu air terjun yang terkenal dengan kebersihan dan kejernihan di Selangor. Segala kemudahan disini juga tersedia seperti tandas, surau dan bilik persalinan. Kebiasaannya air terjun ini sering dipenuhi oleh ahli keluarga dan anak muda yang ingin bersantai.
- Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor
6. Mudtrekkerz Paintball Park
Anda sukakan aktiviti menembak ? Dah bosan main PUBG ? Ingin kan keseronokan yang nyata ? Anda patut datang ke Mudtrekkers Paintball Park ini kerana mereka menjanjikan pengalaman yang tidak boleh anda lupakan. Hubungan bersama rakan-rakan sepasukan juga menjadi erat melalui permainan ini. Tapi disini bukan sekadar paintball sahaja, terdapat juga aktiviti suka yang lain seperti rde ATV, mini skuter elektrik dan macam macam lagi.
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
7. Paragliding Bukit Jugra
Bagi mereka yang sukakan aktiviti hiking dan paragliding pula, boleh datang ke Bukit Jugra Banting bagi merasai pengalaman yang baru mencuba paragliding disini. Anda tidak perlu risau kerana anda akan naik dengan paraglider yang pro dan sudah berpengalaman. Jika anda ingin mengemudi sendiri, anda memerlukan lesen terlebih dahulu untuk menjamin keselamatan anda. Disajikan dengan pemandangan sekitar yang snagat indah pasti membuatkan anda ingin datang ke sini berkali-kali.
- Harga Tiket: RM 220
- Alamat: Bukit Jugra, Banting
8. Kidzania
Kidzania menjanjikan anak-anak anda pengalaman yang tidak boleh mereka lupakan kerana disini mereka memberi peluang kepada anak anak anda manjadi apa yang mereka suka seperti polis,bomba, jururawat, doktor, juruterbang dan macam-macam lagi. Jadi mereka boleh belajar sambil berseronok. Bahkan ynag bertambah seronok, mereka akan diberikan gaji untuk pekerjaan mereka yang membolehkan mereka membeli-belah di Kidzania ini. Seronok kan ?
- Waktu Operasi: 10 am – 5 pm / Ahad – Jumaat
- Alamat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Macam mana dengan 8 Tempat Aktiviti Outdoor/Ekstrem di Selangor itu tadi ? seronok bukan. Jadi, bukan alasan lagi anda ingin bermalasan dengan tidur sahaja. Keluarkan sedikit peluh untuk badan yang sihat !