Hari ini saya nka kongsi resepi daging harimau menanngis yang viral! Harimau menangis adalah bahagian daging PALING LEMBUT dan mungkin sangat mudah empuk bila dimasak. Asalnya hidangan daging harimau menangis ni adalah dari Thailand, iaitu Suea rong hai. Suea rong hai hidangan ringkas daging Thai. Potongan daging dipotong nipis, diperap dengan rempah, kemudian di grilled. Dihidangkan bersama dengan sos pedas Thai nam jim jaew. Rupa-rupanya senang sahaja cara membuatnya. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja, simple je. Rasanya memang sedap. Haa..tungu apalagi? Jom kita cuba!
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Azie Kitchen
Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- Daging bahagian Harimau Menangis
- Serbuk kunyit
- Garam
Bahan air asam:
- 1 biji buah tomato – cincang
- Segenggam asam jawa – bancuh dengan air
- 2 sudu besar gula atau secukup rasa
- 1 sudu besar garam
- 1-2 biji limau nipis
- Daun kesom – hiris
Bahan kisar kering:
- Bahan kisar kering:
- 1 biji bawang besar merah
- 3-4 ulas bawang merah
- Segenggam cili padi – ikut pedas disukai
- 1-2 ibu jari belacan
Cara-cara:
- Daging dilumur dengan garam kunyit, perap seketika dan bakar sehingga masak. Kemudian dihiris nipis.
- Bahan kisar dikisar mengguna blender kering sehingga hancur. Jangan terlalu halus.
- Masukkan air asam jawa, gula, garam, buah tomato dan perahan air limau nipis.
- Akhir sekali, masukkan daun kesum yang telah dihiris halus. Sesuaikan rasa masam masin dan manis.
- Jika, suka yang kosong, bahagikan kepada dua, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan daun kesum.
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis (Sua Rong Hai)
Daging Bakar Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai (Sua Rong Hai): Sumber Snapsqueen
Bahan untuk Perapan Daging:
- 500 gram (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
- 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
- 1 sudu besar kecil garam
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar brown sugar
Cara-cara:
- Campur kesemua bahan di atas ke dalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya.
- Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudan guna Periuk Pemanggang Ajaib je.
Bahan untuk membuat Sos Ala Thai:
- 6 ulas bawang putih ditumbuk
- 10 biji cili api ditumbuk
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan nampla
- 3 sudu brown sugar
- 1 bawang merah hiris nipis
- 2 biji cili api dihiris
- 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
- Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Cara-cara:
- Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera anda. Selamat mencuba.
Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Atie Jumaat
Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Atie Jumaat: Sumber Zahirah Dzahir
Bahan-bahan:
- Daging Lembu batang pinang 2 kg
- Sos cili kimball 3 sudu besar
- Sos cili life 2 sudu besar
- Sos tiram 3 sudu besar
- BBQ Sauce Life 3 sudu besar
- Serbuk lada hitam 3 sudu besar
- Gula perang 3 sudu besar
- Sos ikan 3 sudu besar
- Kicap pekat manis ABC 3 sudu besar
- Minyak Zaitun 5 sudu besar
Cara-cara:
- Gaul-gaul semua sekali. Perap semalaman, masa nak start membakar gaulkan minyak kat daging
Bahan-bahan sos:
- Air Asam jawa
- Sweet chilli sauce thai
- Sos ikan (Nampla)
- Nira (kalau takde guna gula melaka)
- Cili padi – tumbuk
- Bawang kecik – cincang
- Daun ketumbar – cincang
- Beras – sangai / tumbuk
Cara-cara:
- Ramas-ramas air asam jawa pastu tapis, masukkan gula. Ramas bagi sebati.
- Masukkan semua bahan-bahan. Ikut selera masing-masing. Nak pedas ke manis ke. Nak lagi sedap perahkan jus limau kasturi.
Resepi Daging Harimau Menangis Sedap dan Mudah
Daging Harimau Menangis Sedap dan Mudah: Sumber Amir Nawawi
Bahan Perapan:
- 1 kg Daging lembu
- 4 sudu besar Sos Tiram
- 2 sudu besar Gula Perang
- 1 sudu besar Lada Hitam
- 1 sudu besar Jintan Manis
- 4 ulas Bawang Putih
- 2 sudu Minyak Masak
Resepi Sos Pencicah:
- 10 biji Cili Hijau
- 2 ulas Bawang Putih
- 2 sudu besar Gula
- 4 tangkai Akar Ketumbar
- 2 biji air Limau Nipis
- 1 sudu besar sos Ikan
Cara-cara:
Masukkan daging dalam kuali dan goreng sehingga kering air dan daging masak empuk. Tak payah letak minyak sebab masa kisar bahan tadi dah letak minyak.
Sos pencicah pula kisar kesemua bahan tersebut dan letak daun ketumbar semasa menghidang.
