fbpx

21 Tempat Menarik di Johor Yang Tak Ramai Tahu!

0

Ini adalah 21 Tempat Menarik di Johor yang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan santai. 

1. Legoland

Sumber gambar: https://malaysiaairlines.com/

Legoland adalah tempat wajib untuk anda yang ingin membawa anak-anak berekreasi. Sehari di sini mungkin tak puas.

Pastikan anda merancang terlebih dahulu untuk datang ke sini. Theme Park dan Water Park nya membuatkan anak-anak anda pasti ingin berada di sini lebih dari sehari.

Jangan lupa bawa topi atau sunblock ya! 


2. Danga Bay

Sumber gambar: https://www.tunehotels.com/

Danga Bay merupakan kawasan bersantai popular di tepi laut yang wajib dilawati oleh mereka yang memilih Johor sebagai destinasi pelancongan.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya berjalan santai di tepi pantai Danga Bay, bermain di Theme Park, naik Cruise, shopping di Danga City Mall, dan lain-lain lagi.


3. Taman Laut Sultan Iskandar (Sultan Iskandar Marine Park)

Pulau Rawa. Sumber gambar: https://tripadvisor.com.my

Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) dahulunya dikenali sebagai Taman Negara Johor Kepulauan Mersing.

Terdapat 13 pulau kesemuanya di TLSI ini. Namun, TLSI ini dibahagikan kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu (1) Pulau Tinggi, (2) Pulau Aur, (3) Pulau Sibu, (4) Pulau Pemanggil, (5) Pulau Besar dan (6) Pulau Rawa

TLSI boleh dikunjungi melalui 2 jeti:

Jeti Tanjung Leman: (1) Pulau Tinggi, (2) Pulau Aur, (3) Pulau Sibu, (4) Pulau Pemanggil

Jeti Mersing: (5) Pulau Besar, (6) Pulau Rawa


4. Kota Iskandar

Sumber gambar: https://deals.airasia.com/ 

Kota Iskandar adalah ibarat Putrajaya. Ianya menempatkan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor. 

Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad) disamping kawasan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri. (Sumber: Wikipedia)

Sesuai untuk mereka yang ingin sight-seeing di sekitar Johor ini.


5. Puteri Harbour Marina

Sumber gambar: https://uemsunrise.com/ 

Puteri Harbour Marina merupakan tempat yang sesuai untuk anda 'chill' bersama keluarga atau rakan-rakan. Sesuai juga untuk mereka yang gemarkan fotografi. Terdapat pelbagai kedai dan restoran berdekatan untuk 'double chill'.

Disini juga terdapat Puteri Harbour Indoor Theme Park. Bagi mereka yang ada anak kecil, disini terdapat beberapa tempat khas berdasarkan kartun-kartun seperti Hello Kitty, Thomas & Friends, Pingu, Barney, Bob the Builder, dan Angelina.


6. Angry Birds Activity Park

Sumber gambar: https://befreetour.com

Angry Birds Activity Park merupakan sebuah indoor playground yang besar yang terletak di dalam shopping mall Komtar, Johor Bahru.

Terdapat 5 play area di sini iaitu, Danger Zone, Utopia, Classic, South Beach, dan Red's Jungle Run. 

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Namun, jika anak-anak anda langsung tak kenal Angry Birds, tempat ini masih sesuai untuk mereka kerana permainan-permainan yang terdapat di dalam tempat ini pasti membuatkan anak-anak anda teruja! 


7. Zoo Johor (Johor Safari Park)

Binatang-binatang terpelihara yang ada di Zoo Johor ini mampu membuatkan anak-anak anda lupa kewujudan gadget untuk seketika!

Tiketnya sangat murah. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Percuma utk OKU. 

Terdapat banyak binatang di dalam zoo ini termasuklah unta, badak air dan singa! Yang ada anak kecil tu mai singgah ya!


8. Masjid Sultan Abu Bakar

Sumber gambar: https://www.sejarah.my

Tengok gambar sahaja sudah menarik! Namun lebih menarik jika boleh solat di Masjid Sultan Abu Bakar ini sekali.

Jom singgah ke masjid ini sebelum waktu solat supaya anda dapat bersedia untuk solat berjemaah. Selepas solat, boleh lah ber sesi fotografi sambil melihat keindahan seni binanya.


