fbpx

7 Resepi Ayam Mangga Viral Dan Cara Mudah Buat Chicken Mango Paling Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam mangga, yang popular dengan nama chicken mango. Cukup rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah. Ianya amat lazat dan menyelerakan. Kini, anda tak perlulah ke buffet hotel semata – mata untuk makan hidangan Ayam Mangga. Malahan, anda boleh hidangkannya sendiri.

Resepi Ayam Mangga Sedap Dan Mudah!!!

RESEPI AYAM MANGGA SEDAP DAN MUDAH!!!

Ayam Mangga Sedap Dan Mudah!!!: Sumber Viral Oh Viral

Bahan-bahan:

  • 2 keping isi dada ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada sulah
  • Tepung jagung
  • Telur

Cara-cara:

  1. Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
  2. Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah. Perap seketika
  3. Golek-golekkan dalam telur, kemudian golekkan pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam dan seterusnya digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos Plum
  • 1 sudu kecil sos cili/Thai
  • 1 sudu kecil sos tomato
  • Potongan cili padi..ikut sukalah nak berapa biji
  • sedikit air masak suam
  • Gula dan sedikit garam
  • Parutan buat mangga muda

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis.

Bahan hiasan:

  • Parutan mangga
  • Parutan carrot

Cara-cara:

  1. Untuk ditabur atas ayam manggo kita.
  2. Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang, sedap makan dengan nasi mentega atau nasi panas-panas.

Resepi Chicken Mango Nazurah Hassan

Resepi Chicken Mango Paling Simple & Menjilat Jari. Ratah Pun Sedap!

Chicken Mango: Sumber Nazurah Hassan

Bahan-bahan untuk ayam:

  • isi ayam (bahagian peha / dada)
  • Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
  • Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
  2. Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
  3. Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
  4. Goreng hingga kekuningan(deep fry).

Bahan Sos & Dressing:

  • Mangga muda
  • Carrot
  • Daun ketumbar
  • Sedikit bawang besar

Cara-cara:

  1. Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.

Bahan Sos:

  • Plum sos
  • Sos tomato
  • Sos Thai
  • Gula
  • Cili api potong
  • Perahan jus limau nipis
  • Sedikit bijan (jika suka)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
  2. Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
  3. Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

Resepi Ayam Mangga (Ala Thai!) Dini Abd Aziz

Resepi Ayam Mangga (Ala Thai!)

Ayam Mangga (Ala Thai!): Sumber Dini Abd Aziz

Bahan Ayam Celup Tepung:

  • Isi Ayam (potong dadu)
  • Tepung Bestari
  • Telur 1 biji
  • Serbuk lada putih /garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan isi ayam dengan lada sulah dan garam. Biarkan seketika.
  2. Pecahkan telur dan gaulkan isi ayam bersama.
  3. Akhir sekali celup isi ayam tu dengan tepung bestari. Kemudian, goreng dalam minyak menggunakan api sederhana.

Bahan Sos:

  • Madu
  • Sos pencicah
  • Sos tomato
  • Garam
  • Sedikit air masak

Cara-cara:

  1. Tuangkan semua sos dlm kuali.
  2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan sedikit air dan garam.
  4. Sukatan agak-agak mengikut banyak mana ayam.

Bahan Hiasan:

  • Mangga muda
  • Cili padi
  • Bawang merah kecil
  • Daun sup/ketumbar

Cara-cara:

  1. Sagat mangga muda.
  2. Potong cili padi dan mayang bawang merah. Kemudian, gaulkan bersama dan masukkan ke dalam sos tadi.
  3. Akhir sekali, tuangkan sos masam manis ke atas ayam celup tepung yang sudah siap goreng.

Resepi Colek Ayam Mangga Ala Thai Cikgu Afy Al-Habibi 

Colek Ayam Mangga Ala Thai

Colek Ayam Mangga Ala Thai: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ayam goreng
  • Daun salad secukupnya
  • 1 cawan parutan mangga muda
  • Sedikit parutan lobak merah
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 5-6 biji tomato ceri
  • 3-4 ulas bawang merah | hiris
  • 2 sudu makan bijan | sangai
  • 5-6 biji cili padi | hiris

Bahan Sos:

  • 5 senduk sos cili Thai
  • 1/2 – 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan tepung jagung +1/3 cawan air
  • 1 cawan air

Bahan Kisar:

  • 2 labu bawang putih jeruk
  • Sedikit air jeruk bawang putih
  • 6-8 biji cili padi merah | boleh taambah dan kurang ikut selera

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang putih jeruk berserta sedikit air dan cili dalam pengisar. Kisar dan ketepikan.

  2. Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai (goncang dahulu baru tuang).

