fbpx

9 Resepi Kerabu Bunga Betik Yang Sedap Dan Mudah!

Hari ini saya nak share resepi kerabu bunga betik yang sedap. Rasanya lemak-lemak-lemak pahit, dan rasa pahit pun bukan lah sampai anda boleh pengsan, cuma pahit-pahit sedikit sahaja. Ikut petua orang tua-tua, bunga betik jantan sangat baik untuk kesihatan bagi mereka yang ada masalah dengan darah tinggi. Kerabu bunga betik ini dimakan dengan ikan pekasam goreng rangup ni alahai memang padu! Jika kena caranya pucuk betik yang diolah, boleh menjadi satu menu masakan yang sangat sedap seperti kerabu bunga betik ini.

Resepi Kerabu Pucuk Betik Cara Kjee

Kerabu Pucuk Betik Cara Kjee

Kerabu Pucuk Betik: Sumber Kjee

Bahan-bahan:

  • Pucuk betik dan bunganya (agak2lah banyak mana) direbus dengan garam sampai lembut
  • cili api (ikut kepedasan. Kjee bubuh banyak)
  • 1 labu bawang besar (yang kecik sikit)
  • 1 sudu besar udang kering, dicuci dan toskan
  • ½ inci belacan
  • ½ inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecik kunyit serbuk)
  • sedikit buah cekur (sukati nak bubuh)
  • sedikit garam
  • 1 cawan kelapa parut (elok yang muda)
  • limau nipis

Cara-cara:

  1. Pucuk betik yang sudah direbus, dicuci, diperahkan airnya dan diracik kasar sikit.
  2. Bahan-bahan lain digoreng/sangai atas api hingga layu.
  3. Tambah sedikit garam dan aji kalau suka.
  4. Kemudian tumbuk jangan sampai halus.
  5. Keluarkan dan bubuh sedikit perahan limau dan gaulkan dengan pucuk betik.

Nota:

  • Rebus pucuk betik nak bagi hilang pahit ada caranya. Dulu Kjee jenuh cari pucuk jambu batu untuk direbuskan bersama. Ahhh tak payah rupanya, kata maid Indon Kjee dulu. Masa rebus, bubuh garam banyak-banyak. Insya Allah nanti tak pahit sangat. Oh ya ker? Kjee pun cuba. Memang betul rupa-rupanya. 

Resepi Kerabu Bunga Betik Amie’s Little Kitchen

Kerabu Bunga Betik Amie's Little Kitchen

Kerabu Bunga Betik: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram bunga betik siap dicelur
  • 2 cawan kelapa parut – sangai seketika – tumbuk jangan sampai hancur
  • 2 ekor isi ikan kembung / kayu rebus – tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah – hiris
  • 7 biji cili padi hijau – tumbuk – jika suka pedas, boleh tambah
  • 4 biji cili padi merah – hiris
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya
  • garam / gula perasa pilihan

Cara-cara:

  1. Dalam sebuah bekas, gaul kelapa, isi ikan rebus dan cili padi hijau.
  2. Masukkan bunga betuk, hirisan bawang merah dan hirisan cili padi merah.
  3. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan dan tuangkan jus limau nipis.
  4. Gaul rata, dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Bunga Betik Air Tangan Mak

Kerabu Bunga Betik Air Tangan Mak

Kerabu Bunga Betik Air Tangan Mak: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Bunga betik -dicelur
  • Asam keping
  • Kerisik
  • Pucuk ubi – dicelur
  • Bawang besar –  dihiris halus
  • udang geragau
  • belacan
  • cili merah/cili api
  • asam limau

Cara-cara:

  1. Celur bunga betik ni dengan asam keping untuk mengurangkan rasa pahitnya. 
  2. Lepas celur bunga betik tu, di hiris halus-halus, kemudian di gaul dengan kerisik.
  3. Campurkan dengan sedikit pucuk ubi yang juga dah di celur dan di hiris halus.
  4. Bawang besar di hiris dan di tumbuk bersama udang geragau atau udang kepal halus-halus tu, kalau nak letak belacan pun boleh, tapi mak tak letak sebab kami kurang makan belacan ni. Tumbuk juga dengan cili merah atau cili api mengikut citarasa masing-masing kan. Dah gaul sebati, rasakan dengan garam dan perahkan asam limau.