9. Pantai Desaru, Kota Tinggi

Sumber gambar: http://www.holidaygogogo.com

Di sepanjang persisiran Pantai Desaru ini terdapat pepohon ru yang mencantikkan view pantai ini. Boleh lah ber -otografi apabila angin sepoi-sepoi bahasa mula meniup baju atau kain, disamping sunglass di mata. Nampah wah begitu!

Terdapat beberapa penginapan resort yang menarik di sekitar pantai ini juga. Boleh lah menginap disini untuk relaks. 

Beberapa aktiviti sukan air menarik juga boleh dicuba seperti jetski, kayak dan lain-lain.


9. Desaru Coast Adventure Water Park

Sumber gambar: https://www.johornow.com

Desaru Coast Adventure Water Park ini memiliki 'wavepool' terbesar di South East Asia! Water Park ini terletak bersebelahan dengan Hard Rock Hotel, Desaru.

Terdapat seksyen khas untuk kanak-kanak di Water Park ini, iaitu Kids Ahoy. Anak-anak anda pasti teruja dan terlupa apa itu handphone untuk seketika. 

Selain zon Kids Ahoy, ada 4 lagi zon permainan iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, dan Tidal Wave Beech.


10. Ladang Burung Unta/Ostrich Show Farm

Sumber gambar: https://www.fdholidays.com

Ladang Burung Unta ataupun Ostrich Show Farm ini terletak di Pengerang, Johor. Tiket dijual dengan harga RM 15 untuk orang dewasa., RM 8 untuk kanak-kanak.

Tempat ini sesuai untuk ibubapa yang ingin anak-anak anda terokai alam semulajadi. 

Disini juga terdapat restoran. Bolehlah merasa terlur dadar burung unta, ataupun sate burung unta! Wah, bukan senang nak dapat ni. 


11. Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

Sumber gambar: http://jb2sg.com

Ini lagi satu tempat yang membuatkan anak-anak anda tidak hairan di mana handphone. Desaru Fruit Farm ini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat.

Antaranya melawat kebun herba dan sayuran, pelajari tentang lebah dan madu, beri makan pada ikan di kolam, bdan eri makan pada haiwan di mini zoo yang menempatkan haiwan seperti kambung dan arnab.

Selain itu,  boleh juga menikmati hidangan buffet buah-buahan, dan juga bermain aktiviti lasak seperti paintball dan kart ride! Jangan kata anak-anak, mak bapak juga boleh lupa handphone bila berada disini!


12. Dataran Bandaraya Johor Bahru

Sumber gambar: http://www.gojohor.my

Dataran Bandaraya Johor Bahru ini sangat terkenal dikalangan rakyat Johor. Walaupun nampak biasa, namun tempat-tempat begini lah yang pelancong sering cari ketika melancong ke negara orang. 

Kawasan lapang ini dimeriahkan lagi dengan kedai-kedai makanan yang dibuka pada lewat petang, sesuai untuk mereka yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan.

Dataran ini kini semakin mendapat tum­puan dan berubah wajah menjadi semakin menarik dengan ada­nya dua skrin gergasi di kiri dan kanan pentas utama. Biasanya menjadi tempat me­nyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim.


13. Austin Heights Water & Adventure Park

Sumber gambar: https://www.funtime.my

Jika aktiviti lasak menjadi pilihan untuk ber aktiviti bersama anak-anak, Austin Heights Water & Adventure Park ini boleh menjadi pilihan. Disini terdapat aktiviti lasak dan juga water park yang juga membuatkan anak-anak lupa kewujudan handphone!

Waterpark nya sarat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Super Surf, Yellow Wall, Rainbow Hood, Racer Bowl dan bermacam-macam lagi.

Adventure Park nya pula ada aktiviti lasak yang umph! Antaranya, Drift Kart, Needwood Crossing, Half Criss Crossing dan pelbagai lagi ala-ala Team Ninja Warrior di AXN Channel. 


14. Bazar Karat

Sumber gambar: http://www.nurfuzie.com

Tempat ni sama seperti mana-mana uptown di Malaysia. Namun jika ada melancong ke Johor, dan mencari night activity, boleh lah bersantai ke Bazar Karat ini.

