fbpx

7 Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Paling Sedap Dan Mudah Disediakan!

0

Hari ini saya nak kongsi ikan patin masak tempoyak.  Kalau kena dengan gayanya sedap sangat tau ikan patin masak tempoyak ini. Anda juga boleh cuba cara masakan ikan patin tempoyak yang macam orang Temerloh suka makan. Padu rasanya! Rasanya yang masam pedas pasti akan membangkitkan selera dan memberi kepuasan kepada anda.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Che Nom

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 6 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 bunga kantan – belah 4
  • Sedikit daun kesum
  • 2 batang serai
  • 1 asam keping
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi dan kunyit.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  3. Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  4. Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  5. Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  6. Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Azie Kitchen

Ikan Patin Masak Tempoyak Azie Kitchen

Ikan Patin Masak Tempoyak: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin (diperap dengan asam jawa dan limau nipis selama 1 jam)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 6 biji bawang kecil
  • 20 biji cili padi (bergantung pada pedas yg disukai)
  • 2 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan 
  • Sedikit asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula (jika perlu dan jika suka)
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama air. Lepas tu kacau sehingga rata dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit.  Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  2. Masukkan garam secukup rasa, sesuaikan rasa, kalau terlebih pedas, masukkan sedikit gula.
  3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.
  4. Masukkan ikan dan daun kesum.
  5. Renih dengan api perlahan.

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh Azie Kitchen

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah – opsyenal untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  3. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:

  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Resepi Lemak Tempoyak Ikan Patin & Petai Mat Gebu

Lemak Tempoyak Ikan Patin & Petai Mat Gebu

Lemak Tempoyak Ikan Patin & Petai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin sederhana besar
  • 2 papan petai
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 1/3 camca besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 800 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • 25 biji cili padi*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

Cara-cara:

  1. Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 20 minit, cuci bersih dan toskan. Petai dikupas dan asingkan dari kulitnya. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, tempoyak dan serai titik, tuang santan cair kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan ikan, petai, daun kunyit dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.

Resepi Lemak Tempoyak Ikan Patin Yatie Memories

Lemak Tempoyak Ikan Patin Yatie Memories

Lemak Tempoyak Ikan Patin: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin sederhana besar
  • 2 papan petai
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 1/3 camca besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 800 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • 25 biji cili padi*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

Cara-cara:

  1. Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 20 minit, cuci bersih dan toskan. Petai dikupas dan asingkan dari kulitnya. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, tempoyak dan serai titik, tuang santan cair kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan ikan, petai, daun kunyit dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Kak Sue

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Kak Sue

Ikan Patin Masak Tempoyak: Sumber Kak Sue

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ikan Patin
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 8 biji cili padi – dikisar
  • 2 inci kunyit – dikisar
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 kotak santan Kara
  • Sedikit daun kesum

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan yang dah dikisar tadi.
  2. Masak bahan kisar sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan santan dan tempoyak.
  4. Kacau bahan tadi sehingga sebati dan mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan ikan patin dan daun kesum.
  6. Kacau lagi dan masak sehingga masak ikan patin tadi.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang

Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang

Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang: Sumber Mawardi Yunus

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 7 – 15 biji cili api (boleh tambah untuk lebih pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air
  • Garam
  • Gula 

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk perlahan-lahan sehingga semua bahan-bahan bergaul rata.
  2. Selepas selesai, masukkan terus bahan-bahan tadi dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan. Ikut kesesuaian masing-masing. Masak dengan api yang perlahan.
  3. Bila dah mendidih masukkan daun kesum & bunga kantan dan kacau perlahan-lahan.
  4. Selepas tu baru masukkan ikan patin. Jangan lupa perasakan garam & gula.
  5. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota:

  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.

Penutup

Masakan berasas tempoyak memang banyak, antara yang disukai ramai adalah tempoyak ikan patin, jadi resepi kali ini memang anda wajib cuba di rumah. Confirm menjadi.

Anda juga boleh cuba resepi berasaskan ikan:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.