fbpx

51 Tempat Menarik di Perak Yang WOW Giler!

0

Sebelum anda merantau ke luar negara , seharusnya anda merantau ke seluruh negeri di Malaysia dahulu kerana Malaysia juga mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Salah satu negeri yang menarik untuk dilawati adalah negeri Perak Darul Rizuan. Perak terletak di utara Malaysia dan orang-orang Perak ini kebiasaannya peramah dan mudah mesra meskipun loghat Perak agak pekat dan agar sukar difahami. 

1. Royal Belum State

2

sumber : http://www.wonderfulmalaysia.com

Hutan Belum yang berkeluasan 290,000 hektar ini terletak di Gerik, Perak yang dipenuhi dengan hutan tumbuhan yang kehijauan. Hutan ini mempunyai pelbagai khazanah bernilai dimana tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar semuanya berada disini. Manakala disini juga terdapat bunga yang terbeesar didunia iaitu bunga Rafflesia , air terjun si Sungai Ruoh dan perkampungan Orang Asli. Bahkan kepada sesiapa yang suka memancing boleh memancing di Tasik Banding yang mempunyai pelbagai spesis air ikan tawar. 


2. Bukit Merah Laketown Resort

3

sumber : https://www.lipstiq.com

Perak sememangnya terkenal dengan taman tema air Bukit Merah yang terlatak di Semanggol Perak. Taman tema air ini adalah yang terawal di Malaysia. Dengan ahrga masuk yang berpatutan , anda mampu berserono dengan keluarga. Kanak-kanak pasti sukakn tempat sebegini. Malah disni juga disediakan tempat penginapan. Malah didalam taman tema ini mempunyai tempat makan yang anda boleh makan selepas kelaparan bermain air. 


3. Menara Condong Teluk Intan

4

sumber : http://kenalitrip.com.my

Selain itu , Menara Condong yang terdapat di Teluk Intan ini pula menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan seni bina nya. Asalnya , ia dibina untuk menara tangki air Changkat Jong sekitar tahun 1885 oleh pihak Bristish. Menara Condong ini kelihatan sama seperti  Menara Pisa di Itali yang juga condong ke tepi. Malah menara ini juga telah berusia 100 tahun dengan ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga untuk sampai ke atas seklai. Ambil gambar disini sebagai kenang-kenangan tanda anda pernah datang ke Teluk Intan. 


4. Pasar Kemboja

5

Lokasi yang menarik di Perak adalah Pasar Kemboja di Parit Buntar , Perak. Kebiasaannya pelancong akan membeli dan memborong disini kerana menurut pembeli , 40-50% perbezaan harga jika dibandingkan dengan harga pasaran yang jauh lebih murah. Pelbagai jenis pakaian yang ada seperti tudung , telekung , kain sembahyang , baju kurung dan lain-lain. Tempat ini menjadi sangat sesak apabila tiba musim perayaan. 


5. Air Terjun Ulu Kenas

6

sumber : http://kakikuala.blogspot.com

Kepada sesiapa yang suka bermain dengan air boleh singgah ke Air Terjun Ulu Kenas ini yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Kawasan permukaan yang landai dan air yang tidak deras sesuai untuk kanak-kanak bermain disini. Jadi , anda tidak perlu terlau risau tentang keselamatan anak anda. Indahkan percutian anda bersama keluarga anda ke tempat-tempat semula jadi begini kerana ia dapat menyegarkan lagi badan kita. Disini mempunyai udara yang segar kerana dikelilingi pokok-pokok. 


6. Tasik Temenggor

7

sumber : https://www.tripadvisor.com.my

Tasik Temenggor ini terletak di Gerik Perak yang berkeluasan 152 kilometer persegi. Disini terdapat chalet yang disediakan kepada sesiapa yang merancang untuk bercuti disini malah pemancing tegar juga boleh memancing ikan air tawar disini. Ikan air tawar yang terdapat disini seperti ikan Toman , Kelah , Baung dan macam-macam lagi. Jika anda ingin memancing ke tengah tasik , anda boleh menyewa bot disini. Disini juga ada menawarkan kemudahan rumah bot yang boleh disewa bersama keluarga untuk menikmati suasana yang baru dan segar. Sangat berbaloi.  


7. Bukit Larut

8

Bukit Larut yang terletak lebih kurang 10km dari bandar Taiping ini akan memudahkan pengunjung untuk datang berkunjung kesini. Disini terdapat kemudahan chalet yang boleh anda sewa untuk bercuti disini kerana Bukit Larut ini adalah bukit peranginan yang pertama di Malaysia. Namun , anda harus menaiki pacuan 4 roda jika untuk sampai ke puncak kerana kenderaan awam tidak dibenarkan untuk naik keatas. Kira-kira 15 darjah celsius kesejukan Bukit larut ini dan bunyi kicauan burung unggas pasti membuatkan anda merasa lebih teruja. 


