fbpx

15 Resepi Kari Kepala Ikan Power Yang Sedap, Cara Masak Pun Simple Je!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kari kepala ikan yang power dan sedap! Mudah je resepi kari kepala ikan ini. Rasa kari kepala ikan yang power dengan rempahnya dan mesti mempunyai rasa masam masam barulah sedap. Jika suka pekat, boleh lebihkan bahan bahan. Tapi jika suka cair, bolehlah suaikan ikut citarasa.  Masakan ini juga antara masakan yang popular di Restoran Nasi Kandar. Kalau dah lama tak pekena kari kepala ikan, apa kata kali ini anda cuba resepi yang saya kongsikan? Pasti puas hati, bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Cara masak pun mudah je..Cukup rasa, cukup  padu!

Resepi Kari Kepala Ikan Che Nom

Kari Kepala Ikan Che Nom

Kari Kepala Ikan: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 2 biji cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air (untuk bancuh rempah)
  • anggaran 1/4 cawan air pati asam jawa
  • 300 gram-400 gram /1 kepala ikan
  • 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
  • garam secukup rasa
  • 10 batang sayur bendi
  • daun ketumbar (optional)

Cara-cara Kari Kepala Ikan:

  1. Hiris nipis bawang merah kecil dan hiris kasar bawang putih beserta halia.
  2. Tumbuk atau kisar bahan hiris kasar sehingga halus.
  3. Belah cili hijau dalam dua bahagian lalu potong memanjang dan hiris kasar sebiji tomato.
  4. Panaskan minyak lalu masukkan halba campur. Tumis bawang merah kecil hingga kekuningan.
  5. Selepas itu, masukkan cili hijau, bahan tumbuk, daun kari dan tomato. Kacau kesemua bahan sehingga naik bau dan tomato menjadi layu.
  6. Bancuh pekat rempah dan serbuk cili bersama sedikit air.
  7. Tuangkan sekali bancuhan rempah bersama bahan tumis dan tambah sedikit air menggunakan bekas bancuhan rempah. Masak sehingga kari pecah minyak.
  8. Masukkan air asam jawa dan tambah air dua-tiga kali sehingga rempah betul-betul masak. Jika tidak, rasa kari akan menjadi tidak sedap.
  9. Kemudian, masukkan kepala ikan dan renehkan sehingga ia masak.
  10. Masukkan sedikit santan dan tambah sedikit air.
  11. Taburkan garam secukup rasa.
  12. Masukkan bendi dan batang ketumbar (pilihan). Teruskan memasak kari sehingga bendi agak layu.
  13. Kari kepala ikan siap untuk dihidang dan dihias bersama daun ketumbar (pilihan).

Nota:

  • Kari kepala ikan jika dimasak awal dan lagi lama dipanaskan, kuahnya akan menjadi lebih sedap.

Resepi Kari Pekat Ikan Merah Che Nom

Resepi Kari Pekat Ikan Merah

Kari Pekat Ikan Merah: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:

  •  6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:

  • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air secukupnya

Bahan-bahan untuk lain:

  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 sudu besar air asam jawa
  • 1 ekor ikan merah
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 mangkuk santan pekat
  • air, jika perlu
  • garam secukup rasa
  • 12 batang bendi
  • 2 biji tomato

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. Masukan halba campur dan daun kari.
  7. Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. Tuang bancuhan rempah kari.
  9. Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. Tambahkan air.
  11. Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. Masukkan ikan merah.
  13. Masak selama 5 minit.
  14. Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. Kemudian masukan santan pekat.
  17. Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. Tambah sedikit air asam jawa.
  19. Tambah garam.
  20. Masukan bendi dan tomato.

Tips:

  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap Azie Kitchen

Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap Azie Kitchen

Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ketul kepala ikan jenahak – belah 2
  • 4-5 sudu besar rempah kari (campur 2 jenama)
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 50 gram asam jawa – bancuh dengan air
  • 150 ml santan kotak 
  • ½ sudu besar garam kasar 
  • 2 pelepah daun kari
  • Kacang bendi
  • 1 cawan minyak masak

Bahan hiris:

  •  7-8 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur, daun kari, bahan hiris. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan cili kasar, serbuk kari dan serbuk kunyit. Masukkan sedikit air. Biarkan.
  3. Masukkan buah tomato. Masukkan air. Masukkan asam jawa. Kari ikan mesti masam.
  4. Mendidih baru masukkan ikan dan santan. Kacang bendi. Garam dan serbuk perasa.

