fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Kajang

0

Kali ini kita ke Kajang pula untuk melihat 10 Tempat Makan Menarik di Kajang ! Anda sudah biasa dengar Sate Kajang kan namun di Kajang ini bukan sahaja sate nya yang enak, malah makanan lain juga. Nak tahu apa ? Jom kita lihat. 

Ikan Bakar Terangkat

Ikan Bakar Terangkat

Ikan Bakar Terangkat ini merupakan salah satu tempat fav saya dimana disini terdapat pelbagai makanan laut yang segar dan sedap. Malah harga nya juga berpatutan dengan posyen yang diberi. Ketam mereka besar-besar ye tuan puan. Kebanyakan pengunjung ke sini ingin makan ikan bakar mereka yang snagat lembut dan segar membuatkan makan nasi tambah berpinggan pun tidak sedar. Masakan lain juga ada, sebut sahaja pasti akan ada tapi jika singgah ke sini jangan lupa pesan air kelapa mereka ye. Pior !

Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafe Beriani Gam Putrajaya

Terasa nak makan nasi biryani dengan gulai kambing ? Kafe Beriani Gam Putrajaya ini adalah tempat yang tepat untuk anda mengisi perut yang kosong itu. Selain nai yang lembut dan cukup lemak, disajikan bersama kuah gulai kari kambing yang sangat pekat dan sedap membuatkan pengunjung akan datang berkali-kali ke sini. Terdapat juga kuah lain seperti kurma ayam dan daging. 

 Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)

 Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)

Penggemar steak ? Mencari di mana steak yang berbaloi untuk dinikmati ? Laman grill steak merupakan kafe yang menyajikan makanan berasaskan daging dan makanan barat. Namun yang paling terkenal di sini adalah steak nya yang berjus dan lembut ditambah pula dengan sos ramuan istimewa mereka. Memang berbaloi !

Roti Canai D’Bukit

Roti Canai D’Bukit

Warga kajang nak breakfast kat mana yang sedap ? Roti Canai D'Bukit menjanjikan anda sarapan yang enak dan membuatkan anda tersenyum sepanjang hari. Manakan tidak sudah makan makanan sarapan yang sebegitu sedap takkan nak moody lagi kan. Roti canai disajikan dengan kuah gulai, sambal dan kari daging. Selain itu, rugi rasa nya jika sudah ke sini tapi tidak mencuba nasi lemak mereka. Memang kena dengan tekak melayu. 

Western Bosku

Western Bosku

Makanan barat tidak lagi asing dengan masyarakat Melayu kita namun kat mana nak cari posyen yang banyak, murah dan lazat ? Western Bosku memberi jaminan anda semua itu dimana disini menyajikan makanan western didalam dulang. Dalam satu talam itu terdapat pelbagai lauk seperti lamb chop, meatball, spagetti bolognese, fries dan chicken chop. Memang boleh dimakan sehingga 3-4 orang dalam satu talam. Nak puas hati makan sorang-sorang ! Hehe. Mereka juga membuat tawaran dnegan memberi jus buah percuma dengan setiap pembelian talam Western Bosku. 

Itik Salai Masthar

Itik Salai Masthar

Susah nak jumpa di kota ada menjual itik salai tapi disini ada gais ! Anda boleh mencuba itik disini dnegan harga yang murah dan yang pasti enak. Perapan yang mencukupi membuatkan anda ketagih ingin mmakan lagi. 

Oscar Coffee & Food

Oscar Coffee & Food

Salah satu restoran makanan barat yang menjanjikan anda perut yang kenyang, makanan yang lazzat dan poket yang masih tebal lepas bayar. Hehe. Terdapat pelbagai juadah disediakan seperti burger arang, sushi dan sandwich arang. Rare kan ? Anda patut datang sedniri cuba baru anda boleh pastikan kesahihan berita ini. 

Tareem Hadramawt Restaurants

Tareem Hadramawt Restaurants

Satu lagi restoran masakan Arab yang membuatkan pengunjung nya berselera besar jika datang ke sini. Iya lah masakan tidak dengan menu yang disediakan semua nya nampak sedap belaka. Anda patut mencuba lamb Mandhi mereka kerana daging kambing itu snagat sedap dan manis. 

1957 Kopi + Makan

1957 Kopi + Makan

KAfe ini menyajikan pelbagai menu untuk anda seperti masakan makanan barat, dessert dan mee kari. Membuatkan pengunjung yang datang pening nak makan apa kerana disini rata-rata pengunjung memberikan respon positif terhadap makanan mereka. 

Sambil-sambil tu bolehlah anda mencuba antara hidangan yang mendapat pujian pelanggan seperti beef lasagna, chicken sandwich, burnt cheese cake, spaghetti aglio olio mushroom, nuttella cheesecake, peanut butter choc cake dan banyak lagi!

Alamat: De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Restoran Al Khail

Restoran Al Khail

Terletak di Mutiara Heights, Kajang, Restoran Al Khail menawarkan pelbagai jenis masakan terdiri daripada masakan India, barat, Melayu, Thailand dan timur tengah, pendek kata, macam-macam ada!Antara menu menarik yang ada adalah nasi kandar, naan butter, shawarma, lamb steak, nasi arab, nasi goreng kambing dan pelbagai lagi. Minuman best yang boleh dicuba adalah air durian belanda.

Alamat: Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Macam mana dengan 10 Tempat Makan Menarik di Kajang ini ? Nampak sedap semua kan ? Jadi anda tidak lagi perlu pening nak makan dimana. Tunggu pilih sahaja. 

3.3/5 - (3 votes)
Leave A Reply

Your email address will not be published.