8. Kolam Air Panas Ulu Slim

9

sumber : http://selesahomestaydislimriver.blogspot.com


Kolam Air Panas Ulu Slim ini mempunyai suhu yang tinggi  iaitu 104 darjah celsius yang terletak di Tanjong Malim , Perak ini. Yang menariknya terdapat mikroorganisma yang hidup namun tidaklah boleh dilihat dengan mata kasar. Anda bolehlah datang ke sini untuk relakskan minda dan bawa telur mentah sekali untuk direbus. Jika sesiapa yng belum pernah mencuba meletakkan kaki dalam kolam air panas ini harus mencubanya kerana anda akan merasa badan anda menjadi ringan dan lebih segar. 

 

9. Gua Tambun

10

sumber : https://www.southeastasianarchaeology.com


Sementara di Gua Tambun pula terdapat pelbagai cerita dan gua ini pernah didiami oleh manusia pada zaman Neolitik. Gua Tambun ini terletak di Ipoh, Perak. Dalam gua ini terdapat pelbagai lukisan yang diukir oleh manusia zaman dahulu yang telah berusia 3000 tahun yang lalu. Anda harus terokainya sendiri untuk melihat apa yang ada didalam gua ini. Masuk adalah percuma. Disarankan untuk membawa lampu suluh sendiri. 


10. Stesen Kereta Api Ipoh

11

Bangunan bersejarah yang seakan-akan Taj Mahal ini terletak di Ipoh , Perak yang menjadi mercu tanda. Stesen kereta api ini dibina bermula pda tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British bahkan bangunan ini menjadi kebanggaan penduduk dan dijadikan sebagai sebuah lokasi pelancongan. Tidak rugi untuk mengetahui sejarah di negara kita sendiri. 


11. Lost World Tambun

12

sumber : https://www.happyfun.asia

Taman tema yang juga terkenal di Perak selain Bukit Merah Water Park , Lost World juga mempunyai kelebihannya tersendiri kerana taman tema ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama kawan-kawan seperti Lost World Petting Zoo, Tiger Valley , Water Park dan macam-macam lagi. Malah didalam Lost World of Tambun ini juga mempunyai resort untuk anda menginap. Jadi , anda bolehlah datang ke sini bersama anak-anak untuk bersuka ria.  


Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 6.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum (10.00am – 6.00pm) | Tutup setiap hari Selasa kecuali Cuti Sekolah dan Umum

12. Pulau Pangkor

13

sumber : http://www.shahidtravel.com.my

Pulau Pangkor adalah salah satu pulau yang terkenal di Malaysia kerana keunikan dan keindahan pantai dan hidupan lautnya yang pelbagai jenis. Selain itu , Pulau Pangkor ini juga adalah pulau yang ketiga terbesar di Malaysia yang terletak di Perak. Disini anda boleh melakukan aktiviti snorkelling , scuba diving , berkayak , memancing , jet ski , banana boat dan macam-macam lagi. Jika anda ingin merantau ke seluruh pulau ini , anda boleh menyewa motosikal , kereta , teksi dan juga basikal. Lihat sendiri kecantikan pulau ini dengan air lautnya yang biru memang rasa tak sabar nak pergi berenang kann.. 


13. Ladang Ternakan Rusa

14

Manakala di Kampung Manderang , Sungkai , Perak pula ada sebuah ladang ternakan rusa dari pelbagai jenis spesis rusa. Ladang ini yang berkeluasan 100 hektar telah dittubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Jadi anda boleh datang kesini untuk melihat rusa dengan lebih dekat lagi bahkan terdapat juga tempat perlindungan bagi spesis burung tertentu dan hidupan liar yang lain yang dijaga disini. Tempat ini tlah dibuka bermula tahun 1978 kepada orang awam dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan. 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 4.15pm)

Bayaran Masuk: Percuma


14. Tiger Valley

15

Tiger Valley ini terletak dalam Lost World of Tambun yang menjadi salah satu tarikan disini kerana anda boleh melihat sendiri harimau belang ini secara lebih dekat. Anak-anak anda pasti akan lebih teruja dengan kelincahan dan kekuatan haiwan liar ini. Malah , anda juga boleh melihat harimau ini diberi makan oleh pelatih jika tiba waktu makan untuk mereka. 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (3.00am – 4.00pm)


15. Burung Enggang di Pasir Bogak

16

Tambahan pula , di Pasir Bogak yang terkenal dengan burung Enggang yang susah untuk kita lihat di kawasan-kawasan hutan. Hanya tempat tertentu sahaja dan anda boleh melihat spesis burung ini didepan mata anda sendiri. Selain itu , anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada burung ini di tapak tangan anda untuk melihat mereka dengan lebih dekat lagi. 