  3. Masukkan bahan kisar.

  4. Tuangkan secawan air, kemudian  perahkan jusnya ke dalam periuk sos.

  5. Tambahkan 1 sudu makan kicap pekat (tak penuh). Agak-agak supaya kuah tidak gelap sangat.

  6. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan 1/3 cawan air.

  7. Hidupkan api sederhana, kacau kuah hingga mendidih, tutup api. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Garam gula tidak perlu tambah kerana bahan-bahan sudah manis dan masin.

  8. Masukkan ayam yang telah digoreng dalam pinggan, bersama salad, taburkan di atasnya parutan mangga muda dan lobak merah, hirisan cili dan bawang, tomato ceri serta hirisan daun ketumbar. Akhir sekali taburkan dengan bijan sangai dan lengkapkan dengan pencicah.

Nota:

  • Selain sedap untuk colek ayam, sos ini juga sedap untuk sos nasi ayam dan jemput-jemput.

Resepi Chicken Manggo Azlita Aziz

Chicken Manggo: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 2 keping isi dada ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada sulah
  • Tepung jagung

Cara-cara:

  1. Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. ~ Ita potong kecil kerana sukakan ayam yang rangup.
  2. Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
  3. Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam.
  4. Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
    Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan.

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos Plum
  • 1 sudu kecil sos cili/Thai
  • 1 sudu kecil sos tomato
  • Potongan cili padi ~ ikut sukalah nak berapa bij
  • sedikit air masak suam
  • Gula dan sedikit garam
  • Parutan buat mangga muda

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis.

Hiasan:

  • Parutan mangga
  • Parutan carrot

Cara-cara:

  1. Untuk ditabur atas ayam manggo kita.
  2. Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.

Resepi Kerabu Manggga Sama Ayam Mat Gebu

RESIPI KERABU MANGGA SAMA AYAM

Kerabu Manggga Sama Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga saiz sederhana yang  mengkal dan keras
  • 1 batang lobak merah saiz kecik
  • 1 pokok daun ketumbar, dihiris
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili padi merah, hiris halus
  • 1 biji cili padi hijau, hiris halus
  • 1 keping dada ayam
  • 1 cawan tepung goreng ayam, sebarang jenama 
  • 1 camca teh bijan yang telah digoreng tanpa minyak 
  • Sedikit kacang tanah tumbuk untuk hiasan
  • Daun salad untuk hiasan

Bahan-bahan Sos:

  • 2 camca besar sos cili Thai
  • 1 camca besar penuh sos tomato
  • 2 camca besar sos plum
  • 1/2 camca besar sos ikan
  • 2 camca besar air panas
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1 camca besar gula (che mat tak taruk gula)

Cara-cara:

  1. Buang mangga dikupas kulitnya, cuci dan lap kering, kemudian disagat kasar memanjang. Lobak merah dikupas dan disagat sama seperti mangga muda tadi. Bawang besar dihiris halus dan leraikan. Ketepikan dan simpan dalam peti sejuk.
  2. Dada ayam dibelah dua menjadi kepingan yang nipis. cuci dan lumur dengan tepung berperisa yang di tambah sedikit air hingga rata dan perap 10 minir. Kemudian gaulkan sekali lagi dengan tepung yang kering hingga rata. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan. Biar hingga sejuk dan potong kecil.
  3. Dalam periuk kecil, masukkan semua bahan-bahan untuk sos kecuali jus limau nipis. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api dan masukkan jus limau nipis, kacau rata dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan bijan dan hirisaan cili padi merah dan hijau ke dalam sos, kacau hingga rata.
  4. Dalam mangkuk besar. masukkan mangga muda dan lobak merah yang telah disagat tadi, bawang besar hiris, daun ketumbar dan ayam yang telah dipotong kecil. Tuangkan sos secukupnya dan gaul lagi hingga semua rata. Alihkan ke dalam bekas sesuai yang telah dilapik dengan daun salad. Kemaskan dan tabur kacang tanah tumbuk sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa…Selamat mencuba!

Resepi Chicken Mango Qaseh Honey

Chicken Mango Qaseh Honey

Chicken Mango: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 2 keping paha ayam – buang tulang
  • Tepung serbaguna Bestari

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan gaulkan ayam dengan tepung serbaguna Bistari. Biarkan seketika.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos Plum

  • 1 sudu kecil sos cili/Thai

  • 1 sudu kecil sos tomato

  • Potongan cili padi..ikut sukalah nak berapa biji..

  • sedikit air masak suam

  • Gula dan sedikit garam

  • Parutan buat mangga muda

  • Parutan lobak merah

  • Lada bengala – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis.

Hiasan:

  • Parutan mangga
  • Parutan lobak merah

Cara-cara:

  1. Untuk ditabur atas ayam manggo kita.
  2. Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.

Penutup

Mudah dan sedap. Sesekali buat kelainan mesti seronok kan?

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.