fbpx

7 Resepi Kerabu Belimbing Buluh Paling Sedap! Kecur Liur Dibuatnya..

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu belimbing buluh yang sedap! Rasanya sangat masam, jika kena cara buat kerabu belimbing buluh ini pasti kecur liur dibuatnya. Kerabu belimbing buluh ini, pekena dengan nasi panas-panas bersama ikan atau ayam goreng, terangkat! Ratah begitu sahaja pun sedap! Bahan-bahannya pun cukup  mudah dan ringkas. Buah belimbing buluh juga sering digunakan untuk beberapa jenis masakan masyarakat Melayu dan masyarakat Cina mengikut kesesuaian resepi.

Resepi Kerabu Belimbing Buluh Mat Gebu

Kerabu Belimbing Buluh Mat Gebu

Kerabu Belimbing Buluh: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 10 biji belimbing buluh, hiris halus (mat guna 6 biji)
  • 1 biji timun, hiris halus (mat guna 1/2 timun)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 kuntum bunga kantan, hiris halus (ganti dengan pucuk kesom)
  • 5 biji cili merah (mat guna 2 saja)*
  • 1 camca besar lada hitam biji (mat guna 1/2 camca besar)*
  • 1 inci belacan*
  • 1 camca besar gula*
  • Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)
  • 1/2 cawan pati santan (mat guna santan kotak)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan hiris halus dalam satu bekas. Gaulkan bahan tumbuk lumat dengan pati santan, kacau hingga rata. Satukan semuanya dan gaul rata.
  2. Tabur hirisan daun kesom dan boleh hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng atau ikan masin…hmmm sedap!!!

Resepi Kerabu Belimbing Buluh Dapur PTS

Kerabu Belimbing Buluh Dapur PTS

Kerabu Belimbing Buluh: Sumber Dapur PTS

Bahan-bahan:

  • 10 biji belimbing buluh
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang timun
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu makan lada hitam
  • ½ inci belacan
  • ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Hiriskan belimbing buluh, bunga kantan, dan bawang besar.
  2. Sagat ataupun cencang kasar isi luar timun.
  3. Masukkan semua bahan dan gaul rata.
  4. Rasakan masin dan manisnya.
  5. Sedia dihidangkan.

Resepi Kerabu Belimbing Buluh Dan Daun Selom

Kerabu Belimbing Buluh Dan Daun Selom

Kerabu Belimbing Buluh Dan Daun Selom: Sumber MaryatiChef

Bahan-bahan:

  • 1 ikan daun selom – dibersihkan dan potong halus
  • 10 biji belimbing buluh dipotong halus
  • 5 sudu besar kerisik
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 ekor ikan kembung dibakar – diambil isi (optional) – boleh ganti dengan udang basah
  • 5 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk halus
  • 1/2 inci halia – ditumbuk halus
  • 1/2 inci lengkuas – ditumbuk halus
  • 2 batang serai – dihiris dan ditumbuk halus
  • 7 biji cili padi – ditumbuk halus
  • garam dan gula merah secukup rasa

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan yang ditumbuk bersama daun selom dan belimbing buluh.
  2. Masukkan kerisik, isi ikan, garam dan gula dan gaul sehingga sebati.
  3. Hidangkan bersama nasi panas.

Nota:

  • * kalau guna belimbing, tak perlu air asam lagi.

Resepi Kerabu Belimbing Buluh Bersama Bunga Kantan

Kerabu Belimbing Buluh Bersama Bunga Kantan

Kerabu Belimbing Buluh Bersama Bunga Kantan: Sumber Faezah Muda

Bahan-bahan:

  • Belimbing buluh
  • Bunga kantan
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Belacan
  • Bawang merah atau besar
  • Isi ikan sardin atau temenung
  • Kelapa parut
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam.
  2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk.
  3. Seterusnya tumbuk pula isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut.
  4. Satukan semua bahan tumbuk bersama belimbing buluh yang siap dibasuh dan toskn airnya.

  5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama bunga kantan yang dihiris halus. Gaul kesemuanya hingga sebati.

  6. Masukkan bawang yang dihiris dan gaul mesra. Tambah sedikit garam dan gula. Siap! Jika mahu kerabu sedikit berkuah boleh tambah sedikit santan.

Resepi Kerabu Pegaga Belimbing Buluh

Kerabu Pegaga Belimbing Buluh Aziewan

Kerabu Pegaga Belimbing Buluh: Sumber Aziewan

Bahan-bahan:

  • Daun Ulam pegaga

  • belimbing buluh

  • ikan bilis

  • bawang besar

  • cili padi merah dan hijau

  • limau nipis/lemon

  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

  1. *Hiris/ ricit kecil-kecil daun pegaga dan belimbing buluh.
  2. *Hiris dadu bawang  besar dan cili padi merah dan hijau.
  3. *Tumbuk ikan bilis.
  4. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan gaulkan dengan rata dan masukan sedikit garam, serbuk perasa dan perahkan limau nipis.
  5. Lagi sedap jika ada kelapa goreng yang ala-ala kerisik tu lagi umphhh sedapnya!

Resepi Kerabu Serai Buah Belimbing Sedap Menyengat

Kerabu Serai Buah Belimbing Sedap Menyengat

Kerabu Serai Buah Belimbing Sedap Menyengat: Sumber Fuzy Hamid

Bahan-bahan:

  • 5 batang serai
  • Segengam buah belimbing kering
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 7 biji cili api
  • 1 sudu kerisik

Cara-cara:

  1. Serai dihiris halus kemudian dibasuh dan diperah buang airnya. Kalau tidak rasa serai ni akan buat rasa macam perit
  2. Buah belimbing kering dihiris kecil dan dicampur ke dalam bekas dengan serai
  3. Bawang kecil dimayang nipis kemudian dibasuh dan diperah supaya kering dan dicampur dengan serai dan belimbing kering
  4. Gaul kesemua bahan, masukkan sedikit kerisik yang akan menaikkan bau wangi kerabu ni dan akhir sekali masukkan cili api yang dihiris dan digaul.

Nota:

  • Garam tak perlu kerana buah belimbing buluh memang dikeringkan sudah digaul garam terlebih dahulu.
  • Dah siap boleh la makan dengan nasi panas-panas.  Kalau untuk makan dalam pantang pun boleh tapi jangan letak kerisik dan cili api.

Resepi Kerabu Peria & Belimbing Buluh

Kerabu Peria & Belimbing Buluh

Kerabu Peria & Belimbing Buluh: Sumber Che Zaid

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji peria- di buang biji & di hiris nipis2- direndam didalam mangkuk berisi air garam
  • 5- 8 biji belimbing buluh- dihiris nipis dan direndam bersama peria tadi
  • 4 biji cili padi- dihiris halus
  • 1 bunga kantan- dihiris halus
  • 1/2 labu bwg besar- di hiris halus
  • 2 ekor ikan kembung/ tenggiri- direbus dan di siat halus
  • sos ikan- secukup rasa
  • jus limau kasturi- secukup rasa jika kurang masam

Cara-cara:

  1. Sediakan semangkuk air yang di campur dengan garam. Garam dalam 2 sudu besar supaya nanti tak perlu ditambah garam ke dalam kerabu.
  2. Toskan peria dan belimbing buluh.
  3. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati sehingga secukup rasa.
  4. Hidangkan.

Penutup

Bahan-bahan kerabu belimbing buluh ini ringkas sahaja dan sangat mudah untuk dihasilkan. 

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.