Resepi Daging Harimau Menangis Yang Ringkas dan Mudah
Daging Harimau Menangis Yang Ringkas dan Mudah: Sumber Shuhaida Kabdy
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging
- 1 biji bawang holand – dihiris nipis
- 3 biji bawang putih – hiris nipis
- 1 inci halia – dihiris nipis
- 8 biji cili padi – di ketuk
- 2 batang serai – diketuk
- 3 helai daun limau purut – dicarik
- 1 biji limau nipis – diperah jusnya
- 2 biji tomato – dibelah empat
- Daun bawang – dipotong panjang
- Sos tiram Adabi – secukup rasa
- Kicap Manis Adabi – secukup rasa
- Lada hitam – tumbuk kasar juga secukup rasa
- Serbuk lada hitam dan lada putih – secukup rasa
- Mushroom Seasoning – secukup ras
- Brown sugar – secukup rasa
Bahan-bahan:
- Goreng daging dengan minyak sampai air daging kering.
- Toskan, kalau minyak banyak ya.
- Masukkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam kuali.
- Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi.
- Masukkan pula daun limau purut.
- Masukkan sos tiram Adabi dan kicap manis Adabi, kacau.
- Kemudian perahkan jus limau nipis ke dalam masakan dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan pula mushroom seasoning dan brown sugar.
- Kacau hingga bergaul mesra.
- Akhir sekali masukkan daun bawang kacau lagi, tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Amanina Ahmad
Daging Bakar ‘Harimau Menangis’: Sumber Amanina Ahmad
Bahan perapan daging: (diperap semalaman)
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati. Daging ambil bahagian yang ada isi dan lemak baru sedap (cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan diserap daging)
2 sudu gula
6 sudu besar sos ikan atau kicap
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar minyak masak (bagi daging lembut & juicy)
6 sudu besar sos lada hitam
Bahan sos cicah daging:
3 sudu besar sos ikan
6 biji cili padi
2 biji cili besar
Seketul asam jawa (1 cawan air untuk ambil air asam jawa)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 biji bawang besar merah
1 batang daun sup (dipotong)
2 sudu besar gula merah/gula melaka
Cara-cara:
Blend bawang merah, cili besar, cili padi bersama air asam jawa.
Masukkan dalam mangkuk dan kacau bersama bahan yang lain. Dah siap!
Resepi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Thai Viral Paling Simple, Licin Pinggan!
Daging Harimau Menangis Bersama Sos Thai Viral: Sumber Sirap Limau
Bahan-bahan:
- Daging – hiris nipis anggaran 300gm je untuk kami 3 orang cukuplah. Basuh and perap dengan;
1/2 sudu kecil serbuk lada putih atau lada hitam
1 sudu kecil sos ikan kalau takde guna serbuk ikan bilis
1/2 sudu besar nise atau gula melaka
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
3 hiris halia untuk lembutkan daging
Jangan tambah garam lagi ye, nanti termasin pulak.
Cara-cara:
- Panaskan nonstick pan, masukkan daging tadi, grill dengan api sederhana je. Tak perlu tambah minyak dah tadi masa perap dah letak minyak, pastu daging tu pun nanti keluar minyak lagi. Hirisan halia tadi keluarkan dulu, grill la sampai air tu kering.
Dah hampir kering, perlahankan api, renjis kicap sikit, sikit je jangan banyak sangat nanti jadi daging kicap pulak tak jadi harimau menangis. Sis suka bagi garing sikit biar ada rasa smoke. Siapppp hero dia.
Oh daging tu kalau taknak hiris nipis pun boleh, perap je daging seketul lepas tu grill, dah masak baru hiris nipis.
Bahan-bahan sos pencicah:
- Bawang putih
- cili padi
- akar ketumbar
- nise (gula melaka)
- limau nipis
- sos ikan
- garam
Cara-cara:
Sekarang kita sediakan sos pencicah pulak. Bahan-bahan dan sukatan macam dalam gambar. Bawang putih, cili padi ikut suka tahap pedas masing-masing, akar ketumbar, nise, semua ni tumbuk. Bawang pun boleh kurangkan kalau tak suka pakai seulas je.
Daun ketumbar tu chop halus, campurkan sekali dengan perahan limau nipis, sos ikan, garam sikit. Tu sudu kecil ye, again jangan terlebih masin oii naik darah nanti.
Gaul sebati semua sekali, nak tambah masin manis masam pedas tu ikut taste sendiri. Siappp heroin dia.
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Ayu Zarina
Daging Bakar Harimau Menangis: Sumber Ayu Zarina
Bahan-bahan:
- Daging batang pinang
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Sos Ikan Sos Tiram
- Gula perang
- Minyak
- Lada hitam
Cara-cara:
- Blendkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali daging, kemudian lumurkan pada daging. Cucuk-cucuk dengan garfu isi daging agar mudah meresap, dan perap sekurang-kurangnya 2-3 jam agar lebih terasa.
- Bakar dalam Air Fryer dengan suhu 180’c selama 15 minit.
