fbpx

11 Resepi Sotong Celup Tepung Viral Dan Tips Gorengan Rangup

Hari ini saya nak kongsi resepi sotong celup tepung viral. Sotong celup tepung ini sememangnya digemari ramai kerana rasanya yang sedap dan rangup. Jom cuba resepi sotong celup tepung yang tidak meletup ketika digoreng dan kekal rangup. Shh..rahsia gorengan tepung yang melekat dan tips gorengan keemasan yang cantik? Terdapat beberapa bahan utama serta teknik gorengan yang perlu anda tahu sebelum nak hasilkannya di rumah. Ikut sahaja resepi  di bawah ya, simple je cara nak buat dan bahan yang digunakan pun mudah nak disediakan.

Resepi Sotong Celup Tepung Azie Kitchen

Sotong Celup Tepung Azie Kitchen

Sotong Celup Tepung: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Sotong – lap dengan tisu dapur hingga kering
  • Telur
  • Tepung gandum
  • Tepung serbaguna
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Sotong yang dihiris dilap dengan tisu dapur sehingga benar benar kering. Celup sotong di dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum.
  2. Selepas itu, dicelup pula ke dalam tepung serba guna. Sedia untuk digoreng.
  3. Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sotong Celup Tepung Rangup Azhafizah

Sotong Celup Tepung Rangup Azhafizah

Sotong Celup Tepung Rangup: Sumber Azhafizah

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong besar yang segar
  • Tepung bestari pedas

Cara-cara:

  1. Cara goreng sotong celup tepung rangup paling mudah gunakan tepung bestari je. Sasya basuh sotong dan tos sekejap bagi kurangkan air tu. Masukkan sotong dalam bekas tupperware dan masukkan tepung bestari.
  2. Saya gunakan tepung bestari pedas. Baru sedap ada rasa pedas tu. Dah masukkan tepung, goncang je bekas tupperware sehingga tepung bestari salut sekata semua hirisan sotong. Kalau rajin boleh masukkan satu satu dan goncang.
  3. Tapi saya malas nak salut satu satu, saya masukkan semua je dalam bekas. Cepat sikit kerjanya. Ada orang suka campur dengan telur sekali. Terpulang.
  4. Panaskan minyak dan masukkan satu persatu supaya tak melekat antara satu dengan yang lain. Bila angkat letak dalam penapis dulu toskan minyak dan sotong pun kekal rangup.

Resepi Sotong Celup Tepung Zarina Fazari

Sotong Celup Tepung Zarina Fazari

Sotong Celup Tepung: Sumber Zarina Fazari

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Serbuk kunyit
  • Kapur masak
  • Garam
  • Air
  • Sebiji telur 

Cara-cara:

  1. Kacau sebati.
  2. Lepas tu you all ambiklah ikan or sotong tu.
  3. Celup la dalam adunan lepas tu terus goreng dalam minyak yang panas & banyak.

Resepi Sotong Goreng Tepung Che Nom

Sotong Goreng Tepung: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong
  • air sejuk, dari peti ais
  • 1/2 cawan tepung Gogi

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung Gogi menggunakan air sejuk sehingga pekat sekata.
  2. Potong sotong dalam bentuk membulat (ring).
  3. Keringkan air sotong menggunakan penapis dan lap kering menggunakan kertas tisu.
  4. Celup sotong dalam tepung dan gorengkan dalam minyak yang banyak dan api sederhana, pastikan juga sotong tenggelam bila digoreng.
  5. Angkat dan hidang dengan sos kegemaran anda.

Nota:

  • Pastikan sotong di toskan hingga tiada air untuk mengelakkan daripada meletup ketika menggoreng dan jangan goreng terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah Papaglamz

Sotong Celup Tepung Mudah Papaglamz

Sotong Celup Tepung Mudah: Sumber Papaglamz

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong
  • 1 cawan kecik tepung gandum
  • 1/2 cawan kecik tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Cara-cara:

  1. Tepung-tepung tu sekalikan aje…Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa.
  2. Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi…kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.
  3. Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup.
  4. Pastikan minyak dah betul betul panas dan api sederhana… dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dekat luar je..
  5. Bila dah kaler brown, angkat guna penapis dan pastikan dah kering betul minyak baru letak atas tisu… Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembik.

Resepi Sotong Goreng Tepung Homemade Azlinda Alin

Sotong Goreng Tepung Homemade Azlinda Alin

Sotong Goreng Tepung Homemade: Sumber Azlinda Alin

Bahan-bahan:

  • Sotong di bersihkan
  • Letakkan telur di dalam satu mangkuk. Di kacau sebati dengan sedikit garam
  • Satu mangkuk lagi tuangkan tepung gandum atau tepung serba guna dengan sedikit garam juga.