16. Eco Park

17

sumber : http://lysterjim.blogspot.com

Di Eco Park yang berada dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort ini pula mempunyai kawasan seluas 3 ekar dengan 3 bahagian tertentu seperti Nature Trail,Reptile Park dan Tropical Trek. Disini terdapat pelbagai spesis hidupan liar seperti reptilia , mamalia , burung dan ikan. Bahkan terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti Skycycle dan melihat taman haiwan peliharaan. 


Ahad (10.00am – 7.00pm) | Cuti Sekolah dan Cuti Umum: Tutup kecuali hari Selasa

Bayaran Masuk: Dewasa (RM18) | Kanak-kanak (RM14) | Warga Emas dan OKU (RM10)

17. Night Safari Zoo Taiping

18

sumber : http://www.ipoh-city.com

Night Safari Zoo Taiping ini memberi peluang kepada pengunjung untk melihat hidupan liar yang aktif pada waktu malam dengan suasana yang semula jadi. Night Safari ini menawarkan anda pengalaman yang baru kerana anda boleh melihat  bagaimana kehidupan haiwan liar ini bergiat diwaktu malam namun anda tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash atau membuat bising supaya tidak mengganggu ketenteraman disana. 

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat dan Cuti Umum (8.00pm – 11.00pm) | Sabtu dan malam sebelum Cuti Am (8.00pm – 12.00am)


18. Zoo Taiping 

19

Zoo Taiping yag berkeluasan 36 hektar ini merupakan zoo yang terbesar dan satu-satunya di negeri Perak ini. Zoo ini mempunyai 1200 ekor haiwan  yang terdiri daripada 140 spesis daripada harimau , singa , gajah , zirafah , Enggang , Orang Utan badak air dan pelbagai hidupan yang lain lagi. Anda boleh membawa anak-anak untuk datang ke sini untuk mengenali haiwan-haiwan yang akan memberi ilmu yang baru kepada anak-anak anda. 


19. Kellie’s Castle

20


Kellie’s Castle ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana  Moghul di bandar Agra , India yang sudah pun berusia 107 tahun namun tidak sempat disiapkan. Keunkan sejarahnya tersendiri menarik perhatian pelancong untuk singgah ke sana untuk mengambil gambar dan sebagainya. Terdapat pelbagai kemudahan yang dsediakan seperti kafe , surau , tandas , kedai cenderamata dan tempat meletak kereta.  Kecantikannya pasti akan mengujakan kepada sesiapa sahaja yang kesana kerana ia jua terletak diatas bukit menggahkan istana ini. 

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)


20. Muzium Perak

21

sumber : https://hype.my

Jika anda jenis yang sukakan tentang sejarah , maka jika berkunjung ke Perak , harus knjungi Muzium Perak ini  kerana ia mempunyai pelbagai sejarah , koleksi etnologi, arkeologi , etamobologi yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai koleksi yang unik yang  berusia lebih 100 tahun seperti tengkorak , spesimen binatang seperti binturong dan pulasan dan rangka-rangka binatang yang telah pupus. Ini merupakan muzium yang pertama dan tertua di Malaysia pada tahun 1883 ole Sir Hugh Low iaitu seorang Residen British ketiga Perak ketika itu.  

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am– 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa (RM 2.00) | Kanak-Kanak (Percuma)


21. Muzium Geologi

22

Muzium geologi ini ditubuhkan untuk menyimpan contoh rujukan daripada hasil kajian geologi sperti jenis fosil , beberapa sampel timahyang ditemui di Lembah Kinta,mineral,  batu permata berharga dan separa berharga dalam dan luar negara. Selain itu , terdapat pameran tentang pembinaan insfarstruktur dan promosi warisan geologi Malaysia yang menggunakan ilustrasi grafik. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1957. 

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (Tutup)


22. Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail

sumber : pixabay.com

Asalnya kawasan bangunan lama yang usang dan terbiar, kini tempat ini dimajukan semula dan menjadi salah satu lokasi pilihan pelancong jika berkunjung ke Ipoh. Di sini terdapat banyak mural-mural 3D unik, hasil karya pelukis mural bernama  Ernest Zacharevic. Karya muralnya popular dari Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehinggalah ke Singapura. Konsep Art of Old Town ini mengetengahkan mural-mural yang banyak berkisarkan tentang kopi & bandar lama yang terdapat  Ipoh. Keunikan mural yang terdapat di sini berbanding di tempat lain ialah saiznya yang sangat besar. Anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini. 

