fbpx

9 Resepi Kerabu Timun Yang Sedap (Keunikan Dua Variasi Rasa!)

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu timun yang sedap. Kerabu timun juga terdapat pelbagai variasi penghasilannya. Terdapat kerabu timun yang tidak menggunakan santan manakala ada yang menggunakan santan. Rasa kerabu timun ini biasanya pedas dan masam tetapi mungkin dimasukkan sedikit santan untuk memberikan rasa berlemak. Resipi kerabu timun ini  mempunya keunikan rasa yang tersendiri dan enak dimakan bersama nasi panas mahupun diratah begitu sahaja.. Cukup mudah dan boleh disediakan siap dalam beberapa minit. Terpulang kepada anda, nak cuba resepi kerabu timun yang pedas atau rasa yang berlemak.

Resepi Kerabu Timun Dengan Daun Kemangi

Kerabu Timun Dengan Daun Kemangi

Kerabu Timun Dengan Daun Kemangi: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Daun kemangi
  • 1 batang timun – hiris nipis 
  • 1 biji buah limau nipis
  • 1/2 kotak santan kotak
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit ajinomoto – saya tambah

Bahan Tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 tangkai cili padi
  • Sedikit belacan – sebesar ibu jari

Cara-cara:

  1. Hiris timun nipis nipis dan perah asam limau nipis di atasnya. 
  2. Masakkan santan dan bahan tumbuk dengan daun kemangi sehingga daun kemangi layu. Masukkan garam, gula dan sedikit ajino moto secukup rasa. 
  3. Angkat kuah santan dan tuang ke dalam bekas timun yang dihiris tadi. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Kerabu Timun Mudah dan Menyelerakan

Kerabu Timun Mudah dan Menyelerakan: Sumber Nurul Anis

Bahan-bahan:

  • 2 batang timun yang telah disagat
  • Setengah batang lobak merah yang telah disagat
  • 1 biji tomato yang telah dipotong halus
  • Setengah biji limau nipis (boleh ditambah jika sukakan rasa yang masam)
  • 1 tangkai cili besar merah yang telah dihiris
  • 1 biji bawang besar yang telah dihiris
  • 1-2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sudu besar kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar (seeloknya dibuang kulit kacang tanah)
  • 1 sudu besar udang kering yang telah dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak.
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu kecil bijan (optional. Bagi yang tidak menggemari minyak bijan, tidak perlu letak)

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk yang besar untuk mengadun kerabu timun kita sebentar lagi. Sagat timun dan lobak merah yang telah dibasuh bersih dengan menggunakan pisau sagat dan satukan bahan sagat tersebut di dalam mangkuk besar yang telah kita sediakan tadi.
  2. Kemudian, potong tomato kepada lapan bahagian anggaran saiz setengah inci. Seterusnya, hiriskan cili besar merah dan juga bawang besar. Cincang halus bawang putih. Dan satukan kesemua bahan tersebut ke dalam mangkuk besar yang berisi bahan sagat. Gaulkan bahan-bahan tersebut supaya sebati dan sekata.
  3. Seterusnya, masukkan gula pasir, udang kering yang telah dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak, kacang tumbuk, air perahan limau nipis dan sos ikan. Kacau lagi supaya ramuan sebati dan sekata. Anda boleh rasa terlebih dahulu dan baiki ikut citarasa anda.
  4. Apabila semua rasa sudah lengkap, bolehlah hidangkan kerabu timun kita bersama nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja.

Nota:

  • Bagi mengelakkan kerabu timun terlalu berair, pastikan anda memilih timun yang tidak terlalu banyak biji dan tidak terlalu berair. Ataupun, anda boleh potong dan buang bahagian biji yang berair sebelum menyagat timun itu. Kerabu timun anda juga boleh bertahan lebih lama.

