fbpx

11 Resepi Kerabu Mangga Paling Mudah Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu mangga. Memang sangat sedap, cukup rasa masam, masin, manis serta pedas. Kerabu mangga boleh dimakan dengan nasi atau juga enak diratah begitu sahaja. Memang kecur air liur dibuatnya. Resepi kerabu mangga antara resepi kerabu paling mudah, dan banyak versi yang anda boleh cuba. Pastinya sedap dan simple, janji bahan utamanya mangga ada. Tambah sedap bila ada kerangupan ikan bilis goreng dan kacang tanah tumbuk kasar, memang sedap! Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai Azie Kitchen

Kerabu Mangga Ala Thai Azie Kitchen

Kerabu Mangga Ala Thai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2-3 biji buah mangga muda – 250 gram
  • 50-60 gram isi kerang
  • 50 gram kacang tanah – goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula
  • 1 kiub pati tom yam Knorr 

Bahan Hiris:

  • 2 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 2 batang serai – ketuk
  • ½ kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 tangkai daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan bahan hiris dan gaul dengan bahan bahan lain. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis. Sedia untuk dihidangkan.   

Resepi Kerabu Mangga Thai Eny Abdullah

Kerabu Mangga Thai Eny Abdullah

Kerabu Mangga Thai: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga muda – dimayang halus
  • 1 ulas bawang besar – di mayang halus
  • Kacang tanah goreng – atau pakai je kacang yang dijual dalam bungkus tu Dihancurkan sedikit.
  • Udang kering direndam untuk buang garam kemudian digoreng dengan minyak sehingga garing. Boleh juga pakai ikan bilis goreng.
  • Beberapa biji cilipadi – dihiris nipis
  • Sedikit Jus limau nipis
  • Sos ikan
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan sehingga sebati dan hidangkan.

Resepi Kerabu Mangga Ala CRS

Kerabu Mangga Ala CRS

Kerabu Mangga Ala CRS: Sumber K Nor

Bahan-bahan:

  • 5 biji buah mangga muda
  • sedikit kapur makan
  • 3 biji bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 – 5 biji cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
  • 2 – 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos ikan

Cara-cara:

  1. Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
  2. Bilas bersih dan toskan.
  3. Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan-bahan lain.
  4. Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan-bahan mesra.
  5. Boleh lah dihidangkan.

Nota:

  • * K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan.

Resepi Kerabu Mangga Pembuka Selera Ana Suhana

Kerabu Mangga Pembuka Selera Ana Suhana

Kerabu Mangga Pembuka Selera: Sumber Ana Suhana

Bahan-bahan:

  • Mangga Muda – 3 biji *
  • * Cili Merah – 2 biji *
  • * Cili Api – 5-10 biji * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • * Bawang Besar – 1/2 biji *
  • Kacang Tanah – 200 gram (ikut saiz mangga)
  • Ikan Bilis – 50 gram
  • Sos Ikan 

    * di hiris

Cara-cara:

  1. Kacang tanah dan ikan bilis di goreng secara berasingan. Kemudian di kisar.
  2. Semua bahan yang di hiris di campur dengan bahan yang di kisar di atas dan gaul rata.
  3. Masukkan gula, garam sedikit dan perasa tambahan.
  4. Kemudian masukan sedikit sos ikan dan gaul sehingga rata.
  5. Siap di hidang. 

Resepi Kerabu Mangga Shuhaida Kabdy

Kerabu Mangga Shuhaida Kabdy

Kerabu Mangga: Sumber Shuhaida Kabdy

Bahan-bahan:

  • 3 biji mangga muda
  • 1 biji bawang besar
  • 14 biji cili padi
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Hiris nipis mangga,bawang besar dan cili padi.
  2. Masukkan semua bahan yang dihiris nipis tadi kedalam bekas.
  3. Kemudian masukkan gula,sos tiram dan garam secukup rasa.
  4. Gaul sebati, sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Mangga Mudah Dan Sedap

Kerabu Mangga Mudah Dan Sedap

Kerabu Mangga Mudah Dan Sedap: Sumber Alia Farhan

Bahan-bahan:

  • Mangga yang diparut
  • Cili (potong)
  • Bunga Kantan (hiris nipis)
  • Bawang besar (hiris nipis)
  • Gara
  • Gula

Cara-cara:

  1.  Lepas parut mangga, potong cili dan hiris nipis bunga kantan dan bawang besar maka gaulkan kesemua bahan dengan garam dan gula.
  2. Letak dalam peti sejuk bahagian chiller lebih kurang 30 minit.
  3. Boleh hidangkan dengan lauk pauk korang yang lain.

