Hari ini saya nak kongsi resepi solok lada. Solok lada adalah salah satu lauk kegemaran orang Pantai Timur. Ia dikenali juga dengan nama lada sumbat kerana bahan utamanya iaitu lada atau cili yang disumbat dengan campuran bahan-bahan lain seperti isi ikan dan kelapa. Memang sedap solok lada ini. Solok lada ini biasanya adalah menu pelengkap kepada Nasi Kerabu.
Resepi Solok Lada Zaza Iman
Solok Lada: Sumber Zaza Iman
Bahan-bahan:
-
Lada besar ( tak kisah berapa banyak pun yang anda nak )
-
Ikan Selayang
-
Bawang Merah 10 biji
-
Bawang Putih 2 biji
-
Halia Besar Ibu Jari..lebih sikit sebab halia tu penyedap
-
Kelapa Parut ( kelapa muda )
-
Santan
-
Gula dan Garam secukupnya
Cara-cara:
-
Ikan selayang yang telah direbus diasingkan isinya. Tumbuk ke semua isi ikan selayang. Ketepikan.
-
Tumbuk pula bawang merah, bawang putih, halia.
-
Selepas tumbuk campur bersama isi ikan dan gaulkan.
-
Kemudian tumbuk kelapa parut dan selepas itu masukkan ke dalam isi ikan bercampur bahan tumbuk tadi.
-
Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati.
- Selesai gaul kesemuanya ketepikan sekejap.
- Basuh dan belah ke semua lada. Buang biji. Setelah itu sumbatkan bahan tumbuk yang telah digaul tadi ke dalam lada.
-
Susun semua solok lada ke dalam periuk kukus. Kemudian ambil santan tuang ke setiap lada satu persatu.
-
Kukus dengan api perlahan.
-
Siap dan boleh dihidang bersama nasi ketika berbuka.
Resepi Solok Lada Shalimar Yusof
Solok Lada: Sumber Shalimar Yusof
Bahan-bahan:
-
Cili Hijau dibersihkan dan dibelah panjang.
-
Isi Ikan rebus
-
Kelapa parut
-
Bawang Merah
-
Lada Hitam
-
Santan
-
Garam/perasa
Cara-cara:
-
Tumbuk bawang merah , lada hitam, kelapa parut dan isi ikan rebus. Perasakan dengan garam. Sebatikan semua kemudian sumbat ke dalam cili hijau yang telah dibelah panjang.
-
Sebelum susun cili siap disumbat tadi, Sha ikut cara Mak Sha susun kacang panjang terlebih dahulu dibahagian bawah dalam periuk kemudian barulah susun cili sumbat tadi. Curahkan santan disekeliling cili jangan sampai tenggelam nanti solok akan lembik. Tutup periuk untuk memastikan solok lada masak sepenuhnya.
-
Jeng-jeng ……… agak-agak semua dah masak boleh tutup api. Haa…kacang panjang yang menjadi tapak masakan tadi jangan dibuang, sedap juga dimakan bersama. Lemak-lemak gitu…fuhhh…
Resepi Solok Lada Aynora Blogs
Solok Lada: Sumber Aynora Blogs
Bahan-bahan:
- 10 biji cili hijau
- 5 ekor ikan selayang
- 1/2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu teh lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Ikan dibersihkan dan diambil isinya sahaja.
- Cili hijau dibelah dua dan dibuangkan bijinya.
- Tumbuk lada hitam dan bawang merah sehingga hancur.
- Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk lagi hingga isi ikan lumaat.
- Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi
- Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.
- Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam belahan cili.
- Susun ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
- Sedia dihidangkan.
Resepi Solok Lada Cik Ash
Solok Lada: Sumber Cik Ash
Bahan-bahan:
-
5 ekor ikan kembung di rebus
-
14 biji lada hijau – buang bijinya
-
1 biji kelapa muda – diparut
-
Santan
-
4 Ulas bawang merah
-
Sedikit lada hitam
-
Garam
-
Gula
Cara-cara:
-
Lada hijau di cuci bersih, dibelah dan buang bijinya yer.
-
Tumbuk lada hitam, garam,gula, bawang merah, isi ikan yang telah di rebus bersama dengan kelapa muda yang diparut.
-
Pastikan isi kelapa tu padat dan kemas untuk hasil yang cantik yer.
-
Untuk akhir sekali susun lada tu dalam periuk dan tuangkan santan tadi bersama lada rebus dalam 15 minit.
-
Siap.. Selamat mencuba.
Nota:
- untuk korang kalau nak bagi isi tak keluar masa rebus lada tu pecahkan satu biji telur ke dalam inti ikan dan kelapa tu gaul bagi sebati.
Resepi Solok Lada Ana Jingga
Solok Lada: Sumber Ana Jingga
Bahan-bahan:
-
Lada solok (belah dua dan buang bijinya)
-
Isi ikan ( ana gunakan ikan sardin, boleh juga gunakan ikan kembung atau ikan selayang)
-
Kelapa parut ( lebih lemak kalau gunakan kelapa muda)
-
Santan
-
3 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
-
1 inci halia
-
Gula
-
Garam
Cara-cara:
- Rebus ikan, sisip kan isinya dan tumbuk di dalam lesung batu hingga lumat.
- Tumbuk kan juga bawang merah, bawang putih dan halia.Gaulkan sekali dengan isi ikan tadi.
- Kemudian gaul rata dengan kelapa parut serta rasakan dengan garam dan gula.
- Ambil lada solok yang telah di belah dua tadi dan sumbatkan ramuan isi ikan bersama kelapa ke dalamnya. Isi kemas-kemas dan padat-padat.