Resepi Kari Mamak Kepala Ikan Merah

Kari Mamak Kepala Ikan Merah

Kari Mamak Kepala Ikan Merah: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan jenahak/tenggiri
  • 2 keping isi badan ikan di atas
  • 1 cawan santan – tak payah yang pekat pun tak apa
  • 5 sudu besar rempah kari ikan Baba’s
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar Babas
  • 3 sudu besar cili serbuk Babas
     
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia + bawang putih – yg diblended
  • 5 ulas bawang merah kecil – dimayang
  • 2 tangkai biji fresh cili merah besar – belah dua
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam jawa, sampai rasa cukup masam 
  • 2 biji bawang besar merah &1 biji buah tomato – diblended hancur
  • Bendi dan terung

Cara-cara:

  1. Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yang dimayang dan cili besar sampai wangi.
  2. Kemudian masukkan blended halia + bawang putih, serbuk-serbuk kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
  3. Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.
  4. Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yang menarik.

Resepi Kari Kepala Ikan Azlita Aziz

Kari Kepala Ikan Azlita Aziz

Kari Kepala Ikan: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembong atau apa-apa ikan ( kalau kepala ikan merah belah 2)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 peket kecil rempah kari ikan (ita guna BABAS)
  • Rempah tumis ( 4 sekawan cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
  • 1 sudu besar cili yang dikisar
  • 6 ulas bawang merah – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 inc halia dititik
  • 2 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 4 biji ubi kentang dibelah 4
  • 3 biji tomato
  • 1/2 cawan air asam
  • Daun kari

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kisar, halia dan rempah kari masak hingga garing. Masukkan air asam dan santan. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kentang tunggu hingga kentang empuk.
  4. Kemudian masukkan ikan dan tomato. Biarkan hingga naik minyak.

Nota:

  • *Sama juga jika ingin membuat kari ayam atau daging. Cuma tukarkan rempah kari ikan kepada rempah kari daging dan ayam. Dan daging hendaklah di rebus dahulu. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus, boleh terus dimasak.

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak Mat Gebu

Kari Kepala Ikan Jenahak Mat Gebu

Kari Kepala Ikan Jenahak: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 keping kepala ikan jenahak
  • 2 biji terung ungu
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Baba’s)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan pati santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan Tumis:

  • 4 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/3 camca teh jintan halus
  • 1/3 camca teh jintan kasar
  • 1/3 camca teh biji sawi
  • 1/3 camca teh halba

Cara-cara:

  1. Kepala ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Resepi Kari Kepala Ikan Ala Mamak Eny Abdullah

Kari Kepala Ikan Ala Mamak Eny Abdullah

Kari Kepala Ikan Ala Mamak: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan – terpulang nak  guna kepala ikan apa
  • Tomato dibelah 2
  • 2 sudu besar santan atau susu sejat.
  • 1 sudu besar  pes asam jawa – terpulang nak masam atau tak
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Minyak untuk tumis 

Bahan Tumis:

  • 6 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji timato dicincang
  • Daun kari
  • 1 sudu teh halba campur

Cara-cara:

  1. Bawang ditumbuk separuh hancur bersama tomato. 
  2. Bahagi dua bawang tumbuk tadi. Separuh masukkan dalam bekas lain dicampur serbuk rempah dan air. Bancuh sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak tumis bawang yang ditumbuk bersama daun kari dan halba campur. Masukkan bancuhan rempah bersama bawang.
  4. Masak dan tumis sampai rempah garing dan naik minyak.
  5. Masukkan air sedikit bersama air perahan asam jawa. Masukkan ikan dan tomato. Masukkan sedikit sahaja santan. Masak sehingga mendidih dan siap!

Resepi Kari Kepala Ikan Bonda

Resepi Kari Kepala Ikan Bonda

Resepi Kari Kepala Ikan: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.
  • Bahan untuk di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawan putih*
  • 1 inci halia.*
  • 1/4 biji bawang besar*

Bahan Tumis:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit daun kari

Bahan lain:

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda ( * ).

  2. Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat.

  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga  lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.

  4. Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.

  5. Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.

  6. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Resepi Kari Kepala Ikan Merah Yatie Memories

Kari Kepala Ikan Merah Yatie Memories

Kari Kepala Ikan Merah: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 2 biji terung ungu
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Baba’s)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan pati santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan Tumis:

  • 4 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/3 camca teh jintan halus
  • 1/3 camca teh jintan kasar
  • 1/3 camca teh biji sawi
  • 1/3 camca teh halba

Cara-cara:

  1. Ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan Mudah Dan Sangat Sedap

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan Mudah Dan Sangat Sedap

Kari Kepala Ikan Tanpa Santan Mudah Dan Sangat Sedap: Sumber Malina Lina

Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan (jenahak/ikan merah)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  •  ulas bawang merah (hiris)
  • 1 cm halia (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 50 gram serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Seikat daun kesum
  • 1 kiub ikan bilis
  • Bendi, tomato dan cili hijau/merah
  • Garam secukupnya
  • Minyak dan air

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang merah, halia, daun kari dan halba campur (tumis hingga terbit bau sahaja).
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak (letak sedikit air supaya tumisan tidak hangus).
  4. Masukkan air asam jawab dan tambah air secukupnya.
  5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan kiub ikan bilis. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit.
  6. Masukkan kepala ikan dan biarkan kepala ikan masak.
  7. Sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan bendi, tomato dan cili hijau/merah.