Resepi Kerabu Timun Dengan Ikan Rebus Sedap Memikat

Resepi Kerabu Timun Dengan Ikan Rebus Sedap Memikat

Kerabu Timun Dengan Ikan Rebus Sedap Memikat: Sumber Fuzy Hamid

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung dibasuh dan direbus
  • 1 biji timun dibasuh dan dikelar memanjang dengan garfu.  Kemudian dihiris nipis-nipis
  • 1 labu bwang besar
  • 3 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ikan kembung diperisi, dibuat tulang dan diramas supaya hancur kedalam besen atau mangkuk, kemudian masukkan timun yang telah dihiris, bawang besar, cili api serta cili masak, digaul sama rata.
  2. Masukkan jus limau nipis dan digaul rata, masukkan garam mengikut cita rasa.  Dah sedia untuk dihidang.

Resepi Kerabu Timun (Acar Timun) Yang Mudah

Kerabu Timun (Acar Timun) yang Mudah

Kerabu Timun (Acar Timun) Yang Mudah: Sumber Aneka Resepi Enak

Bahan-bahan:

  • 4 biji timun
  • 4 biji Telur rebus
  • 40 gram – kacang tanah
  • 4 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam

Cara-cara:

  1. Timun buang kulit sedikit potong hiris,gaul dengan cuka, gula dan garam.
  2. Telur rebus hiris lapan bahagian jangan telalu nipis baru campur dengan timun tadi.
  3. Akhir sekali kacang tanah yang di goreng dahulu baru tumbuk campur sekali dengan timun tadi gaul siap.

Resepi Kerabu Timun Sedap

Kerabu Timun Sedap: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun – hiris panjang/diparut buang biji tengah
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 biji cili (suka pedas letak lebih)
  • 1/2 biji limau nipis (tak letak pun takpe)
  • 1 sudu bsr kelapa – digoreng
  • Ikan rebus – dibuang tulang ditumbuk/disiat-siat
  • Sedikit santan
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul kelapa goreng + ikan rebus.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul rata.

Resepi Kerabu Timun Mamy Kitchen

Kerabu Timun Mamy Kitchen

Kerabu Timun: Sumber Mamy Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 batang timun jepun (sagat)
  • 5 sudu besar santan + sedikit air masak
  • garam secukupnya
  • 2 biji bawang merah(tumbuk)
  • 1 ekor ikan kembung rebus ambil isi sahaja

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali timun.
  2. Bila dah sebati masukkan timun dan biarkan seketika..dan boleh di makan.

Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

Kerabu Timun Sedap Dan Rangup: Sumber Aynora

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun bersaiz besar
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 3 biji cili hijau – dihiris – dihiris
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji limau kasturi – ambil air perahannya
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu makan udang kering – ditumbuk kasar
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Timun dibelah dua dan dihiris nipis.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  3. Gaul sebati.
  4. Sedia dihidangkan.

Resepi Kerabu Timun Sedap Seri Norlie

KERABU TIMUN SEDAP

Kerabu Timun Sedap: Sumber Seri Norlie Iskandar

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun – hiris panjang/diparut buang biji tengah
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 biji cili (suka pedas letak lebih)
  • 1/2 biji limau nipis (tak letak pn takpe)
  • 1 sudu besar kelapa – digoreng
  • Ikan rebus – dibuang tulang ditumbuk/disiat2
  • Sedikit santan
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul kelapa goreng + ikan rebus.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul rata.
  3. Sedia dihidangkan.

Resepi Kerabu Timun Bersantan

Kerabu Timun Bersantan: Sumber Rozita Ibrahim

Bahan-bahan:

  • 3 btg timun (diparut memanjang)
  • 1 hingga 2 bji limau nipis ( diambil perahannya)
  • garam 
  • Santan*
  • Serai* – mayang halus

Bahan B: *ditumbuk kasar*:

  •  3 ekor ikan goreng (buang tulang)
  • 4 biji cili api
  • ½ sudu lada hitam

Cara-cara:

  1. Gaul semua Bahan A & bahan B.
  2. Letak sedikit garam dan gula.
  3. Sedia dihidang. 

Penutup

Bahan-bahan kerabu timun ini ringkas sahaja. Cara penghasilan kerabu sememangnya tidak menggunakan sebarang minyak di samping sangat mudah untuk dihasilkan. 

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.