fbpx

5 Resepi Ayam Pong Teh Bikin Ketagih! Rasa Unik Masakan Baba Nyonya Authentic!

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam pong teh yang bikin ketagih! Lauk ni ada tiga rasa.... masam, manis dan pedas. Rasanya ala-ala ayam masak kicap tapi kelainannya ade tambah taucu. Sedap tau. Rugi tak cuba. Cara nak masaknya pun senang je. Resipi ringkas punya rasa yang ummmphh! Ayam pong teh satu resipi orang peranakan baba nyonya yang sungguh authentic. Bila sebut ayam pong teh terus ingat peranakan baba nyonya. Kebiasaannya ayam pong teh dihidangkan bersama sambal belacan. Sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau anda biar kan ayam pong teh ini semalaman, lagi bertambah sedap. 

Resepi Ayam Pong Teh Mat Gebu

AYAM PONG TEH YANG BUAT KU KETAGIH Mat Gebu

Ayam Pong Teh: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, kerat 7 – 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 10 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • 1/2 kiub pati ayam (optional)
  • 1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji-biji dan mat lumatkan sedikit)
  • 8 – 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
  • 2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Cili merah dan hijau, dipatah-patah
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah-patahkan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan.

Resepi Ayam Pong Teh Masakan Baba Nyonya

Ayam Pongteh Masakan Baba Nyonya

Ayam Pong Teh Masakan Baba Nyonya: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong sedikit kecil)
  • Ubi Kentang (potong kiub)
  • 3 ulas Bawang Putih (tumbuk)
  • 1/2 inci Halia (tumbuk)
  • 1 biji Bawang Besar (hiris bulat)
  • 2 sudu besar Taucu (kacang masin)
  • Air secukupnya
  • Kicap Manis secukupnya
  • Lada Hijau dan Merah (belah)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan taucu. Kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sampai air ayam tu kering dan semuanya nampak tergoreng.
  4. Masukkan bawang besar. Biarkan bawang sedikit layu.
  5. Kemudian masukkan air. Tutup kuali sebentar dan biarkan sehingga ayam dan ubi kentang betul-betul masak dan lembut.
  6. Akhir sekali masukkan kicap manis secukupnya dan juga lada hijau dan merah.

Nota:

  • Tak perlu tambah garam sebab taucu dah masin.

Resepi Ayam Pongteh Unik Kerana Taucunya

Ayam Pongteh Unik Kerana Taucunya

Ayam Pongteh Unik Kerana Taucunya: Sumber Sinar Harian Plus

Bahan-bahan:

  • 6 hingga 7 ketul ayam
  • 1 biji bawang Belanda (1/2 dikisar dan selebihnya dihiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu makan taucu
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 kentang (dipotong empat)

Bahan hiasan:

  • Lada hijau
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan taucu, kicap manis dan kacau sebati.
  3. Selepas itu, letak ayam, kentang dan kacau sehingga keluar air ayam.
  4. Bubur garam dan perasa jika perlu.
  5. Masukkan air secukupnya untuk mereneh ayam sehingga masak dan lembut.
  6. Tutup periuk dan masak selama 20 minit. Tunggu sehingga ayam lembut dan kentang empuk
  7. Setelah masak, masukkan bahan hiasan (bawang hiris, lada dan daun bawang).
  8. Ayam pongteh sedia untuk dihidangkan dan dimakan bersama sambal belacan.

Resepi Ayam Pongteh QL Kitchen

Ayam Pongteh QL Kitchen

Ayam Pongteh: Sumber QL Kitchen

Bahan-bahan:

  • ¾ cawan minyak masak
  • 300 gram bawang merah, ditumbuk lumat
  • 10 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 150 gram taucu (pes kacang soya)
  • 1 kg ayam, dipotong ketul
  • 10 cendawan Cina kering, direndam hingga lembut dan dibuang tangkal
  • 1 litre air
  • 3 biji ubi kentang, dipotong ketul
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 65 gram gula
  • 1 paket Flower Roll Figo – Biasa
  • 1 tangkai daun ketumbar, untuk perhiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Tambahkan sos taucu dan tumis di atas api rendah-sederhana sehingga wangi.
  2. Gaulkan masuk ayam dan cendawan. Goreng hingga sebati dan tambahkan air.
  3. Biarkannya mereneh dan tambahkan ubi kentang. Perisakan dengan kicap cair, kicap pekat dan gula. Rendahkan api dan biarkannya mereneh selama 25 minit sehingga kentang dana yam masak sepenuhnya.
  4. Rebuskan Flower Roll Figo mengikut arahan di atas paketnya.
  5. Hiaskan Ayam Pongteh dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama Flower Roll Figo.

Resepi Ayam Pongteh, Menu Istimewa Nyonya Melaka

Ayam Pongteh, Menu Istimewa Nyonya Melaka

Ayam Pongteh, Menu Istimewa Nyonya Melaka: Sumber Syahmi

Bahan-bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan-bahan:

  • 3 peha ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar pes taucu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 500ml stok ayam
  • 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
  4. Masukkan gula melaka dan kentang.
  5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
  6. Tabur daun bawang sebagai topping.
  7. Ayam Pongteh sudah siap

Penutup

Ayam Pong Teh/ Pongteh adalah hidangan tradisional Nyonya yang menggabungkan ayam, cendawan Cina dan kentang dengan rasa pes kacang soya. Kuah resepi ini yang dipekatkan dengan kewangian bawang merah, memang lazat sekali bila dihidangkan dengan nasi.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.