Resepi Kari Kepala Ikan Merah Tun Telani

Kari Kepala Ikan Merah

Kari Kepala Ikan Merah: Sumber Tun Telani

Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
  • 2 keping isi ikan merah
  • 1 biji bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas – optional
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar rempah kari ikan – tun guna adabi – campur sedikit air utk jadikan pes
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air asam jawa
  • air secukupnya
  • bendi- jika suka
  • garam

Cara-cara:

  1.  Tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
  2. Masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas .
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.

Resepi Mudah Kari Kepala Ikan Salmon

Resepi Mudah Kari Kepala Ikan Salmon: Sumber Khairul Abdullah

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 8-10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
  4. Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
  5. Kemudian  masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
  6. Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
  7. Siap dan hidangkan.

Resepi Kari Kepala Ikan Mayong Nennie

Kari kepala ikan Mayong

Kari Kepala Ikan Mayong: Sumber Nennie

Bahan-bahan:

  • 1 ketul kepala ikan mayong – di potong kecil
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 peket rempah kari ikan
  • 2-3 cawan pati santan pekat – boleh tambah
  • 4 biji tomato masak ranum
  • 8 biji kacang bendi
  • Garam dan air asam jawa secukup rasa

Nota:

  • * Resepi ni hanya panduan jadi bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri . Berat kepala ikan adalah 1.5kg.

Cara-cara:

  1. Bersihkan ketulan kepala ikan mayong . Kupas semua kulit bawang merah/putih dan di mayang nipis . Tomato dibersihkan dan dipotong kecil .
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari .  Biarkan sampai bawang layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
  3. Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak .
  4. Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau sebentar , jika kuah nampak pekat sangat boleh dimasukkan sedikit saja air dan kacau semua bahan .  Bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ketulan kepala ikan mayong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah lah air asam jawa.
  5. Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur.
  6. Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Resepi Kari Kepala Ikan Ala-Thai Sedapnya Lain Macam!

Kari kepala ikan ala-Thai sedapnya lain macam!

Kari Kepala Ikan Ala-Thai: Sumber Mstar

Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan (sebaik-baiknya ikan kerapu)

  • 300 gram keladi dipotong dadu

  • 2 ketul tofu dipotong dadu

  • 70 gram lobak merah dipotong

  • 3 biji cendawan

  • 2 helai kobis cina dipotong

  • 3-4 biji cili padi

  • 4-5 potong halia

  • 2 helai daun bawang, dipotong

  • 4 sudu makan minyak

Bahan A:

  • 2 sudu makan pes tom yam

  • 1 sudu makan serbuk cili

  • 1 sudu makan serbuk kari ikan

  • 2 batang serai

  • 3 helai daun limau purut

  • 2 potong lengkuas

  • 500 ml air

Bahan B:

  • 1 sudu makan sos tiram

  • 1 sudu makan kicap cair

  • 1 sudu makan gula

  • Sedikit lada sulah

  • Sedikit halia cincang

Cara-cara:

  1. Bersihkan kepala ikan dan gaulkan dengan semua bahan-bahan (B) selama 30 minit.

  2. Gorengkan ikan, keladi dan tofu sehingga kekuningan.

  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan (A) sehingga naik minyak dan bau.

  4. Susunkan keladi dalam mangkuk claypot, masukkan kepala ikan, tofu, kobis cina, cendawan, cili, lobak merah dan halia. Kemudian tuangkan bahan-bahan tumis (A) dan air. Tutup periuk dengan penutup claypot.

  5. Biarkan semua bahan-bahan itu mendidih selama 10 minit. Jika perlu, perasakan dengan garam dan hiaskan dengan daun bawang.

Resepi Kari Kepala Ikan Amie’s Little Kitchen

Kari Kepala Ikan Merah Amie's Little Kitchen

Kari Kepala Ikan Merah: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 700 gram kepala ikan – ikan merah / ikan putih / ikan jenahak / ikan tenggiri atau kepala ikan lain mengikut citarasa sendiri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji limau nipis – perah jusnya ( pilihan asam jawa / asam gelugor)
  • 2 tangkai daun kari – lurutkan
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan
  • 7 biji kacang bendi – potong tampuk dan ekor
  • 2 biji cili hijau – belah 2, tapi jangan putus
  • 2 biji tomato – belah 2
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1 cawan air1/2 cawan minyak

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia

Bahan Tumis:

  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1/2 sudu kecil jintan putih kasar
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan penumis hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar, diikuti dengan daun kari dan serbuk kari. Tambahkan secawan air. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
  3. Seterusnya masukkan kepala ikan, cili hijau, kacang bendi dan tomato, diikuti dengan santan pekat.
  4. Masak sehingga  kepala ikan masak sempurna.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Penutup

Bila makan nasi dengan kari kepala ikan ini, sambal belacan wajib ada!

Anda juga boleh cuba resepi berasaskan ikan:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.