Kewujudan pasar tersebut turut memberi peluang kepada usahawan kecil menjana pendapatan dengan hanya dikenakan lesen yang murah untuk setiap tapak.

Terdapat juga tempat makan menarik di bazar ini. Boleh lah makan-makan sambil berjalan-jalan di sekitarnya.


15. Bangunan Sultan Ibrahim

Sumber gambar: http://www.jejakakaula.com

Bangunan Sultan Ibrahim ini merupakan bangunan bersejarah. Lihat gambar di atas, nampak macam di oversea pula (jika tak ambil gambar pagar). Boleh lah bergambar dengan shades dan memakai topi seperti pelancong.

Bangunan Sultan Ibrahim ini juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua. Wah! Hebat kan? Pada pencinta sejarah, this is a must-visit place!


16. Kuso 3D Art Gallery

Sumber gambar: Facebook Page Kuso Trick Art 1st in Johor Bahru

KUSO 3D Art Gallery adalah dunia lukisan 3D yang menarik untuk bergembira sambil berfotografi. Ianya mampu meningkat kreativiti pengunjung kerana pelawat perlulah berfikir bagaimana untuk mengambil gambar secara kreatif.

Selain bergambar, disini juga ada mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality), di mana anda boleh berlawan dengan zombie, dinosaur dan raksasa.

Apa lagi? Bawa family atau rakan-rakan anda ke sini! 


17. Wet World Batu Pahat Village Resort

Sumber gambar: https://wetworld.my

Aduh banyak sungguh waterpark di Johor Bahru ini. Boleh lah menyanyi lagu Aduh yang dinyanyikan oleh Zamani jika tak larat bermain air di Johor ini.

Wet Water World Batu Pahat Village Resort ini sesuai untuk anak-anak kereana aktivitinya tidak terlalu ekstrem dan sangat child friendly.


18.UK Farm/UK Agro

Sumber gambar: Facebook Page Koleksi Viral

Untuk pengetahuan pembaca, anda masih di artikel tempat menarik di Johor ya. Anda tak tersalah tekan tempat menarik di UK.

UK Farm ini terletak di Kluang, Johor. Anak-anak anda pasti akan terhibur dengan aktiviti di memberi makan pada binatang-binatang peliharaan disini. 

Anda juga pasti akan terkesima apabila berkunjung ke sini dek kluasan padang menghijau yang saujana mata memandang. Boleh juga try horse-riding disini disamping minum susu segar!


19. Taman Merdeka

Sumber gambar: https://gyppotravelreviews.wordpress.com

Taman Merdeka ini merupakan tempat santai dan tempat warga kota berjogging.

Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar raya. Taman ini menawarkan ketenangan kerana pengunjung boleh lari daripada hiruk-pikuk bandar raya, tekanan atau bebanan kerja dan urusan hidup seha­rian.

Boleh lah singgah ke sini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.


20. Johor Premium Outlet (JPO)

Sumber gambar: http://www.klook.com

Jika barangan branded menjadi pilihan, boleh lah singgah ke Johor Premium Outlets, JPO. Tempat ini mampu mengukir senyuman pada isteri anda. 

Outlet sebegini terdapat banyak di luar negara, di USA contohnya. Namun di Malaysia hanya ada beberapa outlet sahaja. Boleh lah merasa bagaimana nikmat shopping di outlet. (Namun, harga barangannya tidak semurah di USA).


21. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Sumber gambar: https://www.visitjohor.com.my

Kolam Air Panas Sungai Gersik ini dipelihara oleh kerajaan negeri. Suhunya antara 50 hingga 70 darjah Celcius.

Bagi penduduk setempat, kehangatan air dalam kolam ini didakwa mampu merawat lenguh kaki, sendi atau sakit badan akibat bekerja berat. Ini mungkin disebabkan kandungan sulfur yang tinggi menyebabkan kolam air ini mengandungi mineral yang tinggi.

Kolam utama Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Gersik di Sungai Balang, dekat sini bukan sahaja menyediakan ruang berendam yang dilengkapi bumbung, bahkan terdapat kolam untuk kanak-kanak mandi-manda pada suhu air yang normal.


Tempat ini menarik. Mari pergi.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.