fbpx

Ayam Percik Sedap! 15 Resepi Ayam Percik Original Kelantan Anda Wajib Cuba!

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam percik. Ayam percik merupakan makanan khas Melayu tradisional yang berasal dari Kelantan.Teringin nak makan ayam percik? Tapi bukan bulan Ramadan? Jangan risau. Apa kata anda cuba memasak resepi ini! Memang confirm merecik habis. Ayam Percik terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Jika sukakan sedikit rasa pedas, boleh masukkan serbuk cili. Ayam yang diperap dengan rempah ratus dan herba ini dibakar atas arang yang membara panas. Hidangan ini sangat puas dimakan kerana ayamnya yang empuk, rasa smokey yang memikat hati serta kuah manis pedas yang akan membuatkan anda nak tambah sepinggan lagi. 

Resepi Ayam Percik Che Nom

Ayam Percik

Ayam Percik: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 batang serai
  • 2 cm halia
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 8-10 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit asam jawa

Cara-cara:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
  3. Cara- cara untuk kuah:
  4. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tips:

  • Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Resepi Ayam Percik Kelantan Azie Kitchen

Ayam Percik Kelantan Azie Kitchen

Ayam Percik Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 4

Bahan Perap:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah:

  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Garam secukupnya
  • Gula – kena ada rasa manis
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-cara:

  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
  2. Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
  3. Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
  4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:

  • Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.
  • Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Resepi Ayam Percik Kelantan Mat Gebu

Ayam Percik Kelantan Mat Gebu

Ayam Percik Kelantan: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 3 keping bahagian dada ayam
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
  • 2 inci halia*
  • 4 batang serai, hiris halus*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan untuk merebus ayam:

  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan-bahan untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik-balikkan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan.

Resepi Ayam Percik Gaya Mat Gebu

AYAM PERCIK GAYA MAT GEBU

Ayam Percik: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 5 keping kepak ayam, saiz besar, cuci bersih dan toskan
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar gula melaka
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 camca besar minyak sapi
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup untuk hiasan

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 12 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 3 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 camca besar penuh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan santan dan sedikit air (dalam 1/2 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah kepak ayam, asam gelugor dan gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api sederhana dan balik-balikkan kepak ayam tadi.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat. Sementara itu panaskan alat pemanggang atau che mat guna kuali ajaib. Sapukan sedikit minyak, kemudian keluarkan kepak ayam dari kuahnya dan panggang atau bakar hingga masak. Sapukan sedikit kuah pada kepak ayam semasa anda membakar. Bakar hingga semua kepak ayam siap.
  4. Baki kuah tadi anda panaskan dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Siramkan baki kuah ayam percik atas ayam yang telah dibakar tadi. Hias dengan daun sup dan hidangkan segera.

Resepi Ayam Percik Roaster Tahrunnisah

Ayam Percik Roaster Tahrunnisah

Ayam Percik Roaster Tahrunnisah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam  ~ di potong 4
  • garam
  • Ajinomoto ~ optional ( ita gantikan secukup rasa )
  • sedikit gula
  • sedikit air asam jawa ~ ita letak 2 keping asam keping
  • 1 1/2 -2 cawan santan pekat dan air jika perlu
  • 4 sudu minyak

Bahan kisar halus:

  • 2 biji bawang besar ~ ita guna bawang merah 6 ulas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar lada kisar ~ 10-15 tangkai lada kering
  • 3 batang serai 

Cara-cara:

  1. Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai , kunyit dan lada kering dengan sedikit air hingga halus.  Tuangkan bahan kisar pada ayam dan gaulkan rata-rata Tutup bekas dengan plastik dan perap paling kurang 2 jam
    Lepas 1 jam perap tu, letakkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa, gaul rata
    Tutup semula dan perap semula.
  2. Selepas 2 jam, keluarkan ayam dari bekas. Baki rempah pada ayam tu kita kena tumis. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan baki rempah pada ayam tadi . Tumis hingga ia pecah minyak dan garing. Bila dah betul-betul garing, masukkan santan , gaul rata. Kemudian masukkan ayam yang di perap tadi. Tutup kuali dan biarkan ia merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit.
  3. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan masukkan asam keping. Jika kuah sangat kering, tambahkan sedikit air dan masak semula
  4. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam letakkan atas dulang pembakar yang kita dah lapik dengan aluminium foil. Boleh juga jika nak bakar atas dapur, guna magic pan atau nak guna dapur arang pun boleh.
  5. Bakar ayam dalam ketuhar hingga permukaannya berkilat. Semasa bakar tu, jangan lupa percikkan kuah santan lebihan tadi pada ayam, lakukan berulang kali hingga ayam masak dengan sempurna.

