fbpx

5 Resepi Biskut Mama Carey Yang Sedap Dan Rangup!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi biskut mama carey yang sedap dan rangup! Biskut mama carey bukan sahaja cantik, kalau kena caranya, rasannya rangup ya! Susah nak dapat biskut mama carey yang sedap sekarang, apa kata kita cuba resepi biskut mama carey ini di rumah. Ikut je langkah demi langkah yang dikongsikan, confirm menjadi. Mudah je nak buat biskut mama carey yang sedap ni.

Resepi Mama Carey Azlita Aziz

Resepi Mama Carey Azlita Aziz

Mama Carey: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 200 gram mentega
  • 100 gram gula Kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla

Bahan diayak:

  • 260 gram tepung red rose atau tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 50 gram susu tepung

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
  5. Panaskan oven pada suhu 150 C. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan. Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat. Terap dengan acuan pilihan.
  6. Susun di atas dulang pembakar. Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak. Kemudian biarkan ia sejuk.

Bahan Icing:

  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 90 gram gula icing

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat.
  3. Masukkan adunan dalam piping bag.
  4. Paipkan icing atas biskut tadi.
  5. Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan.
  6. Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan.
  7. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Nota:

  • * Untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak.
  • Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning. Pastikan suhu oven bertepatan.

Resepi Biskut Mama Carey Che Nom

Resepi Biskut Mama Carey Che Nom

Biskut Mama Carey: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 200 gram mentega, premium Anchor butter
  • 100 gram gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gram tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gram tepung jagung*
  • 50 gram susu tepung*

Bahan untuk aising:

  • 1 biji telur putih
  • 90 gram gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1.  Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  2. Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
  4. Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
  5. Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
  6. Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara-cara untuk aising:

  1. Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Resepi Biskut Mama Carey 7 Bahan

Biskut Mama Carey 7 Bahan

Biskut Mama Carey 7 Bahan: Sumber Nor Hazwani Ali

Bahan-bahan:

  • 200 gram buttercup
  • 1/2 cawan gula kastor ( blend halus )
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan susu tepung

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Gaul dengan tangan dan uli hingga jadi doh yang agak lembut.
  3. Jika adunan lembut sangat tambah sedikit tepung dalam 1 sudu besar.
  4. Simpan dalam peti ais dalam 15 minit, keluarkan dan canai. Jangan nipis sangat, terap dengan acuan yang sesuai. Bakar pada suhu 150c selama 10 minit.
  5. Sejukkan dulu sebelum hias.

Bahan topping aicing:

  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula icing (di ayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Pewarna 

Cara-cara:

  1. Pukul telur putih hingga kembang kemudian masukkan gula icing & tepung jagung. Pukul lagi dengan high speed hingga likat.
  2. Masukkan dalam piping beg & picit icing atas biskut. Rata dengan jari telunjuk, biar tebal sikit ye.
  3. Ambil pencungkih gigi celup dalam pewarna hijau & buat 3 line pada biskut dan tarik ke bawah.
  4. Celup pula pewarna merah buat 3 titik atas daun dan buat gerakan membulat antara titik-titik untuk corak bunga.
  5. Bakar sekali lagi pada suhu 150c selama 10 minit hingga aising keras. Siap.

Resepi Biskut Mama Carey Cerita Ita

Resepi Biskut Mama Carey Cerita Ita

Biskut Mama Carey: Sumber Cerita Ita

Bahan A:

  • 200 gram butter
  • 100 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil vanilla
    *pukul sebati

Bahan B:

  • 260 gram tepung gandum
  • 50 gram susu tepung
  • 50 gram tepung jagung
    *campur dengan bahan A

Bahan Aising:

  • 1 biji putih telur
  • 100 gram gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. *Pukul putih telur sampai gebu masukkan gula aising (yang ni kene pandai adjust sendiri) kalau cair sangat tambah gula aising.. tapi tadi aku buat dengan telur gred B sedang elok je.. last sekali baru letak tepung jagung
    untuk corak, campurkan sikit dengan coklat.
  2. Masak doh separuh masak dlm 60•c 15 minit (aku buat 100•c 15 minit api atas bawah) lepas tu letak aising bakar lagi dgn api bawah (aku buat 100•c 10 minit api atas bawah.

Resepi Biskut Mama Carey Tembikai

Resepi Biskut Mama Carey Tembikai

Biskut Mama Carey Tembikai: Sumber Norfatihah

Bahan-bahan:

  •  250 gram buttercup
  • 115 gram gula aising-di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 350 gram tepung gandum*
  • 175 gram tepung jagung*
  • (bahan-bahan bertanda di ayak)

Bahan Topping Aising:

  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula aising- di blend & di ayak
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • bijan hitam

Cara-cara:

  1. Biskut) Pukul butter & gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.
  2. Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul saja dgn tangan hingga menjadi doh.
  3. Canai doh & tekap dgn acuan separuh bulat. Bakar pd suhu 150•c selama 10 minit. Bakar separuh masak saja sebab selepas deko dgn aising, ia akan di bakar semula hingga masak sepenuhnya.
  4. (Topping Aising) Pukul putih telur hingga kembang & bertanduk.
  5. Masukkan gula aising & tepung jagung. Pukul lagi hingga pekat & likat. Adunan lambat jatuh apabila di angkat dgn mixer.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Campur setiap bahagian dengan warna merah, kuning & hijau. Satu bahagian lagi dibiarkan warna putih/plain.
  7. Kemudian, masukkan ke dalam piping bag.
  8. Ambil biskut yang telah sejuk tadi. Mula-mula picit & linekan dulu dengan warna hijau di bahagian tepi biskut sebagai kulit tembikai. Picit agak tebal, baru cantik. Selepas itu, linekan pula warna putih sebagai kulit dalam tembikai.
  9. Paipkan adunan warna merah sebagai isi tembikai & hias dengan bijan hitam sebagai bijinya. Buat step yang sama dengan tembikai kuning hingga habis adunan.

Penutup

Mudah je nak buat, jom kita cuba di rumah!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.