fbpx

7 Resepi Ayam Goreng Korea Viral (Korean Fried Chicken Special Sauce)

Hari ini saya nak kongsi resepi korean fried chicken. Sedapnya ayam goreng korea ini, sebab sangat rangup dan juicy. Pelbagai jenis resipi yang telah diolah bagi memberikan kepelbagaian rasa ayam goreng.  Jika diikutkan dengan trend sekarang, ramai yang berminat untuk menikmati makanan ala-ala Korea. Jom cuba resepi untuk sediakan sos istimewa korea yang menjadi pelengkap untuk ayam goreng korea ataupun famous dengan korean fried chicken!

Resepi Ayam Goreng Pedas Ala Korea Qaseh Honey

Ayam Goreng Pedas Ala Korea

Ayam Goreng Pedas Ala Korea: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 18 ketul ayam bahagian kepak

  • 1 cawan tepung gandum

  • 1 cawan tepung jagung

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

  • 3 ulas bawang putih – kisar halus

  • 1 inci halia – kisar halus

  • Garam secukupnya

  • Minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30 min).

  2. Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis-renjiskan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.

  3. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.

  4. Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

  5. Ketepikan.

Bahan Sos:

  • 3 ulas bawang putih – cincang halus

  • 3 sudu besar cili kisar

  • 1 sudu kecil serbuk cili – jika nak lagi pedas

  • 4 sudu besar sos cili

  • 4 sudu besar sos tomato

  • 3 sudu besar madu

  • 2 sudu besar gula pasir

  • 1/2 biji perahan jus lemon

  • Garam secukup rasa

  • Bijan secukupnya – disangai

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
  3. Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.

  5. Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai.

Resepi Chicken Wings Ala 4 Fingers Aznida Aziz

Resepi Chicken Wings Ala 4 Fingers

Chicken Wings Ala 4 Fingers: Sumber Aznida Aziz

Bahan-bahan ayam:

  • 1 kg kepak ayam (potong dua)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Mix herbs
  • Tepung jagung

Bahan-bahan Sos:

  • Bawang putih dicincang
  • Mentega
  • Garam
  • 3 sudu besar madu
  • Serbuk cili
  • 3 sudu besar gula perang

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan mix herbs. Gaulkannya sehingga sebati.
  2. Celupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
  4. Selepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing.
  5. Untuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau.
  6. Masukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam bersama sos tadi.

Resepi Korean Spicy Cheese Chicken Shira

Korean Spicy Cheese Chicken Shira

Korean Spicy Cheese Chicken: Sumber Shira

Bahan-bahan:

  • ayam
  • bawang putih
  • lada hitam
  • sedikit halia
  • halia
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Sedikit serbuk cili (babas) nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu bijan
  • cheese

Cara-cara:

  1. So perap ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia.

  2. Semua ni ditumbuk ya. Perapkan ayam selama 30 minit.

  3. Kemudian, bila dah siap perap, masukkan sebiji telur.

  4. Bancuh bahan diatas dan gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
  5. Kemudian goreng ayam tadi tapi pastikan api slow ya.
  6. Next dalam pan lain, tumiskan 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung. Masukkan lada kering yang dah diblend dan masukkan sedikit garam.

  7. Masukkan 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar dan 1 sudu serbuk cili babas, 2 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, 2 sudu bijan.

  8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  9. Kemudian ambil cheese, jika ada. Nak letak mayonis ke apa pun boleh, tapi Muni letak cheese leleh ni. Yang ni Muni beli yang dah siap.

  10. Kalau tak suka pedas boleh kurang kan serbuk pedas okay dan tambah pulak dengan cheese. Sedap!

Resepi Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap

https://resepichenom.com/resepi/ayam-goreng-korea-rangup-dan-sedap/show

Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • 700 gram kepak ayam (bahagi dua bahagian)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci hali
  • sedikit serbuk black pepper
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • minyak yang banyak untuk deep fry ayam

Cara-cara untuk ayam goreng:

  1. Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
  2. Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
  3. Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
  5. Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.

Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):

  • sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • sedikit air
  • 3-4 sudu besar sos gochujang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar madu
  • 350 gram kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
  • bijan putih untuk taburan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
  3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.

Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):

  • sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
  • sedikit air
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • sedikit garam
  • 350 gram kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
  • bijan putih untuk taburan

Cara-cara untuk SOS PILIHAN 2 (homemade)

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
  3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.