Resepi Ayam Goreng Percik Berkuah Azlita Aziz

Ayam Goreng Percik Berkuah Azlita Aziz

Ayam Goreng Percik Berkuah: Sumber Azlita Aziz

Bahan A:

  • 1 ekor ayam – Di potong sederhana besar, lumurkan dengan garam dan kunyit dan goren 1/2 masak

Bahan B:

  • 6 ulas bawang merah  ~ dikisar
  • 4 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 1 inci kunyit ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dititik
  • 15 tangkai cili kering ~ dikisar
  • 1 biji santan kelapa
  • asam keping (4-5 keping)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub ayam ~ ita tambah

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita goreng ayam yang telah di lumur garam dan kunyit hingga 1/2 masak, angkat dan ketepikan. Baki minyak tadi, tinggalkan dalam 3 sudu besar dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga harum.
  2. Masukkan serai dan biar hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan asam keping Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Tambahkan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renihkan dengan api perlahan hingga kuah pekat. Sedia di hidangkan.

Resepi Masak Ayam Percik Guna Air Fryer

Resepi Masak Ayam Percik Guna Air Fryer

Masak Ayam Percik Guna Air Fryer: Sumber Hasrul Hassan

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Anda perlu kisar semua bahan dan lumurkan kat ayam. Kemudian, perap ayam tersebut selama 1/2 jam atau lebih. Lebih lama adalah lebih baik dan in Sha Allah lagi sedap.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 9 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • Garam dan gula
  • Santan
  • Asam keping
  • Sedikit tepung beras

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali santan, asam keping dan tepung beras.
  2. Kemudian tumis bahan kisar dengan api perlahan.
  3. Setelah itu, masukkan pula santan dan asam keping.
  4. Masukkan sedikit tepung beras (sudah dicampur sedikit air).
  5. Kacau semuanya sehingga menjadi pekat.
  6. Kemudian, masukkan garam dan gula.
  7. Buang asam keping dari kuah. Ini adalah untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu masam jika dibiarkan asam keping terlalu lama di dalam kuah.

Cara-cara Membakar:

  1. Bakar ayam yang diperap dalam bakul air fryer, suhu 200 darjah selama 25 minit (ikut saiz dan kuantiti ayam).
  2. Selepas 8@10minit, buka bakul air fryer dan curahkan kuah ke atas ayam. Kemudian sambung balik membakar.
  3. Selang 5-8 minit balikkan ayam dan ulang proses yang sama supaya ayam betul-betul bersalut dengan kuah.
  4. Ulangi proses tu sampai selesai masa membakar.

Resepi Ayam Percik Qaseh Honey

Ayam Percik Qaseh Honey

Ayam Percik: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 5 keping kepak ayam, saiz besar, cuci bersih dan toskan
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar gula melaka
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 camca besar minyak sapi
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup untuk hiasan

Bahan Kisar Halus:

  • 12 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 3 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 camca besar penuh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan santan dan sedikit air (dalam 1/2 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah kepak ayam, asam gelugor dan gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api sederhana dan balik-balikkan kepak ayam tadi.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat. Sementara itu panaskan alat pemanggang atau che mat guna kuali ajaib. Sapukan sedikit minyak, kemudian keluarkan kepak ayam dari kuahnya dan panggang atau bakar hingga masak. Sapukan sedikit kuah pada kepak ayam semasa anda membakar. Bakar hingga semua kepak ayam siap.
  4. Baki kuah tadi anda panaskan dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Siramkan baki kuah ayam percik atas ayam yang telah dibakar tadi. Hias dengan daun sup dan hidangkan segera.

Resepi Ayam Percik Merecik Buat Orang Lapo

Ayam Percik Merecik

Ayam Percik Merecik: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Ayam Percik:

  • 5 ketul ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu besar halba
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 10 tangkai cili kering

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar, ayam, santan, air asam jawa dan halba ke dalam kuali.
  2. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  3. Masak sehingga kuah pekat. (lebih kurang tinggal separuh kuah)
  4. Keluarkan ayam dan bakar ayam tadi sehingga garing bersama sedikit kuah.
  5. Tuang lebihan kuah tadi ke atas ayam untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan: Sumber Mykmu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 4

Bahan Perap:

  • 5 ulas bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • Garam secukupnya

Bahan Kuah:

  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Garam secukupnya
  • Gula – kena ada rasa manis
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-cara:

  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.

  2. Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

  3. Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.

  4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:

  • Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.
  • Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Resepi Ayam Percik Istimewa

Ayam percik istimewa

Ayam percik istimewa: Sumber Berita Harian

Bahan-bahan:

  • 1.5 kilogram ayam

  • 20 gram serbuk kunyit

  • 6 helai daun limau purut

  • 5 keping asam gelugor

  • 30 gram bawang goreng

  • 2 helai daun kunyit

  • 3 batang serai (dititik)

  • 20 gram asam jawa (dibancuh dengan air)

  • 60 gram garam

  • 20 gram gula

  • 500 mililiter santan

Bahan Kisar:

  • 100 gram bawang besar

  • 50 gram buah keras

  • 4 batang serai

  • 20 gram halia

  • 10 gram kunyit hidup

  • 30 gram cili kering

  • 3 biji cili merah

Cara penyediaan ayam:

  1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar.

