fbpx

Resepi Lamb Chop Yang Juicy, 12 Resepi Simple Dan Mudah Dimasak!

Hari ini saya nak kongsi resepi lamb chop yang juicy. Resepi lamb chop yang dikongsikan pastinya simple dan mudah dimasak. Penggemar makanan western pasti mencari resepi yang sedap untuk sediakan lamb chop. Rahsia kesedapan lamb chop terletak pada sos black pepper dan bahan perapannya. Makin lama masa perapan, pastinya lagi sebatilah bahan perapan dalam daging kambing tersebut. Perap dulu semalaman lagi  sedap. Kesedapan lamb chop juga, bergantung dengan penyediaan sosnya serta keempukan daging kambing. Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, kentang putar, salad, timun, mayonis, serta hirisan tomato.

Resepi Lamb Chop Azlita Aziz

Lamb Chop Azlita Aziz

Lamb Chop: Sumber Azlita Aziz

Lamb Chop:

  • 10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan:

  • 8 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah Indi
  • 1 batang serai
  • 130 gram minyak jagung atau Olive Oil
  • 70 gram air
  • 30 gram lada hitam biji
  • 40 gram gula pasir atau Brown Sugar
  • 5 gram Paprika
  • 10 gram serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
  • 50 gram sos HP original
  • 25 gram Yellow Mustard
  • 2 gram Tyme
  • 2 gram Rosemary
  • 10 gram garam

Cara-cara:

  1. Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus. Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar.
  2. Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemar. Bila dah sebati baru masukkan Rosemary. Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian. Susun dalam bekas dan perap semalaman.

Nota:

  • Kata Chef, daging yang dah dilumurkan dengan bahan perapan di biarkan dahulu satu jam diluar hingga semua bahan perapan tu menyerap dalam daging. Kemudian barulah di paketkan dan di simpan dalam peti ais. Untuk lebih mudah kita peketkan dalam jumlah yang kecil.
  • Katalah satu keluarga ada 4 orang, jadi kita peketkan 4 keping untuk satu bungkusan supaya mudah bila kita nak nyah bekukan sebelum di bakar.
  • Daging yang dah di lumurkan haruslah di perap semalaman supaya segala bahan perapan serap di dalam daging.

Bahan Black Pepper Sauce:

  • 40 gram mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 gram bawang Holland
  • 10 gram carrot
  • 10 gram Celerry
  • 1 keping Bay Leaf
  • 1 gram Thyme
  • 1 gram Oregano
  • 1 gram Parsley
  • 15 gram lada hitam biji
  • 20 gram serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
  • 20 gram tepung
  • 600 ml air
  • 15 gram gula
  • 5 gram garam
  • 5 gram serbuk secukup rasa
  • 25 ml krim tenusu

Cara-cara:

  1. Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus. Karot dan celery juga di kisar. Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar. Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air.
  2. Mula-mula kita panaskan mentega. Ita tambahkan sedikit minyak olive oil.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing.
  4. Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing. Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan.
  5. Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam.
  6. Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau.
  7. Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat. Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.

Resepi Lamb Chops With Mint Salsa Azie Kitchen

Lamb Chops With Mint Salsa Azie Kitchen

Lamb Chops With Mint Salsa: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 8 loin lamb chops
  • 4 sudu besar extra virgin olive oil
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 1 ¼ sudu kecil garam
  • Sedikit fresh black pepper
  • ¼ cawan fresh mint leaves – cincang
  • 1 biji buah lemon – parut dan perah jus

Cara-cara:

  1. Panaskan grill pada kepanasan sederhana.
  2. Lumurkan chops dengan 2 sb olive oil, garam dan black pepper di kesemua permukaan. Lumurkan pula dengan bawang putih cincang. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, whisk 2 sudu besar olive oil, mint, lemon jus dan parutan lemon. Masukkan 1/4 sudu kecil garam dan black pepper secukupnya.  Ketepikan.
  4. Panggang chops anggaran 4 minit setiap permukaan. 
  5. Bila siap kedua dua permukaan, letakkan ke dalam pinggan dan sudukan salsa mint ke atasnya.

