Kali ini pula mari kita lihat 10 Tempat Makan Menarik di Melaka. Siapa tak kenal dengan Melaka negeri bersejarah dan pelbagai daya tarikan. Makanan juga enak enak. Jom kita lihat.
1. Asam Pedas Claypot
Makanan tersohor di Melaka memang tak sah kalau tak ada asam pedas. Asam Pedas Claypot ini salah satu asam pedas yang paling sedap di Melaka. Memang biasa la kalau ramai orang tu. Yang tak biasa kalau tak ramai je. Hehe. Asam pedas mereka dihidangkan dalam claypot dan pelbagai asam pedas yang ada seperti asam pedas ikan pari, daging dan macam macam lagi. Rugi la kalau anda tak singgah ke sini.
Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.00 pm – 4.00 am) | Selasa (Tutup)
2. Medan Ikan Bakar Parameswara
Selain asam pedas, jika ingin kelainan yang lain. Boleh singgah ke Medan Ikan Bakar Parameswara ini dimana disini terdpaat deretan kedai makan ang menyediakan pelbagai menu seperti ikan pari bakar, ikan siakap, sotong, udang dan macam macam lagi. Kebiasaannya disini memang akan sering ramai dengan rakyat tempatan dan pelancong luar. Dengan angin pantai pula sangat ngam untuk makan.
Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, Kampung Umbai, 75460 Ayer Molek, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (5.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)
3. Asam Pedas Selera Kampung
Asam pedas Selera Kampung ini juga menjadi tempat fav saya jika ke Melaka. Selain asam pedas nya sedap (tidak boleh dipertikaikan), disini juga terdapat banyak menu yang lain untuk dinikmati dengan asam pedas mereka. Tapi saya lebih suka dengan ulam-ulaman dan gulai kuning. Harga juga amat berpatutan.
Alamat: G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)
4. Roti Canai Kayu Arang
Roti canai itu biasa tapi disini yang istimewa nya mereka menggoreng roti canai dengan menggunakan arang. Sedikit sebanyak mengubah rasa roti canai itu sendiri kearah yang lbih enak. Roti canai disini memang menjadi kegemaran ramai diwaktu pagi.
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm, 8.00 pm – 11.45 pm)
5. Wong Solo
Bagi penggemar ayam penyet pula, rugi jika anda tidak singgah ke Wang Solo di mana ayam penyet yang sediakan sangat enak. Sambal istimewa mereka sangat ngam dengan ayam dan tempe mereka. Mungkin menggunakan perapan rahsia mereka jadi ayam penyet disini agak berbeza dengan kedai yang lain. Jadi tidak hairan disini sering ramai pengunjung.
Alamat: 1336, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 11.00 pm)
6. Mango Float Royale
Tak sah kalau datnag ke Melaka tak minum Mango Float special mereka. Hmm melalui gamabr sahaja membuatkan saya dahaga. Beruntung orang temaptan distu boleh selalu minum Mango Float Royale Melaka.
Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (2.00 pm – 11.30 pm) | Ahad (11.00 am – 6.00 pm)
7. Mochee Dim Sum House
Bagi penggemar mochi dan dimsum, Mochee Dimsum House ada menyediakan pelbagai mochi yang pelbagai inti dan dimsum yang sangat enak. Dengan harga yang berpatutan dapat anda nikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Alamat: No.45 Jalan KNMP2A Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Jumaat (2.00 pm – 10.00 pm) | Jumaat (4.00 pm – 10.00 pm) | Isnin (Tutup)
8. Big Bowl Ice
dah bosan dengan asam pedas ? Rasa nak makan pencuci mulu yang sejuk sejuk ? Haa sila lah berkunjung ke Big Bowl Ice dimana mereka menyediakan pencuci mulut aiskrim bersama buah buahan dan ais parut. Wah rugi kalau tak cuba kan.
Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Ahad (12.00 pm – 12.00 am) | Jumaat, Sabtu (12.00 pm – 1.00 am)
9. Hadramawt Palace
Hadramawt Palace memang terkenal dengan masakan Arab mereka. Terkenal dengan nasi Mandhi, Beriyani dan Nasi Arab mereka, tidak hairanlah disini sering dikunjungi pengunjung disebabkan keenakan makanan mereka dan harga yang berpatutan. Daging ynag disediakan sangat lembut dan enak.
Alamat: No. 15, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru, Seksyen IV, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 am – 11.45 pm)
10. Klebang Original Coconut Shake
Selain Mango Float, berdekatan dengan Pantai Klebang tersohor pula dengan air Coconut Shake mereka. Memang best la boleh nikmati dnegan pemandangan pantai pula kan. Rasa pelancong sangat. Tapi anda kena bersabar sedikit sebab disini memnag sentiasa ramai orang
Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, 75250 Kesibang, Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11.00 am – 6.30 pm) | Jumaat (2.30 pm – 6.30 pm)
Best kan 10 Tempat Makan Menarik Di Melaka tu ? Melaka memang tempat pelnacong luar knjungi kerana makanan, etnik dan tempat bersejarah mereka. Jadi jika ke Melaka tak payah pening pening nak makan mana ye.