  2. Bahan kisar tadi dilulur di atas ayam dan diperap semalaman.

  3. Keluarkan ayam dari perapan dan bakar selama 40 hingga 50 minit pada suhu 200 darjah celcius.

Cara penyediaan kuah:

  1. Lebihan perapan tadi ditumis bersama santan dan masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.

  2. Masukkan asam gelugur, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut, daun kunyit dan serai yang sudah dititik.

  3. Kuah perlu sentiasa digaul untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan dimasak menggunakan api sederhana selama 10 hingga 15 minit.

  4. Tutup api dan masukkan bawang goreng.

  5. Siap dihidang.

Resepi Ayam Percik Mak Dan Sofia

Ayam Percik Mak Dan Sofia

Ayam Percik:  Sumber Mak Dan Sofia

Bahan-bahan:

  • 4 keping peha ayam besar, kerat di 3 bahagian
  • 1½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 cawan Santan Kelapa M&S
  • 3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan perap:

  • 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu teh gula (perap ayam dengan bahan-bahan diatas)

Bahan untuk digiling

  • 15 bawang merah
  • 1 kunyit segar, saiz ibu jari
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan giling dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, dan jintan manis. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan sehingga naik bau.
  2. Masukkan santan kelapa dan masakkan campuran diatas api sederhana sehingga pekat. 
  3. Lumur ayam dengan kuah dan panggang. Kerap kali sapu ayam dengan kuah dan masak sehingga warna keemasan.

Resepi Ayam Percik Sedap

Resipi Ayam Percik Sedap.

Ayam Percik Sedap: Sumber SuiSan Aliezsha

Bahan-bahan:

  • Ayam – potong, bersih & toskan airnya
  • Ketumbar secukupnya – kisar halus
  • Jintan manis secukupnya – kisar halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • Cili kering 
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia  – beli online
  • Serai  – beli online 
  • Kunyit segar  – beli online

Bahan Kuah:

  • Cili kering – kisar
  • Bawang putih – kisar
  • Sedikit air
  • Sos cili 
  • Gula merah 
  • Gula pasir
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • Garam secukupnya

Nota: jumlah bahan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan.

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.

  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, ketumbar dan jintan tanpa minyak. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.

  3. Masukkan ayam. Masak hingga setengah masak.

  4. Ambil ayam dan letak di atas dulang pembakar. Renjiskan minyak zaitun atau minyak masak.
  5. Bakar guna air fryer pahu 200C selama 15 minit. Jika bakar guna ketuhar, guna suhu 180C dan bakar selama 20 minit. Masa mungkin berbeza mengikut af dan ketuhar masing-masing. Boleh juga dibakar guna pemanggang ajaib atau arang.
  6. Untuk kuahnya, panaskan kuali atau periuk. Masukkan kisaran cili dan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan hingga cili masak.
  7. Untuk kuahnya, panaskan kuali atau periuk. Masukkan kisaran cili dan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan hingga cili masak.
  8. Masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.

  9. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Pastikan gula dan garamnya cukup.

  10. Jika ada bijan, boleh tambahkan ke dalam kuah.

  11. Siap dan bolehlah disiram ke atas ayam bakar tadi.

Resepi Ayam Percik Kedah

Ayam Percik Kedah

Ayam Percik Kedah: Sumber Alyaa Maisarah

Bahan-bahan:

  • 1ekor ayam (dipotong)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu teh jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu teh jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu makan ketumbar (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 3 biji buah keras(dikisar)
  • 1 liter santan
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup nya untuk kuah
  • 3 sudu minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras, dan cili kisar. Kemudian, kisarkan bahan hingga hancur.
  2. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
  3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong  tadi ke dalam kuah. Masak sehingga separuh masak.
  6. Setelah ayam separuh masak keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
  8. Lumurkan ayam dengan kuah yang dimasak tadi dan bakar selama 20-25 minit.
  9. Ayam Percik Siap untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Putih

Ayam Percik Kelantan Kuah Putih

Ayam Percik Kelantan Kuah Putih: Sumber Rostina76

Bahan-bahan untuk kuah percik:

  •  10 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • Gula & garam secukup rasa 

Cara membuat kuah percik: 

  1. Campurkan bahan-bahan kisar & santan. Masukkan ke dalam periuk & masak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).
  2. Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur apabila santan telah mendidih. Pastikan kuah percik agak pekat sebelum dimatikan api & ketepikan. 

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Seekor ayam (potong 4)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit (kalau xnak letak pun xpe) 

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit sekurang2nya 1/2 jam.
  2.  Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana. Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.
  3. Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.
  4. Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.
  5. Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.
  6. Nota: Resepi ini juga boleh digunakan untuk ikan percik.

 

Penutup

Ayam percik paling sedap dimakan bersama nasi kerabu, satu lagi kegemaran orang Kelantan. Anda juga boleh cuba resepi Kerabu Sare Sedap! Kalau anda suka resepi ini, anda boleh share ye! 🙂

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.