fbpx

Panduan & Cara Solat Sunat Taubat

Apa itu Taubat ?

Taubat merupakan pengakuan atau perjanjian kita dengan Allah SWT diatas penyesalan segala dosa yang pernah dilakukan sama ada dosa besar dan kecil, lama atau baru.

"Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak."

Selain itu, kita bersungguh-sungguh memohon keampunan-Nya dengan hati penuh ikhlas dan rasa kerendahan hati agar diampunkan segala dosa.

Kita juga turut berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi. Cuba hayati sebuah zikir indah yang telah dinukilkan oleh Imam as-Syafie:

"Wahai Tuhan,
Aku tak layak untuk syurga-Mu.
Namun tak pula ,
aku sanggup ke neraka-MU.
Ampunkan dosaku terimalah taubatku.
Sesungguhnya,
Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar."


Tatacara Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat merupakan solat untuk memohon keampunan Allah SWT di atas penyesalan dan bertekad untuk tidak melakukan dosa lagi.

Berikut adalah tatacara mendirikan solat sunat taubat:

  • Waktunya tidak ditentukan tetapi digalakkan pada waktu sepertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) sebelum solat sunat hajat.
  • Didirikan sebanyak 2 rakaat secara bersendirian.

Lafaz niat solat sunat taubat:

أصَلِّى سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah aala”

  • Dalam rakaat pertama selepas al-Fatihah, dibaca Surah al-Kafirun. Rakat kedua pula Surah al-Ikhlas.
  • Sesudah solat, hendaklah kita membaca istighfar sebanyak 100 kali.

اَسْتَغْفِرُاللَّه الْعَظِيْمِ الَّذِيْ لاَاِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Kemudiaan, berdoalah dengan sepenuh hati dengan memohon keampunan Allah SWT dan berharap agar DIA menerima taubat kita. 

Syarat Solat Sunat Taubat:

  • Menyesal dengan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan.

  • Bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati dan pengharapan yang tinggi dalam memohon keampunan Allah SWT.

  • Bertekad tidak akan melakukan dosa itu lagi di kemudian hari.

  • Berniat dan bertekad untuk sentiasa memperbaiki diri.

Mengapa kita perlu bertaubat ?

  • Setiap insan pasti ada membuat kesilapan kerana kita dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila mereka membuat kesalahan , mereka akan terus bertaubat kepada Allah.
  • Setelah kita sedar sudah melakukan larangan Allah SWT, maka berzikir dan beristghfarlah kepada-Nya. Tiada siapa yang dapat mengampuni dosa kita selain dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  • Mati itu pasti ! Setiap dari kita akan merasai mati. Cuma cepat atau lambat hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, sentiasa mengerjakan amal kebaikan dan menjauhi larangan. Sesungguhnya dosa menghalang kita daripada mentaati Allah SWT. Maka segera bertaubat, minta keampunan dari-Nya.
  • Yakin akan pembalasan di akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara.
"Mengapa mengharapkan yang fana ? Semuanya binasa pasti binasa"
Leave A Reply

Your email address will not be published.