Bahan Sos Pencicah:
- Sos pencicah Thai Maepranom
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Jus limau nipis
- Beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
- Daun Saderi
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Yang Sangat Sedap
Daging Bakar Harimau Menangis Yang Sangat Sedap: Sumber Lina Pg
Bahan Perap:
- 280 gram daging
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil lada hitam kasar
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dan perap selama 30min (lagi lama lagi sedap).
- Panaskan pan, dan bakar hingga masak.
Bahan Sos:
- 2 sudu besar beras sangai (boleh kurangkan)
- 1 akar ketumbar
- 2 ulas bawang merah
- 3 biji cili padi
- Serbuk cili kasar/chilli flakes secukupnya
- Air Asam Jawa
- Jus limau nipis
- Gula Thai/Gula merah
- Sos ikan
- Hirisan daun ketumbar
Cara-cara:
- Tumbuk beras sangai hingga halus terlebih dahulu, kemudian tumbuk akar ketumbar,bawang merah dan cili padi.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
- Masukkan air asam jawa secukupnya, perasakan dengan sos ikan, gula merah/gula Thai dan jus limau nipis.
- Masukkan chilli flakes dan hirisan daun ketumbar.
- Seimbangkan rasa masam, manis dan pedas secukup rasa.
- Simpan dalam peti ais sebentar supaya semua mesra.
Resepi Daging Harimau Menangis Raih Lebih 100k Share
Daging Harimau Menangis Raih Lebih 100k Share: Sumber Cik Puan Sarah
Bahan-bahan:
- Lada hitam
- Daging (hiris nipis, senipis yg boleh. Baru cepat masak)
- Kicap manis 3 sudu
- Kicap lemak/manis 3 sudu
- Sos tiram 5 sudu
- Madu (suku botol)
Nota:
- Kalau tak ada kicap, letak kicap kipas udang sahaja pun boleh.
- Kalau suka daging tu hitam, letak lebih sikit kicap. Kalau tak nak gelap sangat, letak dua sudu pun dah cukup.
- Garam nak letak pun boleh kalau suka masin. Tapi saya tak letak sebab kicap dah ada rasa masin juga.
Cara-cara:
Hiris daging nipis-nipis dan tumbuk lada hitam sehingga hancur. Daging boleh beli batang pinang, cepat lembut juga sebab daging harimau menangis susah nak dapat.
Letak ke semua bahan kicap tadi.
Gaul sampai rata.
Kemudian, daging tadi letak di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais
Perap daging tu, lagi lama lagi sedap. Selalunya kalau nak makan esok, malam tu dah boleh perap.
Masukkan daging, air daging masih ada dan goreng/bakar atas pan non-stick sampai air daging tu kering.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos pula:
- Daun ketumbar (hiris halus)
- Limau/lemon (ambil air sahaja)
- Cili (nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa)
- Gula
- Sos thai (kalau sos yang macam dalam gambar tak jumpa, boleh guna sos maggi)
Cara-cara:
Bawang putih dadukan halus-halus.
Masukkan ke semua bahan-bahan.
Tuang sos dan kacau ke semua bahan. Dah siap!
Resepi Daging Harimau Menangis Viral
Daging Harimau Menangis Viral: Sumber Page FB Thailand punya
Bahan-bahan:
Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam);1 kilo daging – ambil bahagian yang ada lemak baru sedap
*cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dalam daging
6 Sudu Besar Sos ikan (nampla)
6 Sudu Besar Sos tiram
6 Sudu Besar Sos lada hitam
1/2 cawan Minyak masak
1 sudu kecil Lada hitam tumbuk
Garam gula secukup rasa
Cara-cara:
- Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak dan perap daging selama 1-2 jam.Sebelum bakar/goreng anda campurkan minyak masak dan gaul dengan sebati. *tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut dan juicy Daging bakar ‘Harimau Menangis’ patutlah tular, sedap tak terkata
Bahan-bahan untuk buat sos hijau:
- 3-4 biji cili api hijau
- 6 biji lada hijau
- Segenggam daun ketumbar (sekali dengan akar)
- 6 ulas bawang putih
- 3 sudu besar sos nampla
- 1/2 kiub ayam
- 1/4 cawan gula putih / gula kabung
- 1/4 cawan air limau nipis
- 1/4 cawan air
- Garam secukup rasa
- Sedikit tepung jagung
Cara-cara:
Kisar semua bahan kemudian masak dengan tepung jagung sampai pekat.
Sos hijau ni rasanya masam manis. Tak perlu letak garam banyak sangat atau langsung tak letak tak apa sebab dah ada rasa masin sedikit daripada kiub ayam tadi.
Penutup
Makan dengan nasi panas-panas memang membuka selera. Resepi ini cukup mudah, jadi jangan risau. Ikut sahaja langkah-langkah dalam resepi yang dikongsikan. Hasilnya pasti puas hati!
Jika anda penggemar daging, anda pasti suka: