Hari ini saya nak kongsi resepi rojak betik yang viral dan sedap! Rojak betik kuah ikan merupakan antara hidangan yang sangat popular di Terengganu. Rojak betik ini amatlah berkhasiat kerana ianya rendah kalori dan sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet. Ianya sejenis makanan yang diperbuat daripada betik dan berkuah yang diperbuat daripada isi ikan. Rojak betik kuah ikan ini dimakan bersama dengan keropok keping dan timun batang yang dipotong kecil. Betik tu pula perlu guna betik yang sedikit masak.
Resepi Rojak Betik Kelantan Sesimple Loralin
Rojak Betik Kelantan: Sumber Sesimple Loralin
Bahan-bahan:
- 1/2 biji betik muda @ 4 cawan betik muda diracik
-
1 biji timun dibuang biji, diracik
-
3 ekor ikan kembung saiz besar/ikan selayang
-
8 biji cili padi merah
-
1 sudu besar cili kering kisar
-
1/2 ketul gula kerek/nise kelantan/gula merah
-
1 sudu teh garam
-
1 sudu teh belacan
-
4 sudu besar asam jawa dibancuh dengan air
-
Air secukupnya
Cara-cara:
- Rebus ikan. Ambil isinya. Racik betik muda dan timun, sangai cili kisar.
- Blend tanpa air isi ikan, cili, dan belacan. Campurkan ke dalam 1/4 bahagian betik yang diracik. Tambahkan gula manisan yang disagat dan garam. Gaul rata.
- Bancuh air asam jawa dgn air panas/air masak. Campurkan ke dalm betik tadi. Tambahkan air masak untuk mendapatkan kepekatan kuah yang disukai. Biasanya tak terlalu pekat atau tak terlalu cair. Kacau rata. Perasakan semula dan sesuaikan rasa masam, manis dan pedas.
-
Hidangkan bersama separuh lagi betik yang diracik bersama keropok kembang.
- Resepi asal sebenarnya, kuah isi ikan tidak dicampur dengan betik. Kuah ikan dimasak ala-ala kuah laksa tanpa santan. Kuah dicedok ke atas betik. Saya tak campur timun sebab betik dah banyak dan ikan pun secukupnya je yang ada.
Resepi Rojak Betik Terengganu Bonda
Rojak Betik Terengganu: Sumber Bonda
Bahan-bahan:
-
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
-
1/2 sudu teh kapur makan (untuk mengeraskan betik yang disagat tadi)
-
2 biji timun (potong 2 hiris halus-halus)
-
1/2 biji nenas separuh masak (potong 3 segi yang nipis)
Cara-cara:
- Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
- Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.
Bahan Kuah:
- 9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
- 5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
- 1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar kicap
- 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
- garam secukup rasa
- 1 1/2 liter air
- sedikit belacan (sebagai perisa)
Cara-cara:
- Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
- Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, belacan, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
- Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul-ketul.
- Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Untuk Menghidang:
-
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan.
Resepi Rojak Betik K Nor
Rojak Betik: Sumber K Nor
Bahan-bahan:
- 1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
- 1/2 sudu teh kapur makan (untuk mengeraskan betik yg disagat td)
- 2 biji timun
Bahan untuk Kuah:
- 9 ekor ikan selayang saiz sederhana (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
- 5 – 7 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
- 1/2 – 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar kicap
- 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
- garam secukup rasa
- 1 1/2 liter air
Cara-cara:
- Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
- Hancurkan kapur makan dengn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
- Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.
Untuk Membuat Kuah:
- Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
- Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
- Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yag ditumbuk dan gaul sebati.
- Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul-ketul.
- Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Untuk menghidang:
- Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bagi yang gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dingap.
- Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yang sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dengan keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!
Resepi Rojak Betik Istimewa Terengganu
Rojak Betik Istimewa Terengganu: Sumber K Tie
Bahan Rojak:
- ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
- ½ biji nenas /dihiris nipis
- 1 biji timun /dihiris nipis
- Taugeh (opsional)
Cara-cara:
- Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.
- Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik.
- Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
- Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka.
Bahan Kuah:
- 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
- 750 ml air
- 3 sudu makan cuka
- 2 ketul gula melaka
- 5 ½ sudu makan cili boh
- 5 sudu makan gula
- 2.5 sudu makan belacan
- 6 biji cili padi
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
- Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
- Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
Nota:
- Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Resepi Rojak Betik Sedap Dan Lazat
Rojak Betik Sedap Dan Lazat: Sumber Akif Imtiyaz
Bahan Rojak Betik:
- 1 biji betik muda atau orang sebut mengkal (ikut besar mana yang ada)
- 1/2 sudu teh kapur makan (nak bagi rangup betik)
- 2 biji timun
- Sebiji nanas
Cara-cara:
- Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur kapur
makan. Rendam betik selama 10 minit. Dah siap 10 minit bilas betik dan toskan
airnya. - Potong timun dan juga nanas.Potong halus halus jangan terlampau besar. Ketepikan.
Bahan Kuah Rojak Betik:
- 10 ekor ikan selayang
- 5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
- 1 keping gula melaka
- 3 sudu besar gula
- 1/2 cawan cuka
- Garam secukup rasa
- Air (agak-agak banyak mana nak letak, jangan letak banyak sangat, takut kuah cair)
Cara-cara:
- Mula mula rebus ikan selayang. Ambil isi ikan sahaja tau, (tulang tulang sila
buang) dan tumbuk dalam lesung hingga lumat. - Masukkan air, cili kering yang telah dikisar dan juga gula melaka ke dalam periuk.
- Masak bahan bahan tersebut sehingga mendidih.
- Biarkan selama 10 ke 15 minit kemudian masukkan cuka.
- Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan gaul bagi sebati.Tunggu hingga kuah
mendidih. - Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Kuah rojak betik kena ada rasa masam manis dan juga pedas.
Cara Penyediaan Rojak Betik:
- Masa nak makan masukkan betik, timun dan juga nanas kat dalam pinggan pastu curahkan kuah rojak kat atas.
- Masa nak makan tuuu, gaul biar sebati baru sedap nak makan.. Rasa pun sedap.. Ada masam,manis dan jugak pedas… Perghhh makan tak tengok kiri kanan
laaa jawapnya. - Kalau nak sedap lagi makan rojak betik.. Makan sekali dengan keropok keping goreng. Memang terangkat laaaaa.
Penutup
Memang padu sangat. Jom cuba di rumah! Sedapnya rojak betik ini bila disertakan dengan timun dan nenas…tidak lupa pasangan ngamnya keropok keping! Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.
Antara resepi yang anda boleh cuba: