fbpx

5 Resepi Solok Ikan Yang Sedap 2022!

Hari ini saya nak kongsi resepi solok ikan yang sedap. Rasanya memang padu! Makan dengan nasi putih sedap, apalagi jika dihidangkan bersama nasi kerabu. Resepi kali ini cukup mudah bagi surirumah yang masih tercari-cari idea nak  masak apa hari ini? Jom cuba resepi solok ikan ini. Berbeza dengan solok lada, solok ikan ini digoreng ya! Sedap dihidangkan panas-panas.

Resepi Solok Ikan Cik El

Resepi Solok Ikan Cik El

Solok Ikan : Sumber Cik El

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan selayang
  • 3 ukas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ikan dibersihkan dan dibasuh.
  2. Kikis isi ikan.
  3. Tumbuk bawang, lada hitam dan kelapa sehingga lumat.
  4. Campurkan telur, isi ikan dan garam dan bahan yang ditumbuk dlm mangkuk.
  5. Gaul rata.
  6. Kepalkan adunan dan leperkan.
  7. Goreng dlm minyak panas dengan api sederhana.
  8. Goreng sehingga warna perang dan masak.

Resepi Begedil Ikan a.k.a Solok Goreng

Begedil Ikan a.k.a Solok Goreng

Begedil Ikan a.k.a Solok Goreng: Sumber Rezwati

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut
  • Bawang merah 6-7 biji
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit santan pekat
  • Isi ikan kembung/selayang/etc
  • Sedikit jus asam jawa
  • Garam
  • (kalau yg suka pedas tu boleh la tambah cili potong)

Cara-cara:

  1. Ambil isi ikan yang telah dibasuh bersih (Isi ikan mentah ye).
  2. Tumbuk bawang merah, halia, santan & isi ikan sehingga lumat (mommy guna food processor).
  3. Masukkan kelapa parut, jus asam jawa & garam ke dalam isi ikan & bawang tadi.
  4. Gaul rata & ramas-ramas sikit bagi kental.
  5. Gentel/bentukkan buat leper.
  6. Goreng sehingga garing. Toskan minyak & sedia dihidang.

Resepi Solok Ikan Sinaran Menu

Resepi Solok Ikan Sinaran Menu

Solok Ikan: Sumber Sinaran Menu

Bahan-bahan:

  • * 3 ekor ikan kembong (pilih yang agak besar dan segar)
  • * 200 grm kelapa parut (boleh kurangkan dan lebihkan isi ikan)
  • * 5 biji bawang merah (boleh ganti dengan bawang besar)
  • * Halia sebesar ibu jari
  • * 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • * 1 sudu kecil garam
  • * 1/2 sudu kecil gula
  • * beberapa biji cili padi dipotong halus (kita lupa masukkan)
  • * 1 biji telur saiz kecil

Cara-cara:

  1. Setiap ekor ikan dipotong 2. Keluarkan perut ikan secara berhati-hati supaya perut ikan tak pecah (jika pecah tak apa). Bersihkan ikan dan tos airnya.
  2. Picit keluar isi ikan mengunakan ibu jari. Bila separuh dari isi ikan dah dikeluarkan, masukkan jari telunjuk dan ibu jari kanan kedalam kulit ikan dan pegang tulang ikan. Dengan mengunakan jari telunjuk dan ibu jari kiri patahkan tulang ikan dihujung ekor ikan dan tarik keluar tulang ikan mengunakan tangan kanan. Picit keluar lebihan isi ikan yang masih berada didalam ikan(lakukan proses ini secara perlahan untuk tidak memecahkan kulit ikan.
  3. Tumbuk bawang, halia, garam, gula dan lada hitam. Gaulkan bahan tumbuk ini dengan kelapa dan isi ikan. Tumbuk sekali lagi bahan yang digaul tadi supaya halus dan sebati. Pecahkan telur dan masukkan cili padi dan gaul rata.
  4. Isikan bahan tumbuk tadi kedalam kulit ikan. Tolak bahan inti mengunakan satu jari supaya padat dan ratakan semuanya . Buat sampai inti habis.
  5. Panaskan minyak dan goreng solok ikan sama seperti mengoreng ikan. Angkat, toskan minyak dan siap untuk dimakan. (Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya solok tidak cepat hangus). * Boleh kurangkan kelapa atau tambah isi ikan sekiranya mahu lebih rasa ikan.

Resepi Solok Ikan Mstar

Solok Ikan Mstar

Solok Ikan: Sumber Mstar

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung

  • 2 cawan kelapa parut

  • 5 ulas bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • satu sudu kecil lada hitam

  • serai sebatang

  • daun kesum segenggam (hiris halus)

  • 1 biji telur

  • garam gula

  • cili padi (ikut citarasa)

  • 1 sudu tepung ubi **ni optional je tak nak bagi inti berderai.

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ikan dan belah belakang, tulang dibuang.

  2. Lumur garam dan kunyit sikit.

  3. Tumbuk kelapa parut, lada hitam, bawang, serai, daun kesum dan cili padi.

  4. Gaul semua kemudian masukkan telur dan perasakan gula garam.

  5. Sumbat inti ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang banyak dalam kedaaan api sederhana hingga keperangan.

  6. Balik-balikkan guna sudu, angkat dan toskan minyak.

Resepi Solok Ikan Mingguan Wanita

Resepi Solok Ikan

Solok Ikan: Sumber Mingguan Wanita

Bahan-bahan:

  • Solok ikan
  • Ikan kembung nk guna ikan selayang / ikan sardin pun boleh. Tapi sedap guna ikan kembung. Pilih jangan yang keras sangat supaya senang nak buang tulang dan isi. Masa buang isi dan tulang kena lembut agar kulit dan kepala tak tertanggal nanti jadi tak ada kepala tak cantik.
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Halia
  • Telur – jika ikan sikit tak payah (semua bahan tu dikisar dan gaul dengan isi ikan).
  • Isi kelapa parut muda (sedang) dan tua ( cmpur dan kena sama 1:1)
  • Daun kesum-jika suka, mayang halus
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto-jika suka

Cara-cara:

  1. Gaul semua dengan isi ikan dan bahan-bahan yang dikisar. 
  2. Minyak jangan terlalu panas. Ikan mesti tengelam semua dalam minyak.
  3. Masa goreng jangan usik sangat ikan yang tengah goreng takut nanti isi akan terlerai dari ikan. Nanti ikan akan timbul just balik-balik sekejap dan toskan.
  4. Nanti ikan akan timbul just balik-balik sekejap dan toskan.

Penutup

Confirm menjadi jika anda ikut cara-cara penyediaan solok ikan yang telah saya kongsikan. Jom cuba! Pasti puas hati.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.