fbpx

5 Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap! (Lazat, Senang Dimasak!)

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal goreng jawa yang paling sedap! Antara bahan utamanya ialah suhun, ubi kentang, tauhu, fucuk dan tempe. Wajib ada tau untuk dapatkan rasa asli sambal goreng jawa ini. Cukup menyelerakan dan sedap dimakan bersama nasi ambeng. Resepi sambal goreng jawa ini cukup simple dan mudah! Bukan sahaja lazat dengan rasa berlemak dan pekat sambal selupatnya, malah dan senang dimasak! Anda juga boleh cuba resepi sambal goreng jawa yang tidak dimasukkan santan jika anda sukakan masakan kering. 

Resepi Sambal Goreng Jawa Che Nom

Sambal Goreng Jawa Che Nom

Sambal Goreng Jawa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 1 inci lengkuas
  • ½ cawan kecil ikan bilis
  • ½ cawan air

Bahan-bahan untuk goreng:

  • 1-2 biji kentang
  • 2 keping tempe
  • 2 ketul tauhu
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam

Bahan-bahan untuk lain-lain:

  • 1 batang serai
  • 6-7 batang kacang panjang
  • 1-2 tangkai cili merah
  • fucuk dan suhun
  • 3-4 sudu besar air asam jawa
  • 4-5 ekor udang
  • 1 mangkuk santan segar ATAU 100ml santan kotak
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul sekata setiap bahan-bahan untuk goreng dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.
  3. Tumis bahan-bahan kisar halus sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau serai tersebut, Kemudian, masukkan bahan-bahan goreng, fucuk dan suhun serta sedikit air asam jawa.
  5. Masukkan kacang panjang yang dipotong 2 inci panjang, santan pekat, udang, garam, gula secukup rasa, cili merah.
  6. Masak sehingga udang kelihatan merah dan boleh ditambah lebih santan jika mahukan sedikit kuah dan berlemak.
  7. Kemudian, sambal goreng jawa siap dimasak dan boleh dihidang.

Tips:

  • Cili merah boleh digantikan dengan cili kering jika mahu.
  • Jika nak elakkan cepat basi, masak santan sekejap sebelum dimasukkan dalam sambal goreng jawa.

Resepi Sambal Goreng Jawa Asli ( Johor )

Sambal Goreng Jawa Asli ( Johor )

Sambal Goreng Jawa Asli ( Johor ): Sumber Cik Matahariku

Bahan-bahan:

  • 3 keping Tempe – dihiris nipis dan digoreng
  • 4 keping tauhu – dihiris dan digoreng
  • 8 batang kacang panjang – dihiris
  • 5 biji kentang saiz sederhana – dihiris nipis dan digoreng
  • 3 tangkai cili hijau/ merah – dihiris
  • 2 packet soo hoon – direndam
  • 1 packet tauhu kering /fucuk – digunting saic 3-4 cm dan direndam
  • 10 tangkai cili kering – digunting nipis
  • satu gengam ikan bilis – digoreng
  • satu ulas bawang sederhana besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • satu gengam ikan bilis
  • satu inci lengkuas
  • satu batang serai
  • 5 sudu makan cili kering yang sudah diblend

Bahan-bahan lain:

  • satu sudu makan asam jawa extra Adabi/ perahan air asam jawa
  • Setengah kotak santan Kara / dibancuh dengan setengah cawan air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kicap lemak manis Jalen sukatan lebih kurang satu cawan-
  • Minyak masak yang secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan-bahan yang perlu dihiris dan digoreng.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan seketika dan kacau bagi rata.
  5. Masukkan pula cili kering blend, perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam ( letak garam dalam secubit dulu,sebab kicap akan buat sambal goreng automatik cukup lemak masinnya. Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih sekejap.
  6. Masukkan hirisan kacang panjang dan cili merah hijau. Masukkan juga tauhu kering/ fucuk ( Toskan dulu airnya).
  7. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang dan tauhu kering/fucuk. Kalau tak buat macam ni nanti tauhu kering tu tak lembut dan tak sedaplah sambal goreng kita.
  8. Selepas 10 minit, boleh masukkan santan dan tuang kicap. Kalau suka sambal goreng yang lebih gelap warnanya, boleh tambah kicap lagi.
  9. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
  10. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang dan kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat. Jangan lupa kacau sekejap.Gunakan api kecil sahaja sebab nak bagi santan tadi betul-betul masak dan jadikan sambal goreng tahan lebih lama.
  11. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Udang Sambal Goreng Jawa

