fbpx

Resepi Ayam Goreng Korea Viral !

0
Resepi Ayam Goreng Korea Viral

Penggemar ayam korea pasti tahu akan keenakan ayamnya yang rangup ditambah pula dengan sosnya yang manis, pedas, masam yang enak diratah begitu sahaja. 

Ada juga yang sanggup beratur panjang-panjang dan repeat beli banyak kali semata-mata ketagih dengan ayam korea.

Memang tidak dinafikan kesedapannya sehingga kecur air liur apabila terbayang-bayangkannya. 

Nah, disini saya kongsikan resepi ayam korea yang mudah, rangup dan sedap untuk korang cuba di rumah.

Bahan-bahan:

Bahan Perapan:

  • 8 ketul paha ayam (*boleh campur dengan bahagian sayap)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kesemua bahan tersebut hingga lumat kemudian lumurkan pada ayam. 
  2. Perap selama 30 minit.

Bahan Tepung Goreng Ayam:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan diatas, kacau sampai rata. 
  2. Ambil ayam yang diperap tadi ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam. 
  3. Salut sehingga rata kemudian goreng hingga keperangan. 
  4. Tos dan ketepikan

Bahan untuk Sos:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu jus lemon
  • Garam secukup rasa
  • Bijan secukupnya.

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu gula, gaul rata.
  2. Masukkan jus lemon, kacau sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul bersama sos hingga bersalut rata.
  4. Masukkan ke dalam pingan dan tabur dengan bijan.
Leave A Reply

Your email address will not be published.