Resepi Kerabu Mangga Versi Terengganu

Kerabu Mangga Versi Terengganu

Kerabu Mangga Versi Terengganu: Sumber Iluminasi

Bahan-bahan:

  • Mangga (dicincang halus dan direndamkan dengan air garam)
  • Bawang merah kecil
  • Lada hitam
  • Santan pekat
  • Cili padi (optional) – jika tidak mahu pedas, tidak perlu letak
  • Ikan selayang (sardin) – direbus atau dibakar

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, ikan yang telah direbus atau dibakar
    tadi.
  2. Gaul bersama mangga yang telah dicincang halus. Pastikan tos air
    rendaman mangga kering.
  3. Letakkan santan pekat sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak, jangan
    terlalu kering. Agak-agak.
  4. Letak garam dan gula.
  5. Hiris cili padi dan gaulkan sekali. 

Resepi Kerabu Mangga Akuman999

Kerabu Mangga Akuman999

Kerabu Mangga: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • 2 – 3 biji mangga

  • 1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris

  • 1 biji bawang besar

  • 1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar

  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing

  • 4 biji cili padi dihiris

  • 1 ulas bawang puti di, cincang halus

  • Sedikit sos ikan

  • Gula sedikit

  • 1 biji limau nipis

Cara-cara:

  1. Kupas mangga muda. Bersihkan dan parut atau hiris halus memanjang. Masukkan ke dalam mangkuk.

  2. Masukan hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.

  3. Campurkan  sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan bahan  lain.

  4. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. Tambah sedikit gula. Siap untuk dihidang.

Resepi Kerabu Mangga Epal

Kerabu Mangga Epal

Kerabu Mangga Epal: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah mangga muda
  • 1 batang karot
  • sejemput udang kering (digoreng tanpa minyak)
  • Kacang goreng (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
  • 3 ulas bawang kecil *
  • 4 biji cili api *
  • 1 batang serai *
  • gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Buah mangga dan karot dikupas kulitnya serta diparut menggunakan pemarut.

  2. Bahan yang bertanda * dihiris halus.

  3. Semua bahan-bahan yang diparut serta diris dimasukkan ke dalam satu bekas.

  4. Kemudian masukkan udang kering kacang tumbuk, masukkan pula garam dan gula.

  5. Gaulkan supaya ia bercampur. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

Kerabu Mangga Lemak Manis: Sumber Azhafizah

Bahan-bahan: (Hidangan untuk seorang):

  • 1/2 biji mangga lemak manis (diracik halus)*
  • 1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
  • 4 tangkai cili api (dipotong kecil)*
  • secubit garam*
  • 1 sudu camca gula perang*
  • 7 ekor ikan bilis digoreng garing
  • 5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)

Cara-cara:

  1. Masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam satu bekas dan gaul rata. Taburkan ikan bilis dan akhir sekali taburkan kacang tanah. Siap! Mudah bukan? Bila guna mangga lemak manis ni rasa dia tak masam dan lagi sedap berlemak tu ditambah dengan kerangupan mangga tu. Guna mangga epal pun sedap sebab rangup.

Resepi Kerabu Mangga Udang Thai

Kerabu Mangga Udang Thai

Kerabu Mangga Udang Thai: Sumber Nota Resipi

Bahan-bahan:

  • Mangga – 1 biji (disagat)
  • Udang – 15 ekor
  • Bawang merah – 2 ulas (dimayang)
  • Cili padi – 5 biji (dimayang)
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus udang. Toskan. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Dalam mangkuk kosong, masukkan mangga, bawang merah, cili padi, sos ikan dan udang. Gaul sebati.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan air perahan limau secukupnya. Siap.

Penutup

Mangga muda memang sedap buat kerabu pedas-pedas. Yang perut tak berapa tahan tu beringat lah sikit kalau tak tahan pedas.

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.