Nota:

  • Boleh juga biarkan chops dalam 5 minit sebelum dihidangkan supaya kedua duanya mesra dan sebati.

Resepi Lamb Chop With Black Pepper Sauce Buat Orang Lapo

Lamb Chop with Black Pepper Sauce Buat Orang Lapo

Lamb Chop with Black Pepper Sauce: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan lamb chop:

  • 4 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • Sedikit lada hitam, lada sulah, oregano (boleh tambah tyme, mixed herb, rosemary dll)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit cuka

Cara-cara:

  1. Bersih daging kambing dan toskan.
  2. Ketukkan sikit bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam dan semua jenis herba (lada hitam, lada sulah, oregano)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bawang putih dan halia.Letakkan sedikit olive oil dan cuka.
  6. Perapkan daging beberapa jam atau semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
  7. Bakar daging sehingga masak. (boleh bakar guna oven @ kuali.kalau guna oven bakar pada suhu 160°C selama 20-30minit)

Bahan-bahan Sos Blackpepper:

  • 1 labu bawang besar (dicincang halus)*lagi sedap guna bawang holland
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 cawan air (anggaran)
  • 2 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum. Kacau selalu supaya tidak berketul.
  4. Masukkan air. Kacau sebati.
  5. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati sehingga masak dan sedikit pekat.

Nota:

  • Ok bila dah siap daging dan sos ni. Boleh la hidangkan dengan kentang putar atau pun kentang goreng. Nak tambah coleslaw pun sedap juga.

Resepi Lamb Chop Blackpepper Sos Citarasawan

Lamb Chop Blackpepper Sos Citarasawan

Lamb Chop Blackpepper Sos: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan Perap:

  • 6 kepingan daging kambing
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar lada hitam kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar kicap cair

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  2. Satukan bersama bahan-bahan lain dan gaul rata dengan kepingan daging.
  3. Perap sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  4. Panggang dengan pemanggang letrik, kuali leper atau atas arang.

Bahan Sos Blackpepper:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 sudu besar lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk Jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar tepung ubi, bancuh sedikit air
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih dan lada hitam hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama air, rempah, sos tomato, kicap dan gula.
  3. Masak hingga mendidih, pekatkan dengan larutan tepung ubi.
  4. Tuang sos ke atas kepingan daging bakar, hidang bersama sayur, salad atau
    kentang putar

Resepi Lamb Chop Sedap Musim PKP

Resepi Lamb Chop Sedap Musim PKP

Lamb Chop Sedap Musim PKP: Sumber Sunah Sakura

Bahan-bahan perapan kambing:

  • 3 keping daging kambing bahagian bahu (lamb shoulder)
  • 1/2 kiub pati ayam (Maggi)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inchi halia*(*ditumbuk kasar)
  • 1/2 sudu besar lada hitam kisar
  • 1 sudu besar mixed herb
  • 1 sudu besar gula perang
  • Sedikit madu
  • Sedikit minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Basuh daging kambing dan toskan airnya.
  2. Gaulkan semua bahan kecuali minyak zaitun, dan lumur pada daging kambing tadi.
  3. Perap selama satu jam.
  4. Sebelum dibakar, oles daging kambing dengan sedikit minyak zaitun supaya nampak berminyak.
  5. Bakar hingga masak atas dapur, atas arang atau dalam oven, ikut suka.

Nota:

  • Untuk sos lada hitam, saya hanya gunakan sos yang dah siap dibotolkan di kedai, cuma ubahsuai sedikit dengan mencairkan dulu satu sudu butter, masukkan sos lada hitam, tambah sedikit air dan bancuhan tepung jagung ikut kuantiti dan kepekatan yang kita nak. 