Nota:

  • Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
  • Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).

Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea Che Nom

Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea

Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Ayam Goreng:

  • sedikit garam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 biji telur
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung atau tepung kentang
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan Salutan Ayam:

  • 3 sudu besar butter (salted)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3 sudu kecil chilli flakes
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar bijan

Cara-cara untuk ayam goreng honey butter:

  1. Cincang halus atau parut bawang putih.
  2. Gaul sekata ayam dengan sedikit garam, kicap cair, lada hitam, telur, tepung gandum, tepung jagung, dan baking powder.
  3. Goreng atau sangai bijan sehingga naik bau bijan.
  4. Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam lalu angkat.
  5. Goreng ayam untuk kali kedua dengan menggunakan api sederhana lalu angkat dan tos minyak.
  6. Panaskan butter lalu masukkan bawang putih, serbuk cili kasar, kicap manis, gula dan madu.
  7. Bila bahan sudah sebati, masukkan ayam dan tutup api.
  8. Gaul dan salut ayam goreng dengan kesemua bahan.
  9. Kemudian, hidang ayam goreng honey butter dan tabur bijan yang telah disangai.

Cara-cara untuk serbuk cili buatan sendiri:

  1. Basuh dan tos kering cili daripada air selepas dibasuh.
  2. Goreng tanpa minyak sehingga cili kering menjadi kering, garing dan rangup.
  3. Bila dah garing, kisar kasar cili kering dan siap serbuk cili buatan sendiri.

Nota:

  • Selain tepung jagung, tepung perapan ayam juga boleh digantikan dengan tepung kentang
  • Jika tidak mahu menggoreng cili kering menggunakan atas api, boleh bakar guna oven.
  • Ketika mahu menggoreng ayam, jangan masukkan terlalu banyak ayam kedalam minyak bagi mengelakkan suhu minyak turun dan salutan ayam menjadi lembik dan hancur.
  • Tambah sedikit garam jika menggunakan “unsalted butter” kedalam masakan.

Resepi Ayam Goreng Pedas Sos Korea Adabi

Ayam Goreng Pedas Sos Korea

Ayam Goreng Pedas Sos Korea: Sumber Adabi

Bahan-bahan:

  • 800 gram Isi Ayam
  • 2 biji Telur Segar
  • 180 gram Tepung Goreng Serbaguna Adabi
  • Sos Korea Adabi
  • Bijan Putih (untuk hiasan)
  • Minyak Masak

Cara-cara:

  1. Bersihkan isi ayam dan hiris tebal.
  2. Cucuk hirisan ayam dengan garpu supaya boleh dimasak dengan rata.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul.
  4. Salutkan satu lapisan telur yang nipis pada hirisan ayam.
  5. Seterusnya, salutkan dengan Tepung Goreng Serbaguna Adabi sebagai lapisan kedua.
  6. Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak. Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
  7. Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 – 15 minit atau sehingga masak.
  8. Selepas masak, gaul sebati dengan Sos Korea Adabi dan bubuh bijan putih sebelum dihidang.

Resepi Spicy Korean Fried Chicken Kak Ina KL

Spicy Korean Fried Chicken Kak Ina KL

Spicy Korean Fried Chicken: Sumber Kak Ina KL

Bahan-bahan:

  • 10 kepak ayam yang di potong 2
  • 1 inci halia parut
  • sedikit garam
  • sedikit susu-ganti rice wine
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1/2  cawan tepung ubi kentang
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Perap semua bahan dalam 20  atau 30 minit.
  2. Goreng ayam.

Bahan Sos Ayam Goreng Korea:

  • 3 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Bijan yang telah di sangai

Cara-cara:

  1. Setelah di perap, salut semua ayam dengan tepung ubi kentang.
  2. Goreng ayam dengan minyak panas sehingga menjadi keperangan kemudian toskan.
  3. Campurkan semua bahan sos dalam satu mangkuk.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar.
  5. Masukkan campuran sos dan kacau sebati dalam 4 hingga 5 minit sehingga sos pekat.  
  6. Tutup api, masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan salutkan sehingga rata.
    Taburkan dengan sedikit bijan.

Penutup

Mudah dan sedap. Sesekali buat kelainan mesti seronok kan?

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.