fbpx

5 Resepi Kerabu Daun Kaduk Yang Mudah Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu daun kaduk yang mudah dan sedap. Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Kerabu daun kaduk ini, resepinya nampak ringkas tapi berkhasiat sangat tau. Menariknya, daun kaduk berkhasiat merawat sembelit.

Resepi Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap

Resepi Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap

Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap: Sumber Fuzy Hamid

Resepi Kerabu Daun Kaduk – versi 1

Bahan-bahan:

  • 15 helai daun kaduk, dibasuh dan ditoskan
  • 2 helai daun cekur (kalau tak letak pun tak apa)
  • 3 biji limau kasturi

Bahan ditumbuk:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili api (kalau tak letak pun tak apa)
  • 5 ulas bawang merah
  • ½ biji kelapa parut, ambil bahagian yang putih

Cara-cara:

  1. Daun kaduk yang telah ditos kering dihiris halus-halus.
  2. Tumbuk cili kering hingga halus dan kemudian bawang merah.  Bila sudah lumat, masukkan kelapa parut ditumbuk.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas serta daun kaduk, perahan limau kasturi dan digaul hingga rata dengan garam secukup rasa.
  4. Kalau suka boleh taburkan beras tumbuk (yang telah disangai) bagi memberi rasa yang lebih umpph!

Resepi Kerabu Daun Kaduk – versi 2

Bahan-bahan:

  • 10 – 15 helai daun kaduk
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1 gengam ikan bilis, digoreng
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk:

  • 5 tangkai cili api
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ inci belacan dibakar
  • 1 camca udang kering, dibasuh dan ditoskan

Cara-cara:

  1. Daun kaduk dicuci bersih dan ditoskan sampai kering kemudian dihiris halus (ikut kesukaan pun boleh).
  2. Gaul bahan yang ditumbuk halus dengan kelapa parut hingga rata.  Masukkan garam secukup rasa dan kemudian masukkan daun kadut yang telah dipotong halus. Masukkan ke dalam kuali dan digoreng sangai (tanpa minyak) selama lebih kurang 2 minit.  Tutup api
  3. Masukkan ke dalam bekas dan tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas.

Resepi Kerabu Pucuk Kaduk Namakucell

Kerabu Pucuk Kaduk Namakucell

Kerabu Pucuk Kaduk: Sumber Namakucell

Bahan-bahan:

  • 1 cekak pucuk kaduk
  • 1 bawang besar
  • 1 cawan taugeh mentah..
  • 2 ekor ikan kembung direbus
  • 1 cawan kelapa putih
  • 1 biji limau nipis
  • garam &sikit gula

Bahan tumbuk:

  • 5 cili padi
  • 1 sudu teh belacan

Cara-cara:

  1. Hiris pucuk kaduk dan bawang.
  2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa,isi ikan garam dan sedikit gula.
  3. Gaulkan semua bahan lain dan rasa asam garamnya.

Resepi Kerabu Pucuk Kaduk Daughter Harun

Kerabu Pucuk Kaduk

Kerabu Pucuk Kaduk: Sumber Daughter Harun

Bahan-bahan:

  • 7 helai daun kaduk yang muda
  • 5 helai daun selon
  • (dibasuh dan  di racik halus2)
  • 1 /2 biji kelapa parut
  • (ambil yang putih jer)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 /2 inci belacan
  • 1 ulas bawang merah
  • 7 ekor udang kering
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan cili  besar,cili padi ,belacan ,udang kering ,bawang dan gula dalam pengisar kering atau lesung batu.
  2. Kisar sampai lumat dan tuang dalang mangkuk besar.
  3. Masukkan kelapa parut ,daun kaduk ,daun selon dan garam.
  4. Perah sedikit limau.
  5. Gaul semua bahan dan boleh di hidangkan. *saya campurkan daun selon sekali sebab saya tak tahan bau daun kaduk tu,jika tak mahu tak perlu masukkan. 

Resepi Kerabu Daun Cekur & Kaduk (Berbudu Kelantan Style)

Kerabu Daun Cekur & Kaduk (Berbudu Kelantan Style)

Kerabu Daun Cekur & Kaduk: Sumber Sesimple Loralin

Bahan-bahan:

  • Dedaun Siap dihiris
  • 3 cawan daun cekur
  • 1/2 cawan daun kaduk
  • 1 cawan daun kunyit
  • 2-3 sudu besar budu
  • 3-4 sudu besar santan (secukup rasa)

Bahan Sambal Kelapa:

  • 1 cawan kelapa parut (bahagian putih)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 ekor ikan kembung (dibakar/direbus, ambil isi)
  • Garam, gula secukupnya
  • 1-2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit belacan (jika suka)
  • 1-2 sudu besar perahan limau nipis/limau kasturi

Cara-cara:

  1. Sangai kelapa bersama bahan hirisan sehingga kelapa agak kekuningan. (Uchu biasa buat kelapa goreng ni untuk stok kerabu, kisar berasingan dengan ikan, simpan freezer dalam beberapa bekas kecil mengikut penggunaan).
  2. Kisar isi ikan 1-2 kali pulse. Kemudian masukkan kelapa sangai tadi bersama bahan serbuk lada hitam,belacan, sedikit garam dan gula. Kisar lagi sehingga semua sebati dan tidak terlalu hancur. Ketepikan. (Disebabkan akan gunakan budu kemudian, tak perlu letak garam berlebihan. Budu dah masin).
  3. Hiris daun-daun yang ingin dijadikan kerabu. Gaul bersama budu dan perahan limau nipis.
  4. Masukkan kelapa ber ikan kisar tadi. Gaul rata. Kemudian tambahkan beberapa sudu santan untuk melembabkan dan rasa lemak kerabu. Gaul rata. (Biar daun kerabu lebih banyak daripada bahan kelapa barulah rasa terasa ulam-ulam kerabunya).

Resepi Kerabu Pucuk Kaduk Zana Batrisya

Kerabu Pucuk Kaduk Zana Batrisya

Kerabu Pucuk Kaduk: Sumber Zana Batrisya

Bahan-bahan:

  • 2 ikat daun kaduk
  • 15 biji cili padi.*
  • Belacan.*
  • 5 ulas bawang merah.*
  • 3 ulas bawang putih.*
  • Separuh kelapa parut.*
  • 50 gram udang kering.(disagai ).*
  • 2 biji limau nipis(diambil jus).
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Semua bahan yang bertanda* ditumbuk.
  2. Potong halus daun kaduk dan gaul smua bahan yang ditumbuk last masuk jus limau, gaul lagi dan boleh la makan.

Penutup

Nak sediakan resepi kerabu daun kaduk ini cukup mudah kan.

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.