Bahan-bahan mashed potato:

  • 7 biji kentang saiz sederhana
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar butter
  • Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-cara:

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dibelah empat. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 15 hingga 20 minit dengan api sederhana.
  2. Bila kentang dah empuk, toskan airnya dan pindahkan ke dalam bekas lain.
  3. Masukkan butter dalam kentang dan lenyek.
  4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ni untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Nota:

  • Tips dari Cik Lyns Kitchen, untuk dapatkan mashed potato yang bertekstur halus, gunakan hand mixer untuk putar kentang tu. Haa, dari situ agaknya dapat nama kentang putar kannn? Hahaha! Oh, ada juga tips dari Nada, gantikan susu dengan whipping cream untuk dapat tekstur mashed potato yang creamy. Haa, situ pun boleh jugak dapat nama kentang putar (whipped cream).

Bahan-bahan gravy:

  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dadu
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 kiub ayam (boleh kurangkan untuk jadi tak terlalu masin)
  • Sedikit lada hitam dan lada sulah
  • 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang (api sederhana) hingga bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
  2. Masukkan tepung jagung, kacau terus sehingga tepung menjadi warna coklat atau sehingga warna sos yang uols suka.
  3. Masukkan separuh aje air, sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. Tutup api, masukkan ke dalam blender. Kisar sampai semua hancur.
  4. Masak balik atas api sederhana, tambah lebihan air tadi.
  5. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
  7. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend lagi sampai tak berketul. Siap!

Nota:

  • Untuk Sauteed Vegetables tu, Nada hanya goreng dengan sedikit minyak zaitun dan tambah secubit serbuk lada hitam aje. Simple dan sihat gitu. 

Resepi Lamb Chop Dan Sos Blackpepper Homemade Sangat Mudah

Resepi Lamb Chop dan Sos Blackpepper Homemade Sangat Mudah

Lamb Chop dan Sos Blackpepper Homemade: Sumber Ummie Zarra

Bahan-bahan Perapan Lamb:

  • 3-4 slice lamb
  • Seulas bawang putih
  • Sesudu gula (better gula perang)
  • Sedikit perahan lemon/cuka
  • Secubit gara
  • Black pepper
  • Rosmery

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam. Lumur pada lamb beserta gula, garam dan lemon. Perap seketika. Lagi lama lagi sedap.

Bahan-bahan Sos Black Pepper:

  • Bawang holland di potong dadu
  • Sos black pepper any brand
  • Black pepper kasar
  • Black pepper halus
  • 2 sudu buttercup
  • Gula
  • 2 cawan susu segar / air
  • Garam
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
  • Sedikit kicap pekat untuk warna yang gelap

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan tumis bawang holand sehingga layu.
  2. Masukkan susu dan blend sehingga lumat.
  3. Kemudian masukkan semula dalam periuk masak dengan api yang sederhana.
  4. Masukkan bahan sos black pepper, black pepper kasar, black pepper halus, kicap pekat, gula dan perasankan dengan garam. Kacau sebati.
  5. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam sos tadi. Siap! Boleh dihidangkan bersama lamb chop.
  6. Di samping itu, korang juga boleh lengkapkan set lamb chop dengan hidangan Baked Potato yang simple dan sedap

Bahan-bahan Baked Potato:

  • 2-3 biji kentang
  • Daging cincang
  • Bawang merah (potong dadu)
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Mix vegi @ carrot
  • Cheddar cheese
  • Mozarella (optinal)

Cara-cara:

  1. Rebus kentang separuh masak. Tumiskan bawang masukkan daging cincang kacau sebati dan masukkan mix vegi dan perasakan.
  2. Kentang yang telah di rebus, diambil isinya dibahagian tengah dan campur ke dalam daging tadi.
  3. Cedok daging yang dah siap masukkan ke dalam kentang dan letakkan cheddar cheese dan mozarella di atas.
  4. Bakar sehingga masak.