23. Pusat Pengurusan Penyu Segari

24

sumber : http://menarikdi.com


Pusat Pengurusan Penyu Segari ini merupakan pusat pemuliharaan haiwan terancam (penyu ) sebelum dilepaskan ke laut. Pusat ini terletak di Pantai Panjang , Segari Perak. Terdapat dua jenis penyu yang mendarat disana iaitu penyu Lipas dan Penyu Agar dan anda boleh melihat mereka mendarat ke sini sekitar bulan Mac hingga Julai. Disini juga anda boleh melihat pelepasan anak-anak penyu dan penetasan telur-telur penyu.  

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 5.00pm) (12.30am – 2.00pm)


24. Pulau Giam

25

sumber : http://www.bookingpangkor.com


Pulau Giam merupakan salah satu daripada pulau-pulau kecil di Pangkor, sering menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan aktiviti seperti snorkelling dan berkayak. Air laut yang jernih dan pelbagai jenis hidupan laut serta terumbu karang yang banyak ada disini. Tarikan utama di Pulau Giam ini adalah terdapat batu besar yang menyerupai penyu dan kepala buaya. 

25. Teluk Batik

26

sumber : https://www.tripadvisor.com.my

Teluk Batik adalah pantai yang terkenal di Perak dengan kecantikan pantainya yang bersih landai dan luas menjadi tempat ynag sesuai untuk dijadikan tempat berkelah bersama keluarga. Teluk Batik ini terletak 7 kilometer dari pelabuhan atau jeti Lumut, Perak. Beberapa chalet dan resort juga terdapat di sini seperti Marina Cove Resort dan Teluk Batik Resort untuk penginapan anda. Ketika musim cuti , kawasan ini dipenuh dengan pengunjung yang datang untuk bersantai di sekitar pantai ini. 


26. Sungai Klah Hot Spring

27

Disini pengunjung dapat menikati merasai pengalaman berada di kolam air panas dan boleh mencuba untuk merebus telur disini. Sekadar memasukkan kaki ke dalam kolam tersbut sudah membuatkan anda rasa lega dan merasa hilang beban. Kolam air panas ini terletak di Sungkai Perak. Malah , air nya juga tidak kotor dan jernih. 


27. Air Terjun Lata Kekabu

28

Air Terjun Lata Kekabu ini terletak di Hutan Simpan Bintang Hijau yang tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Jarak antara pekan Lenggong dengan Air Terjun Lata Kekabu adalah lebih kurang 9 kilometer sahaja. Pengunjung mula datang ke sini bermula jam 7 pagi hingga ke 6 petang. Anda dibenarkan untuk berkhemah  disini tetapi dengan kebenaran Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu. Bawa isteri dan anak-anak berkelha disini sudah pasti menyeronokkan mereka. 


28. Hutan Rekreasi Kuala Who

29

sumber : https://mrkumai.blogspot.com

Manakala di Hutan Lipur Kuala Woh ini pula menjadi lokasi yang menarik untuk dilawati kerana terdapat banyak tempat menarik seperti kolam air panas dan melihat alam semuljadi disini. Hutan ini berjarak 13 kilometer antara pekan Tapah. Selain itu, kemudahan asas yang terdapat di lokasi ini seperti surau, parkir, tapak perkhemahan, chalet. Anda juga boleh ber BBQ disini sambil bermandi-manda. 

29. Taman Rekreasi Gunung Lang

30


Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ipoh pasti memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi ini. Keindahan landskap di Taman Rekreasi Gunung lang ini berlatarkan gunung batu kapur yang menjadi pusat pelancongan eko yang meminimumkan struktur bangunan manusia. Disini juga mempunyai zoo mini yang menempatkan burung unta dan rusa. 

