fbpx

9 Resort Awesome Di Janda Baik (2020)

0

Kali ini kita lihat pula 10 Resort Awesome di Janda Baik. Siapa yang tidak kenal dengan Janda Baik iaitu tempat yang terkenal dengan keindahan tumbuhan hijau, flora dan fauna dan tempat rekreasi yang seseuai untu lari dari kesibukan kota. 

1. D’Villa Janda Baik

D’Villa Janda Baik

Rumah yang cukup besar untu memuatkan 3-4 keluarga di hanya D'Villa Janda Baik. Penginapan ini mempunyai konsep berbeza dalam setiap bilik iaitu European Premier Room, Modern Premier, Modern family, rainforest dan Balinese Executive Room. Berkonsepkan budaya dan tradisi Bali membuatkan rumah ini cukup mempesonakan.  

Rumah yang cukup lengkap dengan kelengkapan rumah dan mempunyai kolam untuk dewasa dan kanak-kanak membuatkan D'Villa Janda Baik ini serin full-house. 

Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, Bentong

Harga: Dari RM200+ Semalaman

2. Hawa Resort

Hawa

Credit : Maisinggah.com

Hawa Resort ini sanagt menyeronokkan kerana resort mereka dibina berdekatan dengan sungai di Janda Baik yang jernih dan sejuk. Jadi pengunjung tidak perlu merantau jauh untuk melihat sungai yang cantik. hanya berada di tepi resort ini sahaja. Antara kemudahan yang disediakan resort ini adalah bilik permainan indoor (karom, ping-pong dan foosball), team building park yang luas, gelanggang serbaguna, kantin, bbq pit dan surau. Cuaca dan suhu di sini sekitar 23-28 darjah celcius jadi sudah cukup sejuk untuk tubuh badan manusia. 

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong

Harga: Dari RM160+ Semalaman

3. Suunah Koruss Resort

Suunah Koruss Resort

Manakala di Sunnah Koruss Resort ini pula menengahkan konsep tradisional dan klasik. Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan berhadapan dengan sungai jernih, Suunah Koruss Resort menawarkan beberapa jenis penginapan untuk dipilih seperti Villa Irama, Getaran Jiwa, Horee-horee, Villa Jalan Ampas, Villa Panggung, Retro House dan macam-macam lagi yang termasuklah khemah. Jadi anda boleh ber-bbq dan melakukan aktiviti bersama keluarga anda disini bahkan cuaca disini juga agak sejuk. 

Alamat: 13, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong

4. Happy Paradise

Happy Paradise

Happy Paradise ini pula akan memberi pengalaman yang tidak boleh anda lupakan kerana disini terdapat pelbagai tarikan seperti kolam dan air sungai yang jernih. Mereka juga menawarkan anda untuk berpengalaman tidur didalam khemah ala-ala camping fire. Jika anda bersama rakan-rakan pasti akan memberi kenangan yang indah sambil ber-bbq disini. Memandang kehijauan alam sekitar sanagt menenangkan fikiran. 

Alamat: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik

5. D’Hut At Janda Baik

D’Hut At Janda Baik

Credit : Maisinggah.com

D'Hut Janda Baik ini pula menawarkan harga yang istimewa bagi rombongan yang datang beramai-ramai kerana resort mereka mempunyai katil yang banyak seperti dorm di asrama. Jadi sesiapa yang mempunyai hasrat untuk bercuti dengan bajet yang rendah, anda boleh tinggal menginap disini. Namun begitu, resort ini juga sangat dekat dengan air jernih yang mengalir dan membuatkan anda tidak ingin balik. 

6. Twinkle Villa Janda Baik

Twinkle Villa Janda Baik

Terletak di dalam hutan yang dijaga ala-ala hutan di Eropah membuatkan resort ini kelihatan seperti diluar negara. Cukup besar dan mewah yang mampun memuatkan 15-20 orang dalam satu rumah memberi anda pengalaman yang menyeronokkan. Anda boleh bermandi-manda di sungai berdekatan dan ber-bbq bersama keluarga diluar rumah. Memori sebegini harus di cipta agar kehidupan kita tidak terlalu sunyi. 

Alamat: Tanarimba, Janda Baik, Bentong, Pahang

Harga: Dari RM1800+ Semalaman

7. Saujana Janda Baik Homestay

Saujana Janda Baik Homestay

Berdasarkan gambar sahaja sudah membuatkan hati membuak-buak untuk ke sana. Lihat sahaja dengan sungai yang sejuk dan jernih itu membuatkan sesiapa yang datang ke sini tidak melepaskan peluang untuk mandi disini. 

Alamat: Lot 6989, Kampung Janda Baik, Janda Baik, Bentong 28760

Harga: Dari RM500+ Semalaman

8. Chengal Hill Retreat

 Chengal Hill Retreat

Penginapan Chengal Hill Retreat ini menawarkan anda pelbagai jenis penginapan dan aktiviti yang akan membuatkan anda merasa tidak ingin pulang ke kota. Contohnya dorm yang dapat memuatkan sehingga 9 orang penginap, water chalet, chalet di tepi sungai, dan rumah unik yang dipanggil Apachi. Terdapat juga kolam yang anda boleh bermandi manda dan aktiviti seperti menaiki ATV, berbasikal, memanah dan aktiviti yang lain. 

Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang Tua, Pahang, Malaysia 28750

9. Sailor’s Rest Resort

Sailor’s Rest Resort

credit : Sini.com

Anda sukakan camping ? Sailor's Rest Resort memeberi anda pelbagai pilihan untuk penginapan disini jika inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

Selain itu disini juga menawarkan Boat House dimana chalet itu dikelilingi dengan air yang tenang dan memberi pengalaman yang berbeza untuk anda. 

Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik

Dengan 9 Resort Awesome di Janda Baik itu memberi pengalaman yang tidak anda lupakan kerana hampir semua kawasan Janda Baik mempunyai hutan dan air sungai yang jernih dan cantik. Rancang cuti anda untuk berkunjung ke sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.