Resepi Urap Bunga Betik Jantan Mat Gebu

Urap Bunga Betik Jantan

Urap Bunga Betik Jantan: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 150 gram bunga betik jantan, asingkan dari tangkainya (contoh di sini )
  • 4 helai daun cekur, hiris halus (che mat tak letak)
  • 3/4 cawan kelapa parut putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumbuk Lumat:

  • 1 biji cili merah (anda boleh guna cili padi)
  • 1/2 inci kunyit hidup)
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 inci ubi cekur
  • 1/2 inci belacan, dibakar

Cara-cara:

  1. Bunga betik jantan dicuci dan toskan. Didihkan air, letak sekeping asam gelugor dan sedikit garam. Kemudian masukkan bunga betik tadi dan celur 30 saat. Angkat dan toskan. Biar sejuk.
  2. Dalam bekas lain masukkan kelapa parut putih, bahan tumbuk lumat dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan bunga betik dan hirisan daun cekur (kalau guna) gaul hingga semua rata.
  3. Panaskan kuali, kemudian goreng tanpa minyak urap tadi hingga urap terasa panas. Matikan api, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Kerabu Bunga Betik Mak Ngah

http://myrecipecottage.blogspot.com/2012/07/kerabu-bunga-betik-mak-ngah.html

Kerabu Bunga Betik: Sumber Mak Ngah

Bahan-bahan:

  • Bunga Betik
  • 3 inci halia muda – dimayang nipis
  • 11/2 labu bawang besar – dimayang nipis
  • 1 biji cili merah – dihiris nipis
  • 5 sudu makan kelapa parut segar – ditumbuk
  • 11/2 sudu makan udang kering – ditumbuk halus
  • 2 sudu air asam jawa
  • 2 sudu sambal belacan

Cara-cara:

  1. Bunga betik dicelur seketika di dalam air panas.  Angkat dan toskan. 
  2. Tumbuk kepala parut segar dan udang kering, gaul sehingga mesra.  Gaulkan halia muda, bawang besar dan cili merah yang telah dimayang bersama dengan bunga betik dan kepala parut yang telah dicampur dengan udang kering.
  3. Tambahkan sambal belacan dan air asam jawa.  Gaul sehingga mesra. 

Resepi Kerabu Bunga Betik Puan Hazel

Resepi Kerabu Bunga Betik

Kerabu Bunga Betik: Sumber Puan Hazel

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 labu bawang besar [hiriskan]
  • 3 biji limau nipis [ambil jusnya]
  • 1/2 cawan santan pekat [jika suka]
  • Garam secukup rasa
  • Gula (Ummi tambah)

Bahan Tumbuk:

  • 5 tangkai cili merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering 

Cara-cara:

  1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendidih dan agak lembut. (Ummi masukkan asam keping untuk mengurangkan rasa pahit).
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Hidangkan.

Resepi Kerabu Bunga Betik Dengan Kerang & Pekasam 

Kerabu Bunga Betik Dengan Kerang & Pekasam

Kerabu Bunga Betik Dengan Kerang & Pekasam: Sumber Dapur K Nor

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 labu bawang besar [hiriskan]
  • 3 biji limau nipis [ambil jusnya]
  • 1/2 cawan santan pekat [jika suka]
  • kaknoor tambah serai yang dihiris
  • garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:

  • 5 tangkai cili merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering kaknoor tambah kerang

Cara-cara:

  1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan agak lembut.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Hidangkan.

Resepi Kerabu Bunga Betik Hafizah Yahaya

Kerabu Bunga Betik

Kerabu Bunga Betik: Sumber Hafizah Yahaya

Bahan-bahan:

  • Bunga betik secukupnya (saya gunakan dalam anggaran 200 gram – di bungkus siap dari pasar)
  • 1/2 inci belacan – di bakar terlebih dahulu 
  • 5 biji cili merah (besar) 
  • 5 tangkai cili padi  
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 ekor ikan kembung – di rebus dan ambil isinya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bawang besar – di hiris nipis

Cara-cara:

  1. Rebus bunga betik hingga bertukar warna kekuningan dan toskan airnya. Untuk mengurangkan rasa pahit, bolehlah memasukkan 2 keping asam gelugur ketika merebusnya.
  2. Tumbuk cili merah, cili padi, belacan dan asam jawa hingga halus dan gaulkan dengan kerisik. Masukkan juga garam dan sedikit gula. Suaikan rasa.
  3. Ambil isi ikan yang di rebus tadi dan gaulkan juga dengan sambal yang baru di tumbuk.
  4.  Akhir sekali gaul bunga betik, bawang besar yang di mayang dengan sambal dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Kerabu Bunga Betik Bersama Jantung Pisang

Kerabu Bunga Betik Bersama Jantung Pisang

Kerabu Bunga Betik Bersama Jantung Pisang: Sumber Cik Cappucino Latte

Bahan-bahan:

  • santan

  • kerisik 

  • bawang merah/bawang putih

  • lengkuas

  • serai

  • cili padi/cili besar

  • belacan

  • asam jawa 

  • garam/gula

Cara-cara:

  1. Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga betul-betul hancur dan setelah itu boleh digaulkan bersama bunga betik, pucuk betik muda dan juga jantung pisang yang sudah siap direbus .

Nota:

  • Tips untuk kurangkan sedikit rasa pahit pada bunga betik ialah korang perlu rebus sehingga bunga betik yang berwarna kehijauan tadi bertukar menjadi warna kekuningan dan layu.
  • Rebus sehingga 10 minit hingga 15minit. Tips ini memang berkesan.

Penutup

Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.