31. Movie Animations Park Studios (MAPS Perak) 

MAPS Ipoh merupakan sebuah taman tema keriangan yang terletak di Ipoh, Perak. Ianya mula dilancarkan pada Jun 2017. Dengan adanya taman tema ini, semakin banyak senarai tempat merarik di Ipoh yang anda boleh kunjungi selain Lost World of Tambun. Pelbagai tarikan permainan menarik yang terdapat di sini memand banyak dan sesuai untuk segenap usia. Anda mungkin perlu menghabiskan masa berjam lamanya kalau nak habiskan semua permainan yang ada kat sini. Terdapat 15 thrilling rides, 6 theme zones & 23 tarikan interaktif yang pasti akan membuatkan sesiapa sahaja teruja. Bagi golongan muda yang sukakan aktiviti mencabar, MAPS Perak ini tentunya takkan membuatkan anda kecawa. Antara game yang paling sering menjadi tarikan utama adalah Asteroid Attack, sebuah roda besar yang berpusing 360 darjah yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk ketika menaikinya. Yang lebih menarik lagi, terdapat tema watak kartun yang diambil dari kartun animasi popular di Malaysia seperti Upin Ipin & Boiboiboi. Harga tiketnya tidaklah terlalu mahal kerana menggunakan konsep pay per ride. Dengan pilihan tempat bermain & keseronokan yang unik, pasti ianya satu pelaburan berbaloi untuk anda mengabiskan masa berkualiti bersama anak-anak pada hujung minggu atau cuti sekolah nanti. 

32. Masjid Diraja Ubudiah 

Masjid Diraja Ubudiah merupakan sebuah masjid diraja yang sangat mewah. Ianya membawa  aura yang tersendiri dan pasti membuatkan sesiapa sahaja kagum akan kehebatan senibinanya. Masjid Ubudiah ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ianya dibina pada tahun 1907. Fakta menarik tentang masjid ini adalah ianya dibina untuk membayar nazar Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I selepas baginda pulih dari penyakit. Dari luar, pengunjung boleh melihat 4 menara utama setinggi 124 m yang mengelilingi kubah utamanya yang berwarna keemasan. Ruangan di dalam masjid ini tidaklah terlalu besar seperti Masjid Negara tetapi pemandangan yang terdapat di dalam masjid ini memang sungguh mengasyikkan. Bersebelah dengan Masjid Ubudiah ini juga terletaknya makam-makam diraja yang menempatkan sultan-sultan Perak sebelum ini. Lokasi masjid ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar yang lain seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium Diraja Perak dan juga Istana Iskandariah. Ia tentunya merupakan salah  satu destinasi yang wajib anda  lawati. Anda tentu akan berasa kagum dengan keindahan senibina dan struktur bangunannya. 

33. Pulau Orang Utan Bukit Merah

Tahukah anda bahawa anda juga berpeluang untuk melihat Orang Utan secara real tanpa perlu ke Sabah? Pulau Orang Utan ini sesuai untuk aktiviti kekeluargaan. Anak-anak dapat  mengetahui secara lebih terbuka tentang kehidupan haiwan liar yang jarang-jarang boleh dilihat. Kanak-kanak tentunya akan berasa teruja melihat bagaimana bayi comel Orang Utan disusukan dan bagaimana mereka dipakaikan lampin. Pulau seluas 35 ekar ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan dari peringkat umur bayi sehingga dewasa. Di pulau ini pengunjung dapat melihat secara jelas orang utan melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter.

Pulau Orang Utan ini merupakan sebahagian daripada pusat peranginan Bukit Merah Laketown Resort. Lokasi ini sangat unik kerana terletak di tengah tasik kira – kira 10 minit dari Bukit Merah. Pengunjung perlu menaiki bot untuk melawat pusat perlindungan Orang Utan ini. 

34. Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah merupakan sebuah galeri yang mempunyai seni bina yang indah dan menarik. Galeri ini dibangunkan semula daripada istana lama iaitu Istana Ulu. Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah.
Tujuan penubuhan galeri ini adalah untuk memaparkan dan merakam sejarah hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah daripada awal usia sehingga zaman pentadbiran baginda. Di sini juga terdapat pelbagai informasi menarik berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak. Kehalusan dan ketelitian yang dipaparkan dalam seni bina melalui ukiran kayu dan kerawang besi yang bermotifkan bunga kemboja dalam pembinaan seluruh bangunan ini juga tentunya akan membuat sesiapa sahaja berasa kagum.

35. Muzium Beruas

Satu lagi tempat bersejarah yang boleh anda lawati di Perak ialah Muzium Beruas. Bangunan ini pada asalnya merupakan Mahkamah Beruas yang telah diubahsuai untuk dijadikan muzium. 

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 300 artifak pada zaman kerajaan Beruas dan Gangga Negara. Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mempamerkan sejarah keagungan kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas.

Di muzium ini juga terdapat banyak  maklumat dan bahan kajian yang sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas. Bayaran masuk ke muzium ini adalah percuma.