- Dah siap sumbat, masukkan ke dalam periuk dan masukkan santan pekat bersama secubit garam dan gula. Didihkan di dalam api yang perlahan sehingga santan menggelegak. Tutup api.
- Ada juga yang buat solok lada ni dengan cara mengukusnya. Tapi menurut kak Ida, cara merebus dengan santan ni lebih sedap kerana lemak santan meresap bersama isi ikan dan lada nya.
Resepi Solok Lada Amie’s Little Kitchen
Solok Lada: Sumber Amie’s Little Kitchen
Bahan-bahan:
-
12 biji cili hijau – belah dari bahagian tangkai hingga ke hujung tetapi jangan sampai putus – buang biji dan empulur
-
6 ekor ikan selayang – rebus dan pisahkan isi daripada tulangnya – tumbuk lumat
-
400 ml santan
-
1/2 cawan kelapa muda parut – tumbuk separuh lumat
-
2 cm halia -tumbuk
-
2 biji bawang putih – tumbuk
-
3 biji bawang merah – tumbuk
-
1/2 sudu teh lada putih – tumbuk
-
garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
-
Campurkan ikan, kelapa, bawang putih, bawang merah, lada putih, garam dam gula. Gaul sebati.
-
Masukkan ke dalam belahan lada hijau.
-
Masukkan santan ke dalam periuk / kuali.
-
Susun solok lada di dalam santan dan masak selama 10 minit.
Nota:
- Amie gunakan kelapa muda parut dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana ingin menikmati manisnya isi ikan dalam lada, dan Amie gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan.
Resepi Solok Lada Yang Sedap Dan Mudah Lina Pg
Solok Lada Yang Sedap Dan Mudah: Sumber Lina Pg
Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan mabong/kembung
- 8 biji lada solok
- 1 cawan kelapa parut putih
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cm halia
- 1 batang serai
- 1 biji telur
- Sedikit lada hitam
- Garam, gula/perasa dan asam keping
- sedikit nisan kerek
- Air
- Santan cair (jika guna kaedah merebus)
Cara-cara:
- Rebus ikan bersama garam dan asam keping hingga masak.Kemudian asingkan isi dan tulang.
- Lada solok dibelah untuk keluaran biji.Ketepikan.
- Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, dan nisan hingga lumat.
- Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
- Masukkan kelapa parut putih dan tumbuk bersama bahan2 tadi.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam bekas besar sedikit
- Masukkan garam lada hitam dan perasa (jika suka).
- Masukkan telur dan gaul rata.Sesuaikan rasa masin dan manis.
- Sumbat bahan ini ke dalam lada solok.
- Kukus hingga masak. Option Kalau menggunakan kaedah merebus..masukkan solok ke dalam periuk, tuang santan dan sedikit garam.Rebus hingga masak (guna api kecil sahaja).
Resepi Solok Lada Berhantu
Solok Lada Berhantu: Sumber Dailymakan
Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan selayang
- Lada hijau
- Lada hitam
- Halia
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kelapa parut
- Cili api | kalau suka
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Sedikit santan
Cara-cara:
- Panggang atau rebus ikan. Kakak gunakan ikan selayang 2 ekor. Anggaran ½ kg jugalah. Nak isi ikan mentah pun boleh, no hal. Mana manalah yang kalian suka. Apabila dah masak, asingkan tulang dan isi. Tanda ikan dah masak biasanya mata dia terkeluar.
- Belah lada. Kakak guna lada ni, maaf kakak tanya nama dia apa dia tak jawab pun. Jari kakak sangat manja. Supaya tak pijar, kakak pakai glove jernih ni.
- Kakak tumbuk biji lada hitam. Halia, bawang besar dan bawang putih. Bukan tiada blender ya. Saja nak lepaskan perasaan tumbuk tumbuk.
- Lumatkan isi ikan tadi sekali.
- Kaup isi lesung tadi, masukkan kelapa parut putih. Nisbah 1:1 yakni isi lesung sama banyak dengan isian kelapa parut. Oh, jika suka pedas boleh racik cili api ya. Kakak tak boleh pedas nanti kakak nangis. Yelah kakak kan kecik lagi. Gaul sebati dengan perasa, garam atau gula.
- Sumbat inti dalam lada. Sumbat sesumbat sumbatnya. Kasi perut dia boroi takpe. Nak umpph, tuang santan atas dia. Ni lagi piaw. Jika ada lebihan inti, kepal kepal bulat ya. Kakak punya inti dan lada ngam ngam.
- Kakak kukus dalam rice cooker selama 5 minit. Ada yang lapik pucuk ubi. Kakak di apartment mana lah ada tanam pucuk ubi. Maka akak pucuk di cita ulam mendatang jelah. Ahhh bau dia sedapnya. Tak tahan kakak.
- Siap sedia untuk dimakan.
Resepi Solok Lada Kelantan Kegemaran Saya
Solok Lada Kelantan Kegemaran Saya: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 1 kg cili hijau solok
- 1 kg ikan
- ½ kg kelapa putih muda
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
- Gula
- Garam
- ½ cawan santan segar pekat
Cara-cara:
- Lada solok dibelah dan dicungkil keluar biji lada. Ketepikan.
- Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus.
- Satukan semua bahan kisar di atas dengan kelapa parut. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan bahan inti ikan ke dalam cili dan susun di dalam periuk. Buat sehingga habis.
- Renjis renjiskan santan atas solok yang telah siap disumbat isi ikan.
- Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Penutup
Mudah je nak buat solok lada. Confirm menjadi jika anda ikut cara-cara penyediaan solok lada yang telah sya kongsikan. Jom cuba! Pasti puas hati.
Antara resepi yang anda boleh cuba: