fbpx

Daging Goreng Ala Kaprau, 5 Resepi Yang Simple Dan Menyelerakan

Hari ini saya nak kongsi resepi daging goreng ala kaprau. Resepi ini simple dan menyelerakan, anda kena cuba. Rasa masam dari pes tomyam, manis sos cili Thai dan masin kicap. Daging goreng paste tomyam ini sangat sedap, dimakan dengan nasi putih pun boleh makan dengan berselera. Kena pedas-pedas sikit baru kick! Boleh tambah sambal belacan lagi padu.

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Mat Gebu 

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Mat Gebu 

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau: Sumber Mat Gebu 

Bahan-bahan:

  • 250 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
  • 2 camca besar pes tomyam (apa-apa jenama pilihan anda)
  • 6-7 biji cili padi thai, tumbuk kasar (nak kurang atau lebih, ikut suka)\\
  • 2 biji bawang besar, belah 8 setiap satu dan leraikan
  • 1 camca besar kicap manis
  • 1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama “LIFE”)
  • 1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu kasar (optional)
  • 1 genggam daun selasih (thai sweet basil)

Cara-cara:

  1. Daging tadi digaul dengan pes tomyam dan perap 1/2 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar hingga layu, masukkan cili padi dan tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan daging perap tadi dan goreng hingga daging mengecut. Tambah sos cili thai, kicap manis dan juga traffic light capsium tadi, gaul rata. Masak sekejap, tambah baki bawang dan juga daun selasih tadi, gaul lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan selagi hangat bersama nasi putih.

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Azlita Aziz

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Azlita Aziz

Daging Goreng Ala Kaprau: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 250 gram daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam
  • cili api  diketuk-ketuk – ikut kepedasan.
  • 2 labu bawang besar – dibelah lapan dan dicerai-ceraikan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • daun selasih- ita tak letak
  • Capsicum hijau – ita tambah

Cara-cara:

  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. 
  3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. 
  4. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
  5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
  6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. 
  7. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar dan capsicum
  8. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Resepi Daging Goreng Kaprau Ala-ala Thai

Resepi Daging Goreng Kaprau Ala-ala Thai

Resepi Daging Goreng Kaprau Ala-ala Thai: Sumber Faudziyah Haji Ariffin

Bahan A:

  • 250 gram daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam (saya guna 1 kiub)
  • 15 biji cili padi(diketuk lebam-lebam/ditumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih…saya tambah (dimayang nipis)
  • 2 ulas bawang merah…saya tambah (dimayang nipis)
  • 2 labu bawang besar…saya guna hanya 1 labu sahaja (dibelah lapan dan dicerai-ceraikannkan)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • anggaran 15-25 helai daun selasih

Cara-cara:

  1.  Perap daging yang telah dihiris bersama pes tomyam selama ½ jam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili api.
  4. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
  6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik, dicuci dan ditoskan.
  7. Kemudian masukkan bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan boleh lah dihidang.

Resepi Daging Goreng Kaprau Kak Jee

Resepi Daging Goreng Kaprau Kak Jee

Daging Goreng Kaprau: Sumber Kak Jee

Bahan-bahan:

  • 250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
  • cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
  • 2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai-ceraikan)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
  • daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

Cara-cara:

  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  2. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
  3. Daging Goreng paste tomyam ni sedap sangat. Kjee yang selalunya tak selera makan pun berjaya habiskan ½ pinggan nasi. Kira hebatlah tu. Tapi banyak ratah jer tadi. 

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Dapur Cempakasari

Resepi Daging Goreng Ala Kaprau Dapur Cempakasari

Daging Goreng Ala Kaprau: Sumber Dapur Cempakasari

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu
  • 3 sudu besar tomyam paste
  • 1 biji bawang besar Holand – dipotong wedges, kemudian bahagi dua
  • 2 biji lada hijau atau merah ( resepi asal cili api secukupnya) – tumbuk halus atau
  • kisar kering
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Daging dipotong nipis, dibasuh dan dibersihkan. Toskan air.
  2. Masukkan 3 sudu besar tom yam paste. Guna je laa tom yam paste yang ada kat rumah tu. Apa-apa jenama pun boleh. Janji sedap. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit.
  3. Bawang besar dipotong dua. Dihiris wedges. Separuh untuk menumis, separuh lagi nak bubuh semasa dah hampir nak angkat. Lada tu hiris kecil untuk ditumbuk. Kalau nak pedas dan suka pedas, guna cili padi. Resepi asal memang letak cili api yaa. Haa berasap uols nanti.
  4. Tumbuk lada dan potong wedges bawang besar holland.
  5. Mula-mula panaskan minyak dan tumis lada tumbuk atau kisar kering dengan separuh bawang besar holand.
  6. Kacau sekali sekala sehingga lada masak dan bawang layu.
  7. Masukkan daging perap. Kacau sehingga sebati.
  8. Lepas tu masukkan dalam 2 cawan air dan tutup kuali dengan tudung periuk. Tujuannya supaya daging cepat empuk.
  9. Sementara itu, kita sediakan daun limau purut. Nak ramas-ramas manja boleh, nak hiris halus-halus pun boleh.
  10. Sos cili thai dan kicap manis.
  11. Bila air daging tadi sudah hampir kering, daging pun sudah empuk dan lembut, masukkan sos cili thai.
  12. Masukkan kicap manis. Kacau rata. Jangan lupa masukkan 1 sudu kecil gula juga. Sebab pedas, letak gula sikit. Satu lagi tom yam paste tu ada rasa masam sikit.Kalau tak suka takyah letak. Garam takyah letak dah. Kacau sehingga rata.
  13. Bila rasa sudah cukup sedap, masukkan daun limau purut dan separuh bawang besar Holand tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  14. Ini dia masakan kita pada hari ini. Mudah nak memasaknya. Rasa pun sedap. Jemput makan kenkawan semua..

Penutup

Resepi daging kaprau dimasak bersama pes tomyam ini simple dan menyelerakan. Untunglah kalau pandai masak daging kaprau, jimat tidak perlu beli di kedai. Masak sendiri lebih berbaloi.

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.