36.Funtasy House Trick Art

Sumber: https://www.myfave.com

Jika bercuti ke Ipoh tidak kiralah sama ada bersama keluarga ataupun sahabat handai, lokasi ini sering manjadi tempat persinggahan yang utama. Di sini terdapat lebih 30 lukisan mural interaktif yang dipaparkan untuk pengunjung mengambil gambar. Seperti juga 3D Art Museum yang lain, staff di sini akan membawa anda melawat setiap mural & menolong anda ambil gambar pada posisi yang betul untuk menghasilkan gambar yang timbul dan menarik. Memandangkan lukisan muralnya sangat banyak maka masa yang diperlukan untuk lawatan ke destinasi ini mungkin mengambil masa sehingga satu jam lamanya. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM 15 dan bagi pelancong yang bukan warga tempatan pula, bayarannya adalah sebanyak RM19. Bagi kanak-kanak, pelajar dan juga orang tua, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 10. Bayaran masuk bagi bayi adalah percuma. Jika ingin berkunjung ke sini, seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Pada waktu petang apabila cuaca agak redup, anda boleh berkunjung ke lokasi outdoor yang lain pula.

37.  Taiping Equine Park

Sumber: http://sawcousins.blogspot.com

Bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, anda bolehlah singgah di Taiping Equine Park. Ianya merupakan taman yang sangat inovatif dan  boleh dinikmati oleh seisi sekeluarga.

Di sini terdapat banyak kuda-kuda yang sangat mesra dan boleh juga ditunggang oleh kanak-kanak. Pengalaman menunggang kuda di sini tentunya kan menjadi pengalaman terbaik di Perak yang akan dapat anda sematkan dalam memori sepanjang hayat anda.

38. Taman Alam Kinta

Sumber: https://www.emily2u.com

Taman Alam Kinta, juga dikenali sebagai Taman Burung ini terletak di Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Ianya sering menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Mana taknya, tempat ini menjadi habitat lebih dari 150 jenis burung air. Antaranya adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, bangau dan banyak lagi.

Kawasan yang asalnya merupakan bekas lombong bijih timah ini mempunyai keluasan sebesar 900 hektar. Tempat ini seringkali menjadi habitat burung-burung residen dan migrasi. Di sini juga terdapat sebuah menara pemerhati burung yang dibina khusus untuk pelancong memerhati habitat burung-burung air di Taman Alam Kinta ini dengan lebih mudah.

39. Pantai Ban Pecah

Sumber: //twitter.com/malaysiainfone1

Pantai Ban Pecah merupakan salah satu tarikan unik yang terdapat di Perak. Pantai yang terletak di kawasan Parit Buntar ini merupakan sebuah pantai rekreasi yang terkenal di kalangan penduduk setempat untuk bersantai.

Keadaan kawasan pantai yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Tujuan bongkah batu ini disusun adalah untuk menghalang hakisan ombak. Jika anda merupakan seorang kaki pancing, di sini juga terdapat sebuah pelantar memancing yang telah dibina khas untuk pengunjung berteduh dari terik matahari dan sesuai juga untuk memancing.  Di sini juga terkenal dengan pelbagai sajian unik yang menarik. Antaranya adalah mi udang Tanjung Piandang dan kari ikan sembilang yang tidak asing lagi bagi penduduk setempat. Tentunya tak rugi berkunjung ke sini. 

40. Kuala Sepetang

Sumber: https://www.thestar.com.my

Bagi mereka yang inginkan percutian keluarga secara santai, Kuala Sepetang tentunya merupakan lokasi percutian yang tepat. Kuala Sepetang adalah sebuah perkampungan nelayan. Selain memancing, di sini, pengunjung boleh menikmati river cruise sambil melihat kawasan sekitar. Pada waktu malam, kawanan kelip-kelip akan kelihatan di sepanjang sungai. Pemandangannya sungguh memukau. Anda juga tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati mi udang terbaik yang terdapat di Perak. Tentunya hanya di Kuala Sepetang. 

41. Teluk Senangin

Sumber: https://e-majalah2u.blogspot.com

Teluk Senangin adalah sebuah kawasan pelancongan yang popular di kalangan penduduk setempat. Samaada untuk beriadah, beristirahat dan berkelah bersama kelaurga, semuanya tentu sesuai dilakukan di sini. Tarikan terkenal yang terdapat di Teluk Senangin adalah pantainya yang mempunyai  pasir yang halus, bersih dan laut yang berombak kecil yang sesuai untuk melakukan aktiviti air.

Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan yang  disediakan khusus untuk pelancong seperti banyak tempat penginapan, restoran dan kedai cenderamata. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti air seperti memancing, banana boat, sukan pantai dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang mendambakan suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan ibu kota, Teluk Senangin merupakan lokasi ideal untuk anda! Berkunjunglah ke sini dan dijamin anda tidak akan menyesal.

