Perak juga tak kalah dengan tempat makan yang best ye kome ! Selain mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik Perak juga mempunyai port makan gempak yang sering dikunjungi pelancong apabila ke Ipoh. Mari kita lihat Port Makan Best di Ipoh.
1. Restoran New Hollywood
Siapa ke Ipoh memang tak sah kalau tak singgah bersarapan ke New Hollywood Restauran ni. Disini mereka menyediakan juadah yang agak berbeza dengan tempat lain. Anda patut cuba setiap makanan disini. Saya lebih suka chakuey pandan mereka. Mungkin sebab dah terbiasa makan manis. Hehe.
2. Laksa Telur Goreng Bersarang / Kafe Setinggan
Kenapa telur bersarang ? Haa disini mereka menyediakan juadah ynag lebih special dimana telur digoreng dengan teknik mereka dan menghasilkan seperti sarang burung. Disini juga akan jadi tumpuan penggemar laksa dan mereka juga menyediakan laksa special, laksa dimsum telur bersarang, laksa fishcake / fishball, laksa tanpa telur dan laksa telur bersarang. Pelbagai pilihan diberi kepada pelanggan.
Alamat: Jalan Margosa D/8 Jalan Margosa D/8, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 7.00 pm) | Jumaat (Tutup)
3. Zul Yahya Steamboat
Zul Yahya Steamboat ini adalah salah satu perusahaan pelakon yang sering kita lihat di kaca TV sebelum ini. Dia mungkin kurang giat aktif dalam bidang lakonan kerana sibuk menguruskan kedai steamboat nya. Tak kalah juga dengan kedai steamboat yang dimana kedainya mempunyai ramai pelanggan yang ingin menjamu selera. Harga yang berpatutan dan pelbagai lauk yang disediakan membuatkan ia sering manjadi kegemaran pelanggan.
Alamat: 1, Jln Meru Bestari A8 , Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 12.00 am)
4. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Dah bosan makan nasi ? Rasa nak makanan yang santai dan menyejukkan tekak ? Haa bolehlah singgah ke Rojak dan Cendol Padang Ipoh nii gais. Antara dessert yang dihidangkan di sini adalah cendol durian, rojak pasembor, cendol pulut, ais kacang dan lain-lain lagi. Cendol durian ni memang terangkat sebab kuah santan yang sediakan memang sedap tidak terlalu manis. Kena dengan tekak.
Alamat: 17, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)
5. Restoran Saffani
Restoran Saffani merupakan salah satu restoran melayu yang menghidangkan pelbagai menu yang mana terkenal dan sering dipesan oleh pelanggan iailah kari kepala ikan. Mana kan tidak chef disini adalah bekas chef yang pernah ekerja di hotel. Sudah pasti lah sedap kan.
Antara menu yang boleh dicuba adalah seperti kari kambing, ikan keli bakar yang dimasak dengan kuah special, ayam bakar, kari kepala ikan dan banyak lagi
Alamat: 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (6.30 am – 4.00 pm) | Jumaat (Tutup)
6. Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh
Aiskrim Hokkaido ini sememangnnya menjadi kegemaran tidak kira usia. Dibawah kepanasan matahari, memang sesuai untuk makan bersama kluarga. Diberi pilihan plebagai perisa seperti aiskrim coklat, keladi jagung vanilla, coklat cip dan macam macam lagi. Ynag manjadikan ia istimewa adalah roti yang digunakan adalah buatan mereka sendiri.
Alamat: 34, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.30 pm – 8.00 pm)
7. David’s Diner
Salah satu restoran western kegemaran ramai dengan keenakan steak daging nya. Ya Allah sedap sangat. Tapi bukan steak sahaja yang dijual malah makanan western lain yang rata rata pelanggan memang puas hati dengan makanan dan servis yang diberikan.
Alamat: B-G-1, Persiaran Greentown 7, Pusat Perdagangan Greentown, 31350 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.30 pm)
8. Canning Dim Sum
Canning Dim Sum adalah restorang Dim Sum yang halal untuk beragama risau. Jadi anda ta perlu risau nak makan ye. Disini ada banyak snagat pilihan sehingga 50 pilihan. Salah satu dimsum yang best untuk dicuba adalah dimsum 5 rasa, Lau Sa Pau yang menggabungkan telur asin, teratai, bijan hitam, keladi dan coklat. Selain tempat yang sangat cantik , mereka mempunyai kopi istimewa buatan mereka. Jangan lupa untuk mencuba ye.
Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (6.30 am – 2.30 pm) | Rabu (Tutup)c
9. Suhaimi Café
Nak makan yang simple tapi sedap ? Boleh cuba ke Suhaimi cafe ini dimana menu istimewa mereka iaitu roti titab kayabersama telur goyang. Malah ada juga roti ynag dibakar garing bersama kari ayam. Wah sedap nya! Jangan terkejut disni juga ada menyediakan kopi vietnam, kopi macha dan greentea.
Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (7.45 pm – 12.00 pm) | Selasa (Tutup)
10. Hadramout Paradise Restaurant
Restoran yang diusahakan oleh orang Arab sendiri ini sudah pasti mempunyai menu yang menarik dan sedap. Jadi anda tidak perlu merantau jauh untuk menikmati makanan Arab yang asli. Antara masakan yang menarik untuk dinikmati di sini adalah nasi arab ayam mandy, shawarma, daging kambing dan sebagainya. Untuk air pula, anda mesti mencuba arabian mint tea, minuman yang sungguh melegakan tekak. Saiz hidangannya juga begitu besar menjadikan caj yang perlu dibayar terasa sangat berbaloi.
Alamat: Kinta Riverfront, K1, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 12.00 am)
11. Restoran Warteg Ipoh
Restoran Warteg Ipoh adalah sebuah warung moden yang menawarkan pelbagai jenis hidangan inspirasi masakan Indonesia.Menu wajib dicuba di sini adalah masakan jawa ala shellout ketam raja dan udang karang yang memang superb rasanya, seafood yang digunakan cukup segar.
Hidangan lain yang tidak kurang hebatnya di sini adalah kacang pol dan nasi uduk. Tak terasa nak makan masakan Jawa? Pilihan masakan baratnya juga agak pelbagai dengan hidangan seperti chicken chop, seafood linguine, chicken grill dan banyak lagi.
Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.00 pm – 1.00 am)