Udang Sambal Goreng Jawa

Udang Sambal Goreng Jawa: Sumber mstar

Bahan-bahan:

  • 6 keping tempe – dipotong persegi
  • 4 keping tahu – dipotong persegi
  • 2 biji kentang
  • 300 gram udang basah
  • 20 gram suhun
  • sedikit kacang panjang
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 kg santan
  • 5 biji cili merah – hiris dan tumis
  • 5 biji cili hijau – hiris dan tumis
  • 3 biji bawang besar – hiris dan tumis

Bahan Kisar:

  • 100 gram cili kering – dibuang biji
  • 100 gram bawang merah
  • 50 gram bawang putih
  • 50 gram halia
  • 50 gram lengkuas
  • 1 batang serai – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak didalam kuali, goreng tempe, tahu, kentang dan suhun. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dikisar, masukkan udang, belacan, asam jawa, santan, garam, gula dan semua gorengan tadi.
  3. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan bawan besar yang ditumis tadi.
  4. Kacau hingga rata dan biar hingga pekat sebelum diangkat dan dihidangkan.

Resepi Sambal Goreng Jawa Poji’s Tempe

Sambal Goreng Jawa Poji's Tempe

Sambal Goreng Jawa: Sumber Poji’s Tempe

Bahan Tumis:

  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)

  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)

  • 10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong)

Bahan Lain:

  • 2 paket tempe (dihiris dan digoreng garing)

  • 3-4 ketul tauhu (dihiris dan digoreng garing)

  • 3-4 biji kentang (dihiris dan digoreng garing)

  • Sedikit hati ayam (dihiris dan digoreng sekejap)*optional

  • 2 paket suhun (direndam dlm air)

  • 1 keping fucuk (dipotong dan direndam dalam air) *optional

  • Sedikit kacang panjang (dihiris serong)

  • 1 sudu besar gula

  • Sedikit perasa jika perlu

  • ½ sudu teh garam

  • Kicap manis secukupnya

  • ½ cawan air asam jawa (cair)

  • 1 cawan air

  • 3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)

  • 2 senduk minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk lumat dan bahan tumis, kemudian tumis hingga agak garing.
  2. Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.
  3. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan suhun dan fucuk serta air.
  5. Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika.
  6. Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi, gaul sehingga rata.
  7. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.

Resepi Sambal Goreng Jawa by Ajinomoto

Sambal Goreng Jawa (Ajinomoto)

Sambal Goreng Jawa : Sumber Ajinomoto

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu besar asam jawa – dibancuh bersama sedikit air
  • ½ sudu besar kicap manis
  • 1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 200 gram lobak merah, dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
  • 12 ekor Udang, dibersihkan
  • 200 gram kacang panjang, dipotong memanjang
  • 1 keping Tempe, dipotong nipis dan digoreng
  • 2 biji tauhu, dipotong nipis dan digoreng
  • 200 gram Kentang, dipotong kecil dan digoreng
  • 50 gram Suhun, direndam sehingga lembut
  • 1 keping Fucuk, direndam sehingga lembut

Bahan A: (dikisar)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering direbus
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai dipotong kasar
  • 5 gram udang kering
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar (A) sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan Rasa SifuTM. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.
  4. Masukkan udang dan kacang panjang, gaul sehingga udang masak.
  5. Campurgaulkan sehingga sekata bersama tempe, tauhu, kentang, suhun dan fucuk.
  6. Sedia untuk dihidang.

Penutup

Tepuk dada, tanya selera resepi masakan sambal goreng jawa yanng mana yang anda ingin cuba kali ini. Sama ada bersantan atau tanpa santan, pastinya kedua variasi ini cukup mudah untuk disediakan. 

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.