42. Batu Bertenggek

Sumber:http://www.mpti.gov.my

Satu lagi tarikan bersejarah yang terdapat di Perak adalah Batu Bertenggek. Monumen bersejarah ini terletak di Teluk Intan, Perak. Batu Bertenggek ini sudah wujud semenjak zaman penjajahan British di Tanah Melayu lagi. Ianya merupakan memorial peringatan ketika Perang Dunia Pertama yang diletakkan oleh pihak British. Perkataan yang terdapat pada batu tersebut merupakan peringatan tentang keberadaan mereka yang pernah sampai di Tanah Melayu. 

Secara tepatnya, lokasi Batu Bertenggek ini adalah berhadapan dengan bangunan SKOMK di persimpangan Jalan Changkat Jong, Teluk Intan. Untuk membuktikan keberadaan anda di Teluk Intan, anda bolehlah mengambil beberapa gambar kenangan di kawasan ini. 

43. Taman Herba Papan

Sumber:https://siraplimau.com

Taman Herba Negeri Perak ini terletak di Kampung Payang, Batu Gajah.Ianya berada dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkeluasan seluas 7.2 hektar. Bagi anda  yang ingin mendapatkan tanaman herba segar sama ada untuk tujuan kesihatan, aromaterapi mahupun perubatan, bolehlah berkunjung ke sini.

Di sini terdapat lebih 500 spesies herba yang ditanam. Antaranya seperti daun sekentut, rempah padang, kacip Fatimah, hempedu bumi, kucing galak dan bermacam-macam lagi. Selain taman herba, banyak juga kemudahan lain yang disediakan seperti dewan dan tapak perkhemahan. Tak kurang juga ada yang menjadikan kawasan ini sebagai port untuk memancing. 

Bayaran masuk ke sini adalah percuma. Taman ini dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.

44. Perkampungan Orang Asli

Sumber:https://www.holidaygogogo.com

Perkampungan Orang Asli juga merupakan salah satu lokasi pelancongan yang wajib anda lawati apabila bercuti di negeri Perak. Berkunjung ke sini tentunya memeberikan  pengalaman yang luar biasa kepada anda. Di sini, anda akan dapat menikmati suasana alam semulajadi dan dapat memberi aura ketenangan yang luar biasa.

Bagi anda yang ingin lari jauh dari kesibukan ibu kota, lokasi ini tentunya sangat sesuai untuk anda. Anda juga boleh mempelajari kebudayaan masyarakat Orang Asli yang nyata jauh berbeza dengan masyarakat bandar.  Antara kawasan di negeri Perak yang diduduki oleh masyarakat orang asli ialah di Kampung Orang Asli Sungai Chenein, Behrang, Kampung Kuala Senta , Bidor, Kampung Orang Asli Sungai Bilek, Chenderiang, Kampung Orang Asli Sungai Raba, Gerik, Kampung Orang Asli Sungai Raya, Keramat Pulai dan banyak lagi.

Kesemua tempat ini boleh dilawati jika anda berminat untuk menyelami suasana kehidupan orang Asli. Tentunya anda akan dapat menyemat memori berharga sepanjanag berada di sini.

45. Gunung Kenderong

Sumber:http://www.sobriyaacob.com

Jika anda gemar aktiviti mendaki gunung, maka Gunung Kenderong merupakan lokasi yang harus anda singgah jika datang ke Perak. Gunung ini letaknya 10 kilometer dari pekan Gerik. Ia mempunyai keringgian kira-kira 1,223 meter. 

Pendakian ke puncak Gunung Kenderong ini tentunya akan memberikan pengalaman mencabar untuk anda. Laluan sepanjang ke puncak gunung yang ekstrem ini memaparkan pemandangan yang menarik. Ditemani keindahan alam semulajadi, tentuanya aktiviti pendakian anda akan bertambah menarik. Pencinta alam seharusnya singgah ke lokasi ini untuk mengutip sendiri pengalaman mendaki yang tentunya akan menjadi kenangan berharga buat anda.

46. Victoria Bridge

Sumber: https://creatorandcurator.wordpress.com

Victoria Bridge, juga dikenali dengaan nama Jambatan Karai yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini adalah merupakan  antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Jambatan keretapi ini dibina sekitar 1897 sebagai laluan untuk keretapi mengangkut hasil lombong bijih timah ketika itu. Jika anda singgah ke Kuala Kangsar, anda bolehlah berkunjung ke sini dan jangan lupa bergambar untuk sematkan kenangan peribadi di Perak. Jambatan ini mempunyai ketinggian  sekitar 150 m dari aras laut berpandukan kedudkan Sungai Perak yang terletak  di bawahnya. Walaupun ianya tidak digunakan lagi sebagai jalan pengangkutan memandangkan usianya sudah mencecah hampir 120 tahun, namun struktur jambutan ini masih kukuh dan teguh sehingga ke hari ini. 

