Kali ini mari kita lihat 10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu. Siapa yang tidak tahu dengan negeri Terengganu yang mempunyai pantai yang sangat cantik dan bersih. Terengganu terkenal dengan budaya, adat, kepelbagaian juadah makanan dan mempunyai pulau yang cantik. Jom kita lihat.
1. Nasi Dagang Mak Ngah
Nasi dagang dan Terengganu memang tak boleh dipisahkan sebab disini lah lahir nya nasi dagang yang menjadi kegemaran ramai. Nasi dagang Mak Ngah sangat terkenal dalam kalangan penggemar nasi dagang dan orang terengganu. Nasi dagang mereka sangat lembut dan tidak mudah muak bersama kuah kari ikan tongkol. Diberi plihan sama ada mahu kari ikan atau ayam. Pelanggan yang biasa nya sudah sering ke sini sangat memberi feedback yang positif tentang Nasi Dagang Mak Ngah ini.
Alamat: C-140, Jalan Sk Chendering, Kampung Bukit, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm)
2. Kedai Makan Kak Yah Ikan Bakar
Manakala disini pula mempunyai pelbagai lauk pauk dari tengah hari sehingga malam hari. Yang istimewa adalah ikan bakar mereka yang sangat sedap. Ikan segar yang dibakar akan menghasilkan isi yang manis. Makan bersama ulam ulaman dan lauk pauk perghhh sangat sedap. Disini menjadi tumpuan pelanggan dimana menjadi tempat makan kegemaran apabila tiba waktu tengahari. Anda patut cuba makan disini apabila singgah di KT.
Alamat: 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 9.00 pm)
3. Nasi Kerabu Warisan Nusantara
Jangan anda taktahu Terengganu juga mempunyai nasi kerabu malah boleh dikatakan sama sedap dengan nasi kerabu di Kelantan. Jadi orang Terengganu nak makan nasi kerabu tak perlu drive jauh jauh ke Kelantan. Di KT pun ada.
4. D’Ganu Cafe Steamboat
Kebiasaan nya zaman sekarang, memang steamboat pasti akan ada setiap daerah kerana rakyat kebiasaanya suka makan makanan yang fresh dan panas panas. Jadi orang Kt atau pelancong boleh lah cuba ke D'Ganu Steamboat ini. Mereka menyediakan pelbagai lauk pauk untuk di grill atau steam. Seperti daging ayam, lembu ketam, udang dan macam macam lagi dengan harga yang sangat berpatutan.
5. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)
Apabila sebuah negeri itu mempunyai pantai yang cantik dan bersih,, maka tidak hairanlah makanan laut mudah didapati dengan harga yang murah. Disini anda boleh nikmati dengan pelbagai menu yang anda suka sambil menikmati angin sepoi pantai. Tempat ini salah satu tempat kegemaran saya apabila berkunjng ke KT.
6. Restoran Lempeng Rusila
Kali ini juadah kelihatan agak rare dimana ia terkenal dengan Restoran Lempeng. Ye tuan tuan lempeng je ? Tapi ia terkenal kerana keenakan lempeng mereka yang snagat lembut dan sedap dimakan dengan kuah kari. Pengunjung nya bukan dari KT sahaja namun dari negeri lain pun ada. Maksudnya ia memang sedap. Janngan lupa untuk singgah ke sini ye.
7. Dynar Lekor Buluh Gading
Ini memang menu wajib kalau ke Terengganu. Makan on the spot atau beli utuk digoreng di rumah. Sebenarnya kebanyakan kedai keropok lekor mempunyai rasa yang sama namun pencicah keropok yang dibuat sedniri itu yang menentukan keenakannya. Dynar Lekor adalah kedau yang agak besar yang memproses dan menjual keropok.
8. Nasi Dagang Atas Tol
Nasi Dagang atas tol ini memang saya tak akan skip bila berkunjung ke Terengganu. Kadang kadang sanggup ke Terengganu sebab hanya nak makan nasi dagang atas Tol ini.
Alamat: T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Selasa (6.30 am – 11.30 am) | Isnin , Selasa (Tutup)
9. Air Buah Gelas Besar Terengganu
Air buah disini kebiasaannya memang ramai orang bila waktu senja kerana disni tempat yang sesuai untuk bersantai. Mereka memberi pilihan kepada pelanggan untuk menggabungkan buah kegemaran anda dalam satu gelas. Menu paling hot adalah buah naga dan epal. Malah di sini terdapat pelbagai menu makanan seperti nasi dagang masakan panas bahkan terdapat sate disini. Maka tidak hairanlah disini ramai yang berkunjung.
10. Singgang Budu
Nama kedai pun kita tahu apa yang menu utama mereka sediakan. Namun mereka tidak hanya menjual nasi bersama budu dan ulaman yang lain, namun terdapat masakan panas disni kerana ia dibuka sehingga waktu malam. Tempat pun kelihatan sangat cantik. Sesuai untuk dijadikan tempat makan bersama keluarga sambil bersantai.
Alamat: Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (11.00 am – 12.00 am) | Rabu (Tutup)
Haa macam mana dengan 10 Tempat Makan Best di Kuala Terengganu tu ? Okay tak ? Sebenarnya tempat tempat tersebut adalah tempat yang sering saya kunjung jika ke Terengganu selain ke Pasar Payang. Jika ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah dan tak perlu pening pening dah nak makan mana. Cadangan ini mungkin akan memudahkan rencana percutian anda.