Cara-cara:

  1. Apabila minyak dalam kuali betul-betul panas.
  2. Masukkan sotong yang di celup telur dan kemudiannya salut rata bersama tepung.
  3. Goreng dalam minyak yang panas dalam kuali.
  4. Sotong jangan di balikkan dengan kerap.
  5. Apabila dah nampak kekuningan. Terus angkat

Resepi Sotong Celup Tepung Pok Nong Terengganu

Sotong Celup Tepung Pok Nong Terengganu: Sumber Terengganu Voice

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
  2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  3. Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
  6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
  7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
  8. Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.

Nota: Rahsia untuk mendapatkan sotong celup tepung rangup seperti Pok Nong.

  1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
  2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya tidak akan melekat pada sotong.
  3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas.
  4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak pada sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
  5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkannya. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
  6. Sediakan tisu ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.

Resepi Sotong Celup Tepung Rangup & Tak Hancur

Sotong Celup Tepung Rangup & Tak Hancur

Sotong Celup Tepung Rangup & Tak Hancur: Sumber Means Yusoff

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Tepung bestari
  • 1 biji telur
  • Tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras)
  • Air

Cara-cara:

  1. Sotong dipotong-potong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.
  2. Kemudian, perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.
  3. Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul bagi sebati.
  4. Sediakan tepung kering di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh saja jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.
  5. Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.
  6. Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan!
  7. Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Sedap

Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Sedap: Sumber Nina Mirza

Bahan-bahan:

  • Sotong – dicuci bersih, potong bulat dan di tos.
  • Telur – bergantung kepada kuantiti kilo sotong
  • Tepung tempura Pak Long warna biru
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rendam Sotong yang sudah dibersihkan, dipotong bulat dan ditoskan tuu
    dalam air panas mendidih seketika. Kemudian toskan semula. Jika perlu lap-lap
    sikit ngan kitchen towel. Supaya sotong betul-betul kering. (Inilah tips supaya
    masa goreng sotong tak meletop!)
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Kemudian rendam sotong tersebut
    dalam telur yang dah dipukul terlebih dahulu.
  3. Sedia tepung segera Pak Long dalam mangkuk. Ambik sotong yang dah
    direndam dalam telur satu persatu lalu salut gaulkan dalam tepung segera Pak
    Long.
  4. Kemudian goreng hingga garing dan keperangan. Minyak harus betul-betul
    dah panas baru masukkan tepung dan pastikan sotong betul-betul garing baru
    angkat. Kalau tak cukup garing lah punca sotong lembik tepungnya bila dah
    sejuk.
  5. Sedia dihidang bersama sos kegemaran. Nyum nyummm…!! 

Resepi Sotong Goreng Tepung Inazallya

Sotong Goreng Tepung: Sumber Inazallya

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu tepung bestari
  • Garam 1 sudu kecil
  • lada
  • Telur untuk disalut

Cara-cara:

  1. Potong sotong.
  2. Celup dalam telur.
  3. Salut dalam tepung mix tu.
  4. Goreng.

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah

Sotong Goreng Tepung Yang Mudah: Sumber Aynorablogs

Cara 1

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong bersaiz besar – dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
  • 4 sudu tepung gandum
  • 1 biji telur – dipecahkan
  • Garam
  • Lada sulah

Cara-cara:

  1. Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  3. Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi.
  4. Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.
  5. Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.
  6. Angkat bila sotong kekuningan.

Cara 2

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong berukuran besar – potong bulat & nipis
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit pewarna kuning – agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya – lebih kurang 1 cawan
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi – untuk lumur pada sotong

Cara-cara:

  1. Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.
  3. Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 – 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.
  4. Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Rahsia Sotong Goreng Tepung Rangup

  1. Goreng dengan minyak yang penuh. Jika kurang minyak, sotong akan lembik dan berminyak. Sebaik sotong masak kekuningan, toskan dalam penapis terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam piring.
  2. Tambahkan dengan baking powder atau tepung jagung untuk hasil yang lebih rangup.
  3. Rupanya bila gunakan cuka epal, dapat mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ dalam kuali. Caranya: Ambil 2 sudu besar cuka epal, *Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.

Resepi Sotong Celup Tepung Ummi Zaihadi

Sotong Celup Tepung: Sumber Ummi Zaihadi

Bahan-bahan:

  • sotong
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak sedikit daun sup – dicincang halus, kali ni tak letak sebab tak ada sedikit pewarna kuning – agar warna tepung kekuningan air secukupnya – agak-agak la ye lebih kurang
  • 1 cawan minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi – untuk lumur pada sotong

Cara-cara:

  1. Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, (kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair macam bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup sotong tu..tepung akan menyaluti sotong sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  3. Panaskan minyak dan boleh la celup sotong satu-satu dalam tepung, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.

Penutup

Sotong yang digoreng hingga keemasan pasti menaikkan selera sesiapa sahaja.

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.