47.Air Terjun Lata Kijang

Sumber: http://www.jiwarosak.com

Air Terjun Lata Kijang merupakan tarikan kawasan air terjun yang sangat menarik di Perak. Dengan ketinggian sebanyak 850 meter, tak hairanlah kalau ianya dinobatkan sebagai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Tak susah pun untuk mencari lokasi kawasan ini. Ianya terletak di daerah Chenderiang kira-kira 18 kilometer daripada pekan Tapah sahaja. 

Air Terjun Lata Kijang ini dapat dilihat oleh pengunjung daripada lebuh raya Utara-Selatan. Ketinggiannya yang luar biasa menjadikannya mudah untuk dilihat, sekaligus menjadi iklan percuma yang pastinya menambat hati sesiapa yang mendambakan kedinginan air terjun yan ditawarkan. Selain itu, keindahan alam sekitar semulajadi yang serba hijau seakan-akan memanggil  pengunjung untuk mengeksplorasi keindahan flora dan fauna yang terdapat disini.

Pelbagai fasiliti yang disediakan seperti parkir kenderaan, surau, gerai jualan dan tempat istirahat pastinya memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang ke sini. Anda tentunya dapat membawa pulang pengalaman yang menarik jika berkunjung ke sini! 

48.Gua Gendang

Sumber: https://dkosonglapan.blogspot.com

Gua Gendang terletak di Pengkalan Hulu, Perak. Jarak antara pekan Pengkalan Hulu ke lokasi ini kira-kira 6 kilometer. Gua Gendang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Lokasi yang mulanya dibuka pada tahun 1994 ini berfungsi sebagai tempat persembunyian anggota komunis. Namun, kini fungsinya diubahsuai menjadi taman rekreasi dan terbuka kepada masyarakat umum. Gua yang unik ini mempunyai pelbagai tarikan semulajadinya yang tersendiri. Antaranya seperti aliran sungai di dalam gua yang boleh dinikmati pengunjung yang datang ke sini.  Pengunjung juga berpeluang menelusuri sungai ini sambil melihat ukiran semula jadi yang terdapat di dalam gua. 

49.Bukit Engku Busu

Sumber: https://perpaduan.gov.my

Bukit Ungku Busu terletak di daerah Lumut, Perak. Ianya mempunyai ketinggian sekiar 331.4 meter. Nama bukit ini adalah bersempena dengan nama sempena raja dari Selangor iaitu Raja Engku Busu. Ini bagi memperingati jasanya yang telah dianggap sebagai pahlawan kerana telah berjaya menghapuskan lanun-lanun yang terdapat di negeri Perak.

Bukit ini sesuai untuk aktiviti pendakian. Para pengunjung tentunya akan terpegun dengan kecantikan pemandangan yang terbentang luas sebaik sahaja tiba di puncak. Anda juga dapat menikmati keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di sini. 

50.Bulatan Amanjaya

Sumber: http://menarikdi.com/

Bulatan Amanjaya yang terletak di Meru merupakan tempat rekreasi yang popular terutama bagi penduduk kawasan Ipoh, Perak.Kawasan yang mempunyai keluasan 7.3 hektar ini dibangunkan oleh  Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Ianya dinobatkan sebagai bulatan terbesar di Perak.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Antaranya seperti jogging dan bersantai. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan untuk bersenam.  Bulatan Amanjaya ini juga dikenali sebagai Bulatan Casuarina.

Pada waktu siang, pemandangan di sini sangat cantik. Pelbagai keindahan seni bina landskap dapat dilihat. Pada waktu malam, keadaan di sini menjadi lebih luar biasa. Terdapat air pancuran berirama dihiasi cahaya berwarna warni yang tentunya memukau pandangan. 

51. Gua Tempurung

31

sumber : https://www.backpackingmalaysia.com

Akhir sekali adalah Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak dan 24km dari bandar Ipoh merupakan gua batu kapur yang mempunyai pelbagai ukiran semulajadi yang terbentuk sperti tempurung kelapa. Didalam gua ini terdapat kemudahan titi , lampu dan kemudahan awam yang lain untuk pengunjung yang datang. Ukiran seperti gergasi yang terdapat dalam gua ini dipecayai wujud sejak 8000 sebelum Masihi lagi. 

Banyak bukan tempat menarik yang boleh dilawati di Perak ni kan. Kebanyakannya tempat untuk melihat hidupan semula jadi. Bawa teman-teman dan keluarga untuk menikmati suasana yang baru dan lari dari kesibukan kota. 

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.