Resepi Lamb Chop BlackPepper Sauces Malina Lina

Resepi Lamb Chop BlackPepper Sauces Malina Lina

Lamb Chop BlackPepper Sauces: Sumber Malina Lina

Bahan-bahan:

  • 4 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery, tyme, oregano 
  • Sedikit olive oil

Cara-cara:

  1. Bersih daging kambing dan toskan.
  2. Ketuk-ketuk sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat. (Lina guna meat tenderlizer yang macam hammer tu).
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery, oregano, tyme dan mixed herba).
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
  8. Bakar daging sehingga masak. Lina guna pan jer, gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

Bahan Mashed Potato:

  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara:

  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek).
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) .
  3. Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

Bahan Sos Black Pepper:

  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sudu besar (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sudu besar sos lada hitam (lina guna brand life)
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan), tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit).
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (tak payah bancuh dengan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air. Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Nota:

  • Lina tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap. Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato, rasanya agak spoil. Taste masing-masing la kan.

Resepi Lamb Chop Resepi Bonda

Resepi Lamb Chop Resepi Bonda

Resepi Lamb Chop: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 8-10 Lamb shoulder slide (1/2 atau 1 inci tebal)
  • 2 Sudu rosemary segar dicincang
  • 1/4 Cawan jus lemon
  • 3 Sudu makan bawang putih cincang
  • 1/2 Sudu teh lada hitam
  • 3 Sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaul bersama kambing.
  2. Perapkan 30-60 minit.

  3. Kemudian grill sehingga masak.

  4. Sesuai dihidangkan bersama black pepper sauce/garlic sauce/mint sauce.

Resepi Lamb Chop Black Pepper Simple

lamb chop black pepper simple

Lamb Chop Black Pepper Simple: Sumber Bidadari.my

Bahan Perapan:

  • Kambing untuk diperap
  • Lada hitam,
  • Onion powder
  • Garlic powder
  • Thyme
  • Paprika
  • Gula merah
  • Garam

Bahan Sos Black Pepper:

  • Bawang putih
  • Brown sos
  • Kiub pati ayam
  • Lada hitam kasar
  • Garam
  • Susu segar

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan sehingga sebati.
  2. Gaulkan bahan perapan pada kambing dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum grill.
  3. Untuk sos black pepper, panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  4. Campurkan brown sos dan kiub pati ayam berserta air.
  5. Masukkan lada hitam kasar dan sedikit garam. Masukkan juga susu segar. Siap!
  6. Bolehla dihidang bersama coleslaw dan kentang putar untuk melengkapkan menu.

Resepi Lamb Chop Black Pepper Hasrul Hassan

Resepi Lamb Chop Black Pepper Hasrul  Hassan

Resepi Lamb Chop Black Pepper: Sumber Hasrul Hassan

Bahan-bahan:

  • 4-6 keping lamb shoulder
  • 5 cm halia*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
  • Setengah sudu kecil serbuk jintan manis
  • Setengah sudu kecil jintan putih
  • Setengah sudu kecil serbuk ketumbar
  • Sedikit kicap cair penganti garam

Cara-cara:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*).
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan perap termasuklah bahan yang telah dikisar ke dalam satu bekas.
  3. Kemudian masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati.
  4. Setelah itu, peraplah lamb shoulder tersebut selama 2-3 jam atau semalaman.
  5. Boleh sahaja simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk.
  6. Setelah diperap, bakar lamb shoulder sampai masak.
  7. Anda boleh gunakan kuali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
  8. Jika ada air fryer, boleh panggang dengan tetapan suhu 180 darjah celsius selama 16 minit. 

Nota:

  • Sekarang, penyediaan bahan terpenting untuk memastikan Lamb Chop yang dimasak sedap, lazat lagi menyelerakan adalah sos. Kalau boleh, dalam penyediaan sos ini, gunakan bahan-bahan dari jenama yang sama. Saranan saya, gunakan sos dari jenama Jalen sebab ia memang sedap.

Bahan-bahan Sos Black Pepper:

  • Saki-baki bahan perapan
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh sos tomato
  • 4 sudu besar lada hitam kisar
  • 2 sudu teh gula perang
  • 1-2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi

Cara-cara:

  1. Masak semuanya di dalam periuk bersama dua cawan air sehingga agak mendidih.
  2. Kemudian, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung atau tepung ubi bagi memekatkan sos yang telah sebati.
  3. Boleh juga ditambah sedikit sos cili untuk menjadikannya sedikit pedas.

