fbpx

11 Langkah Keselamatan Menghadapi Ribut Petir

0

Ribut petir sering diperkatakan cuaca yang paling bahaya dan lazim berlaku di dunia terutamanya pada kawasan yang beriklim berkhatatulistiwa.

Seperti yang sedia maklum, Malaysia merupakan kawasan yang beriklim khatalustiwa yang paling kerap mengalami ribut petir.

Kebiasaannya kejadian ribut petir ini berlaku disebabkan oleh pembentukan awan kumulonimbas sehingga terhasil kejadiaan kilat dan petir. 

Lagi parah apabila kejadiaan ribut petir ini disertai dengan angin kencang dan hujan lebat dalam tempoh yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat. 

Oleh yang demikian, langkah keselamatan perlu diambil supaya anda dan tersayang kekal selamat.

Kami kongsikan 10 langkah keselamatan ketika menghadapi Ribut Petir sebagai persediaan awal yang perlu diambil ketika berlaku kejadiaan cuaca seperti ini.

Apa yang perlu anda lakukan ketika fenomena ini berlaku ?
  • Cari Tempat Berlindung

1. Berlindung Di Dalam Bangunan

Langkah keselamatan menghadapi ribut petir

Apabila ribut petir mula melanda, anda dinasihatkan untuk segera mencari tempat berlindung sama ada di dalam kedai, rumah atau bangunan.

Seeloknya berlindung di bangunan yang tertutup.

2. Berlindung Di Dalam Kereta

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Jika tiada, boleh berlindung di dalam kereta, van atau lori dan pastikan tingkap ditutup rapat.

Di dalam situasi ini, elakkan daripada menyentuh objek berupa logam di mana-mana bahagian dalaman kereta seperti pintu, tingkap, stering mahupun gear kerana bahagian ini mampu mengalirkan arus elektrik.

Jangan sesekali berlindung di pondok telefon, pondok bas, bangsal atau khemah.

3. Berlindung di Tempat Rendah

Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah.

Atau anda juga boleh masuk ke dalam parit, longkang kering dan tanah berlekuk sebagainya.

Jnagan sesekali menyentuh sebarang air ketika itu.

4. Matikan Semua Peralatan Elektrik

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Sentiasa berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut.

Mematikan semua plag elektrik seperti peralatan komputer, tv, alat penghawa dingin dan seumpamanya.

Seeloknya tanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

5. Matikan Semua Peralatan Elektronik

Jangan gunakan telefon ketika ribut petir kecuali waktu kecemasan.

Jika peralatan elektronik dihidupkan lagi ketika ini, kemungkinan renjatan elektrik boleh berlaku dan boleh mengakibatkan kematian berpunca daripada kabel elektrik atau telefon.

6. Ambil Posisi Mencangkung

Apabila tiada lagi tempat untuk anda berlindung, segera duduk dalam keadaan mencangkung.

Tekupkan tangan di telinga dan jengketkan kaki anda. Pastikan hanya jari kaki sahaja yang bersentuhan dengan tanah. 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan:

7. Kawasan Lapang

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Kawasan lapang merupakan kawasan paling senang mengundang risiko berlaku panahan petir.

Hal ini kerana petir mencari tanah untuk melepaskan energinya dan ketika itu petir menyambar objek paling tinggi di atas tanah. 

Jika and berdiri di kawasan lapang ketika petir, anda akan menjadi objek paling tinggi dan berisiko di panah petir.

Jangan sesekali berbaring ketika berada di kawasan padang

Sekiranya tiada tempat untuk berlindung, anda dinasihatkan untuk segera berlari di bawah pohon rimbun yang rendah atau kawasan tanah rendah. 

8. Kawasan Berair

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir
Kawasan berair seperti laut, tasik, sungai, paya, kolam mandi, dan sebagainya risiko boleh terkena panahan petir kerana air boleh menyalurkan arus elektrik.


Jangan sesekali mandi hujan ketika ribut petir di kawasan terbuka.

Kalau berada dalam bot di tengah kawasan berair dan tak sempat ke darat, rendahkan diri anda di tengah bot 

Jangan letakkan tangan atau kaki ke dalam air.

9. Berlindung di Bawah Pokok

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Pokok merupakan objek paling tinggi yang mudah untuk di panah petir.

Jika pokok itu terkena panahan petir ketika itu, kemungkinan pokok itu akan tumbang dan terus menghempap.

Di dalam situasi ini jika tiada tempat untuk berlindung, cari perlindungan di bawah pohon rimbun yang rendah

Jangan sesekali berlindung di khemah, bangsal kecil,  atau gerai makanan di tepi jalan. 

Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

10. Berada di Kawasan Kabel Elektrik

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Anda dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada tiang atau pencawang elektrik kerana boleh terkena renjatan.

Jika mendapati ada seseorang rebah akibat renjatan elektrik, jangan segera mendekati dan menyentuh mangsa kerana berkemungkinan risiko terhadap diri anda juga.

11. Jangan Pegang Peralatan Berasaskan Logam

Tips Persediaan Menghadapi Ribut Petir

Jangan sentuh atau berada di tempat berhampiran logam seperti paip, pagar, atau tiang telefon kerana bahan logam mampu menjadi perisai arus elektrik.

Oleh itu, ketika berlaku ribut petir, jangan sesekali mandi kerana peralatan di bilik mandi seperti paip dan air mampu mengalirkan arus elektrik.

*Ramai beranggapan petir akan berlaku ketika hujan lebat namun hakikatnya petir berlaku ketika sebelum hujan lebat atau ketika hujan renyai.

Oleh itu, sentiasa berwasapadalah dalam setiap langkah anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.