fbpx

Cara Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS dikenali sebagai penyelesaian masalah pengendalian data. Maka dengan adanya kewujudan SAPS ini sebagai pangkalan data masalah konflik data akan berkurangan. Ia diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran kepada ibubapa dan para guru untuk mudah mengakses dan memeriksa keputusan anak-anak dan pelajar. 

Sistem ini diperkenalkan kepada ibubapa sejak tahun 2011 lagi tapi masih tidak berapa stabil kerana kekurangan informasi pelajar. Banyak kelebihan yang terdapat sejak wujudnya SAPS ini seperti ibubapa boleh memantau keputusan peperiksaan anak-anak , kedudukan dalam kelas dan tingkatan. 

Apakah Kegunaan SAPS

SAPS ini bertujuan untuk mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result). SAPS ini juga berfungsi sebagai pusat pengumpul , penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman.  Ini akan memudahkan kerja semua pihak seperti PPD dan pihak lain. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan. 


Kelebihan SAPS

Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah. Malah ibubapa juga boleh mengawal keputusan anak-anak apabila adanya SAPS ini dan memberi peringatan kepada anak-anak untuk lebih berusaha untuk peperiksaan mendatang. 
    
Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Bahkan , hubungan ibubapa dengan guru juga semakin erat dan mereka boleh mengetahui kelemahan dan kelebihan anak dan pelajar tersebut.


Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

  • 2
    Kemudian masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir pelajar (tanpa sengkang (-) atau space/ruang) Contoh : 987654321234 / M098672
  • 3
    Kemudian klik "Cari" 
  • screenshot 1
    • 4
      Kemudian pilih negeri dan klik "Cari disini". Maka akan terpapar nama-nama sekolah.
    • 5
      ​Pilih dan klik nama sekolah pelajar tersebut dan tekan "Semak"
  • 6
    Akan terpapar menu utama seperti gambar dibawah.
  • screenshot 2
    • 7
      ​Kemudian klik pada tahun peperiksaan. 
  • 8
    Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak contohnya seperti Ujian Pertengahan Tahun , Ujian Akhir Tahun , Percubaan PT3 ,SPM dan sebagainya.
  • screenshot 3
    • 9
      Kemudian klik "Papar Slip Keputusan" untuk menyemak slip keputusan peperiksaan(dalam bentuk pdf supaya ibubapa boleh muat turun dan cetak).
    • 10
      Terpapar keputusan terperinci ujian/peperiksaan seperti gred , kedudukan dalam kelas , markah , darjah , tingkatan , peratusan dan sebagainya.
    • 11
      Atau klik "Papar Markah Peperiksaan" untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian/peperiksaan bagi tahun yang dipilih.
    screenshot 4

    Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

    TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
    Waktu: SAPS
    Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
    (kecuali pada cuti umum)
    Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
    (kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

    Untuk lebih jelas anda boleh klik pada video dibawah. 

    Anda boleh kongsikan artikel ini untuk kegunaan para ibubapa yang lain yang masih tidak tahu tentang kewujudan SAPS ini dan cara-cara untuk menyemak keputusan anak-anak mereka. 

    1 Comment
    1. norarfah bt arifin says

      boleh saya tahu cara pengiraan kedudukan no di dalam kelas? saya tahu hanya subjek teras sahaja dikira.

      cthnya,
      adakah mengikut banyak a?
      adakah mengikut gred purata pelajar? jika sama tengok pula pada peratus?
      adakah ikut jumlah peratus?

      contoh 2 orang pelajar mendapat 1)5A,1C dan 2)6B…dimana peratus bagi pelajar 1 ialah 89 & pelajar 2 hanya 75 markah. yang mana dikira kedudukan teratas dalam kelas? boleh jelaskan bagaimana sistem ini mengira kedudukan pelajar dalam kelas. Tq

    Leave A Reply

    Your email address will not be published.