Resepi Lamb Chop Cukup Rasa Amie’s Little Kitchen

Resepi Lamb Chop Cukup Rasa Amie's Little Kitchen

Resepi Lamb Chop Cukup Rasa: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 keping daging biri-biri
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 3 cm halia – kisar
  • 1 sudu makan Soso Perisa Tiram Magg
  • 1 sudu makan Maggi Cukup Rasa
  • 1 biji lemon – perah jusnya
  • 3 sudu makan minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Perap daging biri-biri bersama kesemua bahan di atas.
  2. Perap selama 4 jam (perap semalaman dalam peti sejuk lebih baik kerana semua bahan meresap dalam daging).
  3. Panggang daging biri-biri di atas kuali non-stick hingga masak.

Bahan Sos Lada Hitam:

  • 1 cawan sos lada hitam
  • 3 sudu  makan SosTomato Maggi
  • 3 sudu makan Sos Cili Maggi
  • 1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
  • 1 sudu makan lada hitam – tumbuk
  • 1 labu bawang besar – cincang halus
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga garing.
  2. Masukkan kesemua bahan dan biarkan sos mendidih dan pekat.
  3. Angkat dan tuangkan di atas kambing biri-biri yang sudah dipanggang.
  4. Hidangkan bersama kentang goreng, brokoli dan lobak merah celur.

Resepi Lamb Chop Ben Safwan

Resepi lamb chop Ben Safwan

Resepi Lamb Chop: Sumber Ben Safwan

Bahan-bahan Perapan:

  • 4-5 ketul boleh ganda kuantiti
  • Tumbuk lumat
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan lemon/ cuka
  • 1 sudu makan lada hitam

Nota:

  • Perap 2 jam minima – 4 jam kalau nak sedap. Bakar dalam pemanggang ajaib sampai tahap masak anda suka.

Bahan Coslow:

  • 1/2 kubis ungu

  • 1 batang lobak merah

  • 225 gram (1 botol )mayonis brand kraft nature

  • 1 sudu teh lemon/cuka

  • serbuk lada hitam, garam, gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong nipis, campur semua ikut selera simpan dalam peti sejuk.

Bahan Kentang Lenyek:

  • 2 biji kentang

  • Serbuk lada putih/hitam ( jika suka) dan secubit garam

Cara-cara:

  1. Rebus sampai empuk kentang lepas tu lenyek hancur / kisar.
  2. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.

Bahan Sos Black Pepper:

  • 2 sudu makan buttercup

  • 1 biji bawang besar Holland saiz dua bola pingpong dan dipotong dadu

  • 1 sudu makan lada hitam

  • 2 cawan susu segar

  • 330 gram (1botol)sos jalen lada hitam

  • 1 sudu makan bancuhan tepung jagung

  • Garam, gula secukupnya

  • Kicap pekat jika nak colour sedikit hitam

Nota:

  • Kalau nak buat sedikit, buat separuh dari bahan yang dinyatakan ini.

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk. Cairkan butter,masukkan bawang dan tumis hingga layu. Kisar dua bahan ini dengan tambah lada hitam dan susu segar sampai halus.

  2. Barulah letak semula atas api dan biarkan mendidih baru masukkan sos lada hitam. Api kecil ya. Padankan dengan garam gula. Nak hitam sikit buh kicap pekat jika mahu.

  3. Kalau terasa nak pekatkan kuah sedikit masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dulu tepung dengan sedikit kuah biar sebati barulah masukkan dalam periuk.

Penutup

Hujung minggu ini, jika anda duduk di rumah je, rasa boring dan tak tahu nak makan apa? Jom cuba resepi lamb chop yang saya kongsi ini. Memang berbaloi la buat sendiri dari makan kat kedai. Jom cuba resepi lamb chop yang anda suka. 

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.